Posts

Showing posts from October, 2009

Ustaz Sapidin 191009

Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW memberi amaran bahawa BALA' akan turun kepada ummah jika mereka melakukan perkara- perkara yang berikut dibawah ini; • Harta kesenangan hanya berada didalam tangan yang tertentu sahaja. • Amanah yang diberikan kepada orang untuk menguruskan hal ehwal masyarakat tidak menjalankannya dengan baik. • Orang yang diberkuasa tidak menunaikan solat, zakat, mengajak manusia kepada kebaikan, menentang kemungkaran. • Zakat dijadikan hutang. Pihak yang beramanah meminta orang ramai menunaikan zakat saperti orang memunggut hutang. • Apabila suami mengikut kehendak isteri didalam melakukan maksiat. Tidak ditegurkannya. Menjadilah dia saorang yang dayus. • Menderhaka kepada kedua ibu bapa nya. Tetapi berlaku baik kepada kawan- kawan nya. • Suka menjauhkan diri daripada bapa nya sendiri. Tidak menunjukkan kesopanan kepada bapa nya sendiri. • Berbalah didalam masjid. Suara ditinggikan. Tidak menunjjuk rasa hormat. • Melantik orang yang

Ustaz Azman 181009

Kuliah Subuh • Memperingati hal ehwal KEIMANAN kepada Allah SWT merupakan perkara yang penting. • Memperbaharui keimanan adalah perbuatan yang akan mendapat ganjaran yang baik dihari akhirat. • Ukwah Islamiah itu merupakan sebahgian daripada hal keimanan. • Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang mempersoalkan hal persaudaraan sesama Islam. Ukhwah Islamiah. • Persaudaraan Islam tidak akan terjalin melainkan bagi orang- orang yang beriman sahaja. • Ukwah itu didasarkan diatas keimanan. • Jiran itu merupakan saudara diatas dasar iman. Kewajipan kepada jiran diantara lain; - memberi salam kepadanya apabila bertemu - bila dia sakit, menziarahinya - bila dia susah, memberi pertolongan • Ramai orang Islam sudah tidak mengambil berat didalam hal ukhwah Islamiah. Persaudaraan telah banyak didasarkan kepada kedaerahan, kepartian politik, dsb. • Persaudaraan Islamiah itu adalah tuntutan yang wajib. Maka jika diabaikan ia akan mengudang bala' daripada Allah SWT. • Telah terjadi berbagai musi

Ustaz Ghazali Omar 171009

Kuliah Maghrib • Orang mukmin hendaklah membawa iman didalam hatinya. • Menjaga agamanya setiap masa dan lapangan hidupnya. • Tidak membazirkan makanan dan harta benda yang dianugerahkan Allah SWT. • Rajin memberi sedekah dan derma kepada orang yang memerlukannya. Saperti; - Anak Yatim - Pelajar didalam bidang agama - Orang yang dilanda musibah • Orang yang beriman selalu berdoa kepada Allah SWT agar dihindarkan sikap buruk serta dijauhkan daripada siksaan api neraka. • Para ahli tasawuf yang rajin mengerjakan qiamulail senantiasa berdoa kepada Allah SWT; agar diberikan keampunan daripada dosa serta dijauhkan daripada siksaan api neraka. •Walaupun mereka rajin beribadat tetapi masih merasakan dia tidak layak untuk memasuki syurga Allah SWT. • Oleh kerana tidak sanggup menghadapai siksaan api neraka, maka dengan linangan air mata, mereka merendah diri memohon pertolongan Allah SWT. • Orang yang beriman harus juga berwaspada dengan pengaruh sahabat mereka. Rasulullah SAW berpesan yang ki

Khutbah Jumaat 161009

Image
Khutbah Jumaat di Masjid Jamiq Kampung Baru KL • Alam persinggahan selepas mati sehingga hari qiamat. Alam Barzah • Alam ini tidaklah kosong tanpa apa apa ganjaran pun. Malah terdapat ganjaran kepada orang yang menerima akibat yang baik ataupun yang buruk. Siksaan kubur. • Amalan bagi orang mukmin untuk menghindarkan daripada siksaan kubur - berdoa - membaca surah Al Mulk - Istiqamah didalam berjihad • Alam kubur - pasti - amalan didunia membawa akibat didalam alam barzakh - hendaklah setiap mukmin bersiap menghadapi alam kubur • Bagi orang yang puak kanan merupakan kelapangan hidup didalam alam kubur. Tetapi bagi puak kira azab yang mengerikan yang menunggunya. Wassalam

Ustaz Muhaimin 141009

• Alam akhirat itu dahsyat sekali • Tidak ada bandingan dengan apa yang terdapat didunia ini • Manusia tidak mampu membayanginyi bagaimana keadaan neraka itu. • Setiap manusia akan melintasi neraka melalui titian sirat. • Yang dapat melepasi siksaan neraka adalah ibadah yang diterima Allah SWT serta rahmatNya. • Ibadah yang dilalukan ikhlas kerana Allah SWT akan mendapat ganjarannya. Walaupun sedikit. • Untuk mendapat keselamatan hidup diakhirat maka hidup kita didunia perlulah dipenuhi dengan amal yang soleh. Wassalam

Ustaz yussof 041009

Bagaimana ibadah kita selepas Ramadhan? • Didalam bulan Ramadhan yang baru lepas, berbagai ibadah sunat yang dikerjakan, saperti: - Solat tarawih - Solat tahajud - Bertadarus Al Quran - Bersedekah Dan sebagainya. • Tetapi apabila tiba bulan Syawal kita sibuk dengan berbagai aktiviti menyambut Eid Mubarrak. Adakah ibadah sunat yang dikerjakan semasa Ramadahan dapat diteruskan? Adakah masjid kariah kita dipenuhkan? • Islam mengutamakan ibadah sunat yang dilakukan secara beristiqomah. Walaupun ibadah itu dipandang kecil. • Menghormati kesucian Islam adah sesuatu kehendak yang diwajibkan kepada semua umat mukmin. Contohnya terdapat satu kes yang dibicarakan dimahkamah Syariah dimana hukum sebat diperintahkan oleh yang ariff tuan hakim. Tetapi yang sedihnya ada pihak yang cuba hendak menentang hukuman tersebut. Sebuah pertubuhan NGO yang diberasaskan Islam, SIS, membantah keras hukuman tersebut. Hujah mereka adalah hukuman tersebut sebagai tidak bertamadun. Bagaimana satu p