Posts

Showing posts from October, 2008

Ustaz usmadi 251008

Jalan Mencapai Ketaqwaan • Tidak ada jalan singkat. Memerlukan peningkatan sedikit demi sedikit. • Memerlukan ilmu untuk mencapai tahap ketaqwaan yang dituntut bagi seorang mukmin • Jiwa orang yang bertaqwa adalah satu jiwa yang sentiasa merasakan kebesaran Allah SWT setiap ketika dimana sahaja dan didalam melakukan apa sahaja. Mereka beramal akan ilmu yang telah dipelajari. • Setelah mempunyai ilmu dan juga beramal dengannya maka sesaorang itu perlu memperbanyakkan doa. Agar Allah SWT memberikan cahaya iman yang akan membawa kepada ketaqwaan. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Uda Kassim 231008

Tujuan Al Quran diturunkan; • Penunjjuk jalan untuk manusia mengenal Allah SWT. • Meningkatkan darjat kemuliaan manusia. • Mendidik manusia mencapai kesucian didalam beribadat. • Jalan mencapai kepada status keluarga yang bahagia. • Ilmu social kepada peradaban manusia didalam masyarakat. • Mendidik manusia supaya hidup didalam bersih, teliti dan teratur. • Kefahaman konsep tolong menolong didalam masyarakat. • Quran mengajak manusia meninggalkan cara hidup yang jahil. Kepada satu way of life yang dibawah naugan akidah. • Memberi satu undang-undang supaya umat islam menghayati satu cara hidup yang tetap. Tidak berubah- rubah. • Mendidek umat Islam bagaimana hendak beriteraksi dengan orang orang yang bukan Islam. Bertoleransi. • Quran juga memberi satu pengajian tentang cara hidup yang merangkupi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menyempurnakan Jenazah

Image
Pagi ini saya ke Putra Jaya menzirahi keluarga sahabat saya yang kehilangan bapanya. Telah kembali kerahmatullah. Begitulah dengan kita semua, tidak akan terlepas daripada ketentuan Allah SWT. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Dr Shihabuddin 151008

Tajuk : Tuntutan bulan SYAWAL dari perpektif Hablunminanas • Fokus open house didalam masyarakat di Malaysia hari ini merupakan tuntutan adat. Dan seperti satu pesta makan. • Konsep merapatkan ukhwah dand dakwah sepatutnya dijalankan. Ia merupakan satu peluang dan ruang yang baik untuk mempertingkatkan syiar Islam didalam masyarakan. • Terdapat 24 ayat yang meminta kita untuk memberi maaf. Jadi bukan hanya meminta maaf. • Fokuskan SYAWAL untuk mempertingkatkan silatur Rahim. Jangan berpecah belah. • Buruk sangka kepada orang lain adalah satu punca perbalahan. Maka dibulan SYAWAL perlu kita membuat perubahan. • Jauhkan sifat yang selalu beranggapan yang orang lain sahaja salah. Kita selalu tidak bersalah. Orang buruk, Kita sahaja yang baik. • Orang yang tidak mahu memberi kemaafan akan menghadapi keburukkan pada diri sendiri. - Hubungan suami isteri terjejas - Kualiti kehidupan yang menurun - Mudah dihinggapi pelbagai penyakit. - Hilang cahaya diair mukany

Kuliah subuh oleh Ustaz Shamsuddin 121008

Image
Kuliah subuh yang bertajuk; Bagaimana melaksanakan hukum hudud/ Qisas/ Diyat dan Ta'zil. Tajuk pagi ini merupakan sambungan kuliah yang disampaikan Ustaz Shamsuddin. • Hakim mahkamah Syariah ditugaskan menjalankan hukuman yang termaktub didalam Al Quran. Pihak mahkamah tidak mempunyai budibicara didalam hal hudud, segala bentuk hukuman telahpun ditetapkan oleh Allah SWT. • Contohnya sesaorang yang telah didapati bersalah melakukan sesuatu jenayah tersebut yang termasuk didalam kategori hudud. Maka yang arief Hakim hendaklah menjatuhkan hukum yang terdapat didalam Al Quran dan praktisnya didalam Hadith. • Sekiranya sesaorang yang didapati bersalah membunuh. Maka pihak mahkamah akan menjalankan hukum Qisas. Dimana mahkamah akan meminta keputusan waris. Jikan waris bersetuju dengan Qisas maka akan dijatukan hukum bunuh. Sekira waris hanya meminta ganti rugi maka dijatuhkan diyat. Sekira pihak waris memaafkan maka pihak mahkamah bolehlah membebaskan tertuduh atau menjalanlkan hukuman t

Kuliyah Maghrib yg disampaikan oleh Ustaz Muhaimin 081008

Image
Tajuk kuliyah pada malam ini memfokuskan perihal mengiratkan hubungan sesama manusia. Allah SWT berfirman dengan satu perintah bahawa manusia semua hendaklah berpegang teguh dijalan agamaNya. Kerana satu ketika dahulu manusia ini berpecah belah serta hilang pegangan agama sehingga mereka itu begitu hampir dengan api neraka. Hanyalah dengan rahmatNYA lah manusia dapat diselamatkan. ... itu dia satu jalan kesyurga... Mempereratkan tali persahabatan dengan orang orang yang beriman dan melakukan amalan soleh. Nasihat menasihati sesama mukmin sapertimana yang ditunjjukkan oleh Saidina Muhammad, Rasulullah SAW. Amalan yang soleh itu juga diikuti oleh para sahabat serta diperturunkan kepada satu genarasi ke satu generasi. Keberkesanan metodologi ini terbukti didalam lembaran sejarah. Walaupun ada pihak kufur yang cuba sedaya upaya mereka untuk menyempunyikan fakta yang benar. Hubungan akidah itu hendaklah diberatkan daripada diri dan keluarganya sendiri. Dalam Islam tiada prakt

Khutbah aidil fitri 011008

Image
Khutbah di sampaikan oleh Ustaz Dr Syihabuddin. • Bagi orang yang beriman didalam menyambut hari raya Aidil Fitri tetap merasa kesedihan kerana telah berpisah dengan Ramadhan. • Mudah-mudahan Ramadhan berkesan kepada diri kita. Saperti berikut: - kekuatan akidah - kecantikan akhlaq - kesabaran menghadapi ujian - kerajinan bersolat - kecemerlangan hidup • Tanggal satu syawal adalah hari kebesaran agama Islam. Dalam bersuka janganlah kita lupa dalam menjalankan tugas kepada Allah SWT dan manusia. Berkunjung kerumah kaum keluarga dan sahabat handai. • Jauhkan daripada sifat pembaziran . Elakkan daripada perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saperti bersalaman dengan yang bukan muhrim. Bercampur lelaki dan perempuan. • Pada hari yang mulia ini janganlah kita lupa kepada orang yang susah, fakir dan anak anak yatim. • Segala puji-pujian itu hanyalah kepada Allah SWT. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device vi