Posts

Showing posts from June, 2010

Ustaz Abdul Halim 270610

Kuliah Subuh ¤ Hendaklah kita semua membaca Al Quraan. Pada hari kiamat Al Quraan akan datang memberi syufaat kepadanya di hari akhirat. ¤ Dengan membaca kalimah Allah SWT, Nabi Ibrahim RA dapat menghindarkan dirinya daripada dijilat api. Raja Namrud telah mencampakkan baginda kedalam api yang besar. ¤ Al Quraan akan datang kepada orang yang membacanya dihari akhirat kelak. Datangnya dengan didahului dengan surah Al Baqarah dan surah Al Imran. Kedua- kedua surah ini akan menjadi bukti diakhirat kelak. ¤ Orang yang membaca Al Quraan dengan lancar dan betul, sama taraf dengan malaikat. Orang yang boleh membaca tetapi tidak lancar, akan memperolihi dua pahala. ¤ Dengan membaca Al Quraan akan memberi kesan yang baik kepada sesaorang itu. Ia akan menjadi manusia yang baik serta selalu amal soleh. Ibarat buah yang berbau wangi dan sedap rasanya. ¤ Orang mukmin yang tidak selalu membaca Al Quraan disamakan dengan buah kurma. Baik dan banyak kegunaannya tetapi tidak mempunyai bau

Ustaz Jefri 190610

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman yakin bahawa diakhirat kelak orang mukmin akan mendapat ganjaran syurga. Orang yang kufur kepada Allah SWT akan mendapat kesengsaraan didalam neraka selama-lamanya. • Orang yang beriman itu; - mempercayai dengan bersunguh- sungguh tanpa ragu bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT didalam hatinya, - melafazkan apa yang didalam hatinya dengan lidahnya - serta menunaikan segala amalan yang dihukumkan Allah SWT. • Kejayaan bagi orang yang beriman itu bermula dengan dia mentauhidkan Allah SWT. Terkesan didalam hatinya akan erti kebesaran NYA. • Orang yang rugi adalah mereka yang tidak mahu mengikut hukum Allah SWT. Tidak beramal soleh dan juga tidak bersyukur akan nikmat kurnia Illahi. • Syahwat mengajak manusia untuk berkehendakkan dunia. Wanita, anak-anak, harta, emas, wang ringgit. Kehendak ini tidaklah salah jika ia tidak melebihi kehendak agama. Cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW hendaklah melebihi segala cinta dan kehendak. • Nafsu syahw

Ustaz Othman Hamzah 180610

Kuliah Maghrib ¤ Al Quraan itu boleh digunakan sebagai ayat syifa', untuk menjadi ubat. Terutama didalam penyakit yang berupa bukan fisikal. Contohnya sakit akibat rasukkan iblis dan syaitan serta kuncunya jin. ¤ Keadaan siksaan diakhirat juga diceritakan sebagai peringatan kepada orang- orang yang beriman. Betapa dahsyatnya api neraka dan berbagai siksaan. ¤ Rasulullah SAW mengunakan ayat- ayat Al Quraan untuk mengubati sakit para sahabat. Berbagai bagai cara pengubatan serta berbagai jenis penyakit. ¤ Madu lebah itu menjadi penawar kepada manusia. Begitulah dinyatakan didalam kitab Al Quraan. ¤ Terdapat 6 ayat syifaq didalam Al Quraan. ¤ Malaikat juga telah megubat nabi serta mengajar baginda bagaimana hendak mengubati orang orang yang sakit. ¤ Rasulullah SAW pernah membaca doa untuk melindung cucunya Hassan dan Hussien daripada penyakit serta ganguan makhluk halus, seperti iblis, syaitan dan jin. ¤ Hendaklah orang orang yang beriman bahawa yang meyembuhka

Ustaz Yussof 060610

Kuliah Subuh ¤ Ramai orang ketika ini suka berseronok berlebih- lebihan. Contohnya apabila datang musim bolasepak piala dunia, semua stesyen TV bersunggoh mempromosikan event ini. Sedangkan event yang berunsur agama dan kerohaniah dipinggirkan. ¤ Didalam berseronok ini ramai yang lalai didalam tanggung jawap mereka kepada kewajipan agama. Solat tidak dijaga. Diatas alasan bersukan ramai juga yang berjudi. Seolah olah tidak merasa takut akan azab Allah SWT diakhirat kelak. ¤ Walaupun manusia berhadapan dengan berbagai bencana seperti gempa bumi, banjir, kemarau, kebakaran; tetapi masih lagi melakukan maksiat. Berlumbaa- lumba mengumpul harta hingga kewajipan agama dipinggirkan. Saolah- olah mereka akan hidup didunia ini untuk selama lamanya. ¤ Rezeki yang dinikmati oleh manusia adalah anugerah Allah SWT. Didalam setiap harta ada hak kepada mereka yang berhak. ¤ Walaupun ramai orang tahu megenai dosa dan pahala. Tahu tentang api neraka dan syurga. Tetapi ramai yang tidak y

Ustaz Shamsuddin 130610

Kuliah Subuh - Hukuman Kisas ¤ Yang dikecuali daripada Kisas; tetapi tetap berdosa: - Bapa/ Dato' - Darjatnya lebih tinggi saperti orang Islam keatas orang kafir, orang merdeka keatas hamba - Membantu didalam pembunuhan - Meyuruh orang lain melakukan pembunuhan - Memaksa orang lain melakukan pembunuh - Membunuh dengan tidak sengaja - Orang yang terbunuh tiada waris - Pembunuhan dilakukan dinegeri bukan Islam. ¤ Orang yang memegang mangsa semasa berlakunya pembunuhan, dihukum penjara seumur hidup. ¤ Sekiranya simangsa tidak ada waris; maka tidak dihukum dengan kisas. Tetapi dikenakan hukum yang sesuai oleh Hakim. ¤ Sesaorang yang melakukan pembunuhan dinegara kafir digugurnya hukum kafir. Kerana timbul keraguan samaada keadilan dilakukan dengan sempurna. ¤ Membunuh dengan cara meletakkan racun kepada orang lain. Walaupun kanak kanak dan orang gila. Orang yang meberi racun atau meletakkan racun adalah bersalah. Mereka dianggap membunuh dengan se

Ustaz Rusmaidi 10/06/10

Kuliah Maghrib ¤ Al Quraan memberi amaran bahawa manusia jangan MENDEKATI zina. ¤ Maka wajib ummah menutup apa sahaja jalan yang membolehi orang medekati zina. Apatah lagi orang yang melakukan perzinaan. Secara terbuka lagi. ¤ Tetapi jika masyarakat memandang kecil perbuatan maksiat. Dibiarkan perbuatan zina dan maksiat berlaku tanpa diberi apa apa teguran dan halangan maka tunggulah. Datangnya azab dan bala' daripada Allah SWT. ¤ Didalam surah An Nur Allah SWT menyuruh orang mukmin menundukkan pandangan mereka. Daripada memandang perkara yang haram ¤ Orang perempuan janganlah bercakap dengan lemah lembut. Apa lagi menyanyi dan menari? ¤ Rasulullah SAW menyuruh kita menjauhkan diri daripada zina. Azab orang berzina; - dikurangkan rezeki yang halal - umurnya tidak diberi keberkatan - apabila roh hendak keluar ketika maut, susah untuk mengucap Di Akhirat kelak - Allah SWT murka melihatnya - Diikat mereka dengan rantai- rantai besi -Allah SWT menyiksa dengan

Ustaz Rahmatullah 070610

Kuliah Maghrib ¤ Orang mukmin hendaklah ikhlas melakukan ibadah kepada Allah SWT. ¤ Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT itu memanglah terlalu banyak. Tidak terhitung oleh manusia. Maka manusia semestilah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Janganlah apabila nikmat itu ditarik barulah menyesal akan kenikmatan yang telah tiada. ¤ Amalan yang ikhlas dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. Ingin mendapat keredhaanNYA. Mengharap dihindarkan daripada siksaan api neraka serta dianugerahkan pahala serta dimasukkan kita didalam syurga. Malu kepadaNYA untuk melakukan maksiat. ¤ Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan mengikut apa yang dinyatakan didalam Al Quraan dan Hadith Rasulullah SAW. Amalan itu hendaklah sesuai dengan syaria'ah ¤ Amalan yang baik adalah mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah SWT dan sesama manusia. Yang kurang baik amalan adalah mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah SWT tetapi tidak berbaik sesama manusia. Yang buruk amalan ada

Ustaz Muhaimin 090610

Kuliah Maghrib ¤ Muhasabah diri akan membawa sesaorang kepada; - Taubat - Istiqomah didalam jalan yang benar ¤ Bermuhasabah dapat menghindar diri daripada mendapat balasan yang buruk ketika dihisab. ¤ Bagaimana keadaan kita semasa berada dihari akhirat ketika dihisab. Tentulah kita bersendirian bertemu Rabbul Jalil. Adakah kita membawa bersama kita amalan yang soleh yang bercukupan. ¤ Perlulah kita menghitung baik buruk amalan yang telah dikerjakan. ¤ Adakah kita melakukan ibadah kerana mengharap ganjaran didunia? Atau mengharap diterima Allah SWT supaya ia dapat membantu kita diakhirat? ¤ Ibadat yang dilakukan hendaklah bebas daripada kehendak nasfu. ¤ Apakah jenis ibadah yang digalakkan untuk kita bermuhasabah? - Ibadah yang merupakan rukun Islam - amalan yang wajib - amalan yang dijaga dengan sebaik baiknya. ¤ Bermuhasabah perlu dilakukan keatas maksiat yang terlanjur dilakukan, Kenapa boleh terjebak? Apakah perbuatan yang mendekatkan diri daripada menje

Ustaz Amran Yussof 140610

Kuliah Maghrib • Kedatangan Islam; membawa pembaharuan;Mengharamkan - Penyembahan berhala - Zina - Arak - Judi - Riba • Pembaharuan yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu tidak disenangi oleh orang kafir Quraish. Islam datang sebagai dagang. Asing. • Malah mereka menuduh Rasulullah SAW sebagai orang gila kerana membawa ajaran yang mengharamkan beberapa perkara yang menjadi kesukaan masyarakat jahiliah ketika itu. • Rasulullah SAW membawa risalah Islam untuk menyelamatkan manusia daripada kejahilan. Tetapi baginda ketika itu dicaci, disakiti malah ada percubaan untuk membunuhnya. • Baginda redha atas apa yang terjadi kepada nya kerana yakin akan janji Allah SWT. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.