Posts

Showing posts from May, 2009

Ustaz Zaid 300509

Sifat Sifat Pencinta Masjid ¤Beriman kepada Allah SWT Orang yang beriman itu bagaikan sebatang pokok yang baik. Sihat akar dan pohonnya mengeluarkan buah yang baik. Tetapi orang yang tdak beriman bagaikan pokok yang rosak dan akar yang sakit. Dahan dan buahnya rosak. Orang yang beriman hati mereka baik. Orang yang tidak beriman hati mereka busuk. Orang yang beriman; - Tahu nama nama Allah SWT - Tahu sifat sifat Allah SWT - Mematuhi hukum Allah yang wajib, sunat, makhruh, haram dan harus. ¤Beriman kepada hari akhirat Tahu akan hakikat yang ia akan mati. Bila ia mati ia akan pergi kealam BARZAH. Allah SWT akan membangkitkan kita semula setelah berada dialam kubur. Disitu kita bertemu dengan Alam Mahsyar. Dimana kita akan diistiharkan keputusan sama ada kita berjaya ataupun gagal. Yang berjaya akan kesyurga dan yang gagal akan keneraka. Bagi yang gagal akan menyesal sambil merayu kepada Allah SWT supaya dikembalikan kebumi untuk mereka beramal soleh.. ¤Mend

Ustaz zulkifli 040509

Kuliah Maghrib • Al Jabbar maksudnya kekuatan yang sangat besar. Nama Allah SWT menunjjukkan bahawa tiada siapa yang boleh menandingi kuasa NYA. • Zat yang tiada bolih disentuh oleh sesiapapun. Malah ialah zat yang bolih memaksa untuk memperbaiki kehidupan manusia. • Zat ini menunjjukkan sifat yang berlawanan dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim. • Bagi manusia yang hendak mencabar kekuasaan Allah SWT harus beringat dengan zat Al Jabbar. Mereka harus takut dan gentar. Samalah orang yang cukup susah untuk menghadiri didalam majlis ilmu. Walaupun dia tahu yang Allah SWT suka kepada majlis ilmu. • Sifat Al Jabbar ini perlu difahami bahawa kekuasaan Allah SWT tidak akan dapat ditandingi oleh apa sahaja mahlukNya. • Maka jika Allah SWT memberi sedikit ujian kepada hambanya. Maka hamba tersebut haruslah bersyukur. • Sifat ini tidak mampu sesiapapun menirunya. • Sesiapa membaca Al Jabbar 21 kali diwaktu pagi dan petang dilindungi daripada kezaliman mahluk. Membaca 1

Ustaz Nizam 27/05/09

Kuliah Maghrib Orang yang diberi kuasa serta berlaku zalim Para pemimpin yang menyalah gunakan kuasanya dengan perbuatan merasuah. Perbuatan ini dizaman moden ini memenag berluas luasa. Ada yang sanggup membunuh diri apabila perkara itu terbongkar. Didalam Islam perbuatan rasuah itu haram. Apatah lagi jika dilakukan oleh para pemimpin. Pemimpin yang zalim didalam Islam diistilahkan sebagai Taghut. Taghut ini menghukum degan hukum selain daripada hukum Allah SWT. Islam tidak mengajar manusia melakukan penyembahan sesama manusia. Malah perbuatan ini merupakan perbuatan yang dipelopori oleh Taghut. Didalam Al Quraan terdapat banyak amaran tentang keburukkan budaya Taghut yang semakin menjadi jadi didalam masyarakat Islam diseluruh dunia. Wassalam/ Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Haslin 260509

Kuliah yang disampaikan di Masjid Al Huda, seksyen 19, Shah Alam Manusia hendaklah hidup didunia ini berkerja dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kerana sesiapa yang diredhai NYA akan disayangai NYA. Maka tercapailah dia akan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat. Orang yang beriman meredhakan Islam sebagai agamanya, Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai Rasulullah. Perkara ini dipraktikan didalam kehidupan. Mengingati Allah SWT dengan menyebut Bismillahirahmanirahim didalam segala perbuatan. Seorang muslim yang mencari keredhaan Allah SWT diakhirat kelak sentiasa menjaga kehormatan dirinya dengan menjaga keimanannya, pemikirannya dan akhlaqnya. Adab hendaklah sentiasa dijaga oleh orang beriman. Dijaganya lisan agar tidak berkata-kata dengan cara saolah dia tidak bersyukur kepada Allah SWT. Perihal diri orang yang beriman yang tunduk serta patuh dengan redha kepada ketentuan Allah SWT. Dia yakin yang di

Ustaz Sapidin 180509

Al Quraan • Allah SWT yang menurunkan Al Quraan dan DIA lah yang menjaga kitab tersebut. • Semenjak diturunkan ramai musuh- musuh Islam cuba menyelewengkan Al Quraan, tetapi tidak berjaya. • Begitulah juga umat Islam yang menghadapi ujian yang berat sepanjang sejarahnya. Ada yang terbunuh dan kehilangan kampung halaman. Serangan itu datang pelbagai cara yang dahsyat. Tetapi sebahgian umat Islam tetap berdiri teguh pada hari ini. •Insyallah umat Islam tetap utuh. Hingga disatu masa yang akan ditetapkan oleh Allah SWT. Peranan Al Quran didalam benteng ini cukup kuat. • Seorang Muslim harus sedari bahawa dia harus bangunkan dirnya dengan ajaran ajaran didalam Al Quran. Perlu ia sedari bahawa dunia ini adalah tempat sementara. Akhirnya dia akan mati jua. • Didalam Suran Yasin ayat yang ke 29, diceritakan keadaan manusia dihari qiamat. Manusia semua serta merta akan mati setelah ditiupkan sangkakala. • Quraan juga menceritakan tetang peristiwa yang menimpa manusia pad

Ustaz Azman 170509

Kuliah Subuh Bab Istiqamah • Didalam perkara yang bersabit dengan syariat Allah SWT. • Berusaha dengan ikhlas bersungguh- sungguh dengan sekadar kemampuan sesaorang itu. • Segala perbuatannya adalah dengan niat bahawa dia melakukan perkara itu semata- mata kerana Allah SWT. • Setiap kita beribadat hendaklah dilakukan dengan beristiqamah. - Mengikut sunnah Nabi SAW - Menambahkan ibadat sunat - Menjauhkan perkara haram - Melakukan dgn konsisten • Para ulama mengambil contoh semut didalam beristiqamah. Gula yang lebih besar daripada badannya akan diusahakan hingga selesai. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Uda Kassim 140509

Kuliah Maghrib BERLAKU ADIL • Didalam syariat ISLAM terdapat beberapa hukum yang menuntut orang mukmin supaya berlaku adil. • Berbuat baik kepada orang lain dan jangan berlaku zalim kepada orang lain. Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada orang lain kebaikan itu akan kembali kepada dirinya sendiri. • Perlakuan adil didalam Islam tidak memilih bulu. Pernah khalifah Islam amirul mukmin saidina Omar menjatuhkan hukum sebat keatas anaknya sendiri oleh kerana melakukan kesalahan merogol seorang wanita ketika dia mabuk.. Walaupun ramai orang merayu tetapi baginda teruskan sebatan. Akhirnya anaknya meninggal dunia. Sebagai seorang amirul mukminin baginda memastikan keadilan berlaku keatas keluarganya sendiri sebelum dia memastikan keadilan didalam masyarakat. • Didalam sistem kemasyarakatan Islam diharamkan pengambilan RIBA. Tujuan pengharaman ini merupakan sistem untuk memberi keadilan kepada semua. Didalam Islam terdapat sistem zakat untuk memastikan keadilan sosial. • D

Ustaz Ahmad Dahsuki 130509

Kuliah Maghrib Hak Orang Mukmin • Orang mukmin itu teristimewa sekali wujudnya. Membawa kesejahteraan kepada orang sekelilingnya • Selalu mencari usaha untuk membawa keadilan dan setaip pagi mencari jalan membantu orang yang dizalimi. Mencari cari peluang untuk menunaikan hajat orang Islam. Pahala bagi orang sedemikian bersamaan dengan orang yang menunaikan haji. • Saorang muslim dengan saorang muslim yang lain; Bila berjumpa memberi salam; Mendoakan jiran dan sesama muslim; Menziarahi orang yang sakit; Apabila dijemput hendaklah diterima; Memberi nasihat bila perlu; Menyembayangkan dan mengiringi jenazah seorang mukmin kekuburnya. • Allah SWT menyayangi seorang yang memberi manafaat kepada saudaranya. Panjang umurnya jika sesaorang mukmin itu selalu membawa kegembiraan kedalam jiwa sesama mukmin. • Melayani tetamu itu membawa barakah kepada sesaorang. Apa lagi apabila yang datang itu menghendaki sesuatu hajat, serta dipenuhi hajat tersebut. • Orang mukmin mendirik

Ustaz Yussuf 030509

Kuliyah Subuh • Keadilan didalam ajaran Islam merupakan teras nya. Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Asas pembinaan peradaban moral yang murni. • Islam membenarkan yang BENAR dan menyalahkan yang SALAH. Menegakkan keadilan didalam masyarakat. • Hukum Allah SWT adalah ketetapan yang paling adil sekali. Jadi teras keadilan didalam Islam adalah hukum AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW. • Walaupun landasannya telah sedia ada didalam Islam. Tetapi masih ada orang Islam yang berani mempertikaikan hukuman yang ada didalam AL QURAN. Contohnya terdapat ramai kaum wanita yang masih tidak dapat menerima yang pihak lelaki mendapat dua kali lebih bahagian harta pusaka didalam hukum faraid. • Semua orang diwajibkan memeberi keadilan kepada yang haknya. Tidak melakukan demikian boleh ditafsirkan sebagai kezaliman. Saorang peniaga perlu melayan dengan baiknya tanpa memilih status social pelanggan tersebut. Seorang doktor perlu memeriksa pesakitnya dengan teliti tanpa memilih pesakit y

Ustaz Shamsuddin 100509

Hukum bagi mereka yang meminum arak • Arak dilarangkan oleh Allah SWT. Membawa kepada kemabukkan. Hilang akal dan juga hilang iman. Istillah Arab adalah Khamar. • Apabila mabuk manusia lupa kepada kekuasaan Allah SWT. Sesiapa yang meminumnya adalah Haram melainkan didalam keadaan dharurat. • Arak juga ditakrifkkan sebagai NAJIS • Hukuman hudud - sebat sebanyak 40-80 kali rotan. - jangan kurang daripada 40 kali sebatan dan tidak melebihi 80 kaki. • Sebelum diharamkan arak boleh diminum. Tetapi dengan syarat yang ianya tidak melalaikan ketika solat. Tetapi masih ramai orang yang apabila mabuk telah lalai didalam solatnya. • Kemudian itu barulah ayat Quran yang mengharamkan arak diturunkan. • Tersabit kesalahan dan dihukumkan dengan perlaksanaan hudud apabila: - yang meminumkan itu sah arak - orang yang meminumkan itu tahu / sedar bahawa yang ia minum itu adalah arak. - orang yang meminum arak tetapi tidak tahu yang air yang ia minum itu adalah arak maka tidak

Ustaz Ali 120509

Kuliyah Maghrib diceramahkan olih Ustaz Ali dari Shah Alam, bagi membincangkan tentang hal KEIMANAN ¤ Bab iman ini adalah cabang ilmu agama yang terpenting. Membolehkan sesaorang itu lucut akidahnya menjadi seorang murtad. ¤ Pengiraan akidah ini tidak sama logikanya dengan ilmu mathematik. Kerana sekiranya terlucut satu dimensi iman boleh dengan segera terlucut akidahnya. Didalam mathematik 5 - 1 = 4. Tetapi akidah sesaorang jika tergugur satu mungkin gugurlah semua akidahnya. Contohnya rukun iman ada 6. Jika tidak beriman kepada satu tidak tinggal 5, tetapi imannya gugur semuanya. 6 - 1 = 0. ¤ Bagaimana sesaorang dapat meningkatkan keimanan nya? Mengingati mati dapat memperingati kita tentang realiti kejadian kita. Relatif dunia ini dengan alam akhirat. ¤ Apa kah cara yang terbaik untuk memahami realiti tersebut? Rasulullah SAW dan para sahabat banyak membaca & memahami Al Quran. ¤ Adakah cara yang lain? Mendampingi orang alim dan para ulama. Serta mengikuti a

Ustaz Ghazali Omar 010509

Image
Tazkirah Jumaat • Sejarah Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah meminta minta kepada orang lain. Mereka hanya memohon dan mengharap kepada Allah SWT. • Nabi SAW mendidik para sahabat supaya berusaha mencari rezki sendiri. Jangan meminta minta.. • Nabi Daud saorang nabi dan juga ketua negara. Mempunyai kerjayanya sendiri selain daripada memegang amanah sebagai rasulullah dan raja. Baginda mempunyai kemahiran bertukang peralatan daripada besi. • Maka perlulah diingatkan bahawa mahu umatnya berkerja menyara dirinya gan keluarga. • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud mencari rezeki yang halal itu wajib bagi orang Islam. Wassalam

Ustaz Amiruddin 010509

Image
Kuliah Subuh • Hati adalah penggerak didalam manusia yang membawanya melakukan kebaikan dan kejahatan. • Al Quran menyatakan bahawa hatilah tempatnya IMAN. • Apabila iman itu menebal didalam hati. Maka sesaorang itu akan membenci kepada kekufuran, kemaksiatan dan kejahatan. • Tanda orang itu beriman kepada Allah SWT adalah dia taat kepada kepada semua suruhan dan larangan agama. • Orang yang beriman juga memperolihi ketenangan. • Bermohonlah kepada Allah SWT agar dianugerahkan kepada kita hati yang baik. Supaya kita memperolihi keimanan yang menebal. Insyaallah mudah-mudahan kita menjadii orang yang sentiasa taat kepada Allah SWT. • Hati yang buruk akan membawa sesaorang itu kepada kekufuran. Dia cenderong melakukan maksiat. • Hati yang buruk juga mendorong sesaorang itu menjadi orang yang munafik • Hanya orang yang berusaha untuk meningkatkan iman akan mempunyai hati yang lembut. Mereka suka membantu dan bersedekah kepada anak yatim dan orang miskin.