Posts

Showing posts from January, 2010

Ustaz Abdul Halim 240110

Kuliah Subuh Masjid Al Huda, Sek 19, Shah Alam Apakah amalan yang dapat memperkukuhkan iman sesaorang? • Menjaga orang Islam yang lain daripada perbuatan lidah kita saperti mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati. • Menjaga tangan kita daripada menyakiti saudara Islam yang lain. Melakukan perbuatan yang baik. Serta dengan tangan itu kita menghulurkan sedekah dan bantuan kepada yang memerlukan. • Membelanjakan harta benda kita kejalan yang baik. Saperti wakaf, sedekah dan perkara sunat yang lain. • Memberikan makanan atau menjamu makanan kepada saudara seislam dapat juga memperkukuhkan iman sesaorang. Seperti memberi makan kepada orang miskin, orang yang hendak berbuka puasa. • Memberikan salam kepada saudara kita. Kerana itu merupakan satu daripada doa yang menggunakan salah satu asmaul husna. InsyaAllah akan dimakbulkan Allah SWT. Ini juga dapat mempertingkatkan serta memperkukuhkan keimanan. • Sesaorang Islam itu selalu berbaik dengan saudara seislamnya. I

Ustaz Rusmaidi 230110

Kuliah Subuh "Aku adalah gedung ilmu, Saidina Ali itu adalah pintu gedung itu" Sabda Rasulullah SAW. • Hadith ini menunjjukkan betapa hebatnya kedudukkan Saidina Ali RA dari segi ilmunya. • Pernah para sahabat bertanya kepada Saidina Ali " Mana yang lebih baik harta atau pun Ilmu". Jawapannya adalah seperti berikut: • Ilmu itu lebih baik kerana ilmu adalah waris para anbiya'. Manakala harta adalah pusaka warisan Firaun dan Qaruun yang zalim. • Ilmu memelihara dikau manakala harta dipegang oleh dikau; kata lagi Saidina Ali RA. Dengan ilmu, walaupun ilmu dunia dapat memelihara tuannya, walhal harta itu perlu dilindungi daripada kecurian dan kerosakkan. • Orang yang mempunyai harta itu ramai musuhnya. Manakala orang yang mempunyai ilmu pula ramai taulannya. • Harta apabila diberi kepada orang lain ia akan berkurangan. Manakala ilmu itu bila diberi kepada orang ia tidak akan berkurangan. • Orang yang mempunyai harta diseru dengan bak

Ustaz Amran Yusof 110110

Kuliah Maghrib • Orang yang meninggalkan solat secara sengaja hukumnya adalah berdosa besar. Boleh menggugurkan syahadah...kafir. • Orang yang menafikan kewajipan solat itu secara terang telah ingkar kepada hukum Allah SWT. Imam Nawawi memurtadkan orang yang sedemikian. • Para ulama juga bersependapat bawaha kufurlah sesaorang yang meninggalkan solah secara berterusan tanpa merasa salah. • Orang yang meninggalkan solat secara sengaja itu akan binasa. • Imam Shafie menyatakan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hendaklah dibawa kemeja pengadilan mahkamah syariah. Dinasihat. Sekiranya masih ingkar. Hukumnya bunuh. Wassalam

Masjid Al Huda 020110

Kuliah Subuh • Empat perkara yang akan berterusan diberikan pahala walaupun selepas kematiannya. • Sesiapa yang mati kerana berhubungan dengan Fisabilillah. Semasa hidupnya ia rajin menyerjakan Fisabilillah. Selepas mati pahalanya meningkat. • Sesiapa yang mengajar sesuatu ilmu pengetahuan. Selepas matinya ilmu itu masih diamalkan serta dipanjangkan. Pahala itu diberi setelah kematiannya. • Sesiapa yang mensedekahkan sesuatu perkara yang kebaikannya masih dimanafaatkan selepas kematiannya. Maka selagi menafaatnya masih digunakan, pahala akan diberkan Allah SWT walaupun ia telah mati. • Sesaorang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakannya. Allah SWT memberikannya pahala. Walaupun selepas kematiannya. Wassalam

Dr Zulkifly 130110

Image
Program Maal Hijrah Universiti Kuala Lumpur MIAT • Rasulullah SAW memilih waktu yang paling sesuai untuk melakukan perintah Allah SWT supaya baginda berhijrah ke Madinah. • Baginda memilih sahabatnya Saidina Abu Bakar RA untuk menemaninya didalam perjalanan hijrah. Kerana Abu Bakar adalah yang terbaik diantara sahabatnya. • Didalam perjuangan penting memilih para sahabat yang baik. Yang sanggup berkorban bersamanya. • Satelah berusaha dengan baik, jika urusan itu masih tidak selesai maka serahlah kepada Allah SWT. Begitulah keadaan Rasulullah SAW apabila rumahnya dikepong oleh orang- orang kafir quraish. • Baginda menyusun strategi yang rapi apabila mula menuju keMadinah. • Yang membantu Baginda adalah kebanyakkannya para remaja. Ini juga merupakan strategi yang penting. • Baginda juga memilih jalan yang tidak selalu digunakan oleh orang ramai. • Salah satu pelajaran daripada peristiwa maal hijrah adalah setiap perjuangan perlu menyusun perancangan yang strat