Posts

Showing posts from June, 2011

Ustaz Azman 190611

Ustaz Azman 190611 Kuliah Subuh 1. Keperluan menuntut ILMU didalam ISLAM - Fardhu A'in - Fardhu Khifayah 2. Sesaorang mukmin perlu memahami kedudukan ilmu yang hendak dipelajari. Apa keutamaan sesuatu ilmu itu. Apa yang perlu didahulukan hendaklah didahulukan. Tidaklah dituntut untuk mempelajari semua ilmu dengan serentak. Setiap ilmu haruslah difahami dengan sebenarnya. 3. Ilmu didalam ISLAM janganlah hanya dengan mengikut-ikut. Setiap orang mukmin wajib memahami ilmu, terutama ilmu fardhu ain. Contohnya sesaorang yang hendak mengerjakan ibadat haji, dia tidak boleh ikut- ikut sahaja. Kerana apabila ditanah suci kelak akan bercelaru jika dia tidak berilmu. Berkemungkinan hajinya tidak sah. 4. Setiap perbuatan didalam beribadat hendaklah difahaminya. Tahu akan nas- nas sumber hukum dan pergerakkan didalam ibadah. Ramai masyarakat hari ini beribadat tanpa ilmu. Berzikir didalam gelap sambil berdiri. Ada yang berzikir dengan meletak gambar guru mereka dihadapan, kerana mengharap tuan

Ustaz Jefri 180611

Ustaz Jefri 180611 Kuliah Maghrib 1. Sebelum Rasulullah SAW dijalankan semasa peristiwa ISRAK MIKRAJ baginda disucikan oleh malaikat Jibrail dan MIkail. Dibedah baginda untuk mensucikan sistem dirinya. Sebagai persiapan untuk Allah SWT menjalankan baginda disatu perjalanan yang luar biasa. Secara fizikal dan rohaniah. 2. Sebagai seorang muslim, apabila kita mengerjakan solat hendaklah kita mengingati Allah SWT. Merasakan kebesaran Allah SWT. Sebagaimana luar biasanya anugerahNYA kepada Rasulullah SAW didalam peristiwa Israk dan Mikraj. 3. Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang Islam adalah nikmat Iman. Maka ramailah orang yang memusuhi Islam merasa dengki kepada orang mukmin. Banyak perbuatan menindas yang dilakukan keatas orang yang beriman. 4. Rasulullah SAW melalui banyak dugaan didalam menjalankan tugas baginda. Baginda tetap bersabar. Perjalanan israk mikraj memberi satu pengalaman kepada baginda akan betapa besarnya kebesaran Allah SWT. Ini menguatkan iman baginda serta

Ustaz Nizam 17/06/11

Ustaz Nizam 17/06/11 Kuliah Maghrib 1. Pada kebiasan ramai orang yang kuat mengamalkan ilmu tasauf akan menjauhi diri daripada hal ehwal duniWi. Bagaimana jika ia memperolihi harta duniawi yang banyak? Jadi apakah adap kepada orang yang mengamalkan ilmu tasauf itu menghadapi kekayaan duniawinya? 2. Didalam Al Quran ada dibicara: - kebaikan harta duniawi - keburukkan harta duniawi 3. Surah Al Humazah, mencela orang yang mengumpul quraan. Mereka ingat bahawa harta itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka. 4. Rasulullah SAW menyatakan setaip anak Adam akan ditanya dua perkara mengenai harta. - bagaimana kita mendapat harta duniawai? Adakah halal ataupun haram. - macamana harta itu dibelanjakan? 5. Harta yang memberi kebaikkan adalah; - yang dibelanjakan dijalan yang baik. - yang dibayarkan zakat 6. Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Abdul Rahman Al Auf merupakan sahabat yang lambat memasuki syurga. Malah ada hadis yang menyatakan bahawa dia memasiki syurga dengan merangkak.

Ustaz Shamsuddin 120611

Ustaz Shamsuddin 120611 Kuliah Subuh 1. Syarah daripada kitab HIKAM 2. Istilah HIKAM bermaksud kata kata hikmah. Kitab ini didalam dua juzuk. 3. Hikmah didalam memahami Al Quraan dengan mendalam. Satu anugerah yang merupakan rahmat daripada Allah SWT. 4. Ilmu tasauf - mengenal hal hal manusia - baik atau buruk - bagaimana mensucikan 'character' manusia daripada sikap buruk 5. Mengenal Allah SWT, ma'rifatullah - kefahaman mengenai Allah SWT dengan lebeh mendalam - tahu akan ketetapan Allah SWT - apabila seorang itu sakit lalu dia memakan ubat. Maka kemudiannya dia sembuh daripada penyakit itu. Memakan ubat itu adalah usahanya. Yang menyembuhkan dia adalah Allah SWT. 6. Memahami tentang hal HAKIKAT yang sebenarnya. Tentang memahami ilmu tauhid. " mengenal Allah SWT tanpa melihatNYA" Wassalam

Ustaz Dr Syihabuddin 090611

Ustaz Dr Syihabuddin 090611 Kuliah Maghrib 1. Berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa - Semasa mereka masih hidup lagi - Selepas mereka meninggal dunia 2. Allah SWT menitik berat adab mentaati kedua orang ibu bapa. Kemurkaan ibu bapa membawa murkanya Allah SWT kepada anak anak. Keredhaan kedua ibu bapa akan membawa keredhaan Allah SWT. 3. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan 'uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkat

Ustaz Rahmatullah 060611

Ustaz Rahmatullah 060611 Kuliah Maghrib 1. Berdoa memasuki masjid Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : " Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu ." ( Hadis Riwayat Abu Daud ) Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung dengan zatNya yang mulia dan kekuasaanNya yang azali, daripada syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah. Ya Allah! Cucurilah selawat dan salamMu ke atas Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu rezekiMu. 2. Apabila keluar daripada masjid Artinya : Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung, dengan zatNya yang

Ustaz Mohd Rafizal 040611

Ustaz Mohd Rafizal 040611 Kuliah Maghrib 1. Muhasabah diri adalah satu amalan yang penting. Kerana ia dapat mencari kekurangan sepanjang hayat kita didunia ini. Semoga kita membuat pembetulan diatas kesalahan dan dosa kita. 2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Bertakwalah kamu kepada Allah SWT dimana sahaja kamu berada. - Taat dan patuh kepada arahan dan hukum Allah SWT dan Rasulullah SAW. 3. Ketika kita bangun dipagi hari, apa kah uncapan yang pertama? Bagi orang yang bertakwa ia akan berdoa "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapanNya kita akan kembali". (Riwayat Muslim) Alhamdulillah".Bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat yang diberi selepas kita bangun daripada mati kecil (tidur). Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan (Q

Ustaz Othman Hamzah 300511

Ustaz Othman Hamzah 300511 Kuliah Maghrib 1. Orang yang berkecimpung dengan Riba, bagaikan berperang dengan Rasulullah SAW dan Allah SWT Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279) 2. Dosa orang yang melakukan riba, samalah dosa orang yang berzina denagn ibu kandungnya dihadapan Kaabah. 3. Sesiapa yang makan riba, dia akan dibangkitkan diakhirat seperti orang yang disampok oleh iblis dan syaitan. "Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)". (Surah al-Baqarah : Ayat 275) 4. Tidak akan ada keberkatan bagi orang yang memakan riba 5. Sedekat orang yang sedemikian tidak diterima Allah SWT. Begitu juga dengan hasil daripada riba tidak akan mendapat barakah. 6. Orang yang kaya didun

Ustaz Rusmaidi 210511

Ustaz Rusmaidi 210511 Kuliah Subuh • Ciri ciri orang Islam yang bakal dihumban kedalam neraka • Orang tua yang masih membuat maksiat seperti berzina. Berkekalan membuat maksiat, tidak ada keinginan untuk bertaubat. Hidupnya tidak menambah pahala. • Pemerintah yang zalim. Iaitu mereka yang tidak menghukum dengan hukuman Allah SWT. • Peminum arak dan tuak. • Orang yang menderhaka kepada ibubapa. • Orang yang mengumpat akan orang lain. • Orang yang berdusta dengan ayat ayat Allah SWT. Ia itu mereka yang mengambil sebahgian ayat Al Quran dan menolak sebahgian daripadanya. • Orang yang tiada memberi Zakat. • Orang yang menzalimi orang lain. • Orang yang meninggalkan sembahyang. • Orang yang mengandu domba. Orang yang suka memecah belah masyarakat. Wassalam

Ustaz Ghazali Hasbullah 290511

Ustaz Ghazali Hasbullah 290511 Kuliah Maghrib 1. Allah SWT sifatnya sentiasa BERKUASA. Sifat ini wajib bagi NYA. 2. Pada hari ini ramai manusia tidak yakin kepada sifat yang Allah SWT sahaja yang berkuasa. Tidak ada bersekutu dengan NYA. Malah jauh sekali bahawa manusia itu mempunyai kuasa bersamaan atau setanding dengan kuasa Allah SWT. 3. Secara praktiknya kita dapat lihat didalam kehidupan manusia mereka telah meletak manusia atau benda lain yankg mempunyai kuasa. Kadang kala mereka yakin yang kuasa kuasa manusia atau negara itu setanding dengan kuasa Allah SWT. 4. Orang orang yang beriman yang hatinya bersih dapat beritiqat bahawa Allah SWT sahajalah yang berkuasa. KuasaNYA tidak ada tandingannya di alam semesta. Dari dahulu hingalah bila- bila. 5. Bagi orang kafir mereka tidak akan nampak kesan kekusaan Allah SWT. Tetapi lainnya dengan orang orang yang beriman mereka yakin dan nampak akan kesan kekuasaan Allah SWT. 6. Kekuasaan Allah SWT kuasaNYA dapat dirasa oleh hati. Maka penti

Ustaz Tajuddin 290511

Ustaz Tajuddin 290511 Kuliah Subuh 1. Surah Asr, adalah surah yang dinamakan masa. Begitu juga dengan Surah Insan. Kedua surah ini berkaitan dengan kemanusiaan. 2. Manusia itu berada didalam kerugian, - kecuali orang orang yang beriman - Perpesan dengan kebenaran - Perpesan dengan kesabaran 3. Kewajipan manusia - beriman kepada Allah SWT - menyerjakan amalan yang soleh - berdakwah kepada mukmin supaya kembali kepada agama Allah SWT - berdakwah kepada orang kafir kepada agama Islam - bersabar dalam berdakwah 4. Mereka yang dapat mengerjakan perkara yang diatas akan berjayalah dia keluar daripada keadaan kerugian Wassalam

Ustaz Zaid 270511

Ustaz Zaid 270511 Kuliah Maghrib 1. Kejayaan didalam Islam - Didunia mendapat ketenangan - Diakhirat mendapat kesenangan 2. Muhasabah - Mempengaruhi diri kita sendiri - Membawa kepada kejayaan 3. Indeks Kejayaan Diri - Surah Al Mukminun Bismillahi al-Rahmani al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 23-1: Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman. 23-2: (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. 23-3: Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia. 23-4: Dan orang yang menunaikan zakat. 23-5: Dan orang yang menjaga kemaluannya. 23-6: Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela. 23-7: Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas. 23-8: Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. 23-9: Dan orang yang memelihara solatnya. 23-10: Mereka itulah yang akan mewarisi, 23-11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. 4. Solat yang khusyuk - kenapa ramai yang ber

Ustaz Abdul Halim 220511

Ustaz Abdul Halim 220511 Kuliah Subuh 1. Rasulullah SAW tidak pernah meninggal solat sunat zuhur - Dua atau empat rakaat sebelum dan selepas solat zuhur - Baginda sembahyang sunat dirumah kemudian keluar kemasjid berjemaah bersama sahabat baginda - Baginda pernah sembahyang sunat selepas maghrib dirumahnya - Begitu juga dengan sembahyang Isya' 2. Sembahyang qabliyah Zuhur - Empat atau dua rakaat - Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan - Fadhilatnya adalah Allah SWT mengharamkan api neraka daripada menyentuhnya - Ketika itu pintu pintu langit dibuka. Amalan soleh dibawa naik. Doa diwaktu itu mustajab 3. Sembahyang sunat qabliyah Asar - Apabila memberi salam, diberikan kepada para malaikat 4. Solat sunat Maghrib - Terdapat riwayat bahawa para sahabat mengerjakan sunat maghrib - Sebelum dan selepas solat maghrib - Terdapat qilaf didalam solat sunat sebelum Maghrib 5. Terdapat kelebihan kepada orang yang menunaikan solat berjemaah - Malah para isteri juga mendapat ganjaran jika suam

Ustaz Nik Bakri 190511

Ustaz Nik Bakri 190511 Kuliah Maghrib 1. Sifat yang mustahil bagi Allah SWT. Sesiapa yang tidak memahami sifat sifat Allah SWT, maka ia merupakan satu dosa besar. Maka lebih besar dosanya daripada tidak mengetahui ilmu fiqah. Malah ia boleh membawa sesaorang itu kepada kekufuran. 2. Sifat- sifat yang mustahil bagi Allah SWT adalah seperti berikut: 1. 'Adamun Tiada 2. Hudutsun Baharu 3. Fanaun Binasa 4. Mumatsalatul Lil Hawadisi Menyamai Dengan Makhluknya 5. Qiyamuhu Bi Ghairihi Berdiri-Nya Dengan Yang Lain 6. Ta'addud Berbilang-Bilang 7. Ajzun Lemah 8. Karahah Terpaksa 9. Jahlun Bodoh 10. Mautun Mati 11. Summun Tuli 12. 'Umyun Buta 13. Bukmun Bisu 14. Ajizan Yang Lemah 15. Karihan

Ustaz Rahmatullah 170511

Ustaz Rahmatullah 170511 Kuliah Maghrib 1. Disunatkan membaca Bismillah.... Pada permulaan mengambil wudhu'. Jika terlupa bacalah Bismillah... 2. Selepas berwudhu disunatkan membaca doa. Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148)) 3. Sekiranya bertembung doa selepas azan dengan doa ha

Ustaz Azman 150511

Ustaz Azman 150511 Kuliah Subuh 1. Allah SWT menghendaki orang orang beriman melakukan ibadah dengan ikhlas. Ia itu melakukan sesuatu yang hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu. Tidak dia melakukan ibadah kerana yang lain. 2. Tidak layak sesaorang itu memasuki syurga jika ibadahnya dilakukan dengan tidak ikhlas. Melakukan ibadah dengan tidak ada bibit yang lain selain daripada NYA. 3. Ikhlas - perbuatan seperti percakapan, amalan, ibadah dsb - dilakukan kerana Allah SWT - tidak ada bibit bibit riya' atau menjaga hati manusia 4. Melupakan pandangan manusia - melakukan sesuatu perbuatan seperti mana yang dikehendaki Allah SWT - tidak dilakukan semata-mata kerana Allah SWT kerana hendak menjaga hati manusia. - tidak beribadat kerana menghendaki dilihat oleh orang ramai. Sama sahaja kualiti ibadah itu apabila bersaorangan dengan beribadat dikhalayak ramai.

Dr Hapizi 140511

Dr Hapizi 140511 Kuliah Maghrib 1. Kesedihan akan apa yang berlaku di Negara kita - Fitnah berluasa - Mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan 2. Umat Islam sepatutnya - tidak melatah - berfikiran waras - menunjukkaan akhlaq yang baik 3. Hukum Qazaf - orang yang menuduh orang lain berzina - tanpa membawa empat orang saksi - disebat lapan puluh kali - tidak diterima kesaksian selama lamnya 4. Usul ayat Al Quran yang menjatuhkan hukum Qazaf - kerana peristiwa fitnah yang dibuat oleh orang munafiq - keatas isteri Rasulullah SAW, Saidina Aisyah 5. "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". (An-Nur 012) "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang

Ustaz Redzuan 130511

Ustaz Redzuan 130511 Kuliah Maghrib 1. Orang yang beriman itu sentiasa bertaqwa kepada Allah  - ت = takut kepada Allah SWT - Ù‚ = Qanaah, terima seadanya - Ùˆ = Wara' , tidak mengambil dengan perkara perkara syubhah - ÙŠ = Yakin 2. Orang bertaqwa adalah mereka yang berjaya didunia dan diakhirat.  3. Hari ini ramai orang Islam tidak memperaktikkan agama. Mereka merupakan orang yang tidak bertaqwa. Hanya segolongan kecil sahaja yang bertaqwa. Oleh sebab itulah ramai masyarakat Islam itu lemah, tidak berjaya 4. Tetapi janji Allah SWT tetap benar. Akan ada golongan yang akan memperjuangkan risalah Nabi Muhammad SAW. Mereka akan meneruskan dakwah Islamiah. Naik Jatuh merupakan lumrah kepada golongan ini. 5. Sejarah juga telah menunjukkan betapa masyarakat Islam jatuh. Ada yang dibunuh dengan zalim seperti apa yang berlaku di Andulisia. Islam tetap wujud, hinggalah kehari ini. 6. Pastilah Islam itu akan bangkit hinggalah kesatu detik yang ditetapkan Allah SWT. Apabila saat itu tiba, maka du

Ustaz Dr Syihabuddin 120511

Ustaz Dr Syihabuddin 120511 Kuliah Maghrib Adab berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa Kedua orang ibu bapa adalah wajib dihormati didunia ini. Allah SWT menyuruhkan hal tersebut didalam Al Quran. Keingkaran berbuat demikian boleh tergugur syahadah sesaorang. Zaman ini penghormatan yang diberi kepada kedua orang ibu bapa tidak menyeluruh. Ada didalam beberapa hal sahaja. Berbuat baik kepada ibu bapa terbagi kepada dua: - semasa ibu bapa masih hidup - setelah mereka meninggal dunia Adab anak kepada kedua ibu bapa nya adalah seperti berikut: 1. Ketaatan kepada mereka selagi ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT. Hukumnya adalah wajib. Jika kedua mereka memaksa akan sesuatu yang melanggar perintah Allah SWT, jangan taat tetapi juga jangan melawan mereka. Hendaklah berbuat baik dengan mereka. ....bersambung Wassalam

Ustaz Ali 100511

Ustaz Ali 100511 Kuliah Maghrib 1. Penghuni neraka itu adalah terdiri daripada kaum kafir dan juga kaum mukminin. Mereka adalah manusia yang engkar kepada hukum Allah SWT. 2. Orang yang bertaqwa pula akan mendapat ganjaran syurga. Bagaimanakah keadaan hidup disyurga? 3. Didalam syurga penghuninya diberikan Allah SWT keadaan mereka berusia muda. Dalam linkungan umur tiga puluhan sahaja. 4. Dihiasi syurga itu dengan berbagai warna. Terdapat tujuh puluh warna. Kalau nak dibandingkan dengan warna didunia susah nak dibayangkan! 5. Teman wanita disurga itu jika ditunjukkan lengannya akan kelihatan bercahaya. Terang menerang keadaan sekelilikng. 6. Keadaan disyurga itu bersih suci. Manusia disitu tidak ada keinginan untuk membuang air. Malah mereka sentiasa berbau wangi. 7. Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah u

Ustaz Abdul Razak 090511

Ustaz Abdul Razak 090511 Kuliah Maghrib 1. Wajib diatas sesaorang beriman itu bertakwa kepada Allah SWT. 2. Takwa adalah asas kepada agama Islam. 3. Membaca, memahami dan beriman kepada Al Quran. Mengambil surah- surah Al Quran sebagai bahan rujukkan didalam kehidupan yang fana ini. Dan juga untuk mengajarkan kepada orang lain. 4. Al Quran adalah seperti ' manual' kehidupan yang dianugerahkan kepada manusia sebagai rujukkannya. Sekira manusia itu memahami kitab ini pasti ia tidak akan meninggalkannya. Bagi yang hidup untuk menjadikannya sebagai panduan. 5. Al Quran juga menjadi as syifa' kepada orang- orang yang beriman.