Posts

Showing posts from January, 2009

Ustaz Shahrullah 270109

Image
Ancaman Islam daripada Yahudi. Kaum Yahudi suka mereka- reka cerita yang tidak benar. Dicampur aduk daripada sumber sumber yang tidak sahih. Allah SWT telah melaknatkan kaum Yahudi yang tercatit didalam Al Quran. Sapertimana Allah SWT melaknat iblis kerana takbur dan engkar daripada perintah NYA. Kaum Yahudi juga disebut didalam Al Quran tentang laknat Allah SWT terhadap mereka. Kerana suka memuji diri sendiri, tidak dapat menerima kerasulan Nabi Muhammad SAW yang bukan daripada bangsa mereka. Didalam kitab mereka telah jelas tanda-tanda akan kedatangan Nabi Muhammad SAW tetapi oleh sebab takbur akan kemuliaan bangsa mereka. Bangsa ini sanggup menolak perintah Allah SWT. Kejadian trajis yang menimpa orang palestin di GAZA merupakan manifastasi betapa bongkak dan takburnya bangsa Yahudi. Mereka langsung tidak mengendahkan seruan PBB dan 'world opinion'. Sikap yang memandang hina kepada bangsa lain telah membuat mereka menjadi orang orang yang zalim. Mereka m

Ustaz Rosmadi 240109

kezaliman orang Yahudi dan kealpaan umat Islam hari ini • Peristiwa pembunuhan orang Palestin di GAZA menunjjukkan betapa zalimnya orang Yahudi. • Didalam lipatan sejarah yang tertara didalam Al Quran terdapat banyak episod kezaliman bangsa Yahudi. • Pembunuhan yang dirancangkan oleh abang Nabi Yusuf as adalah satu episod sejarah yang menunjjukkan betapa tidak berhati perut mereka. Sehingga sanggup membuat satu pembohongan megenai Nabi Yusuf as kepada Nabi Yakub as. • Golongan Yahudi telah membunuh banyak nabi-nabi mereka. Begitulah kezaliman bangsa ini. • Imam Ghazali pernah menulis didalam sebuah kitabnya tentang kasih Allah SWT kepada hamba hambaNYA. DiberiNYA perkara dan benda yang difikirkan mustahil. Contohnya betapa seluruh umat Islam bersatu hati membantu sedaya upaya yang mampu untuk menolong umat Palestin. • Pernah didalam sejarah Islam para sahabat yang murtad kerana tidak sabar melawan musuh. Ada yang mula tidak yakin keatas kerasulan Nabi. Malah pernah S

Dr. Hapizi 200109

Image
• Orang Islam yang berjuang diatas nama Allah SWT tidak takut kepada mati. Mereka yakin akan janji Illahi. • Begitulah perjuangan orang orang Palestin di GAZA. Mati kerana mempertahankan kesucian akidah. "Mereka bolih mengebomkan rumah dan masjid kami tetapi tidak mungkin dapat menghalang kami daripada menyembah Allah SWT" itu lah semangat umat Islam. • Pihak musuh tidak henti- henti melakukan propaganda serta pembohongan. Yahudi yang menjajah yang melakukan berbagai kekejaman tetapi menyalahkan pihak Palestin. • Orang Palestin mempertahankan negara mereka daripada pihak penjajah zionis. Sehingga ini yang telah mengorbankan sembilan juta nyawa semenjak tahun 1948. • Di Malaysia ini janganlah kita terpesong dengan da'yah dan hiporasi orang Yahudi dan penyokongnya Amerika serta sekutunya di Eropah dan Arab. Bantulah sahabat seislam kita di Palestin. • Berjihadlah resolusinya pada keadaan sebegini. Wassalam

Ustaz Redzuan 090109

Image
• Bercakap dengan baik itu merupakan sedekah. Bagi sesiapa yang berkata- kata dengan baik kepada kedua orang ibu-bapa akan mendapat berganda ganjarannya. • Bersolat jemaah juga merupakan sedekah. Setiap langkah yang diambil untuk kemasjid akan mendapat ganjaran yang tidak terbilang. • Malakukan amar makruf nahi mungkar serta melakukan amal kebajikan sebanyak mana sendi sendi didalam tubuh akan dihindarkan daripada api neraka. Jumlah sendi anggota kita adalah 360 mengikut satu hadith. • Manusia yang menginginkan kejayaan dunia dan akhirat hendaklah patuh kepada hukum dan perintah Allah SWT. Serta jangan sekali kali mengingkar akannya. • Terdapat hadith dimana tercatit seorang wanita pelacur dimasukkan Allah SWT kedalam syurga kerana dia membantu saekor anjing yang kehausan. • Umat Islam digalakkan untuk berlumba lumba mengerjakan kebajikan. Mendapat keredhaan Allah SWT. Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 060109 dimasjid Al Huda

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda S19 S/Alam • Diakhir zaman ini ramai masyarakat Islam melakukan maksiat dengan bersahaja. Perkara yang haram dicari helah untuk menghalalkannya. • Orang mukmin hendaklah menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara maksiat. Perkara yang Haram dan halal perlulah jelas dan harus datang daripada sumber Al-Quraan dan Al-Hadith. • Berzikir adalah satu amalan yang dapat mengingati Allah SWT. Supaya tidak leka daripada suruhan dan larangan NYA. Lagi pula berzikir itu satu perkara yang disukai Allah SWT. • Walau bagaimana banyak amalan yang dilakukan manusia, jin dan malaikat, perlulah diingatkan bahawa segala kebaikan itu tidak diperlukan oleh Allah SWT. Kerana Tuhan tidak memerlukan apa-apa daripada hambanya. Sebaliknya hambanya lah yang mengharap sesuatu daripada Allah SWT. Segala amalan soleh yang dikerjakan oleh hamba itu hanyalah untuk kebaikan diri sendirinya. • Ganjaran amalan kepada hamba bergantung kepada niat yang ikhlas. Jika a

Ustaz Zulkifli 050109

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda S19 S.Alam • sekira hamba itu memohon bersungguh- sungguh kepada Allah SWT, pasti dimakbulkan. • Hamba yg bermasaalah selalunya meminta dengan ikhlas dan tulus. • Meminta dengan bersandar akan sifat Allah SWT yang terkandung didalam Al Asmaul Husna. Saperti menyebut Al Quddus. • Memohon dengan lembut dan bersungguh-sungguh. • Perkataan Quddus asal drp quds melambangkan kesucian, baik. Bagi menyatakan sifat Allah SWT di sebut Quddus yg bermaksud Maha Suci. Maka berdoalah dengan menggunakan perkataan Quddus itu sesuatu amalan yang baik. • As Salam bermaksud maha selamat. Berdoa dgn menggunakan As Salam itu satu pujian kepada Allah SWT. • Rasulullah SAW setiap kali selepas solat berdoa dengan kalimah As Salam. Wassalam

Ustaz Yussof 040109

Image
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Yussof daripada JAKIM. Tahun ini kita menyambut tahun baru hijrah dan masehi secara silih beberapa hari. Kedatangan tahun baru ini memperingatkan kita yang usia kita sudah pendek setahun. Terdapat beberapa peristiwa yang mencerminkan satu keberanian umat agama lain dinegara ini yang dengan sengaja dan terbuka telah mengkritik agama Islam. Garis panduan telahpun diberikan oleh para ulama bagaimana kita bergaul dengan orang yang bukan Islam. Juga digariskan bagaimana untuk kita menyambut hari kebesaran orang orang yang bukan Islam. Sejarah para nabi dipenuhi dengan dugaan dan ujian daripada Allah SWT. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, baginda juga berhadapan berbagai dugaan. Untuk menyampaikan wadah Islamiah ini baginda terpaksa bersusah susahan sebelum mengecap kejayaan. Peristiwa para anbiya' sepatutnya dijadikan satu pengajaran oleh umat Islam pada hari ini. Allah SWT juga akan mengujikan keimanan kita menghadapi dengan orang- orang yang m