Posts

Showing posts from November, 2008

Ustaz Ghazali Hasbullah 30/11/30

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Bab Tauhid • Berzikir untuk membuang ragu dengan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW • Oleh kerana tidak mengamalkan zikrullah maka ramai umat Islam pada hari ini menghadapi masaalah ragu-ragu didalam agamanya. • Setiap amalan haruslah dilakukan dengan ikhlas. Orang yang wara' akan menemui akan keikhlasan didalam beribadat. • Orang yang wara' itu tidak meletakkan dunia melebihi kehendak akhirat. Yang paling dikhuatirinya adalah mempunyai harta dunia yang berlebih-lebihan. • Ilmu tauhid itu adalah asas kepada semua cabang- cabang ilmu agama. Ilmu Fiqh asasnya adalah Ilmu Tauhid. Ulama' Tauhid yang mengasaskan ilmu ini adalah Abu Hassan Ashyaari. • Ilmu tauhid juga dinamakan ilmu Qalam, Ilmu Usulluddin, Ilmu Sifat. • Untuk mencapai tahap keilmuan itu perlulah kita memahami haqiqatnya Ilmu Tauhid itu. • Orang yang berpengetahuan atau memmahami ma'rifat itu mendahului beberapa peringkat: - Jahil; tidak menge

Ustaz Azman 16/11/08

Image
Kuliah subuh yang disampaikan ustaz di masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam Tajuk kuliah adalah bab munafiq Orang orang munafiq adalah merupakan orang muslim yang berpura-pura iman. Malah golongan ini telah wujud semasa zaman Rasulullah SAW lagi. Mereka ini biasa berjemaah dibelakang nabi. Sifat kepura-puraan ini susah untuk orang mukmin yang lain untuk mengenal pastikan mereka. Kerana mereka ini sembahyang dan mereka juga mengeluarkan sedekah. Untuk mengenal orang munafiq ini adalah dengan mengujikan mereka. Dengan menghendaki mereka mengikut hukum- hukum syariah. Kerana salah satu ciri orang munafiq adalah mereka ini mempunyai kepercayaan dan keilmuan yang bercanggah dengan hukum hukum tersebut. Contoh yang berlaku didalam masyarakat kita yang menunjukkan sifat kemunafiqkan adalah apabila majlis fatwa telah mengeluarkan sesuatu fatwa maka terdapat golongan yang menentangnya. Saperti fatwa yang dikeluarkan baru-baru mengenai wanita yang merupai lelaki adalah satu perbua

Khutbah Jumaat 14/11/08

Surau Saidina Ali Universiti Kuala Lumpur MIAT Khatib: Haji Syahid • Mimbar mengingatkan semua jemaah mengenai hari yang akan ditempuhi setiap orang. Ia itu kehidupan selepas mati dan laluan dipadang mahsyar kelak. Yang PASTI ditempuhi oleh setiap manusia. • Kegiatan maksiat yang sedang berlaku secara beluasa didalam masyarakat muslim hari ini memperingatkan kita akan betapa lemahnya iman kita. Kita saolah olah tidak yakin bahawa ada hidup selepas hidup didunia ini. Hari akhirat yang begitu dahsyat sekali. • Sesiapa yang diberi catitannya dari tangan kanan maka senanglah dia diakhirat. Sesiapa yang diberi dari tangan kiri maka meraunglah dia menanti siksaan yang begitu dahsyat. • Allah SWT sangat bersegera didalam urusan balsan nya. • Akan ditanya seorang hamba Allah SWT tentang bagaimana digunakan: - umurnya - harta bendanya - ilmunya • Akhir sekali tuan khatib menyarankan semua jemaah supaya memilih jalan Allah SWT yang diberi contoh yang baik oleh Rasullullah

Kuliah Maghrib Masjid Muhammadi Kelantan 301008

Manusia yang gagal untuk menjadi penghuni syurga dan kekal didalam neraka adalah kerana beberapa sebab saperti berikut: -Syirik kepada Allah SWT -Kufur kepada Allah SWT atau kepada kitabullah atau Rasulullah. -Mengingkari (kufur) salah satu rukun Islam - Menghina dan mempermainkan syiar Islam -Mencela Allah SWT dan RasulNya -Yakin bahawa hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah SWT -Munafiq. Mencari jalan untuk menjatuhkan Islam Mereka yang menjadi penghuni neraka tetapi tidak tetap didalamnya: -Durhaka kepada ibu bapa -Memutuskan silaturrahim -Memakan riba -Memakan harta anak yatim -Saksi yang palsu -Rasuah -Sumpah yang palsu -Menipu raayat Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.