Posts

Showing posts from 2011

USTAZ AZMAN 201111

Kuliah Subuh Allah SWT tidak suka kepada orang- orang yang menyombong diri - Sikap takabbur, adalah bersifat sombong - Tidak masuk syurga orang yang bersikap sedemikian - Iblis laknatullah dikeluarkan daripada syurga adalah disebabkan sikap sombong Apabila terjadi perbalahan diantara dua orang mukmin - Berdosa besar jika tidak bertegur sapa selama tiga hari - Yang tidak memohon maaf itu adalah salah satu sikap takabbur - Sesiapa yang menolak kebenaran itu mempunyai sikap takabbur Orang yang bersikap sombong kepada Allah SWT - Tidak merendah diri - Tidak memperdulikan pandangan orang lain - Suka menolak kebenaran sekiranya ia tidak bersesuian dengan dirinya - Yang menolak kebenaran juga bersifat takabbur - Yang menolak akan Al Quraan juga bersifat sedemikian Kenapa ada orang yang bersikap takabbur? - ILMU yang tinggi, melebihi ilmu orang lain kadagkala menjadikan diri merasa hebat - BERAMAL IBADAT yang banyak juga sekiranya tidak merendah diri akan membawa diri menjadi sombong - KETURUN

Ustaz Masran 261111

Kuliah Maghrib 1. Mencarilah jalan menuju kepada Allah SWT. Dibulan dan hari yang baik bersempena dengan kemunculan tahun Hijrah yang baru hendaklah kita berusaha memperbaiki diri. Seperti bersolat jemaah dengan istiqomah. Dan juga melakukan ibadah lain yang dituntut. 2. Allah SWT menjadikan manusia dibumi ini sebagai khalifah. Perkara ini diceritakan didalam Al Quran. Yang menyatakan yang Allah SWT memberitahu kepada para malaikat akan hasrat tersebut. Ketika itu alam ini pun mungkin belum ada lagi. 3. Hijrah itu disegi bahasa adalah perpindahan daripada yang kurang baik kepada yang baik. Didalam konteks Islam, hijrah itu adalah perpindahan yang dituntut daripada segi agama. 4. Rasulullah SAW berpindah dari Mekah ke Madinah. Perpindahan itu bukan kerana kekurangan makanan, atau harta, atau kehilangan keluarga, tetapi semata mata kerana agama Islam. 5. Ayat Al Taubah 40, إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَ

Ustaz Jefri 191111

Ustaz Jefri 191111 Kuliah Maghrib Membaca Al Quraan Orang yang bijaksana sentiasa mendampingi Al Quraan. Gambaran cinta sesaorang hamba kepada Allah SWT. Saidina Usman mati ketika dia sedang membaca Al Quraan. Kefahaman isi Al Quraan Setaip kali membaca akan meningkat kefahaman. Apabila dibaca berulang maka akan meningkat kefahaman. Sehinggalah sampai keperingkat TADDABUR (Memperinci akan maksud Al Quraan). TADDABUR AL QURAAN Apabila diulangi membaca dan meneliti Al Quraan dengan tekun, maka isinya dan maksudnya menusuk kedalam hati pembaca. Peringkat selanjutnya adalah TAFAKUR. Berfikir dan merenung ayat tersebut dengan khusyu'. Al Quraan diturunkan semasa umat Islam ditindas, keadaan sedih dan berdukacita. Maka apabila membaca maka hendaklah merasakan kesedihan para sahabat, terutama ayat- ayat Makiah. Keadaan semasa Ayat Al Quraan Semasa ayat Al Quraan mula diwahyukan kepada Rasulullah SAW bermula di Mekah selama 13 tahun. Rasulullah SAW tidak diterima oleh kaumnya sendiri apabi

Ustaz Jefri 19-11-2011

Ustaz Fakrul Anuar 131111

Ustaz Fakrul Anuar 131111 Kuliah Subuh Allah SWT telah memerintahkan kepada manusia untuk memperbanyakkan amalan- amalan yang soleh. Orang mukmin yang berada diatas landasan agama Islam yang benar apabila mereka mengerjakan amal makruf dan nahi mungkar serta mereka berjihad dijalan Allah SWT. Malapetaka yang akan menimpa umat Islam adalah apabila mereka suka kepada kejahilan dan suka kepada kehidupan. Ganjaran juga diberikan kepada orang mukmin yang sukakan kepada Al Quraan dan Sunnah, seperti ganjaran 50 orang siddiq. Amal makruf mempunyai pengertian yang membawa kepada mengajak orang untuk menunaikan hukum Allah SWT. Tuntutan hukum hudud itu merupakan sesuatu yang besar didalam amalan ini. Orang mukmin juga berusaha berterusan menjalankan pencegahan masyarakat daripada melakukan maksiat. Diwujudkan sistem yang menghalang manusia drp melakukan jenayah, penipuan, pencurian dan perkara maksiat. Amal makruf dan nahi mungkar yang penting didalam hukum Islam adalah hukum hudud.

Ustaz Nahrawi 041111

Ustaz Nahrawi 041111 Kuliah Maghrib 1. Bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia. Dimana umat Islam yang hendak mengerjakan haji akan berada dibumi suci Mekah. 2. Hari kesembilan orang- orang yang menyerjakan haji akan berada di Arafah. 3. Pada tanggal sembilan haribulan Zulhijjah sesiapa yang berpuasa akan mendapat ganjaran yang besar: - keampunan dosa, setahun yang lalu. 4. Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; "Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari 'Arafah bagi jamaah haji yang berada di 'Arafah" (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). Hari 'Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya

Ustaz Yusuf 051111

Ustaz Yusuf 051111 Kuliah Subuh 1. Apabila keimanan didalam masyarakat semakin luntur terdapat berbagai permasaalahan yang tercetus. 2. Ramai orang Islam yang merasa rimas mengenai apa yang sedang terjadi didalam masyarakat terkini. Jadi terdapat berbagai cara bagi segelintir ummah menunjjukkan ketidak setuju mereka akan keadaan yang terjadi disekeliling mereka. Ada yang membuat demonstrasi... 3. Walaupun sikap sensitif akan persoalan akidah itu baik. Tetapi tindakkan yang dilakukan perlulah dengan penuh kebijaksanaan. Supaya agama Islam tidak ditakuti oleh orang orang yang bukan Islam. 4. Perkara ini terjadi dikalangan masyarakat, berkemungkinan tercetus kerana sistem pembelajaran hari ini. Terutama pendidikan Islam diperingkat tinggi, di IPT. 5. Para pelajar dididik dengan terperinci mengenai ibadah khusus. Tetapi kurang diberi pendedahan mengenai ilmu yang lebih luas yang membincang persoalan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. 6. Kekuatan ummah hendaklah dibina diatas dasar ima

Ustaz Ghazali Omar 011111

Ustaz Ghazali Omar 011111 Kuliah Maghrib 1. Nabi Ibrahim RA menghadapi berbagai ujian didalam kehidupan baginda. Menanti sehingga umur 60 tahun untuk mendapatkan seorang anak. Setelah anaknya itu sedang membesar, bertambah kasih baginda kepada anaknya, datang pula perintah Allah SWT untuk dibawa dan tinggalkan diMekah. Daerah yang kering tiada sebatang pokok... 2. Siti Sarah pula akur apabila ia mengetahui bahawa dia dan anaknya ditinggalkan oleh suaminya kerana perintah Allah SWT. Lambang keimanan yang tulen. Cukup hebat seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT. 3. Anak Nabi Ibrahim AS juga seorang yang hebat imannya. Nabi Ismail RA apabila diketahui bahawa Allah SWT telah memerintahkan bapanya untuk menyembelehnya, redha dengan setulus hati yang ikhlas. 4. Berkisar kepada peristiwa inilah ibadah haji itu diwajibkan kepada setiap orang mukmin. Seumur hidup sekali. 5. Tuntutan ibadah qurban juga dijadikan amalan diatas peristiwa Nabi Ibrahim yang di

Ustaz Rahmatullah 071111

From Evernote: Ustaz Rahmatullah 071111 Kuliah Maghrib 1. Ibadah Qurban * Memperingati peristiwa Nabi Ibrahim * diperintah meyembelih anaknya * digoda iblis dan syaitan * berqurban nyawa kerana Allah SWT 2. Perasaan hasad dengki * terjadi akibat perasaan marah * marah itu berkembang menjadi permusuhan * dendam ..... Menjadi dengki 3. Tentangan * Setiap perkara yang baik pasti ada yang tentang * Sikap menentang itu adalah kerja kerja syaitan * Ramai bermusuh dengan orang yang melaksanakan Islam * Permusuhan itu kemudian menjadi dengki * Rasulullah SAW juga menghadapi permusuhan 4. Orang Kafir tetap musuh Islam * Ini di nyatakan didalam AL QURAN * Benci kepada kebenaran * Suka jika orang Islam mendapat keburukkan * Rasa rimas jika orang Islam berjaya 5. Sikap superior * Ada orang menganggap dirinya mulia * Dirinya superior * Benci jika ada orang lain yang lebih * Ta' boleh menerima kekalahan 6. Sikap Takkabur * Bersifat sombong * Suka jik

Ustaz Abdul Halim 231011

Ustaz Abdul Halim 231011 Kuliah Subuh 1. Orang Islam semakin hari bertambah. Perkara ini berlaku daripada zaman permulaan agama Islam. Pernah ditanya oleh sesaorang kepada sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Suffiyan. 2. Apabila sesaorang itu memeluk agama Allah SWT ini, ia semakin baik dari perspektif kesucian kehidupannya. Keimanan mereka juga bertambah. Apabila solatnya didirikan secara baik, maka kuat dan teguh keimanan dan akhlaq mereka. 3. Keberkesannya solat sesaorang itu dapat dicerminkan didalam amalannya. Semakin baik amalannya maka semakin kuatlah pegangannya, teguhlah imannya. 4. Didalam agama lain, semakin ramai yang memeluk sesuatu agama maka akan ramailah pula yang akan murtad. Bagaimana dengan agama Islam? Persoalan ini pernah ditanyakan oleh seorang pembesar Rum kepada sahabat Nabi, Abu Suffiyan. Jawapannya adalah didalam Islam sesaorang itu memeluk agama Islam adalah diatas dasar Iman. 5. Kesan daripada keimanan itu akan mempertingkatkan pegangan sesaorang itu kepada aga

Ustaz Kamuruddin 221011

Ustaz Kamuruddin 221011 Kuliah Subuh 1. Rasulullah SAW telah berwasiat kepada sahabat baginda Muaz sebelum dilantik ke Yemen seperti berikut. 2. Jangan kamu SYIRIK kepada Allah SWT. - jangan disekutukan Allah SWT dengan apa pun. - sama ada didalam bentuk konkrit ataupun abstrak. - sekiranya diambil ism yang lain daripada Islam, maka itu juga ditakrifkan sebagai perbuatan syirik. - sifat sifat mazmummah juga boleh merosakkan iman 3. Jangan menDERHAKA kepada kedua ibu- bapa - walaupun mereka menyuruh diceraikan isteri (didalam lingkungan hukum syaraa') - saorang sahabat pernah mengadu bahawa bapanya selalu meminta wang daripadanya. Baginda menjawap bahawa diri dan harta nya adalah kepunyaan ibu bapanya. 4. Jangan sekali kali meninggalkan SOLAT dengan sengaja. - barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, Allah SWT akan bebas daripada mengurusnya 5. Jangan sekali- kali meminum ARAK - خامر menutup akal daripada kewarisannya 6. Jangan LARI daripada medan peperangan - berdosa be

Ustaz Rahmatullah 181011

Ustaz Rahmatullah 181011 Kuliah Maghrib 1. Golongan yang suka membawa fitnah, tidak mempunyai tempat didalam masyarakat mukmin. Sesiapa sahaja yang terlibat dengan apa sahaja yang terbabit dengan perkara yang berkenaan dengan fitnah adalah musuh agama. Didalam ISLAM fitnah itu adalah perbuatan HARAM. Sesiapa yang melakukannya telah melakukan dosa besar. 2. Selain daripada menghasut masyarakat untuk menentang kebaikan, mereka ini, iaitu pemfitnah cukup licit mereka- reka berbagai pembohongan. Rasulullah SAW sebelum dijadikan seorang Nabi, baginda cukup dipercayai oleh masyarakat Kuraish di Mekah. Tetapi setelah membawa risalah Islam, baginda difitnah dengan berbagai-bagai pembohongan. 3. Tidak cukup dengan membawa fitnah untuk memburuk-burukkan Rasulullah SAW, malah keluarga baginda juga difitnahkan. Saidatina Aisyah juga pernah difitnah dengan tuduhan yang cukup hina. Hingga tergamak mereka menuduh Saidatina Aisyah melakukan perbuatan yang curang. 4. Orang yang suka mengumpat juga bole

Ustaz Azman 161011

Ustaz Azman 161011 Kuliah Subuh 1. Apa kah tanda sesaorang itu beragama Islam? 2. Bagi saudara baru, apabila mereka hendak memeluk agama Islam dilafazkan dua kalimah syahadah dihadapan saksi muslim. Tapi bagaimana dengan orang yang dilahirkan dikalangan keluarga Islam, bilakah mereka melafazkan dua kalimah syahadah? 3. Walaupun persoalan itu perkara yang logika, tetapi hakikatnya ramai dikalangan anak-anak orang Islam tidak tahu melafazkan dua kalimah syahadah. Bagaimana dengan kefahaman mereka tentang Islam? 4. Kalimah syahadah itu untuk memahaminya perlu kepada Ilmu. Persaksian yang dilafazkan perlu dibuktikan dengan amalan. 5. Melafazkan dua kalimah syahadah bersangkut paut dengan ilmu tauhid. Kefahaman mengenai ilmu tersebut perlu dituruti dengan berbagai cabang ilmu yang lain yang menjadi fardhu ain kepada semua orang Islam. Bagaimana dengan orang yang mengaku orang Islam tetapi tidak berilmu? Ramai yang mengaku Islam tetapi pada hakikatnya mereka itu jahil. Kerana itulah ramai

Ustaz Jeffri 151011

Ustaz Jeffri 151011 Kuliah Maghrib 1. Sembahyang malam hari melambangkan keikhlasan sesaorang itu bermunajat kepada Allah SWT. 2. Bangun diwaktu malam, serta bersolat sunnat dua rakaat bersendirian sebagai permulaan cukup besar langkahnya. Perbuatan itu adalah lebih baik bagi dirinya jika dibandingkan dengan harta seisi dunia. 3. Selepas sembahyang malam, maka bermohon ampun kepada Allah SWT. Ramai para sahabat ta'kala bermohon ampun kepada Allah SWT berlinang air mata kerana merasa takut akan dosa dosanya yang lalu. Malah ada yang menanggis terlaluan hingga buta matanya diwaktu tua. 4. Pada sepertiga akhir malam, akan turunlah kerahmatan Allah SWT mendekati mereka yang bersolat serta memohon ampun. Dita'kala itu Allah SWT akan memakhbulkan doa mereka yang memohon serta mengadu kepadaNYA. 5. Setiap manusia tidak lepas daripada dosa. Jadi hendaklah orang orang yang beriman selalu dengan tidak jemu-jemu memohon ampun daripada Allah SWT. Begitu jugalah manusia tidak sepi daripada

Ustaz Ahmad Ali (Perlis) 151011

Ustaz Ahmad Ali (Perlis) 151011 kuliah Subuh 1. imam Shafie menyatakan surah Al Ansr - sudah cukup untuk menjadi pendoman - pendoman untuk umat mukmin - menjadi sebagai kemudi kehidupannya 2. Orang yang hidup dibumi ini - hidup didalam kerugian - melainkan orang yang beriman - serta melakukan amal amal yang soleh - serta menjalankan dakwah - perpesan pesan sesama manusia agar melakukan yang benar - dan banyak banyak bersabar 3. Bagi manusia bersabar memerlukan kekuatan dalaman - melawan hawa nafsu - mengekang keinginan duniawi yang tidak mengikut hukum syaraa' 4. Bagi orang mukmin hendaklah dia mempersiapkan dirinya dengan sebanyak bekalan yang mungkin. Berbagai cara untuk membawa bekalan tersebut. Allah SWT telah memberi banyak kemudahan dan rahmatNYA kepada kita untuk membuat ibadah. 5. Taqwa itu terletak didalam hati. Berperasaan akan takut kepada Allah SWT. Saidina Ali RA menyatakan tanda tanda orang bertakwa. - hatinya sensitif akan takutnya kepada Allah SWT. - beramal dengan

Ustaz Syihabuddin 131011

Ustaz Syihabuddin 131011 Kuliah Maghrib 1. Hukum menjalankan qurban adalah sunnat muakat. Mengikut pandangan Imam Shafie. 2. Pandangan mahzab Imam Hanafi, qurban itu hukumnya fardhu kifayah. 3. Hendaklah bagi sesiapa yang mampu mengerjakan qurban setiap tahun. Tujuan menjalankan sunnat Qurban adalah: - mendekatkan diri kepada Allah SWT - menyampunkan dosa- dosa kecil dimasa dahulu - menambahkan keberkatan rezeki - sebagai tanda syukur kepada Allah SWT diatas anugerahNYA - sedekah orang mampu kepada orang yang tidak mampu - menunjjukkan kekuatan ekonomi umat Islam - memberi kefahaman kepada qariah mukmin akan agama Islam - mengikut jejak syariaat Nabi Ibrahim RA - sebagai kenderaan dihari Qiamat 4. Ibadah qurban, kriterianya: - menyembelih binatang yang tertentu - pada waktu yg tertentu - syarat yang tertentu - cara yang tertent 5. Syarat- syarat binatang yang diqurbankan - berkaki empat - jinak bukan binatang yang buas - yang diperlihara - cukup umur binatang tersebut dari segi tahun a

Ustaz Nizam R 260911

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman bersiap sedia untuk menghadapi hari pembalasan dengan bekalan amal yang soleh. • Ada orang yang berharta dengan juga mempunyai ilmu. Mereka membelanjakan hartanya dengan cara yang diredhai. Beramal soleh. • Para sahabat ada yang mempunyai harta yang banyak. Mereka menghabiskan harta mereka dijalan Allah SWT. Fisabilillah. • Mereka, para sahabat apabila dengar perihal siksa neraka terasa sakitnya seksa tersebut. • Ada para sahabat yang berilmu tetapi tidak berharta. Mereka juga hebat dengan amal yang soleh. • Berbeza dengan manusia yang mempunyai harta tetapi tidak berilmu. Mereka membelanjakan harta dengan menyerjakan maksiat. • Manusia yang tidak berharta dan tidak berilmu. Tetapi mempunyai cita cita hendak melakukan maksiat. • Golongan kedua dua manusia ini adalah orang yang rugi. • Ramai para sahabat sanggup menghabiskan harta benda mereka untuk mencari keredhaan Allah SWT. Mereka melakukan ibadat dengan ikhlas. • G

Ustaz Nizam R 260911

Ustaz Ali 111011

Ustaz Ali 111011 Kuliah Maghrib 1. Syurga, wajib hukum bagi orang mukmin beriman kepada hari akhirat. Yang termasuk syurga dan neraka. 2. Wajib beriman akan alam kubur. Sesiapa yang menyoal akan logiknya akan alam ini, maka secara sendirinya ia telah melakukan sesuatu yang mencacatkan syahadahnya. 3. Ahli syurga diantara nikmatnya adalah perhiasan - cincin disetiap jari mereka. Ditulis dengan kepujian kepada Allah SWT - peluh mereka berbau harum....lebih daripada keharuman kasturi 4. Siapakah yang akan dianugerahkan syurga? - mereka yang menjauhi berbagai jenis maksiat - redha akan sedikit sahaja kenikmatan dunia - Bersungguh melakukan ketaatan - mengasihi orang orang soleh - selalu memohon kepada Allah SWT akan balasan syurga diakhirat Wassalam

Ustaz Abdul Halim 250911

Ustaz Abdul Halim 250911 Kuliah Subuh • Apakah perbuatan yang memungkinkan kita meningkatkan keimanan? • Mengikut bersama-sama jemaah yang lain menguruskan JENAZAH dapat meningkatkan lagi keimanan. • Ganjaran bagi orang yang beriman yang mengerjakan perkara seperti diatas adalah banyak. Daripada meyembahyang hinggalah mengembumikan jenazah tersebut akan mendapat pahalanya dua qirat. Besar pahala satu qirat adalah sama dengan Bukit Uhud. Sekiranya menyembahyang sahaja akan mendapat pahala sebesar satu Qirat • Para sahabat Rasulullah SAW takut kepada sifat munafiq. Hanya orang orang yang mukmin mempunyai perasaan tersebut terhadap perkara ini. • Memaki sesaorang muslim adalah perbuatan yang fasiq. Melakukan dosa secara berterusan merupakan satu perbuatan yang boleh membawa kedalam neraka. • Membunuh orang Islam itu satu perbuatan yang ditakrifkan dosa besar. Dosa yang membawa sesaorang itu menjadi KAFIR. Wassalam

Ustaz Syihabuddin 190911

Kuliah Maghrib • Amalan yang dituntut dibulan Syawal. Mengikut sunnah Rasulullah SAW. • Menziarahi kaum keluarga • Bersilaturrahim bersama mukmin. Yang diberi perhatian adalah kerabat, sahabat yang rapat dan jiran tetangga. • Apabila berkunjung kaum keluarga hendaklah ditanam niat bahawa amalan tersebut adalah kerana Allah SWT. • Berkunjunglah dahulu kerumah mereka yang dekat dengan kita. • Tingkah laku didalam menziarahi rumah kaum keluarga. Saperti tidak menjaga aurad. Bersalaman dengan bukan muhrim diantara lelaki dan perempuan. • Perlu menjaga akhlak dengan saudara yang lebih tua dengan kita. • Mengembirakan dan mengasihi anak-anak yatim dan orang- orang miskin. • Memberi pertolongan kepada mereka yang didalam kesempitan hidup. • Berpuasa sunnat dibulan Syawal adalah amalan yang dituntut. Fadilatnya menyambung puasa enam hari dibulan syawal sama ganjaran berpuasa setahun. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mob

Ustaz Masrun 170911

Kuliah Subuh • Manusia beramal dengan agama yang benar (Islam) adalah satu rahmat daripada Allah SWT. Hidayah Taufiq. • Disisi Allah SWT terdapat beberapa golongan manusia yang dikata manusia yang didalam kerugian. • Orang yang beriman dengan agama yang sesat. Ia itu beramal dengan agama yang bukan daripada sumber wahyu yang benar. Seperti mereka yang menyembah berhala. Ada juga yang simpang daripada agama yang benar dengan meminda-minda kitab dan hukum, saperti orang nasrani dan yahudi. Mereka ini adalah orang yang rugi didunia dan diakhirat. • Sesiapa yang syirik kepada Allah SWT, maka terbatallah semua amalannya yang terdahulu. Mereka ini juga termasuk didalam golongan yang yang rugi. Ramai yang melakukan perkara- perkara yang kononnya adat tetapi pada haqiqatnya ianya perbuatan yang syirik. Salah satu sebab mereka terjatuh didalam kancah ini adalah kerana ceteknya ilmu agama mereka. • Ada juga manusia yang didunia ini leka. Mereka ini kurang beramal dengan amal yang

Ustaz Ismail Abas 160911

Ustaz Ismail Abas 160911 Kuliah Subuh 1. Bekalan yang terbaik bagi sesaorang mukmin sebagai persiapan untuk dibawa kekampung akhirat adalah taqwa. 2. Saidina Othman menyatakan bahawa orang bertaqwa akan dapat berada didalam majlis yang memperbaiki amalan mereka. Kita tidak akan berjumpa mereka didalam majlis bersukaria dan ditempat-tempat maksiat. 3. Orang bertaqwa juga keperibadian mereka adalah apabila: i) Bertutur kata mereka cukup berjaga-jaga ii) Serta mereka juga kuat mengawal hawa nafsu iii) Menjaga nafsu makan, syahwat serta keinginan keduniaan berlebihan 4. Orang bertaqwa apabila bercakap menjaga kedudukan agamanya. Mereka menyatakan yang benar dan menyalahkan apa yang tidak benar. Baik buruk bagi orang bertaqwa jelas. 5. Apabila mereka medapat sesuatu kedudukan didunia ini, ia tidak berlebih lebihan. Mereka menjadikan apa sahaja anugerah yang didapati didunia ini sebagai satu amanah. 6. Peluang untuk beribadat walaupun kecil bagi orang yang bertaqwa sebagai satu rahmat yang

Ustaz Ali 130911

Kuliah Maghrib • Anggapan oleh masyarakat muslim semasa yang bulan melakukan ibadah hanyalah dibulan Ramadhan adalah satu persepsi yang silap. • Masjid kembali sunyi selepas bulan Ramadhan. Solat sembahyang fardhu berjemaah sudah tidak diberi keutamaan. • Orang yang beriman didalam masjid tenang seperti ikan didalam air. Orang munafik didalam masjid resah seperti burung didalam sangkar. • Meniggalkan maksiat untuk selama-lamanya. Agar mendapat ganjaran syurga dengan rahmat Allah SWT. • Orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh akan dianugerahkan diakhirat nanti syurga. • Hendaklah orang yang beriman bergaul dengan orang soleh. Mudah mudahan mendapat syufaat mereka diakhirat kelah. Agar diberikan Allah SWT nikmat syurga diakhirat kelak. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz shamsuddin 110911

Kuliah Subuh • Apa yang ditentu oleh Allah SWT adalah hakNYA. Sebagai manusia yang berstatus hamba jangan masuk campur didalam urusan tersebut. Beriman dengan qada' dan qadar. • Manusia hendaklah menjalankan tugas yang disyariatkan oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Menjalankan kehidupan ini dengan berpandukan syariat bukan dengan nafsu syahwat. • Tenang jiwa jika 'way of life' kita berpandukan agama. Jangan bersusah masuk campur dengan ketentuan Allah SWT. 'Don't play God'... • Apa jua yang menimpa didalam kehidupan ini janganlah berputus asa. Terus sahaja berusaha dengan bersungguh sungguh dan selanjutnya bertawakkal kepada Allah SWT. Tugas manusia adalah menjalankan hidupnya mengikut apa yang ditentukan syariat. Wajib sesaorang itu berusaha mencari rezeki yang halal. Tetapi hasilnya sama ada berjaya atau gagal bukan hak manusia, ia adalah hak Allah SWT. Semua apa yang terjadi telah ditentukan. • Walau pun secara fizikal manusia menguruskan hidupnya. Ada kalanya

Ustaz Ghali Zahari 100911

Kuliah Subuh • Sebagai seorang mukmin sudahkah kita melaksanakan kehendak kalimah syahadah? • Seluruh manusia tahu akan adanya Tuhan. Tetapi tidak semua yang mengenal Tuhan. Orang Islam mengenal Allah SWT adalah dengan rahmatNYA melalui Al Quraan. • Jadi ramai orang mencari cari untuk mengenal siapa tuhan nya. Di India ada yang menyembah rail keretapi. Di negara kita ada orang yang menganggap busut itu ada kuasa yang ghaib. Ada yang memuja kubur orang yang dianggap ada kelainan. Untuk mengenal Allah SWT hanyalah dengan hidayahNYA. • Sekiranya didunia ini kita tidak melaksanakan kehendak syahadah maka agak mustahil untuk melafazkannya ketika mati. Bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib ketika hendak mati ditalqinkan oleh baginda untuk melafazkan syahadah. Tetapi hingga akhir hayat dia tidak boleh melafazkannya. Para ulama' berpendapat bahawa Abu Talib tidak melaksanakan kehendak kalimah syahadah semasa hidupnya maka sebab itulah semasa matinya dia gagal melafazkannya wal

Ustaz Shamsuddin 140811

Perbincangan kitab Al Hikam Ketentuan Allah SWT • Adakala kita menginginkan sesuatu tetapi Allah SWT menentukan yang lain. Masa kita hendak banyak tetapi diberikan sedikit sahaja. Walhal kita mengharapkan sedikit sahaja tetapi diberikan kita dengan banyak. • Makam asbab adalah mendapat sesuatu kerana kita melakukan sesuatu. Logik input dan output. • Makam tajrid adalah tidak kebergantungan dengan asbab. Tetapi bergantung dengan Allah SWT. • Hendak jaminan hidup kita bekerja. Itu adalah satu contoh makam ASBAB. Kerja itu input, hidup terjamin adalah output. • Didalam ilmu tasuaf kedua makam ini diterima pakai. ASBAB dan TAJRID. • Manusia yang hanya semata mata menyerahkan diri kepada ketentuan Allah SWT adalah amalan yang bertentangan dengan ajaran ISLAM. Ini merupakan nafsu. • Mukmin sebaiknya berusaha dengan bersungguh tetapi tidak mengharap kepada asbab. Dia berusaha tetapi bukan untuk dunia tetapi kerana Allah SWT. Dia yakin bahawa apa pun keberhasilan sesua

Ustaz Fauzi 250811

Tazkirah Ramadhan • Saidina Omar Al Khatab menanggis apabila berakhir Ramadhan. Para sahabat bertanya kepada baginda kenapa menanggis? Baginda menjawab bahawa dia sedih kerana belum tentu berjumpa dengan Ramadhan lagi. • Kisah Malik bin Dinar (ambil daripada internet) Malik bin Dinar narrated the following story about himself, saying, "I was a man who indulged in fun and enjoyment and suffered from an overwhelmingly addiction to wine. I bought a slave girl with whom I was very happy. She later gave birth to a beautiful girl who I loved dearly. I saw her progress from crawling to walking. Whenever I sat down for a drink, she would come and take the cup from my hands and spill the wine on the ground.At the tender age of two years she died and left me grieving. It was the night of the fifteenth of Sha'ban and I fell asleep drunk. I saw in my dream that it was the Day of Resurrection and I came out of my grave with a huge sea serpent after me. I began to run but it chased me. The

Ustaz Rahmatullah 120811

Tazkirah Ramadhan • Bulan Ramadhan merupakan satu madrasah yang hebat. Syukur kerana sempat menikmati Ramadhan pada tahun in. Tahun depan belum tahu lagi... • Diikatnya syaitan apabila timbulnya bulan Ramadhan. • Ditutupnya pitu neraka dan dibukanya pintu syurga. • Malaikat pada setiap bulan puasa malaikat menyeru manusia agar mempercepatkan melakukan perkara yang baik baik. • Orang yang bijak akan menggunakan dengan sebaik baiknya masa dibulan ramadhan. • Bagaimana tahap diri kita dibulan ramathan ini? - puasa orang awam - puasa umum - puasa umum •dibulan Ramadhan hendaklah. - jaga mata supaya tidak melihat perkara yang buruk. - jaga lidah daripada bercakap yang sia sia. Daripada memfitnahkan orang lain. Sesiapa yang berpuasa tetapi tidak menjaga lidahnya, Allah SWT tidak menerima puasanya. - jaga telinga daripada mendengar yang haram. - jaga tangan dan kaki daripada melakukan maksiat. - jaga perut daripada memakan daripada benda yang haram. - jaga hati

Ustaz Dr Syihabuddin 110811

Tazkirah Ramadhan • Semasa zaman jahiliah bulan Ramadhan adalah satu bulan yang tidak digemari. • Ramadhan itu jatuh dimusim panas. Dimana tidak banyak aktibiti. • Kedatangan Islam meletakkan Ramadhan sebagai bulan yng cukup mulia dan disanjungi. Ini adalah kerana kewajipan berpuasa disyariaatkan dibulan ini. • Didalam Al Quraan mensyariatkan berpuasa. - ayat menyerukan akan orang orang yang beriman. - hukum berpuasa adalah farhu - puasa juga pernah diperintahkan kepada umat terdahulu daripada Islam. Daripada Nabi Adam RA lagi. Malah puasa merupakan syariaat pertama kepada manusia. - ganjaran bagi orang yang patuh menyerjakan ibadah puasa didalam bulan Ramadhan adalah TAQWA • Syarat bagi orang yang hendak mencapai ketaqwaan adalah : - orang yang sihat - orang yang beriman - standard aqidah yang tinggi • Orang bertaqwa menjaga solat dengan baik dan khusyuk - solat jangan tinggal - solat diawal waktu - solat berjemaah dimasjid - jika tidak; solat berjemaah di

Ustaz Nasaruddin Ali 070811

Tazkirah Ramadhan • Nabi Muhammad SAW berdoa kepada umatnya tidak melalui perkara yang tersebut: • Terdapat ramai orang yang tergolong daripada mereka yang melakukan perkara keji secara terbuka. Allah SWT akan menurunkan bala' dengan penyakit yang pelek. • Golongan yang mengurangkan sukatan ketika benjual beli. Allah SWT akan memberikan usia tua yang sia-sia. Hidup mereka tersepit. • Golongan yang tidak membayar zakat. Allah SWT tidak menurunkan hujan. Sekiranya jika tiada binatang yang memerlukan air, pasti Allah SWT tiada lansung akan menurunkan air. • Golongan yang memungkiri janji. Allah SWT akan melantik musuh mereka memerintah mereka. Saidina Omar menyatakan bahawa kita dimuliakan oleh Islam. Jika kita tidak hidup secara orang Islam maka akan hilanglah kemuliaan kita. • Saidina Umar Abdul Aziz ketika ditimpa gempa bumi, baginda meminta raakyat datang kemesjid untuk membersihkan diri. Kerana yakin bahawa terjadinya gempa bumi adalah disebabkan bala yang ditur

Ustaz Yussof 070811

Kuliah Subuh • Dibulan puasa ganjaran ibadah akan digandakan. • Diakhirat kelak ramai akan kesal yang dia tidak membuat lebih banyak amal apabila dia telah melihat habuannya yang berganda. • Nafsu adalah musuh yang nyata dibulan Ramadhan. Berpuasa itu satu cabaran untuk melawan kehendak hawa nafsu. • Ramadan ini umat Islam harus berwaspada akan dakyah untuk memesongkan akidah. Contohnya terdapat didalam satu majlis agama lain yang dihadhiri oleh orang Islam semasa wakto solat. • Dizaman moden ini umat Islam harus menjaga akan kepentingan agama yang suci ini. Sekiranya sistem demokrasi itu dipilih sebagai cara pemerintahan negara. Maka umat Islam sebagai rakyaat hendaklah menggunakan kuasa memilihnya kepada sesiapa sahaja yang dapat menentukan akan kesejahteraan agama suci Islam. • Kesucian agama Islam hendaklah dijaga dan dopertahankan, Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Khalil Idham Lim 060811

Kuliah Subuh • Di Malaysia data oleh Kementerian Kesihatan orang orang yang sakit mental pada tahun 2010 adalah 400226 orang. Ini merupakan peningkatan 15% daripada tahun 2001. • Islam perlulah dijadikan teras untuk medium pendidikan negara agar data ini dapat dikawal peningkatannya. • Paradigma didalam negara tentang Islam yang mengkaitkan orang Islam itu hanya bagi orang Melayu. Oleh sebab itulah ramai orang Melayu membiarkan kawan dan jiran mereka yang berketurunan Cina dan India mati bukan sebagai seorang muslim. • Dinegara Eropah, China, Jepun Islam berkembang dengan pesatnya. Diandaikan di Eropah pada tahun 2050 akan meningkat kepada 20% daripada jumlah keseluruhan penduduknya. • Hari ini pembangunan Masjid di Eropah telah berkembang dengan pesatnya. Sebaliknya banyak gereja ditutup. • Perkembangan Islam dinegara Malaysia adalah asalnya daripada pergerakkan pedagang orang Gujarat dan Cina. • Bangsa Cina merupakan kaum yang memeluk Islam dahulu daripada oran

Ustaz Rusmaidi 300711

Ustaz Rusmaidi 300711 Kuliah Maghrib 1. Kelebihan beribadat didalam bulan Ramadhan adalah Rahmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang orang yang beriman. 2. Ganjaran yang diberikan Allah SWT kepada hambanya dapat diandaikan seperti pekerja dengan majikannya. Habuan yang dapat kepada pekerja selepas menjalankan tugas dengan baik. 3. Persediaan untuk menghadapai Ramadhan telah dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semenjak dari bulan Rejab dan Syabaan lagi. 4. Solat merupakan satu ibadat yang perlu dibuat persiapan yang rapi ketika menghadapi bulan Ramadhan. Sembahyang sunat tarawih merupakan solat sunat yang hanya ada dibulan ini. 5. Para sahabat dan orang- orang yang soleh apabila ditinggalkan Ramadhan bersedih. Menanggis kerana merindukan bulan yang mulia. 6. Dengan kekuatan Ramadhan, dipeliharakan manusia yang menjaga ibadahnya akan dihindarkan dirinya daripada perkara maksiat. 7. Berkatnya dibulan Ramadhan adalah pengampunan dosa dosa kepada orang orang beriman. Wassalam

Ustaz Ismail 250711

Ustaz Ismail 250711 Kuliah Maghrib Firman Allah S.W.T: " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183) 1. Ayat tersebut diatas diwahyukan semasa Rasullah SAW berada diMadinah. 2. Puasa orang yang bertakwa adalah berpuasa secara menyeluruh. Menjaga diri daripada hilangnya pahala puasa. 3. Terdapat didalam bulan Ramadhan satu malam yang terlebih baik daripada 1000 bulan. Yang dipanggil malam Lailatul Qadr. Bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan. 4. Solat sunat Tarawih hanya terdapat didalam bulan Ramadhan sahaja. 5. Sesiapa yang melakukan ibadah sunat fadhilatnya sama dengan ibadah fardhu. 6. Bulan Ramadhan merupakan bulan: - kesabaran - bertambahnya rezeki 7. Memberi makan semasa berbuka puasa kepada sesaorang lain, maka diampunkan dosanya dan yang memberi akan dapat sama pahala dengan orang yang menerima. Tanpa tiada

Forum Ramadhan 230711

Forum Ramadhan 230711 Masjid Al Huda Ahli panel forum - Ustaz Nizam (UN) - Dr Robiah (DR) - Ustaz Mohamad Nicholas (MN) DR; 1. Kedatangan Ramadhan perlu satu persiapan. Agar bulan yang mulia ini diambil sebanyak mana kemuliaannya. 2. Persiapan yang utama untuk menghadapi Ramadhan adalah menyatakan semula syahadah. Adakah ibadah yang akan dilakukan dibulan Ramadhan sudah memenuhi apa yang dinyatakan didalam Syahadah. 3. Solat yang dilakukan harus diteliti. Adakah ada ruang untuk membuat kebaikan. Ruang untuk menjadikan solat kita kali ini merupakan solat yang terindah sekali. Memahami akan maksud ayat ayat yang baca, supaya solat kita bertambah khusyuk. 4. Ramadhan kali ini hendaklah menjadikan kita orang yang lebih kuat imannya. Kasih sayangnya kepada Allah SWT dan Rasullah SAW merupakan satu yang cukup kuat. Ramadhan kali ini hendaklah medekatkan diri kita dengan Allah SWT. Begitulah para sahabat menyambut Ramadhan dengan riang gembira, tetapi bersedih apabila ditinggalkannya. UN; 5.

Dato' Nahrawi 180711

Dato' Nahrawi 180711 Kuliah Maghrib 1. Orang yang beriman akan menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang hebat. Ayat Al Quraan didalam Surah Al Baqarah [183]yang bermaksud " Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" 2. Takrif puasa adalah menahan diri - makan minum - perkara yang membatalkan puasa Daripada subuh hingga maghrib 3. Takwa; Takrifnya membina benteng dalaman; - perkara yang Allah SWT murka - mendatangkan dosa - jauhkan daripada perkara yang mendatangkan azab daripada Allah SWT 4. Kenapa membina ketakwaan? - pembelaan daripada Allah SWT - bantuan daripada Allah SWT - panduan daripada Allah SWT - keberkatan dalam hidup 5. Benteng dan taqwa diperlukan - untuk menjadi satu arah petunjjuk didalam hidup - sebagai matlamat hidup didunia ini yang adalah mendapat keridhaan Allah SWT - Membawa bekalan diakhirat kelak, Merupakan pahala. - agar mendapat kehidupan yang sejahtera. Bagaika

Ustaz Shamsuddin 160711

Ustaz Shamsuddin 160711 Kuliah Subuh Kitab Al Hikam 1. Kitab ini adalah hasil karangan Ibnu Athaillah Askandary. Dilahirkan di Mesir. Walaupun kitab ini merupakan ilmu tasauf tetapi cara penggunaan bahasanya tinggi nilai sasteranya. Hingga diambil terima kitab ini sebagai salah satu hasil kesasteraan Arab. 2. Orang yang beriman bersandarkan seluruh kehidupannya kepada Allah SWT. Tidak menyandarkan hubungannya dari segi tauhidnya kepada amal. 3. 'IBAD' merupakan orang yang beramal dengan harapan ia mendapat balasan kesejahteraan hidupnya didunia dan diakhirat. Ia bersandarkan ketaatannya kepada Allah SWT kepada amalannya. 4. 'MORIDIN' beramal kerana hendak mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tujuan amal ibadatnya tidak tertumpu kepada pahala tetapi harapannya agar amalan tersebut diterima supaya lebih dekat hatinya dengan tuhannya. 5. 'ARIFFIN' merupa golongan manusia yang mengenal Allah SWT. Ini adalah peringkat tauhid yang tinggi. Mengenal Allah SWT itu adala

Ustaz Nizam 150711

Ustaz Nizam 150711 Kuliah Maghrib 1. Mempelajari ilmu Tasauf memerlukan sesaorang itu berguru. Untuk memberi panduan akan kefahaman ilmu tersebut. Terutama untuk memahami kitab kitab yang ditulis didalam bahasa Arab. 2. Menterjemah hadith dan quraan memerlukan kefahaman untuk meletak sesuatu hukum. Kerana terdapat ayat ayat yang jika diterjemah mengikut bahasa sahaja tidak cukup. Sesaorang itu perlu memahami konteks ayat tersebut diturunkan. Maka ini juga sebab mengapa mempelajari ilmu agama memerlukan guru. 3. Rasulullah SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Apabila ditanya oleh para sahabat mengapa baginda melakukan begitu. Baginda menyatakan dibulan ini amalan ibadat dianggat pada bulan ini. dan baginda suka jika amalan nya diangkat diwaktu sedang berpuasa. 4. Andaian seorang guru itu boleh disamakan dengan seorang bapa. Bolehkah seorang anak membesar dengan baik tanpa bimbingan seorang bapa? Bagaimana keadaan seorang yang yatim tanpa seorang bapa? 5. Saorang guru memberi panduan

Ustaz Dr Syihabuddin 140711

Ustaz Dr Syihabuddin 140711 Kuliah Maghrib 1.  "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. 2. Bulan Syaaban dimuliakan dimuliakan oleh Allah SWT.  Terdapat padanya malam nishfu Syaaban. Dimana buku catatan diangkat. 3. شعبان - ش sharaf (mulia), syafaat ; seperti syafaat orang alim kepada anak muridnya, syafaat anak yang soleh kepada kedua orang ibu bapanya, syafaat Al Quraan kepada pembacanya. - ع I'zzah maknanya perkasa. Bulan Syaaban adalah bulan yang diperkasakan oleh Allah SWT. Pahala yang dibuat akan digandakan 100 kali pahala. Selain daripada bulan Ramadhan Rasulullah SAW

Ustaz Shamsuddin 100711

Ustaz Shamsuddin 100711 Kuliah Subuh 1. Mempelajari ilmu tasauf dapat membuka hati sesaorang untuk mengenal Allah SWT. Terbuka mata hatinya untuk memperlihatkan kebesaraan Alllah SWT, serta dengan ini dapat mempertingkatkan kecintaan sesaorang itu kepada Maha Pencipta. 2. Ilmu tasauf merupakan roh kepada cabang ilmu Islam yang lain. Memberi kekuatan kepada ilmu dan amal sesaorang mukmin. 3. Tasauf merupakan ilmu batin. Kebatinan segala ilmu didalam agama Islam. Dengan itu sesaorang mukmin benar benar merasai kekerdilannya jika dibandingkan dengan kebesaran dan kekuatan Allah SWT. Ia merasakan dirinya seperti satu helai bulu kecil yang halus sahaja. Hatinya cepat tersentuh dan sensitif. 4. Orang yang beramal dengan ilmu tasauf bersifat lemah lembut, bersih dan mensucikan hati ini. Mereka juga dipanggil sebagai seorang SUFI. 5. Asal bermulanya orang sufi didalam Islam adalah diserambi Masjid Nabi di Madinah. Mereka banyak menghabiskan masanya dengan beribadat. Bersenang senang dengan dun

Ustaz Rahmatullah 040711

Ustaz Rahmatullah 040711 Kuliah Maghrib 1. Hukum Azan dan Iqamah - Para ulam berkhilaf didalam hukum - Fardhu Kifayah - Sunnat 2. Muazin - Suara yang baik - Bacaan Yang baik - Orang yang beramanah - Berdiri ketika berazan 3. Solat lima waktu - Disyariatkan azan - Sama ada sembahyang secara tunai atau qadho - mulakan azan apabila telah masuk waktu, kecuali waktu subuh. 4. Orang perempuan dan Khunsa - hanya boleh iqamah sahaja - sebab kaum perempuan tidak boleh angkat suara 5. Konsep azan - Memberitahu masyarakat bahawa didalam kehidupan kamu Allah SWT yang lebeh besar - Allah hu Akbar, prinsip hidup seorang mukmin. Yang benar benar mengabdikan diri kepada ajaran Allah SWT 6. Doa selepas Azan "Ya Allah, Tuhan Pemilik panggilan yang sempurna (adzan) ini dan shalat (wajib) yang didirikan. Kurniakanlah Muhammad Al-Wasilah (darjat di Syurga, yang tidak akan diberikan selain kepada Nabi s.a.w) dan juga kedudukan darjat yang tinggi. Tempatkanlah baginda di maqam yang terpuji yang telah En

Ustaz Tajuddin 020711

Ustaz Tajuddin 020711 Kuliah Subuh "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" 1. Allah SWT yang maha suci. Maha sempurna. Maha berkuasa. Telah memperjalankan Rasulullah SAW didalam peristiwa Isra' & Mikraj. 2. Rasulullah SAW di perjalankan - Daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. selalunya perjalanan dizaman itu memakan masa sebulan. - Daripada Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha diatas langit. Satu tempat yang jauh diluar jangkaan fikiran manusia hari ini. Angkasa lepas sehingga ini masih cetek ilmu manusia. Walaupaun ramai ahli sains yang tak putus putus membuat kajian. 3. Sidratul Muntaha adalah satu tempat yang tidak diizinkan makluk Allah SWT memasukinya. Melainkan Nabi MUhammad SAW. 4. Ramai orang dari kalanagan ahli fikir membahask

Ustaz Shafie 010711

Ustaz Shafie 010711 Kuliah Maghrib 1. Melakukan kerana Allah SWT. Apa makna ungkapan ini? - Melakukan kerana Allah SWT - mengikut segala hukum yang diperintahkan Allah SWT 2. Belajar membaca dan memahami Al Quraan hukumnya adalah Fardu Ain. 3. Bagi orang mukmin prioriti hidup adalah Fardu Ain dan diikuti Fardhu Kifayah. Kemudian itu barulah mengerjakan perkara yang sunat. 4. Walaupun prioriti ini satu 'common sense' tetapi ramai orang Islam lalai daripada perintah Allah SWT ini. Ramai orang pergi kemasjid pada hari raya sahaja. Walhal pada hari lain mereka hanya mendirikan solat dirumah sahaja. 5. Mempelajari Al Quraan itu satu prioriti yang utama bagi umat Islam pada dewasa ini. Kerana apabila Al Quraan itu kembang didalam jiwa, maka akan menjadilah mereka orang yang kuat. 6. Kemenangan orang Islam didalm peperangan Badr adalah kerana iman yang kuat. Ini terjadi kerana Al Quraan itu sentiasa berada didalam roh mereka. 7. Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang meminta orang y

Ustaz Rizal 300611

Ustaz Rizal 300611 Kuliah Maghrib 1. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang mulia. Hati yang sentiasa mengingati umatnya, malah juga berfikiran terbuka kepada musuh baginda dengan harapan yang baik agar diberikan hidayah daripada Allah SWT. 2. Baginda menyelamatkan Abu Jahal yang jatuh kedalam perangkap yang dia sendiri yang menggalikannya. Baginda membantu dengan harapan yang Abu Jahal mendapat hidayah agar dihindarkan Allah SWT daripada Api Neraka. 3. Rasulullah SAW mendapat sokongan yang kuat daripada bapa saudaranya Abu Talib dan isteri baginda Saidatina Siti Khadijah. Mereka memberi bantuan dan sokongan kepada usaha usaha dakwah Islamiah. 4. Selepas kedua insan yang membantu baginda meninggal dunia, maka bertambahlah ujian dan tekanan orang orang kafir keatas baginda. Maka kesusahan dan kesedihan ini diubati Allah SWT dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini memberi satu kekuatan iman terhadap Allah SWT. 5. Diperjalankan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil A

Ustaz Yusri 290611

Ustaz Yusri 290611 Kuliah Isra' & Mikraj 1. Orang yang selalu menghadirkan diri didalam majlis ilmu akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Berkumpul bersama- sama dengan orang orang yang soleh. 2. Kebesaran bulan Rejab terdapat satu peristiwa yang besar didalam takwin Islam iaitu pada tanggal 27 haribulan, ISRA' DAN MIKRAK. - Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. - Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. 3. Kenapa Allah SWT memperjalankan Rasulullah SAW didalam peristiwa Isra' dan Mikraj? - Untuk menghibur Rasulullah SAW, kerana kehilangan dua orang insan yang dikasihinya. Ia itu bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan isteri baginda Siti Khadijah - Malaikat Jibrail membawa wahyu daripada Allah SWT yang bermaksud: "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada sua

Ustaz Amran 230611

Ustaz Amran 230611 Kuliah Maghrib 1. Rukun solat adalah semuanya 13 perkara. Ini mengikut pandangan mahzab Shafie. Tetapi terdapat khilaf imam mahzab yang lain. 2. Iman shafie apabila memberi sesuatu pandangan mengenai hukum beliau meneliti nas nas daripada Al Quraan dan Hadith. 3. Membaca Al Fathihah itu wajib. Ini adalah pandangan imam Shafie. Bacaan basmallah itu termasuk didalam surah Al Fathihah. Imam Hanafi menyatakan wajib membaca basmallah didalam bismillah dengan senyap. 4. Orang yang membaca Al Fathihah didalam solat, hendaklah membaca dengan suara yang dia sendiri boleh mendengarkannya. 5. Wajib membaca Al Fathihah dengan betul, tartil. Sebutan perkataan hendaklah dengan bahasa Arab yang betul dan jelas serta tidak menukar maksud atau makna perkataan tersebut. Surah Al Fathihah hendaklah dibaca secara berdiri. 6. Didalam Surah Al Fathihah terdapat 14 tashdiq. Bacaan perlulah menjaga bacaan tashdiq itu. Wassalam

Ustaz Halim Din 220611

Ustaz Halim Din 220611 Kuliah Maghrib 1. Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan tiga bulan yang mulia. Terdapat tiga malam didalam bulan bulan ini yang sungguh luar biasa bagi umat yang beriman, iaitu Malam Isra' dan Mikraj, Nishfu Sya'ban Lailaturqadar. 2. Rasulullah SAW sering berdoa didalam bulan Rejab. "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan " 3. Peristiwa Isra' & Mikraj berlaku didalam bulan Rejab. Merupakan satu peristiwa yang cukup besar bagi umat muslim. Peristiwa ini mengujikan keimanan orang mukmin. 4. Disunatkan menunaikan ibadah ibadah tersebut: - Berdoa - Memperbanyakkan membaca quraan - Memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW 5. Peristiwa Isra' dan Mikraj - Rasulullah SAW dibersihkan - Perjalanan dengan menaiki Bura'. - Diperlihatkan kepada Baginda keadaan di syurga dan neraka Wassalam

Ustaz Azman 190611

Ustaz Azman 190611 Kuliah Subuh 1. Keperluan menuntut ILMU didalam ISLAM - Fardhu A'in - Fardhu Khifayah 2. Sesaorang mukmin perlu memahami kedudukan ilmu yang hendak dipelajari. Apa keutamaan sesuatu ilmu itu. Apa yang perlu didahulukan hendaklah didahulukan. Tidaklah dituntut untuk mempelajari semua ilmu dengan serentak. Setiap ilmu haruslah difahami dengan sebenarnya. 3. Ilmu didalam ISLAM janganlah hanya dengan mengikut-ikut. Setiap orang mukmin wajib memahami ilmu, terutama ilmu fardhu ain. Contohnya sesaorang yang hendak mengerjakan ibadat haji, dia tidak boleh ikut- ikut sahaja. Kerana apabila ditanah suci kelak akan bercelaru jika dia tidak berilmu. Berkemungkinan hajinya tidak sah. 4. Setiap perbuatan didalam beribadat hendaklah difahaminya. Tahu akan nas- nas sumber hukum dan pergerakkan didalam ibadah. Ramai masyarakat hari ini beribadat tanpa ilmu. Berzikir didalam gelap sambil berdiri. Ada yang berzikir dengan meletak gambar guru mereka dihadapan, kerana mengharap tuan

Ustaz Jefri 180611

Ustaz Jefri 180611 Kuliah Maghrib 1. Sebelum Rasulullah SAW dijalankan semasa peristiwa ISRAK MIKRAJ baginda disucikan oleh malaikat Jibrail dan MIkail. Dibedah baginda untuk mensucikan sistem dirinya. Sebagai persiapan untuk Allah SWT menjalankan baginda disatu perjalanan yang luar biasa. Secara fizikal dan rohaniah. 2. Sebagai seorang muslim, apabila kita mengerjakan solat hendaklah kita mengingati Allah SWT. Merasakan kebesaran Allah SWT. Sebagaimana luar biasanya anugerahNYA kepada Rasulullah SAW didalam peristiwa Israk dan Mikraj. 3. Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang Islam adalah nikmat Iman. Maka ramailah orang yang memusuhi Islam merasa dengki kepada orang mukmin. Banyak perbuatan menindas yang dilakukan keatas orang yang beriman. 4. Rasulullah SAW melalui banyak dugaan didalam menjalankan tugas baginda. Baginda tetap bersabar. Perjalanan israk mikraj memberi satu pengalaman kepada baginda akan betapa besarnya kebesaran Allah SWT. Ini menguatkan iman baginda serta

Ustaz Nizam 17/06/11

Ustaz Nizam 17/06/11 Kuliah Maghrib 1. Pada kebiasan ramai orang yang kuat mengamalkan ilmu tasauf akan menjauhi diri daripada hal ehwal duniWi. Bagaimana jika ia memperolihi harta duniawi yang banyak? Jadi apakah adap kepada orang yang mengamalkan ilmu tasauf itu menghadapi kekayaan duniawinya? 2. Didalam Al Quran ada dibicara: - kebaikan harta duniawi - keburukkan harta duniawi 3. Surah Al Humazah, mencela orang yang mengumpul quraan. Mereka ingat bahawa harta itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka. 4. Rasulullah SAW menyatakan setaip anak Adam akan ditanya dua perkara mengenai harta. - bagaimana kita mendapat harta duniawai? Adakah halal ataupun haram. - macamana harta itu dibelanjakan? 5. Harta yang memberi kebaikkan adalah; - yang dibelanjakan dijalan yang baik. - yang dibayarkan zakat 6. Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Abdul Rahman Al Auf merupakan sahabat yang lambat memasuki syurga. Malah ada hadis yang menyatakan bahawa dia memasiki syurga dengan merangkak.

Ustaz Shamsuddin 120611

Ustaz Shamsuddin 120611 Kuliah Subuh 1. Syarah daripada kitab HIKAM 2. Istilah HIKAM bermaksud kata kata hikmah. Kitab ini didalam dua juzuk. 3. Hikmah didalam memahami Al Quraan dengan mendalam. Satu anugerah yang merupakan rahmat daripada Allah SWT. 4. Ilmu tasauf - mengenal hal hal manusia - baik atau buruk - bagaimana mensucikan 'character' manusia daripada sikap buruk 5. Mengenal Allah SWT, ma'rifatullah - kefahaman mengenai Allah SWT dengan lebeh mendalam - tahu akan ketetapan Allah SWT - apabila seorang itu sakit lalu dia memakan ubat. Maka kemudiannya dia sembuh daripada penyakit itu. Memakan ubat itu adalah usahanya. Yang menyembuhkan dia adalah Allah SWT. 6. Memahami tentang hal HAKIKAT yang sebenarnya. Tentang memahami ilmu tauhid. " mengenal Allah SWT tanpa melihatNYA" Wassalam

Ustaz Dr Syihabuddin 090611

Ustaz Dr Syihabuddin 090611 Kuliah Maghrib 1. Berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa - Semasa mereka masih hidup lagi - Selepas mereka meninggal dunia 2. Allah SWT menitik berat adab mentaati kedua orang ibu bapa. Kemurkaan ibu bapa membawa murkanya Allah SWT kepada anak anak. Keredhaan kedua ibu bapa akan membawa keredhaan Allah SWT. 3. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan 'uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkat

Ustaz Rahmatullah 060611

Ustaz Rahmatullah 060611 Kuliah Maghrib 1. Berdoa memasuki masjid Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : " Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu ." ( Hadis Riwayat Abu Daud ) Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung dengan zatNya yang mulia dan kekuasaanNya yang azali, daripada syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah. Ya Allah! Cucurilah selawat dan salamMu ke atas Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu rezekiMu. 2. Apabila keluar daripada masjid Artinya : Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung, dengan zatNya yang