Posts

Showing posts from May, 2011

Ustaz Shamsuddin 080511

Ustaz Shamsuddin 080511 Kuliah Subuh SAKSI 1. Didalam mahkamah Islam sesaorang hakim semasa hendak menjatuhkan sesuatu hukuman perlu meneliti fakta yang cukup daripada semua saksi didalam pembicaraan. 2. Bukti daripada saksi adalah asas menjatuhkan hukum walaupun berbeza daripada pandangan hakim. 3. Pendakwa sekiranya tidak dapat membawa saksi yang secukupnya, maka tiada kes untuk mendakwa sesaorang. 4. Pihak mahkamah perlu membiayai perbelanjaan sesaorang saksi untuk hadhir ke mahkamah. 5. Sesaorang saksi perlu diberi perlindungan daripada bahaya didalam menjalankan tanggung jawap. 6. Sekira didalam menjalankan kewajipannya, saksi itu menghadapi bahaya kepada diri dan keluarganya maka tidak perlu dia menghaziri pembicaraan. Sehingga keselamatannya diberi jaminan oleh pihak pemerintah. 7. Saksi itu sebelum diterima pensaksiannya perlulah memenuhi syarat- syarat yang ditentukan oleh syariah. Jika tidak memenuhi syarat pihak hakim hendaklah menolak saksi tersebut. 8. Didalam sesuatu kes

Ustaz Ghazali Omar 070511

Ustaz Ghazali Omar 070511 Kuliah Maghrib 1. Cinta kepada dunia yang berlebihan - Cinta kepada kedunian yang berlebihan akan menjauhkan diri sesaorang itu kepada Allah SWT. Terutama cinta kepada hiburan. - Terlampau cinta kepada perkara yang melaghakan seperti hiburan, muzik akan menjauhkan jiwa daripada akhirat. 2. Wara' - Wara' adalah menjaga diri daripada melakukan maksiat. - Orang yang wara' tidak suka akan perkara yang akan membuat dirinya terjebak daripada melakukan maksiat melalui mata, telinga, lidah, mulut dan anggota yang lain. - Orang yang wara' juga menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang syubhat. - Apabila sesaorang itu wara' barulah dia mengenal Allah SWT. 3. Kembalikan diri Allah SWT - Tawakal kepada Allah SWT setelah melakukan dan berusaha dengan sebaik baiknya - Orang yang beriman mengembalikan dirinya kepada Allah SWT - Memohon perlindungan daripada Allah SWT. - Akur bahawa satu hari nanti kita akan kembali kepada Allah SWT. - Membuat persia

Ustaz Sharif 040511

Ustaz Sharif 040511 Kuliah Maghrib 1. Surah Baqarah Ayat 126 Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdo'a: "Ya Rabb-ku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: "Dan kepada orang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". (QS. 2:126) 2. Tanah suci Mekah itu adalah tanah haram sebelum doa Nabi Ibrahim RA diatas ayat diatas. 3. Para ulama menyatakan binatang buas jika berada ditanah haram tidak akan menjadi buas. Tetapi apabila diluar tanah haram, binatang tersebut akan menjadi buas semula. 4. Walaupun hujan yang turun itu sedikit, tetapi tanah suci Mekah tidak pernah dilanda musim kemarau. 5. Orang Arab sebelum kemunculan Rasulullah SAW sudah ada didalam budaya mereka menghormati kota suci Mekah. Sehingga tercatat peperangan kerana ada pihak yang tid

Ustaz Rahmatullah 020511

Ustaz Rahmatullah 020511 Kuliah Maghrib 1. Rasulullah SAW apabila hendak keluar daripada rumahnya, Baginda membaca doa seperti yang berikut. Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku". 2. Doa tersebut adalah permohonan hamba kepada Allah SWT supaya dijauhkan daripada kesesatan, Iaitu orang yang keluar rumah tanpa ada niat untuk menuju kejalan Allah SWT. Malah ada manusia yang keluar rumahnya dengan hasrat untuk menghalang orang yang hendak menuju kejalan mentaati Sllah SWT. Sebagai orang yang beriman dia memohon agar Allah SWT menunjukan dia ke jalan yang benar. 3. Setelah diberi pertunjjuk, orang yang beriman memohon kepada Allah SWT supaya dia tidak dipesongkan oleh syaitan dan pemgikutnya. 4. Saorang yang beriman juga takut daripada menzalimi orang yang lain. Serta ia juga takut daripada dizalimi. Orang yang menzalimi manusia dosanya c

Ustaz Ghazali Hasbullah 300411

Ustaz Ghazali Hasbullah 300411 Kuliah Maghrib Bab Aqidah 1. Hati sesaorang yang keras jauh daripada kebenaran. Susah untuk hidup beragama. Ini disebabkan oleh terlalu banyak dosa. Tuan guru mengajar agar memohon keampunan daripada Allah SWT dan dijauhkan NYA diri kita daripada gemar membuat dosa. 2. Mempelajari ilmu aqidah akan dapat memberi kesan kepada jiwa kita tentang kewujudan Allah SWT yang tunggal, tiada tuhan yang lain daripada NYA. 3. Allah SWT itu tidak nampak oleh mata yang zahir. Tetapi hati kita mengetahui yang Allah SWT itu wujud. Orang yang sesatpun yakin yang tuhan itu wujud cuma dia tidak kenal tuhannya. Kerana itulah mereka menyembah tuhan yang lain daripada Allah SWT. 4. Orang yang tidak mengenali tuhan mengambil ringan akan hal ehwal agama. Hatinya tidak kekal akan mematuhi hukum tuhan. Malah mematuhi manusia lebih daripada tuhannya. Mereka juga tidak mengenal Allah SWT. 5. Alam ini berubah-rubah. Makhluk yang didalamnya juga berubah. Apa sahaja yang dilakukan makh

Ustaz Halim Din 270411

Ustaz Halim Din 270411 Kuliah Maghrib 1. Musibah yang didatangi Allah SWT selalunya tidak diduga. Malah ramai yang kena pada waktu mereka sedang tidur. Ada yang diturunkan waktu manusia berasa aman. Hendaklah kita berfikir akan akibat kepada manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. 2. Diakhir zaman ini terdapat banyak tukang membawa fitnah. Kesan daripada fitnah tersebut telah membuat kesusahan kepada masyarakat. Ramai daripada mereka adalah dari kalangan yang memanggil diri mereka dari golongan orang Islam. 3. Sikap orang munafiq adalah yang suka membawa fitnah untuk memecah belahkan umat Islam. Abdullah Ubai merupakan manusia yang pertama munafiq yang mencerca Nabi Muhammad SAW. 4. Hari ini juga terdapat orang Islam yang sanggup menghina para ulama'. Perbuatan sebegini akan membawa kesan kepada masyarakat. Mereka ini samalah sifatnya dengan orang orang munafiq. 5. Didalam Al Quran suran At Taubah ayat 80...(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk merek