Posts

Showing posts from August, 2008

Masjid Al Huda

Image
Masjid Al Huda di Shah Alam seksyen 19 telah di perbaharui hiasan dalaman nya untuk kelesaan para jumaah menjelang Ramadhan. Ustaz Othman Hamzah memberi kuliah yang pertama setelah diubah suai. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Solat Jumaat 290808

Khatib solat Jumaat Ustaz Wan Termizi di SSA UniKL MIAT. Intipati message khutbah adalah saperti berikut. • Meningkatkan iman dan taqwa. Dengan menjalankan bersungguh-sungguh ibadat Ramadhan • Kedatangan Ramadhan ditunggu tunggu oleh orang orang yang beriman serta bertaqwa. Kerana terlalu banyak ganjaran yang dianugerahi Allah SWT • Didalam bulan Ramadahan terdapat satu malam yang lebeh baik daripada seribu bulan. Ia itu malam Lailatul Qadar. Para ulama menyatakan malam ini terjadi pada 10 malam terakhir • Kewajipan berpusa ini difardhu pada bulan ramadhan sahaja. • Satu amalan sunnat di bulan Ramadhan sama pahalanya dengan amalan wajib. Amalan wajib bersamaan dengan 70 kali pahala amalan dibulan lain. • Dianjurkan dibulan ini diperb anyakkan pertologan pada orang lain. Allah memberi rezeki yang banyak • Meringankan beban orang bawahan diberi ganjaran agar dijauhi daripada siksaan api neraka. Wassalam/ Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-C

Ustaz Yusmi Haniff

Image
Ceramah bulanan UniKL MIAT Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kuliah bulanan UniKL MIAT 220808

Ustaz Yusni Haniff daripada SMA Salak Tinggi, Selangor. Tajuk kuliah yang di sampaikan adalah Kemuliaan Ramadhan. • Perlu untuk orang yang beriman membuat persiapan yang rapi bagi menyambut kedatangan bulan yang dianggap paling mulia didalam bulan- bulan Islam. Ia itu bulan Ramadhan Al Mubarak. • Membuat persediaan fizikal disunatkan kita berpuasa dibulan Sya'ban. • Menuntut ilmu itu penting untuk menghadapi amalan fardhu puasa di bulan Ramadhan. Supaya kita beribadat dengan yakin kepada perintah yang diwahyukan. Kefardhuan puasa telah difardhukan bukan sahaja kepada umat Muhammad SAW tetapi juga umat- umat Nabi- Nabi yang terdahulu. • Ibadah puasa yang diwajibkan adalah cuma sebulan dalam setahun. Jadi tentulah ia tidak membebankan ummat. Ini bertetapan dengan prinsip bahawa Allah SWT tidak membenban hambaNya didalam syariat agama. Mengetahui yang hambanya dapat mengerjakannya demi kebaikan rohani dan jasmani mereka. • Sesaorang hamba selain daripada patuh kepada A

Dr Hafidzi M Noor 190808

Semalam saya menghadiri kuliah maghrib yang disampailan oleh Prof Madya Dr Hafizi. Beliau menerangkan mengenai saorang munafik dinusantara yang bernama Christian Snouck Hurgronge @ Abdul Ghaful Al Holundi • Saorang keturunan Belanda yang lahir pada 1857. Merupakan seorang munafik semasa penjajahan Belanda di Indonesia. • Yang menganut Islam semata mata untuk memasuki tanah suci Mekah. Malah dia mengahwini seorang Islam. • Dia menulis kepada gurunya Thedor bahawa memeluki Islam adalah untuk menipu orang orang Islam Indonesia. • Dengan berpura pura dia berjaya memikat orang orang Islam Indonesia. Dapat bergaul bebas di Mekah. Malah dia berkahwin dengan anak saorang yang alim. • Secara perang saraf dia menasihati pemimpin Belanda Indonesia. Untuk menyerapkan idelogi sekular kepada orang awam. Tetapi berwaspada kepada tokoh Islam yang mengajar di Masjidil Haram. Yang ingin membawa Islam yang sejati. • Politik asosiasi merupakan strategi yang dinasihati kepimpinan Belanda

Ustaz Ali 12/8/08

Kuliah maghrib yang diberikan oleh Ustaz Ali di Masjid Al Huda Shah Alam. Ustaz memberi pengajaran didalam bab Tasuaf. Tajuk kuliah ini adalah siri kuliah yang telah diberikan setiap bulan semenjak beberapa bulan yang lepas diatas bab menemui maut. Ada satu ketika Rasulullah SAW menziarahi saorang sahabatnya yang sedang menghadapi maut. Kelebihan yang dianugerahi Allah SWT adalah baginda dapat melihat malaikatul maut. Berkatalah baginda kepada malaikat maut supaya berlemah lembut ketika mencabut nyawa sahabat itu. Malaikat maut menjawab yang ia tetap berlemah lembut pada setiap orang, asalkan dia beriman. Malaikat maut tidak akan mencabut nyawa hamba tanpa perintah Allah SWT. Walaupun nyawa saekor nyamuk. Dan maut juga bila sudah sampai tempohnya tidak boleh ditangguh. Sebelum kita menemui maut hendaklah mempersiapkan diri untuk bertemu dengan nya. Bagi orang yang beriman dunia ini bagaikan kampung sementara. Didalam mengharungi satu perjalanan yang destinasinya adalah ka

Miri Sarawak

Image
Majlis akad nikah di Masjid Darul Ehsan, Miri, Sarawak Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Majlis akad nikah 160808

Saya menghadiri majlis akad nikah anak saudara saya di Miri, Sarawak. Majlis di sempurnakan di Masjid Darul Ehsan, Miri. Tuan jurunikah didalam khutbahnya menyatakan; • Mempertahankan kesucian zuriat keturunan daraipada dicemari oleh perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang suci. • Perzinaan perlu dijauhi mengikut dengan suruhan Allah SWT didalam Al Quran. • Suami& Isteri perlu memahami akan tanggung. Jawab masing-masing. Perkahwin bukanlah semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwat. • Institusi kekeluargaan hendaklah dibina diatas landasan agama mengikut Al Quran dan Al Sunnah. Di Miri upacara akad nikahnya adalah ringkas dan mudah. Saya ucapkan syabas kepada pihak masjid yang berjaya menghidupkan suasana dan kebudayaan Islam di tengah - tengah masyarakat di negeri Sarawak. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin

Image
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin 100808

Kuliah Subuh di Masjid Al Huda Shah Alam, hari Ahad 10hb August 2008. Diyat adalah ganti rugi yang dituntut oleh si-mangsa sebelum dimaafkan dan dielak daripada hukum QISAS Perkara yang dikenakan diyat. • Pembunuhan yang serupa sengaja • Pembunuhan yang tidak disengajakan • Pembunuhan yang disengajakan dikehendakki membayar selepas dimaaf oleh ahli waris. Hukuman Takzir Hukuman dera kepada penjenayah yang telah dapati salah oleh mahkamah syariah. Hukuman yang akan dikenakan ini tidak termasuk didalam hukum Qisas ataupun Diyat. Hukum Takzir dijalankan selepas mahkamah mendapati yang kesalahan yang dibuat bukan daripada peruntukkan yang termaktub didalam jenayah yang wajib dihukum mengikut hudud. Hukum Takzir di jatuhkan mengikut budibicara para hakim. Hakim wajib menjalankan tugasnya bila tersabit kesalahan dimahkamah syariah. Maka dihukumkan mengikut yang termaktub didalam Al Quran dan Hadith. Perundangan Syariah mengikut hukum yang termaktub didalam Quran d

Ustaz Shihabudin

Image
Berkuliah di Masjid Al Huda Shah Alam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr shihabudin 070808

KELEBIHAN AkHLAQ DLM ISLAM • Akhlaq itu mencerminkan Iman sesaorang. Kualiti iman itu ada 'corelated' dengan akhlaq. Ini sebagai 'observable behaviour'. Rasulullah SAW pernah sabda malu dan iman itu sama sama. Jika malu hilang maka hilanglah imannya. • Rasulullah SAW bersumpah tidak beriman sesaorang yang tidak kenal akan jirannya. Yang mana jirannya tidak berasa aman daripada nya • Kalau sesiapa yang mengaku dirinya beriman. Baginda Rasulullah SAW berpesan bila berkata-kata hendaklah kata yang baik. Kalau tidak lebih baik dia diam sahaja. • Akhlaq sesaorang itu juga mencerminkan ibadahnya. Orang yang jujur didalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT akhlaqnya juga cantik. Sehingga akhlaq itu boleh dijadikan 'yard stick' ibadahnya. • Nabi Muhammad SAW banyak berdoa agar Allah SWT memberi pertunjjuk agar diberi akhlaq yang cantik dan elaklah daripada akhlaq yang buruk. • Didalam Al Quran banyak ayat yang menfokuskan kepada akhlaq. Dua puluh li

Ustaz Nizam

Image
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Nizam 060808

• Sebaik baik nikmat Allah SWT adalah hati yang khusyuk. Ia itu khusyuk didalam solat. • Khusyuk didalam solat itu adalah perkara yang susah didapati. Ini adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Nya. • Sebaik baik kekayaan adalah bersifat kanaah. Ia itu sesaorang yang kaya tetapi tidak menunjjukkan akan kekayaanya. Merendah diri supaya disenangi oleh orang lain yang kurang daripada nya. •Sebaik baik ilmu adalah yakin. Dapat menghayati ilmu dan praktisnya dengan penuh keyakinan. Terutama ilmu ilmu agama. Supaya yakin untuk beramal dengannya serta mendapat keredhaan Allah SWT. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali

Image
Kuliah maghrib di Shah Alam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali 050808

Intisari kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz. • Infaqkan harta kejalan Allah SWT supaya mendapat ganjaran diakhirat • Janganlah bersikap tama' akan harta dunia. Fahamlah bahawa segala isi dunia ini adalah kepunyaan Allah SWT • Cintalah akan kehidupan diakhirat. Dunia ini jadilah sebagai jambatan kepada akhirat. • Gunakanlah segala harta benda yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita kejalan kebajikan. Membantu orang miskin dan anak-anak yatim. • Jauhkan diri daripada sifat tamak dan haluba. Serta mencampuri perkara halal dengan yang haram, semata-mata untuk mengumpul harta didunia ini. • Allah SWT menjamin orang yang beriman serta beramal soleh akan kebahgian dunia dan akhirat. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sdr A Fatahah

Image
Memberi tazkirah Maghrib Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saudara A Fatahah 040808

Tazkirah maghrib yang di sampaikan di Masjid Al Huda. Masa yang sikit ini hendaklah digunakan untuk memperbanyakkan ibadat. Memeriahkan rumah Allah SWT dengan mengerjakan solat berjemaah, menghadiziri kemajlis-majlis ilmu, beriktikaf, berzikir dan membaca quraan. Sesiapa yang ingin sangat bertemu dengan Allah SWT, maka pasti Allah SWT suka dengannya. Didunia ini sekiranya sesaorang suka pergi menghadirikan diri kerumah Allah SWT, Majlis Ilmu Allah SWT dan menzirahi ketanah haram maka ini adalah diantara contoh-contoh yang dia suka berjumpa dengan Allah SWT. Tentulah dia juga merindui akan bertemu dengan Allah SWT dengan selalu bertaubat daripada segala dosa dan maksiat. Allah SWT penerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh memohon daripada Nya. Wassalam.

Ustaz Yusuf

Image
Kuliah Subuh di Masjid Al Huda pada 3hb Ogos 2008

Ustaz Yusof 030808

Kuliah Subuh yg disampaikan oleh Ustaz Yusof daripada JAKIM di Masjid Al Huda. Apabila seorang mukmin mati maka ibadahnya lah yang akan membantunya. Solat, Puasa, Zakat dan Amal Jariah yang lain. Bila ditanya tentang Nabi Muhammad SAW dan dapat dijawabnya maka kuburnya dibesarkan 70 Hasta. Hari ini orang yang beriman menghadapi berbagai cabaran untuk menjalankan tanggung jawabnya terhadap berdakwah serta beribadat. Mereka akan ditentang olih orang munafik dan orang kafir. Bagaimanakah cara untuk menangani hal sedemikian? Perlulah kita bertegas didalam menyebarkan risalah Islam. Yang benar dan yang bathil tetap tidak sama. Memperkasakan kesucian message yang benar hendaklah dijalankan dengan sikap amanah. Yakin yang segala amalan akan mendapat ganjaran didalam kehidupan selepas mati. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud bahawa syaitan itu adalah musuh kita. Mereka merasap kedalam tubuh kita sebagaimana mengalir darah keseluruh badan. Syaitan itu jahat dan tetap be

Ustaz Rusli Mokhtar

Image
Sedang bertazkirah sebelum menanti waktu sembahyang Jumaat. Disurau SSA UniKL MIAT

Khutbah Jumaat 010808

Khatib: Ustaz Rusli Mokhtar Tempat: Surau Saidina Ali, UniKL MIAT (surau bertauliah JAIS untuk bersolat jumaat) Khatib memberi pujian kepada Allah SWT dan bersalawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Menyeru semua untuk bertakwa kepada Allah SWT. Sejarah telah memperlihatkan kepada umum bahawa banyak kerajaan dan empire runtuh setelah sekian lama bertakta. Kekuasaan sesuatu bangsa ada tempuhnya. Bila sampai masanya maka jatuhlah kuasanya. Menang dan kalah itu silih berganti supaya manusia tahu menilaikan kehidupan ini. Serta dapat menginsafi akan kedudukan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda akan datang masanya kuasa akan berpisah dengan kitab. Maka berpeganglah dengan Al Kitab. Walaupun diri disiksa. Sebagaimana umat Nabi Isa RA. Yang sanggup mati kerana memperjuangkan risalah Allah SWT. Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada sesiapa yang berpegang teguh dengan ajaran agamanya ISLAM. Oleh demikian mimbar mengajak sem