Posts

Showing posts from March, 2011

Ustaz Sharif 23031

Ustaz Sharif 23031 Kuliah Maghrib: باب طالت 1. Saorang sahabat Ubai Ibn Kaab sedang bersolat. Rasulullah SAW mendatangi rumahnya dan memberi salam. Ubai berdiam diri sambil meneruskan solatnya. Selepas solat, dia mendatangi Rasullah SAW, diberitahukan kepadanya oleh Baginda bahawa sekira Rasul memberi salam wajib dijawapkan walaupun didalam solat. 2. Menjawab salam Rasulullah SAW ketika bersolat, tidak terbatal solatnya. Tetapi sekira dia tidak menjawab maka batallah solatnya. 3. Keadaan ini hanyalah bagi Rasulullah SAW. Sekiranya jika salam ini diberikan oleh seorang ibu apa kah hukumnya? 4. Sekiranya sesaorang itu sedang bersolat sunnat, jika ibu atau ayahnya memberi salam, maka wajib dijawab. Sekiranya dia sedang bersolat fardhu, maka ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya baru sahaja bersolat, maka wajib di jawab, dan bersolat semula kerana solat itu telah batal. Sekiranya solat itu sudah diakhir, maka tidak perlu menjawab salam dan terus menghabiskan solatnya. Kemudian apabila se

Ustaz Nizam 220211

Ustaz Nizam 220211 Kuliah Maghr ib Didalam Al Quraan malaikat disebutkan sebanyak 114 kali. Begitu juga syaitan di sebutkan sebanyak 114 kali. Walau bagaimanapun dibicarakan didalam Al Quraan dan hadith qudsi diperingatkan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata. Kerja syaitan dan iblis adalah untuk menyesatkan manusia, kecuali orang yang beriman. Syaitan akan menganggu manusia, terutama ketika hendak bersolat. Digoda manusia untuk leka dan melambat lambatkan solat. Tergesa- gesa semasa mengambil wudu', maka akan susahlah hendak melakukan dengan sempurna. Kerana itulah ramai orang tidak merasa khusyu' didalam solatnya. Syaitan itu adalah musuh kamu maka perlakulah dengannya sebagai musuh....maksud hadith qudsi. Telah diberi amaran kepada manusia tentang hal syaitan. Dihari akhirat nanti manusia yang mengikut syaitan akan dihalau kedalam neraka. Untuk menghindarkan diri daripada mendapat siksaan dihari akhirat maka manusia hendaklah menjauhkan diri daripada syaitan dan pengik

Ustaz Dato' Nahrawi 210311

Ustaz Dato' Nahrawi 210311 Kuliah Maghrib Kitab Riadh Solihin, Bab Taubat 1. Bertaubat - Hukumnya wajib واجيب - Surah An Nur ayat 31 - Surah Hud ayat 3 - Surah At Tahriim ayat 8 2. Mengapa kita wajib bertaubat? - Sejak dialam roh lagi manusia telah membuat aku janji dengan Allah SWT - Surah Al Araf 172 - Iblis memohon kepada Allah SWT agar diizinkan untuk menggoda manusia untuk melakukan dosa - Orang yang bertaubat tidak sepenuhnya, hukumnya SAH tetapi baki dosanya yang lain akan dibawa bersamanya dialam akhirat nanti 3. Bagaimana manusia dapat melawan godaan syaitan? - Selalu memohon taubat daripada Allah SWT secara berterusan - Jadikan taubat itu sebagai budaya hidupnya - Jalan inilah yang diberi contoh oleh Rasulullah SAW, walaupun baginda itu seorang yang dijaminkan Allah SWT memasuki syurga tanpa dihisab. 4. Sekiranya selalu diamalkan taubat, - Allah SWT akan gugurkan segala dosa dosa kecil - Memudahkan untuk melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan bersedekah - melembut

Ustaz Azman 200311

Ustaz Azman 200311 KULIAH SUBUH Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam 1. Allah SWT memerintah orang yang beriman bertaubat kepada NYA. Wajib memohon keampunan daripada NYA. 2. Dosa yang Allah SWT tidak akan mengampun - orang yang syirik - orang yang sombong kepada Allah SWT 3. Dua cara manusia melakukan dosa: - dosa diantara hamba dengan Allah SWT - dosa diantara hamba dengan hamba 4. Dosa dengan manusia haruslah meminta ampun dan maaf dengan manusia itu dahulu sebelum memohon ampun daripada Allah SWT. Walaupun berat tetapi hendak dilakukan. 5. Dosa dengan Allah SWT; - Fasik KAFIR: Orang yang dengan terangnya telah kafir. Tidak mempercayai Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, Quran serta rukun iman yang lain. Orang begini hendaklah mengucap semula. - Fasik Kecil: Orang yang melakukan dosa tetapi tidaklah sampai kepada peringkat fasik kafir. Golongan ini melakukan berbagai dosa besar secara berterusan, saperti meminum arak, berzina, berjudi dan yang lain- lain. 6. Bagi orang- orang yang beriman

Ustaz Ann Wan Seng 040311

Ustaz Ann Wan Seng 040311 Kuliah Maghrib • Islam adalah agama yang agung. Tidak sama Islam dengan agama lain. Lebih tinggi dan mulia. • Terdapat hukum hakam didalam agama Islam yang tidak didapati pada agama yang lain. • Halal dan haram itu jelas didalam Islam. Samalah dengan Sah atau tidak sah. Konsep yang hanya terdapat didalam agama Islam. • Konsep didalam Islam seperti Arak, Riba, Zina tidak terdapat didalam agam lain. Maka orang Islam janganlah menukar istilah tersebut. Seperti Arak di beri nama Minuman Keras. Ini tidak harus terjadi. • Konsep ketuhanan didalam Islam amat jelas sekali. Agama tauhid yang berpegang kepada bahawa Allah SWT itu satu, tida ada yang bersekutu dengan NYA. • Maka kenapa masih terdapat orang Islam yang mempercayai hantu. Kadangkala takut kepada hantu melebihi takut mereka dengan Allah SWT. Walhal hantu itu adalah jin atau syaitan. Merupakan amalan syirik. • Orang mukmin hendaklah bersangka baik dengan Allah SWT. Menerima apa sahaja ketentuan kepada

Ustaz Syihabuddin 100311

Ustaz Syihabuddin 10031 kuliah Maghrib ADAB BERDAKWAH 1. Ikhlas • Ada sesetengah pendakwah meminta atau menetapkan bayaran. Adakah ini dibenarkan oleh agama? • Seorang pendakwah seperti manusia biasa yang lain ada keperluannya. Jadi pihak kariah yang menjemputnya perlulah memahami hakikat ini. Tetapi seorang pendakwah tidak wajar meletakkan harga pada ilmu agama. Kerana ilmu itu tidak ternilai dengan wang ringgit jika dibandingkan dengan balasan diakhirat. 2. Wajib Memiliki Ilmu • Metodologi berdakwah itu perlu untuk mencapai hasratnya. • Berdakwah perlu memahami situasi sasaran. Cara berdakwah kepada orang dewasa berlainan dengan remaja dan juga berlainan dengan kanak-kanak. 3. Menjaga Perasaan • Pendakwah perlu menjaga sensitiviti orang yang hendak didakwahi. Jagalah perasaan mereka. • Allah SWT memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun pergi berjumpa dengan Firaun menyampaikan risalah islam dengan berkata kata dengannya secara baik dan lembah lembut. Semoga dengan demikian dapat

Ustaz Azman 200211

Ustaz Azman 200211 Kuliah Subuh Dihari akhirat tidak ada gunanya harta benda yang banyak yang ditinggalkan. • Apabila dihadapan Allah SWT sekiranya buku catitan amal diberi kepada sesaorang itu dari tangan kiri, maka susahlah keadaannya. • Diperintahkan para malaikat membawa orang orang tangan kiri kedalam neraka. • Ketika itu tiada siapa yang dapat menolong. Dia didalam neraka yang makanannya adalah nanah yang kotor dan busuk. • Harta yang setinggi gunung pun ta' dapat menolong dihari hisap. Wassalam/

Ustaz Shamsuddin 130211

Ustaz Shamsuddin 130211 Kuliah Subuh dengan tajuk MAHKAMAH ISLAM • Hakim - Seorang yang memutuskan kesalahan dengan adil - Menjatuhkan hukuman mengikut apa yang diturunkan Allah SWT - Tidak dipesongkan oleh nafsu • Hukum mengikut Al Quran - Sesiapa yang menghukum dengan tidak mengikut hukum Allah SWT maka ia adalah orang yang fasik. Seorang yang zalim. - Sesiapa yang menolak hukuman Al Quran, dengan alasan hukuman itu sudah tidak relevan lagi maka dia telah melakukan dosa syirik. • Pendakwa dan Pembela itu adalah sebahgian daripada sistem penghakiman Islam. • Pendakwa hendaklah membawa keterangan bukti dan saksi yang akan memberi keterangan dihadapan seorang hakim. • Pembela juga boleh membawa saksi untuk menidakkan hujah pendakwa. Si yang dituduh boleh bersumpah yang dia tidak melakukan atas apa yang dituduh. • Seorang perempuan tidak dibenarkan menjadi seorang hakim. • Seorang Hakim hendaklah memahami bahasa Arab. Berilmu agama, AlQuran, Hadith serta khilaf ulama'. • Jik

Ustaz Syihabudin 100211

Ustaz Syihabudin 100211 Kuliah Maghrib ADAB BELAJAR • Adab ketika belajar memerlukan pelajar menulis nota ilmu apa yang disampaikan. • Apabila sesaorang guru itu tersilap didalam memberi pendapat, anak muridnya tidak patut meremehkannya. • Pelajar hendaklah bertanya kepada tuan guru. Ini akan memberi kefahaman yang baik. • Buku dan kitab yang dibawa kedalam majlis ilmu hendaklah dilakukan dengan penuh kesopanan. • Selepas belajar perlulah setiap penuntut menyimpan nota dan kitab dengan baik. Supaya dapat diulangkaji dimasa hadapan dengan mudah. • Disyorkan para pelajar mengadakan majlis usrah. Membincang akan pelajaran yang telah disampaikan dengan baik. Agar pelajaran itu menjadi jelas dan senang diingati. • Sampaikan ilmu yang dipelajari kepada sesiapa yang berkenaan. • Ilmu yang dipelajari tidak boleh disembunyikan. Jangan kedekut ilmu. • Praktikkan ilmu yang dipelajari kepada seluruh keluarga. Termasuk ibu bapa serta ibu bapa mertua kita. • Jiran juga perlu disebarkan ilm

Ustaz Zaid 280111

Ustaz Zaid 280111 Kuliah Maghrib • Didalam dunia ini Allah SWT banyak memberi kemudahan kepada insan. Supaya mereka hidup dengan senang. Tetapi ramai yang hidup dengan keadaan yang susah. Kenapa begitu? Malang sekali... • Orang yang hidup dengan kesenangan didunia ini, ada juga yang jiwa mereka tidak tenang. • Manusia yang tidak beriman akan menerima akibatnya. Kesan kepada mereka yang ingkar didalam jiwanya lemah iman. • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Aku tinggal untuk kamu dua perkara. Jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat. Kitab Allah SWT dan Sunnah NabiNya. • Kalau hidup tanpa berpandu kepada Quraan dan Hadith maka jiwa tidak akan rasa tenang. Lagi susah maka bertambah keresahan. • Allah SWT bersifat Esa pencipta sekelian alam. • Allah SWT berhak memberi dan mengambil. - tanpa izin manusia - bila bila masa - dimana sahaja - bagaimana cara • Allah SWT sahaja yang berhak disembah. Tetapi ramai yang menyembah kekayaan dunia. Wassalam

Ustaz Yussof 070211

Ustaz Yussof 070211 Kuliah subuh di Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam • Para pemimpin harus sedar bahawa Allah SWT sahajalah yang menganggkat atau menurunkan sesaorang pemimpin. • Para ulama pula berperanan untuk sentiasa memberi nasihat kepada para pemimpin. Tidak harus merasa takut. Imam Abu Yussof pernah menegur Khalifah Khairunarrashid supaya jangan melambat-lambatkan sembahyang Asar. • Ketentuan yang terjadi adalah kerana Allah SWT. Para pemimpin adalah pemegang amanah. Hanya orang yang beriman sahajalah yang memahami akan hakikat ini. Wassalam