Posts

Showing posts from February, 2010

Ustaz Yusuf 070210

Kuliah Subuh • Menjadi saorang yang baik perlulah melakukah perbuatan yang baik dengan amalan yang soleh. • Salman Al Farisyi saorang sahabat yang diberi Allah SWT mendapat hidayah. Menjadi gabenor di Kufa' semasa pemerintahan Saidina Omar Al Khattab. • Beliau menuju ke Kufa' dari Madinah dengan menaiki kaldai. Ramai penduduk Kufa' bertanya yang mana satu Salman. Mereka tidak menyangka yang gabenor mereka datang dengan menaiki kaldai sahaja. Dizaman itu saorang gabenor itu saorang pembesar yang berkuasa. • Adakah pendekatan Wasatiyah yang digunakan oleh Malaysia itu dapat melahirkan pemimpin seperti Salman? • Gaji yang diberikan kepada Salman, ia membahagikan kepada tiga bahagian. Untuk dirinya, keluarga dan masyarakat. • Semasa kewafatan nya, ia hanya meninggalkan pakaian yang berada didirinya sahaja. Serban, tongkat, baldi untuk berwudhuk. • Sebelum wafatnya dia merasa takut jika ditanya akan hartanya semasa didunia ini. Serta adakah cukup bekalan y

Ustaz Othman dari P.Pinang 050210

Kuliah Maghrib • Makhluk Allah SWT patuh kepada segala perintahNYA. Termasuk binatang dan tumbuh tumbuhan. Kecuali manusia dan jin. • Malah ada manusia yang sanggup mengakui yang dirinya sebagai Tuhan. Malah sejahat jahat Iblis pun tidak pernah mengakui dirinya Tuhan. • Manusia yang mendapat rahmat daripada Allah SWT adalah mereka yang takwa. Mereka sentiasa mengikuti perintah Allah SWT. • Malah tanpa rahmat Allah SWT, manusia akan tertipu didalam menyerjakan ibadat. Tanpa rahmatNYA tidak dapat menjejak kedalam syurga. • Untuk mendapat rahmat Allah SWT hendaklah yakin seyakinnya kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Benar- benar beriman. • Manusia yang patuh serta mengikut perintah dan amalan Rasulullah SAW akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. • Mereka juga yang selalu mengerjakan amal makruf nahi mungkar. Wassalam

Ustaz Syariff 030210

Kuliyah Maghrib Hukum Dhihar • Apabila sesaorang lelaki menyerupakan isterinya sama dengan emaknya. • Dizaman jahiliah, hukumnya dijatuhkan talaq. • Didalam Islam, tidak dijatuhkan talaq tetapi perlu membayar khifarah. • Sebelum membayar khifarah hukumnya haram bersama dengan isterinya (Bersetubuh). Pandangan imam shafie. • Dhihar terjadi apabila lelaki sahaja yang menyamakan isterinya sama dengan emaknya. Jika isterinya yang melakukannya ia tidak dikira sebagai dhihar. • Imam Abu Hanifah dan Imam Shafie menghukumkan bahawa jika suami itu menyerupakan isterinya dengan wanita yang haram baginya berkahwin. Saperti dengan adik kandung. • Khafarah yang perlu dijelaskan; - membebaskan saorang puasa. - puasa dua bulan berturut2 - memberi makanan 60 orang miskin. • Khafarah mestilah disempurnakan mengikut ketertibannya. Wassalam

Ustaz Ghazali Hasbullah 310110

Kuliah Maghrib • Bapa atau penjaga wajib memberi pendidikan kepada anak anaknya didalam bab akidah. •Perkara yang wajib diberi pendidikan adalah perkara yang berhubung dengan hukum pada wujudnya Allah SWT. Saperti perkara yang wajib pada Allah SWT. • Begitu jugalah dengan seorang suami, diwajibkan dia memberi pendidikan kepada isterinya. • Maka perlulah dia (penjaga atau suami) mahir didalam bidang ilmu akidah. Sekiranya ia tidak mahir maka perlulah dia dan seisi keluarganya belajar daripada guru yang mahir. • Belajarlah daripada guru yang berpandukan kepada Al Quraan dan Hadith. Bukan daripada mereka yang mengambil ilmu tidak daripada sumber yang benar. Ramai orang tersesat kerana belajar daripada guru yang tidak mahir didalam Quraan dan Hadith. • Wajib bagi sesaorang mukmin itu mengenali akan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tetapi orang yang tidak berilmu, mustahil dia dapat mengenali akan NYA dan pesuruhNYA. • Kajahilan merupakan punca utama ramai yang tidak