Posts

Showing posts from December, 2009

Ustaz Zaid 251209

Image
Kuliah Maghrib • Bulan Muharam merupakan bulan pertama didalam kalender Islam. Bermakna kita meninggalkan tahun yang lama dan menyambut kedatangan tahun yang baru. Ini juga melambangkang semakin meningkat umur kita. Serta semakin hampir kepada kematian. • Didalam kita mengadakan majlis menyambut tahun baru atau maal hijrah hendaklah kita berazam untuk memperkuatkan ukhuwah Islamiah. Kerana pada hari ini semakin ketara perpecahan yang berlaku diantara ummat Islam. • Untuk memperkuatkan ukhuwah memerlukan perancangan yang komprehensif. Sepertimana rancangan yang dibuat oleh Rasulullah SAW semasa baginda hendak melakukan hijrah. • Kejayaan hanya akan tercapai dengan keredhaan Allah SWT. Hanya orang yang beriman yang akan mencapai keredhaan Allah SWT. • Perpecahan didalam ummah adalah kerana mereka yang suka berbalah adalah orang yang tidak mantap iman mereka. Iman yang longgar juga merupakan kehancuran ummah yang tenggelam didalam maksiat. • Iman yang mantap memerlukan k

Khutbah Jumaat 251209

Image
Masjid KLIA PERPECAHAN UMMAH ¤ Perpaduan ummah didalam Islam itu adalah satu perkara yang dituntut. Ia merupakan perkara yang wajib. ¤ Perpecahan dikalangan ummah terjadi kerana umat Islam sudah tidak berpegang dengan agama Allah SWT. Terlalu cintakan dunia. ¤ Tuntutan perpaduan terdapat didalam ayat Al Quran. Sekiranya terjadi perbalahan hendaklah umat Islam kembali kepada Al Quran dan Hadith. Wassalam

Ustaz Aminuddin 241209

Image
Kuliah Maghrib • Sebanyak mana yang dikejar manusia didalam hal duniawi sebenarnya adalah sedikit disisi Allah SWT. • Tetapi betapa sedikit perkara yang bersabit dengan agama sebenarnya adalah besar disisi Allah SWT. • Semua manusia adalah didalam satu perjalanan. Diakhirnya adalah pertemuan dengan Allah SWT. Maka perjalanan didunia ini adalah untuk menimba bekalan sebanyak banyaknya untuk hari pertemuan tersebut. • Sesiapa yang beriktikaf didalam masjid selepas solat maghrib hingga masuk waktu Isya' akan mendapat ganjaran yang banyak. Allah SWT akan memberinya ganjarannya seperti sesaorang yang menunaikan ibadah haji. • Sesaorang yang menuntut ilmu juga diber ganjaran yang melimpah. Malah orang yang tidak menuntut ilmu akan ditolak ibadahnya; serta dibencikan Allah SWT. • Ramai manusia lalai daripada mengingati Allah SWT. Malah hati mereka telah mati. Kerana hatinya tidak mendapat Quran dan hadith. Mereka tidak mempunyai ilmu... • Orang yang tidak menuntut i

Ustaz Amran Yussuf 201209

Image
Kuliah Maghrib • Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk merasakan kedatangan tahun Hijrah 1431. • Insaflah bahawa setiap kali datang sambatun maal hijrah maka berkuranglah umur sesaorang itu. Semakin dekatlah dengan penyakit yang tiada saorang pun dapat terlepas, ia itu kematian. • Setiap orang adalah pemimpin pada dirinya. Sekira mempunyai keluarga, pemimpin keluarganya. Memimpin diri dan semua dibawah tanggungnya untuk setiasa tunduk dan patuh kepada Allah SWT. • Ibadah yang terutama diperiksa Allah SWT dihari akhirat adalah SOLAT. • Ancaman Allah SWT kepada orang-orang yang meninggalkan solat; ¤ Celakalah orang yang lalai semasa bersolat ¤ Mendustakan Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana meninggalkan solat ¤ Dihinakan Allah SWT dipadang mahsyar kerana lalai daripada mengerjakan solat ¤ Mendapat kerugian didalam kehidupan mereka kerana meninggal solat ¤ Memikul dosa anak dan isteri kerana tidak mendidik mereka untuk bersolat. ¤ Rug

Ustaz Azman 201209

Kuliah subuh • Perubahan itu susah untuk diterima. Terutama didalam hal-hal adat yang diwarisi turun temurun. Walaupun adat tersebut bertentangan dengan hukum agama. • Didalam Al Quran juga terdapat ayat-ayat yang menceritakan manusia yang sedemikian. • Agama Islam telah jelas akan hukum hakam yang membabitkan cara untuk mengendalikan kehidupan manusia didunia ini. Al Quran dan hadith Rasulullah SAW merupakan sumber hukum kepada seluruh manusia. Bukan cara adat orang- orang dahulu. • Ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu adalah mutlak. Tetapi ketaatan kepada manusia yang lain bersyarat. Ia itu haruslah berlandaskan kepada Al Quran dan hadith. • Kepentingan berilmu didalam bab agama adalah penting. Kerana didalam ajaran Islam segala perbuatan ibadah hendaklah dilakukan bernaskan Al Quran dan Hadith. Rasulullah SAW adalah contoh kepada ummah. Beribadat tidak boleh dilakukan sesuka hati. • Masyarakat yang sedemikian melakukan perbuatan hanya secara ikutan sahaja. Serta mereka t

Yussof Qardawi 191209

Image
Kuliah khas sempena maal hijrah Masjid Negeri Shah Alam • Rasulullah SAW berhijrah untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Penghijrahan baginda mendapat perlindungan Allah SWT. Jadi soalannya kita hari ini kenapa tidak memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah SAW? • Rasulullah SAW merancang penghijrahan baginda dengan teliti sekali. Dipilihnya mereka yang membantunya dengan satu penilaian yang rapi. Baginda memilih mereka yang mempunyai kepakaran, kebijaksanaan, dan keberanian. Abu Bakar RA dipilih menjadi teman baginda kerana beliau mempunyai perwatakkan dan keimanan yang terpuji. • Walaupun pihak mushrikin dapat menjejaki baginda semasa bersembunyi didalam gua. Dengan perlindungan Allah SWT kaum mushrikin tidak berjaya didalam usaha mereka. Ini melambangkan betapa sekiranya orang mukmin berjuang diatas landasan Allah SWT pasti akan mendapat kemenangan. Kaum mushrikin walau bagaimana canggih kelengkapan mereka tentu dan pasti tewas. Ini adalah satu pengajaran kepada s

Ustaz Yussof 061209

Kuliah Suboh • Agama Islam hari ini menghadapi berbagai cabaran. Aliran berfikir segelintir ummah telah rosak. Soal soal yang kecil diperbesarkan. Diatas alasan bahawa amalan ramai umat Islam tidak mengikut amalan Rasulullah SAW. • Islam membenarkan perbezaan pendapat. Didalam perkara- perkara yang ranting. Maka perbezaan tersebut tidak perlu diperbesarkan. Sehingga boleh membawa perpecahan didalam ukhwah Islamiah. • Perkara yang pokok didalam agama seperti akidah dan persoalan rukun tidak boleh dikompromi. Soalan ini hendaklah dihapuskan secepat mungkin. Saidina Abu Bakar berperang dengan ummat yang enggan membayar zakat setelah wafatnya Rasulullah SAW. • Para sahabat menjaga ukhwah Islamiah. Jika terdapat perselisihan pendapat mereka akan secepat mungkin merujuk kepada Rasulullah SAW. Setelah wafat baginda mereka merujuk kepada Amirul Mukminin dan selepas itu para alim ulama. • Generasi hari ini merujuk kepada sumber yang lain daripada Al Quraan dan Al Hadith. Malah