Posts

Showing posts from April, 2011

Ustaz Nasaruddin 250411

Ustaz Nasaruddin 250411 Kuliah Maghrib 1. Al Quran itu sebagai satu mukjizat kepada umat Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Supaya dipegang kuat oleh umat Islam. 2. Orang Yahudi hari ini pun ada yang menghafal Al Quran. Saorang doktor muslim pernah melawat kesatu perputakaan di Amerika. Didapati saorang Yahudi yang sedang membaca Al Quran. Bila ditanya oleh doktor itu dia menyatakan yang dia adalah saorang yang menghafal kitab Al Quran. 3. Hari ini sepatutnya semua keluarga muslim mempunyai sekurang-kurang seorang dari kalangan mereka yang menghafal Al Quran. Supaya kitab ini terjaga dan dipraktikkan agar generasi akan datang tidak melupainya. 4. Rasulullah SAW berpesan bahawa orang yang mengajar hendaklah memberi ilmu agar jemaahnya itu terselamat daripada Api Neraka. Setiap guru mempunyai caranya tersendiri apabila mengajar. Dia akan membawa ilmu itu dengan cara yang terbaik. Maka orang yang menerima ilmu itu haruslah bersabar ketika mempelajarinya. 5. Didalam masyarakat or

Ustaz Rahmatullah 190411

Ustaz Rahmatullah 190411 Kuliah Maghrib Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibubapamu daripada Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" Surah Al A'raaf (7: 27)   Syaitan akan berusaha untuk menyesatkan manusia. Mereka akan mengajak manusia supaya tidak menutup aurat. Sebagaimana dilihat pada keadaan manusia dewasa ini. Berpakaian menutup aurat itu merupakan pakaian orang yang beriman. Mendidek anak supaya menutup aurat apabila sudah baligh. Kerana menutup aurat itu akan memperkuatkan iman mereka. Agar mereka tidak dapat ditanggalkan pakaiannya oleh syaitan dan iblis. Didalam Islam tidak ditentukan cara pakaian

Ustaz Nazri 160411

Ustaz Nazri 160411 Kuliah Subuh Terdapat artikel didada sebuah akhbar harian yang membawa tajuk dimuka hadapan yang mengelirukan orang ramai tentang hukum Islam yang dijalankan. Saolah Islam itu zalim dan ganas. Pada hal hukum sebat yang dipersoalkan oleh akhbar itu didalam Islam lebih ringan daripada hukuman sebat secara konvensional yang dijalankan dipenjara- penjara moden. Seorang muslim yang mempersendakan hukum Islam adalah satu perbuatan yang boleh disamakan dengan orang munafik. Perbuatan itu boleh menjatuhkan syahadah sesaorang itu. Sekiranya sesaorang itu jahil didalam ilmu ilmu didalam Islam yang berlandaskan Quran dan Hadith serta mempersendakan agama, samalah perbuatan itu dengan orang orang jahiliah dizaman Rasulullah. Mereka ini boleh ditakrifkan jahiliah moden. Masyarakat hari ini ramai yang terjebak didalam hiburan yang melampau. Pernah ditanya kepada seorang wanita yang sudah berumur apakah perkara yang ingin dilakukan didalam hidup ini. Dijawapnya dia ingin benar meny

Ustaz Dr Jamnul 150411

Ustaz Dr Jamnul 150411 Kuliah Maghrib Tidak akan berlaku hari kiamat, Melainan berlaku peperangan diantara orang Islam dengan orang Yahudi. Peperangan ini di panggil Armegeddon. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. Bersabda, "Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka. Sehingga, bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, kemudian batu atau kayu itu berkata, 'Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah dia!' Kecuali pohon Gharqad (yang tidak berbuat demikian) karena ia termasuk pohon Yahudi." Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahwa Rasulullah saw. Bersabda, "Kalian akan diperangi oleh bangsa Yahudi. Lalu, kalian diberi kemenangan atas mereka, sampai-sampai batu pun akan berbicara, 'Hai muslim, ini seorang Yahudi di balikku, bunuhlah ia!'" Rasulullah SAW melakukan perjalan

Ustaz Syihabuddin 140411

Ustaz Syihabuddin 140411 Kuliah Maghrib ADAB BERDAKWAH Bersambung... 7. MENYUSUN KEUTAMAAN DIDALAM BERDAKWAH Rasulullah SAW melantik Muaz, seorang sahabat menjadi kadhi di Yaman. Baginda menasihat sahabatnya menyusun keutamaan didalam berdakwah. Hal ketuhanan itu perlu diberi keutamaan daripada hal ahlaq. Manakala hal ahlaq diberi keutamaan daripada hal kemasyarakatan. Orang yang faham tentang berdakwah mengetahui bahawa yang penting diberi keutamaan. Yang besar diberi fokus lebih daripada perkara yang kecil. 8. BERUSAHA MENCARI BANTUAN SUPAYA DAKWAH ITU MENCAPAI KEJAYAAN Untuk mencapai objektif berdakwah ada kalanya kita memerlukan pertolongan. Sebagai Rasulullah SAW baginda juga menyusun 'associates' seperti Omar RA untuk memantapkan gerakan Islam ketika itu. Sama juga Baginda Mendekatkkan diri dengan Saidina Abu Bakar. Didalam situasi dunia hari ini memang ada keperluan untuk meminta bantuan daripada perbagai lapisan masyarakat Orang berdakwah juga memerlukan sumber kekayaan

Ustaz Amran Yussof 110411

Ustaz Amran Yussof 110411 Kuliah Maghrib 1. Wudhu' itu wajib, nasnya terdapat didalam Al Quraan dan Hadith Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. " - (Surah Al-Maa'idah: 6) 2. Orang yang tidak boleh berwudhu' hendaklah melakukan tayamum. 3. Haram melakukan ibadat ibadat ini sekiranya tidak berwudhu' (atau bertayamum) - Solat - Solat Jenazah - Thawaf di Baitullah - Memegang dan meyentuh Al Quraan. > Ayat Al Quraan dan hadith yang membicarakan hal ini menggunakan perkataan suci bukan berwudhu'. Jadi apakah pandangan ulama didalam hal ini? > Para ulama' berpendapat bahawa perkataan suci itu cenderung kepada suci daripada hadath besar. > Ada juga yang berpendapat bahawa yang suci itu bermaksud k

Dr. Hafizi 090411

Dr. Hafizi 090411 Kuliah Maghrib : Fitnah 1. Pada zaman Rasulullah SAW ada saorang wanita yang mendatangi baginda untuk mengaku diatas dosanya yang berzina hingga mengandung. Baginda menyuruh wanita tersebut balik dahulu sehingga melahirkan anaknya. Kemudian setelah melahirkan anak dia kembali menemui Rasulullah SAW. Baginda menyuruh wanita tersebut kembali sehingga anaknya disusukan genap umurnya dua tahun. Selepas disusui anaknya dia kembali bertemu baginda. Baru lah baginda memerintahkan yang wanita itu dijatuhkan hukum hudud. Baginda bersabda yang bermaksud bahawa sekiranya Allah SWT menerima taubat wanita ini, ia melebihi amalan melebihi 70 orang di Madinah ketika itu. 2. Peristiwa ini memberi pengajaran supaya kita tidak menghebuh hebuhkan aib sesaorang mukmin. Dijaga kehormatan sesaorang itu walaupun dia melakukan dosa yang besar. 3. Orang mukmin tidak akan menyebarkan perkara yang aib yang telah terjadi keatas seorang mukmin. Perbuatan yang suka membuka aib sesaorang dan menyeb

Video: Jangan menitiskan air mata kerana video ini...

Jangan menitiskan air mata kerana video ini... http://www.youtube.com/watch?feature=share&v=LKxu7SWKifc (Sent from Flipboard )

Ustaz Shariff 060411

Ustaz Shariff 060411 Kuliah Maghrib 1. Jin sebelum menderhaka kepada Allah SWT dipanggil dengan nama Azazil. Setelah menderhaka dihalau keluar daripada Syurga. Ini dipanggil Iblis, Taghut dan Syaitan. Dikalangan jin juga ada yang beriman. 2. Ada hadith yang menerangkan bahawa makanan jin adalah tulang- tulang binatang. Ada diantara jin bertanya kepada Rasulullah SAW akan apakah makanan untuk mereka selepas memeluk agama Islam. Dikatakan bahawan jenis tulang yang disebutkan nama Allah SWT ketika disembeleh. 3. Didalam Al Quraan ada di sebutkan Jin bersama sama dengan manusia. Ada persoalan yang selalu diutarakan adakah Jin itu berkahwin? Para ulama' menyatakan bahawa jin itu boleh berkahwin. 4. Suratul Rum ayat 21 menunjjukkan bahawa jinn dilarang berkahwin dengan manusia. 5. Allah SWT sahaja yang kekal. Yang lain tidak kekal. Samalah dengan jin. Mereka juga tidak kekal. Mereka juga mati. Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 050411

Ustaz Ghazali Omar 050411 Kuliah Maghrib 1. Tanda tanda telah nyata bahawa manusia hari ini sudah tidak takut dengan Allah SWT. - sanggup membunuh kerana hendak menyamun barangan yang harganya beratus sahaja. - melakukan zina secara berterangan - melahirkan anak anak diluar nikah, akibat berzina 2. Keadaan anak remaja orang muslim cukup menyusahkan hati. Budi bahasa sudah lebur. Akhlaq yang ditonjolkan adalah akhlaq yang buruk. Jauh sekali dengan apa yang diajarkan oleh Islam. 3. Akibat kelalaian ibu bapa memberi didikan dari awal lagi, sudah tidak lagi menjaga agama mereka. Contohnya ramai remaja perempuan yang telah baligh tidak mahu munutup aurat dengan sempurna. Remaja lelaki yang membuat bising ketika pergi kemasjid dihari jumaat. 4. Ada ibu bapa yang memberi contoh yang negatif kepada anak- anaka mereka. Ada bapa yang menyuruh anak lelakinya pergi kekedai judi untuk membeli numbor ekor. 5. Ada orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal. Tahu untuk melakukan ibadah tetapi tida

Ustaz Rahmatullah 040411

Ustaz Rahmatullah 040411 Kuliah Maghrib 1. Adab memasuki dan keluar daripada tandas. Termasuk didalam tuntutan agama Islam. Terutama apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. 2. Meminta kepada Allah SWT supaya dilindungi kita akan segala perkara yang membawa keburukkan ketika didalam tandas. "Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina". 3. Makruh bercakap-cakap didalam tandas. Contohnya menjawap pangilan telepon. Begitu juga jika kita bersin, tidak digalakkan mengucap Alhamdilillah. 4. Tidak perlu menjawap Azan semasa kita berada didalam tandas. Begitu jugalah jika orang memberi salam, tidaklah perlu menjawapnya. 5. Apabila hendak keluar daripada tandas pun ada doanya. Ini adalah contoh yang ditunjjukan oleh Rasulullah SAW. "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku." 6. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita nikm

Ustaz Yussof 030411

Ustaz Yussof 030411 Kuliah Subuh 1. Didalam Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 30 - dialog diantara Allah SWT dengan malaikat - kenapa dijadikan manusia dimuka bumi ini - yang akan melakukan kerosakkan dibumi ini - seolah olah malaikat itu hairan.... 2. Kejadian yang berlaku didunia hari ini saolah olah telah dijangkakan oleh para malaikat satu ketika itu. Fitnah tersebar luas. Sehingga menyiarkan babak babak yang mengaibkan sesaorang itu semata- mata kerana menghendaki sedikit kuasa didunia yang fana ini. 3. Jika sesaorang itu hendak dituduh berzina. Maka didalam Al Quran orang yang menuduh hendaklah membawa empat orang saksi. 4. Kegagalan membawa saksi yang empat itu samalah seperti melakukan fitnah. Dan dosa yang telah dilakukan adalah dosa yang besar. 5. Sistem Islam adalah satu yang sempurna. Perundangannya berasaskan kepada Al Quraan. Didalam surah An Nur ayat 4 menyatakan sesiapa yang menuduh sesaorang itu berzina tanpa membawa empat orang saksi, hukumnya adalah; - disebat 80 kali s

Ustaz Rosli 020411

Ustaz Rosli 020411 Kuliah Maghrib 1. Solat itu satu ibadah yang penting. Sehingga didalam peperangan pun diwajibkan solat. Para sahabat menjalankan solat walaupun didalam peperangan. Terutama solat Asar. 2. Perliharalah solat terutama solat Asar. Perintahlah keluarga kita juga menjaga solat mereka. Terutama didalam masyarakat kita hari ini ramai yang tidak bersolat. Apabila solat telah mula diabaikan maka akan terjadilah berbagai masaalah didalam masyarakan tersebut. Seperti masaalah anak yang dilahirkan diluar nikah. 3. Saidina Umar RA merupakan saorang banyak berubah setelah memeluk agama Islam. Sehingga baginda dijaminkan syurga. 4. Rasulullah SAW menyatakan kepada sahabatnya bahawa mereka mengerjakanlah solat mencontohi baginda. Dia diajar bersolat oleh para malaikat. Jibril yang mengajarkan kepada Rasulullah SAW setelah diwajibkan solat kepada umat Islam. 5. Hari ini walaupun generasi Islam tidak pernah melihat Rasulullah SAW bersolat. Maka hendaklah kita bersolat dengan mengikut

Ustaz Rizal Zainal Abidin 010411

Ustaz Rizal Zainal Abidin 010411 Kuliah Maghrib 1. Harta dunia - Ujian yang hebat bagi umat akhir zaman - Merupakan fitnah kepada umat 2. Iqra' - Membaca ayat ayat yang diwahyukan Allah SWT - Juga manusia diminta membaca ayatullah. Sunnatullah - Rasulullah SAW mengajar manusia melalui Al Quraan, akan sistem Syariat Allah SWT. 3. Sistem syariat Allah SWT - Mengajak manusia berubah daripada sistem jahiliah kepada sistem Islam - Sistem yang meminta manusia berlaku adil tidak kira kaya atau pun miskin, lelaki atau pun perempuan, bangsawan atau pun orang biasa. - Orang qurish ketika itu tidak dapat menerima ajaran yang meminta manusia meninggalkan sistem kezaliman kepada sistem Allah SWT. Yang lebih adil. 4. Harta dijadikan umpan - Bangsawan Qurish cuba memujuk Rasulullah SAW supaya meninggal kerja-kerja berdakwah mengajak manusia kejalan Allah SWT. - Ditawarkan kepada Baginda berbagai harta dunia. Inilah fitnah dunia. 5. Manusia hari ini - Cintakan harta dunia melebihi cinta mereka ke

Ustaz Nasaruddin Ali 280311

Ustaz Nasaruddin Ali 280311 Kuliah Maghrib 1. Kalau syurga itu tempat yang kita yakin semasa kita di akhirat nanti. Maka didalam Al Quraan, Allah SWT menyatakan kepada kita supaya menginginkan akan kematian. 2. Pastilah ramai yang tidak mahukan kematian, malah mereka akan ingin hidup di dunia selama lamanya. Mereka sanggup hidup seribu tahun. 3. Umur yang panjang tidak akan menjamin kita ke syurga. 4. Imam Al Ghazali menyatakan perkara yang menyelamat manusia diakhirat nanti adalah: - taqwa - ikhlas beramal soleh - kesungguhan menghidupkan agama 5. Imam Al Ghazali menyatakan Didalam sifat taqwa ada kebahagiaan kepada manusia; - Allah SWT bersama sama dengannya - Akan dikurniakan Ilmu laduni - Mampu membezakan kekeliruan. Membezakan yang baik dan buruk - Keselamatan daripada siksaan api neraka - Terpelihara daripada tekanan hidup. Diberi sesuatu yang tidak diduganya. - Janji Allah SWT syurga yang dipusakakan kepada orang orang yng bertaqwa - Mendapat kemulian dunia dan akhirat disisi Al

Ustaz Mohd Zaid 250311

Ustaz Mohd Zaid 250311 ERTI KEJAYAAN DIDALAM ISLAM 1. Islam menekankan bahawa kejayaan dilihat didalam dua aspek - Kejayaan diDUNIA - Kejayaan diAKHIRAT 2. Didunia dipohonkan yang hidup memperolihi kesenangan dan ketenangan. Serta diakhirat nanti memperolihi keredhaan Allah SWT serta diberikan Syurga dengan rahmat NYA. 3. Surah Al Mukminun ayat 1 hingga 11 - Menyatakan siapakah orang yang berjaya didunia dan diakhirat 4. Orang yang beriman - Orang yang percaya kepada rukun Iman dengan hati, lafaz dan perilakunya - Apabila sesuatu yang berlaku orang beriman akan redha dan mengembalikan ketentuan tersebut kepada Allah SWT. - Contohnya sepasang suami isteri berazam melakukan Umrah. Semua urusan dan pembayaran telahpun dijelaskan. Disaat akhir mereka diberitahu yang pihak berkuasa menolak permohonan visa. Ramai ahli rombongan rasa kecewa dan marah kepada syarikat yang mengendalikan perjalanan tersebut. Ada yang membuat lapuran Polis. Tetapi sepasang suami isteri tersebut tenang sahaja. Bil