Posts

Showing posts from July, 2008

SSA UniKL MIAT

Image
Majlis forum Isra' wal Mikraj yang berlansung selepas solat maghrib 29hb July 2008

Ustaz Kamarudin

Image
Ustaz Kamarudin memberi kuliah magrib di masjid Al Huda

Ustaz Kamarudin 290708

Kuliah maghrib yang membincangkan tafsir Al Quran Surah Al- Kauthar yang membincangkan keutamaan Nabi Muhammad Rasul Habibullah SAW. Dinamai surah ini bersempena nama sebuah telaga di akhirat yang merupakan nikmat Allah SWT kepada kekasihNya Nabi Muhammad SAW. Surah Al kauthar ini merupakan surah Makaniah yang terpendek didalam Al Quraan selepas Surah Al Adeeyat Al Kauthar bermaksud nikmat yang melimpah. Surah ini contrast dengan surah yang terdahulu. Yang menceritakan tentang manusia yang bakhil kepada Allah SWT ia itu mereka yang tidak beribadat kepada Allah SWT. Ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana ketika itu orang orang mushrikin kafirun selalu memandang rendah kepadanya. Kerana orang yang menerima Islam hanyalah yang kedudukan sosialnya rendah. Hamba Abdi dan orang miskin. Bertentangan betul konsep sosial orang jahiliyah dengan ajaran Islam. Orang muslimin diajar Rasulullah SAW bahawa manusia yang mulia disisi Allah SWT adalah mereka yang bertakwa

Kursus Umrah & Haji

Image
Kursus Haji di Masjid Al Huda yang diadakan setiap hari Ahad pagi. Dianjurkan oleh AJK Masjid dan Raythar Travels

Ustaz Azman

Image
Ustaz Azman dari Nilai NS sedang menyampaikan kuliah subuh kepada jemaah Masjid Al Huda 20 Julai 2008

Kuliah Subuh 20/07/08

Kuliah subuh Masjid Al Huda disampaikan oleh Ustaz Azman dari Nilai NS. Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sempurna secara fizikal dan mental. Dan dihiaskan lagi dengan kecantikan IMAN dan AKAL. Manusia juga diberikan kemampuan untuk menerima ilmu pengetahuan. Serta dijadikan kemampuan bertutur dengan lidah. Tiada ucapan yang lebih baik daripada ucapan manusia yang menyuruh orang untuk bersedekah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud yang sedekah itu harus diberikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa. Orang- orang yang tidak bertakwa itu dilaknat oleh Allah SWT dan seluruh mahluk di dunia ini. Sekiranya ia memakan sesuatu, maka benda yang dimakan akan melaknatnya. Mempunyai ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak diamalkan. Orang yang berilmu wajib untuk beramal kerena mereka adalah contoh untuk orang ramai. Terutama sekali para ulama'. Rasulullah SAW juga menyatakan lidah juga hendaklah digunakan untuk mengajak manusia untuk melakukan kebaika

Ust Ridzuan

Image
Ustaz Ridzuan sedang memberi kuliah di Shah Alam. Beliau merupakan guru yang selalu diundang kerana cara deliveri yang mantab.

Ustaz Ridzuan 180708

Kuliah maghrib di Masjid Al Huda yang banyak sekali memberi nasihat dan peringatan. Khulwah merupakan satu perbuatan dimana sesaorang itu menyendirikan diri untuk melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT. Merupakan persiapan untuk hari yang telah ditetapkan iaitu mati. Kubur sedang menanti akan penghunuinya. Sekirannya penghuni itu semasa hidupnya beramal soleh dan mematuhi segala kewajiban dan larangan Allah SWT, maka gembiralah kubur tersebut. Sekira bakal penghuni kubur itu kembali membawa maksiat dan dosa mengingkari Allah SWT maka rasalah ia akan kebencian kubur. Sempit dan terseksa. Maka perlulah setiap mukminin membawa amalan soleh yang sebanyak banyaknya untuk dijadikan bekalan untuk berjaya didalam hidup selepas mati. Pastikan diri terhindar daripada membawa dosa dosa daripada maksiat yang banyak. Lindungilah diri sendiri dan juga kaum keluarga daripada tercundang didalam kehidupan selepas mati. Janganlah terjerumus kedalam lubang lubang neraka. Nauzubillah

IMG00072.jpg

Image
Ustaz Othman Hamzah menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Huda pada 17/07/2008 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALLAH SWT MEWAJIBKAN MENGIKUTI SUNNAH NABI SAW

Oleh Ustaz Othman Hamzah 170708 Hadith merupakan sumber menjatuhkan hukum oleh para Ulama'. Sekiranya sesuatu hadith itu yang cukup syaratnya maka wajib dipatuhi. Apabila tercetusnya sesuatu perbalahan bagi orang mukmin maka hendaklah mereka kembali kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Iaitu kembali merujuk kepada Al Quran dan Hadith. Orang yang beriman wajib mentaati perintah Rasul SAW. Terdapat banyak perintah ini didalam Al Quran. Mereka belum lagi beriman selagi tidak menerima hukum Rasul SAW Para sahabat ramai yang menghafal hadith dan seterusnya ramai juga dari kalangan para ulama' Dari segi prioriti hadis adalah suimber hukum yang kedua selepas Al Quran. Hahith juga dijadikan oleh ulama untuk memperkuatkan dan memperincikan hukum hakam didalam Al Quran. Contohnya sembahyang itu wajib hukumnya didalam Al Quran, tetapi yang menunjjukkan cara nya dan detail terdapat didalam hadith. Sekiranya dalil sesuatu perkara tidak ada didalam Al Quran maka H

Ustaz Sapidin 160708

Kuliah maghrib ini membincangkan isu kenapa hari ini orang muslim ramai yang 'Keras hati'. Banyak bercakap selain daripada berzikirrullah akan membuat hati menjadi keras. Maksud Hadith Orang yg hatinya mati tidak akan merasakan kepuasan hidup. Walaupun mempunyai kekayaan dan kesenangan hidup didunia ini. Berbeza sekali perasaan orang orang yang solih yang mana merasakan begitu tenang sekali didalam hati dan jiwa mereka. Bisikan hati yang baik datang dari bisikan Malaikat. Tetapi bisikan jahat itu datang dari bisikan syaitan. Penawar bagi penyakit hati: • Membaca Al Quran dan memahami maknanya. Menghayati tafsirnya serta mengamalkannya. • Selepas membaca Al Quran memohon kepada Allah SWT untuk memberi taufiq dan hidayah. • Bersolat sunat malam dapat menguatkan jiwa. Amalan ini merupakan ubat hati. Menghubung diri dengan Allah SWT. • Berhimpun bersama-sama dengan majlis orang orang soleh. Saperti menghaziri diri didalam majlis ilmu. • Memperbanyakkan

IMG00071.jpg

Image
Sheikh Ahmad Rafiq daripada Universiti Beirut Global dan Ustaz Abdul Rashid di Masjid Al Huda Shah Alam menyampaikan kuliah Israk dan Mikraj. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AL ISRA' WAL AL MI'RAJ 13/07/2008

Kuliah disampaiklan oleh Dr Syeikh Ahmad Rafiq 'Ajjour- Global Uni Beirut dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Rashid, Pusat Zakat Selangor Perjalanan ISRA Rasulullah SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Baitul Maqdis dengan menunggang Burak. Sejenis tunggangan daripada syuga yang dibawakan olih Jibrail Baginda melihat dunia ini seakan seorang yang sanggat tua. Melambangkan masanya untuk 'expire' kiamat sanggat dekat. Maka perlulah kita menerima signal ini dengan melakukan persiapan yang rapi untuk menghadapi maut dan akhirat. Baginda juga didalam isra'nya dilihatkan kubur Mashitah yang sanggat semerbak baunya. Masitah seorang yang beriman kepada Allah SWT di zaman Firaun. Beliau merupakan saorang pekerja istana raja. Dia dan anaknya dibunuh dengan kejam sekali oliih kerana beriman dengan Allah SWT Mikraj Rasulullah daripada Masjidil Baitul Maqdis ke atas langit melebihi tinkatan tujuh iaitu Sidratul Muntaha untuk menerima kesempurnaan syariat Islam. Di

Perbuatan hasat dan dengki dikalangan ummah

Kuliah subuh ini di sampaikan saperti berikut: 1. Penceramah: Ustaz Yusuf, JAKIM 2. Tempat: Masjid Al Huda 3. Tarikh: 6 hb Julai 2008 • Orang Islam hari ini menunjukkan sikap berdengki sesama orang Islam • Perbuatan saperti ini amat bercanggah dengan ajaran agama yang berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah. • Pentadbiran Islam dengan perundangan Syariah sudah cukup untuk membicarakan sesuatu kes dengan adil. Maka tidak perlu sesaorang mukmin itu melakukan fitnah sesama mukmin. • Penyakit hasrat dengki ini adalah perbuatan di zaman jahiliah dahulu lagi. Perkara sebegini pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Perlakuan sebegini saperti mengundang bala' daripada Allah SWT. • Saperti api yang menjilat kayu api. Itulah bandingan perbuatan dengki. • Saidatina Aisyah pernah difitnahkan dengan cerita- cerita rekaan yang cuba mempamirkan kejatuhan moral yang tidak sesuai dengan status beliau sebagai isteri baginda Rasulullah SAW. Perkara ini telahpun ditegur Allah SWT didalam Al Quran. •

Khutbah Jumaat, Surau Saidina Ali UniKL MIAT 040708

Disampaikan oleh Ustaz Mustaqim daripada Pusat Muktamar Islam MAS. • Khatib perpesan agar semua bertaqwa kepada Allah SWT. Takut dan taat kepadaNYA dengan bersungguh- sungguh. • Berpegang teguh kepada ajaran ISLAM. Memperaktikkan ajaran yang terdapat didalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. • Umat Islam ta' perlu mengamalkan ism-ism yang datang daripada sumber yang lain daripada Allah SWT dan RasulNya. • Jangan terpedaya dengan mereka yang ingin membawa gaya pemikiran ala BARAT/ KRISTIAN. Kerana semua itu adalah batil. • Khatib mengakhiri dengan bacaan doa memohon limpah rahmat Allah SWT untuk sekalian muslimin dan muslimat, yang hidup ataupun yang telah mati. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pesanan yang berguna (KM010708)

Ustaz Ghazali didalam pengajiannya berpesan saperti dibawah. • Orang yg beriman apabila hendak memulakan sesuatu perbuatan maka hendaklah membaca Bismillah serta Berselawat keatas Nabi SAW. Semoga ucapan tersebut akan diberikan rahmat serta ganjaran keselamatan oleh Allah SWT. • Sesiapa yang membaca selawat keatas Nabi SAW akan diberikan sepuluh ganjaran. • Orang Islam hendaklah selalu menghadhiri Majlis- majlis Ilmu serta mendengar kalimah- kalimah Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW. Sekurang kurangnya seminggu sekali. Kemudian hendaklah ia mengulangkajinya sebulan sekali atau lebih. • Hendaklah sesaorang yang mempunyai ilmu mengamalkan akan apa yang telah dipelajarinya. • Orang yang beriman hendaklah yakin akan pertemuanya dengan Allah SWT . Serta bersiap sedia untuk membawa bekalan yang mencukupi untuk pertemuannya dihari tersebut. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. • Hidup dan mati ditentukan oleh Allah SWT. Walau pun orang yg kita tinggalkan itu menanggi

Takut kepada Allah SWT

Majlis ilmu yang berbentuk kuliah maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ghazali Hasbullah. Bertempat di Masjid Al Huda, Shah Alam pada 30 hb Jun 2008. Subjek kuliah ini berkisar didalam bidang Aqidah. Ma'rifatullah. Takut kepada Allah membawa kepada kasih sayang Allah SWT. • Bangun malam untuk memohon ampun daripada Allah SWT. Beristighfar dengan bersungguh. Ustaz menyarankan seumur hidup beristighfar sebanyak tujuh puluh ribu kali. Semoga hati kita rasa takut menghadapi Allah SWT apabila bertemu dengan Nya. • Berdamping dengan Allah SWT membuat hati kita takut kepada NYA. Memperbanyakkan kebajikan dan amal solih. Memberi sedekah dan sebagainya adalah cara untuk mendampingi Allah SWT. Contohnya saperti amalan Rasulullah SAW yang banyak kerana tersanggat takut kepada Allah SWT. Kerana itulah baginda di sayangi ALLAH SWT, sehingga diberikan salawat kepada baginda. Sebelum besurai Ustaz memimpin para hadirin berdoa agar membersihkan hati supaya dapat merasa takut kepada Allah