Posts

Showing posts from November, 2009

Ustaz Yussof 291109

Kuliah Subuh • Perbezaan pendapat itu perkara biasa didalam agama. Tetapi tidaklah boleh membawa perpecahan ummah. Ini dilarang oleh Islam. • Janganlah kamu bertengkar nanti kamu akan hilang kekuatan. • Fenomena ini sedang berlaku didalam dunia Islam. Malah didalam negara ini mula menular didalam masyarakat. • Adakah perkara ini terjadi dengan sendirinya? Atau adakah ia dikemudikan oleh golongan yang tidak senang dengan 'influence' agama Islam didalam masyarakat. • Perbezaan didalam soal akidah tidak di benarkan didalam Islam. Adab untuk berbeza pendapat perlu di ikuti oleh semua. • Perpecahan ummah dimasa dahulu bukanlah kerana ketandusan ilmu. Malah ilmu para ulama' nya begitu hebat sekali. Tetapi perpecahan terjadi kerana mereka yang berilmu telah salah guna kedudukkan didalam masyarakat. Membawa pengikut mereka berbalah kerana inginkan kuasa. Politik... • Ulama' yang besar didalam sejarah Islam begitu beradab sekali apabila hendak berbeza pendapat. Imam Shafie walau

Ustaz Zaid 271109

Kuliah Maghrib • Allah SWT mewajibkan orang Islam membaca surah Al Fatihah sebanyak 17 kali sehari. • Didalam surah tersebut terdapat doa memohon Allah SWT menunjjukan kita kejalan yang lurus. • Allah SWT memberi kita contoh bagaimana hendak mengikut jalan yang lurus. Jalan para nabi, rasul, sidiqqin, syuhada', solehin. • Jalan yang lurus membawa kita ke syurga. Ia merupan jalan yang sukar. Walhal jalan keneraka itu senang. Oleh sebab itulah ramai orang suka mengikut jalan yang menuju ke neraka. • Jalan yang lurus itu adalah pimpinan Allah SWT. Tetapi diberikan NYA pilihan kepada manusia. Siapa yang memilih jalan yang lurus, ia mendapat pimpinan. Tetapi jika dipilih jalan yang bengkok maka tidalah dia mendapat pimpinan Allah SWT. • Jalan yang lurus itu bermaksud jalan orang yang mengikut segala hukum Allah SWT. Melakukan segala suruhanNYA. Serta menghindarkan diri daripada laranganNYA. • Jalan yang lurus tidak boleh dicampurkan dengan jalan yang bengkok. Orang

Khutbah Aid Adha 271109

Image
Ustaz Yussof Masjid Al Huda Sek 19 Shah Alam • Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Janganlah kita mati melainkan didalam iman dan Islam • Perayaan Aidil Adha adalah perayaan agama. Bukan satu pesta kebudayaan. • Ketika ini dibumi Araffah dan Mina berjuta saudara Islam sedang menyerjakan ibadah haji. • Hari ini kita berpisah dengan apa jua agama yang lain. Hanya Islam sahajalah jalan ke syurga. Hanya Islam sahaja agama disisi Allah SWT • Walaupun agama ini dibenci dan dicuba untuk meranapnya, tetapi agama Islam tetap bersinar. Syiarnya tetap berkembang. • Sayang sekali masih ramai umat Islam tidak yakin dengan cara hidup, deen Al Islam. Masih ada yang mempersoalkan hukum Islam. • Aid Adha melambangkan penyorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Untuk kita hari ini mengambil iktibar daripada ketaatan setianya kedua hamba Allah itu melanksanakan perintah Allah SWT. • Tauhid kepada Allah SWT merupakan asas agama. Atas dasarnyalah umat Islam menempuh berbagai duga

Ustaz Halim Din 251109

Kuliah Maghrib • Membuang masa bukan cara Islam • Hari ini ramai orang muslim yang membuang masa dengan hiburan yang tidak menentu. • Ulama' terkenal dizaman ini, Al Imam Yussof Qardhawi menyatakan membuang masa itu saperti menzalimi diri sendiri. • Sedih sekali yang banyak membuang masa adalah terdiri daripada golongan muda. • Kemewahan juga membawa sesaorang itu menjauhkan diri daripada mengingati Allah SWT. Dia tenggelam didalam kesenangan dunia yang berlebihan. Keseronokan yang mengasyikkan. • Menghimpun harta yang sebanyak yang mungkin hingga hilang fokus kita kepada pertemuan kita dengan Allah SWT. • Ada juga yang sanggup tipu menipu untuk mengumpul harta. Soal halal dan haram tidak jadi hal! • Ramai para peniaga yang menipu didalam timbang menimbang. Dengan objektif untuk memaksimakan keuntungan. • Orang Islam bukanlah seperti mereka yang beramal dengan cara yang batil. Serta orang mukmin juga bukan dari kalangan yang suka marah. Dan bukan juga dar

Ustaz Kamaruddin 231109

Kuliah Maghrib • Sunnat berpuasa pada hari wukuf 9hb Zulhijah, melainkan orang yang sedang mengerjakan ibadah haji. • Mengikut sunnah Rasulullah SAW berpuasa sunnat hanyalah satu hari sahaja. Iaitu pada 9hb Zulhijah. • Sesiapa yang hendak berpuasa sunnat pada hari lain, tidaklah berdosa tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW. • Melakukan ibadah sebaik baiknya adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW. • Tetapi beribadat mengikut sunnah perlulah berilmu. Kerana ada ibadah yang Baginda Nabi SAW melakukan berbeza beza. Sebagai contoh Nabi SAW ada kala menguatkan bacaan basmallah didalam Al Fatihah semasa solat. Tetapi ada kalanya baginda membaca dengan perlahan. • Dihari akhirat nanti terdapat umat Nabi Muhammad SAW yang ditegah daripada menikmati minuman daripada telaga Kauthar. Kenapa? • Kerana setelah wafat Nabi Muhammad SAW ada manusia yang mengaku umat baginda tetapi tidak beramal dengan sunnah baginda. • Mengambil I'tibal daripada ayat tersebut maka p

Ustaz Nik Bakri 191109

Kuliah Maghrib • Apa sahaja yang terjadi itu berlaku dengan izin Allah SWT. • Manusia mempunyai kudrat untuk mengusahakan sesuatu. Tetapi ia hanya akan terjadi dengan izin Allah SWT. • Allah SWT itu yang maha kuasa. Dan kuasa NYA itu memberi kesan. Mengadakan sesuatu atau mentiadakan sesuatu. Dan DIA sahaja yang dapat mengubahkan sesuatu. • Manusia berkuasa melakukan sesuatu. Tetapi sesuatu itu hanya akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Tidak ada yang lain yang dapat mengadakan susuatu apa pun. • Manusia ibarat sebagai kalam. Kalam yang bergerak sebagai menulis. Tetapi yang mengerakkan pena adalah tangan. Begitulah andaian perkara yang terjadi seakan diusahakan oleh manusia, tetapi yang sebenarnya diizinkan oleh Allah SWT. Wassalam

Ustaz Azman 151109

Kuliah Subuh • Umat Islam - umat yang terbaik - menyerjakan amal ma'ruf - mencegah kemungkaran • Amal makruf nahi mungkar adalah satu kewajiban kepada umat Islam. • Nahi mungkar perlu dijaga dengan tidak memberi ruang untuk terjadi kerosakkan. • Diandaikan seperti api. Kalau nak memadamnya hendaklah daripada ia kecil. Kerana apabila ia sudah membesar susah untuk memadamnya. • Berbagai masaalah sosial didalam masyarakat terjadi semasa ia kecil tidak diusahakan kerja pencegahan. Saperti mat rempit, berpakaian tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. • Ramai juga ibu-bapa yang terlalu percaya kepada anak remaja mereka. Tidak cukup pemantauan dan pengawasan. Mereka tidak sedar penipuan yang di lakukan oleh anak remajanya. • Menunaikan amal makruf nahi mungkar itu adalah satu tuntutan agama. Maka perlu dilakukan kerana Allah SWT. Janganlah dijadikan perkara perkara itu sebagai isu untuk mempopularkan sesuatu agenda. • Didalam zaman moden

Ustaz Redzuan 131109

Kuliah Maghrib > Diakhir zaman Allah SWT akan mentiadakan alim ulama yang muktabar. > Tiada ada orang alim yang dapat mengambil tempat mereka yang sudah tiada. > Akan hilanglah sifat para ulama yang menjadi pewaris Nabi. > Orang ramai ketika itu akan melantik orang- orang yang jahil menjadi pemimpin mereka. > Orang yang jahil didalam hal agama diberi tanggung jawab didalam hal ehwal agama Islam. > Kepupusan alim ulama akan diganti oleh pelbagai masaalah sosial. Akan hilanglah sejahteraan. > Madrasah agama sudah tidak mendapat bantuan dan pertolongan daripada pihak yang berwajib. > Apabila para ulama sudah tiada dari alam ini maka rosaklah amalan ummah. Wassalam

Ustaz Muhaimin 111109

Kuliah Maghrib • Nafsu manusia itu sifatnya tergesa-gesa. Terburu-buru. Mahukan sesuatu dengan kadar segera tanpa mengira caranya. Nafsu sedemikian juga dikenali sebagai nafsu amarah. • Nafsu juga mendorong manusia mencari dunia kerana ia nya cepat dan segera. Tetapi nafsu cuba sedaya upayanya menghalang manusia mencari akhirat, kerana ianya lambat, tidak segera. • Imam Ghazali menyatakan yang nafsu itu membuat manusia memilih perkara yang syubhat. Nafsu membuat ramai manusia menjadi kabur. Memilih sesuatu yang berjangka pendek serta menolak sesuatu yang berjangka panjang. Memilih dunia melebihi akhirat. • "Nikmat dunia itu didepan mata mu. Dapat dirasa sekarang. Nikmat akhirat itu belum pasti. Tidak ada yang pernah merasakannya" bisikan nafsu kepada manusia. Untuk membuat manusia merasa was-was mengenai janji Allah SWT tentang ganjaran dan siksaan yang bakal diterima manusia diakhirat. • Dengan Iman sahaja manusia dapat menundukkan bisikan nafsu. Orang beriman yakin akan gan

Ustaz Ali 101109

Kuliah Maghrib • Percaya kepada alam barzakh atau alam kubur itu sebahgian daripada rukun iman; Percaya kepada hari qiamat. • Alam barzah itu merupakan salah satu bahagian daripada alam akhirat. • Jarak waktu daripada alam kubur ke alam akhirat adalah jangka waktu yang panjang. Tetapi bagi orang yang beriman jangka waktu itu dirasa sekejap sahaja. • Alam kubur itu merupakan salah satu daripada alam ghaib. Tidak perlu di soal selidik akan apa yang terdapat dialam kubur itu. Bagaimana keadaannya cukup apa yang diceritakan didalam Al Quran dan Hadith. • Setiap manusia pasti merasai akan alam kubur itu kelak. Tidak ada sesiapapun yang akan terlepas daripadanya. Maka setiap orang harus beramal dengan sebanyak banyaknya sebagai bekalan menghadapinya. Saperti membaca serta beramal dengan Al Quran. • Semoga kubur kita akan terang benderang serta dirahmati Allah SWT. Wassalam.

Ustaz Ibnu Zaini 081109

Kuliah Subuh • Rasulullah SAW adalah satu ikutan yang baik bagi seluruh orang mukmin. • Ganjaran yang merupakan cahaya diakhirat akan menunggu orang- orang yang bersusah payah datang kerumah Allah SWT diwaktu gelap. • Harta yang banyak tidak menjamin kabajikan bagi diri pemiliknya dialam akhirat. Melainkan orang orang yang melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan baik. • Solat merupakan tiang ibadah. Satu ibadah yang penting. Tidak sempurna ibadah sesaorang jika lalai didalam solatnya. • Setiap orang diakhirat nanti akan ditanya mengenai bagaimana digunakan anugerah Allah SWT kepadanya. Saperti umur, harta dsb. Wassalam

Ustaz Ghazali Hasbullah 311009

Kuliah Maghrib; Bab Tauhid • Bertuhan kepada Allah SWT yang bersifat Hayyum dan Qayyum. • Hanya Allah SWT sahaja yang berdiri dengan sendirinya. Tuhan yang hidup; yang menghidupkan makhluknya. • Untuk memahami sifat Allah SWT memerlukan akal yang berfikir. Contohnya Allah SWT itu dahulu daripada segala kejadiannya. Logiklah yang menjadikan itu dahulu daripada yang dijadikan. • Allah SWT yang menjadikan alam dan seisinya. Maka secara logiknya semua makhluk mengikut kehendak Allah SWT. Jadi kenapa manusia tidak mahu tunduk kepada hukum Allah SWT? • Allah SWT tidak bersifat jirim. Makhluk bersifat jirim. Memerlukan ruang, 'space'. Selagi ia memerlukan ruang maka tetaplah ia sebagai makhluk. Apa perlunya makhluk meyembah makhluk yang lain?. Yang juga bersifat jirim. • Manusia yang banyak melakukan maksiat, jiwanya kotor. Kesan daripada itulah yang membuat ramai orang berani mengingkari perintah Allah SWT. Berzikir adalah satu cara untuk membersihkan jiwa. Was

Ustaz Syihabudin 051109

Kuliah Maghrib; Ibadah Korban • Kepentingan ibadah korban tidak harus diambil ringan. Ia merupakan ibadah sunat yang dituntut bagi orang yang mempunyai kemampuan. • Merupakan satu ibadah yang tertua didalam sejarah umat manusia. Didalam Al Quran disebut yang Allah SWT memerintahkan kedua-dua anak Nabi Adam RA menyempurnakan ibadah korban. Begitu jugalah diperintahkan kepada Nabi Nuh. • Nabi Ibrahim RA, Nabi Musa RA juga menerima perintah untuk mengerjakan kurban. • Apakah hukum mengerjakan kurban? Para ulama berkhilaf didalam perkara ini. - Imam Hanafi mewajibkan kepada yang berkemampuan. - Imam Shafie menghukum yang ianya sunat muakat. • Maka jika berkemampuan hendak berusaha menjalankannya. • Syarat binatang korban. - Binatang berkaki empat - Binatang ternakkan sekurang kurangnya 3 bulan. - Binatang yang jinak, bukan binatang buas. Kecuali keldai tidak boleh disembelih - Cukup umur. Kambing 1+ tahun; Lembu 2+ tahun; Unta 4+ tahun. - Binatang itu tidak cacat

Ustaz Zaid 231009

Kuliah Maghrib • Rukun Iman membawa kepada kepatuhan untuk mengerjakan Rukun Islam. Kemudian itu barulah mencapai Ketaqwaan. • Output daripada faktor diatas akan tercapai sifat IHSAN. Merasakan yang Allah SWT melihat akan perbuatan yang dilakukan. • Orang yang beriman YAKIN kepada perkara yang ghaib. Saperti yakin akan kehadiran dua orang Malaikat yang sentiasa mencatit akan perbuatan dan amalan kita. • Yakin kepada yang ghaib akan membawa sesaorang itu mempunyai ketaqwaan yang kuat. • Sesiapa yang ingkar kepada perintah Allah SWT akan mendapat siksaan. Begitulah apa yang diwahyukan didalam Al Quraan. • Beriman kepada Al Quraan merupakan salah satu rukun Iman. Akan menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kekafiran. • Yakin kepada hari kiamat juga merupakan rukun iman. Sesiapa yang yakin sebenarnya pasti tidak akan melakukan dosa. Takut akan akibatnya. Manusia yang yakin akan syurga dan neraka akan berusaha untuk mencapai kejayaan dan terhindar daripada siksa