Posts

Showing posts from July, 2011

Ustaz Rusmaidi 300711

Ustaz Rusmaidi 300711 Kuliah Maghrib 1. Kelebihan beribadat didalam bulan Ramadhan adalah Rahmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang orang yang beriman. 2. Ganjaran yang diberikan Allah SWT kepada hambanya dapat diandaikan seperti pekerja dengan majikannya. Habuan yang dapat kepada pekerja selepas menjalankan tugas dengan baik. 3. Persediaan untuk menghadapai Ramadhan telah dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semenjak dari bulan Rejab dan Syabaan lagi. 4. Solat merupakan satu ibadat yang perlu dibuat persiapan yang rapi ketika menghadapi bulan Ramadhan. Sembahyang sunat tarawih merupakan solat sunat yang hanya ada dibulan ini. 5. Para sahabat dan orang- orang yang soleh apabila ditinggalkan Ramadhan bersedih. Menanggis kerana merindukan bulan yang mulia. 6. Dengan kekuatan Ramadhan, dipeliharakan manusia yang menjaga ibadahnya akan dihindarkan dirinya daripada perkara maksiat. 7. Berkatnya dibulan Ramadhan adalah pengampunan dosa dosa kepada orang orang beriman. Wassalam

Ustaz Ismail 250711

Ustaz Ismail 250711 Kuliah Maghrib Firman Allah S.W.T: " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183) 1. Ayat tersebut diatas diwahyukan semasa Rasullah SAW berada diMadinah. 2. Puasa orang yang bertakwa adalah berpuasa secara menyeluruh. Menjaga diri daripada hilangnya pahala puasa. 3. Terdapat didalam bulan Ramadhan satu malam yang terlebih baik daripada 1000 bulan. Yang dipanggil malam Lailatul Qadr. Bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan. 4. Solat sunat Tarawih hanya terdapat didalam bulan Ramadhan sahaja. 5. Sesiapa yang melakukan ibadah sunat fadhilatnya sama dengan ibadah fardhu. 6. Bulan Ramadhan merupakan bulan: - kesabaran - bertambahnya rezeki 7. Memberi makan semasa berbuka puasa kepada sesaorang lain, maka diampunkan dosanya dan yang memberi akan dapat sama pahala dengan orang yang menerima. Tanpa tiada

Forum Ramadhan 230711

Forum Ramadhan 230711 Masjid Al Huda Ahli panel forum - Ustaz Nizam (UN) - Dr Robiah (DR) - Ustaz Mohamad Nicholas (MN) DR; 1. Kedatangan Ramadhan perlu satu persiapan. Agar bulan yang mulia ini diambil sebanyak mana kemuliaannya. 2. Persiapan yang utama untuk menghadapi Ramadhan adalah menyatakan semula syahadah. Adakah ibadah yang akan dilakukan dibulan Ramadhan sudah memenuhi apa yang dinyatakan didalam Syahadah. 3. Solat yang dilakukan harus diteliti. Adakah ada ruang untuk membuat kebaikan. Ruang untuk menjadikan solat kita kali ini merupakan solat yang terindah sekali. Memahami akan maksud ayat ayat yang baca, supaya solat kita bertambah khusyuk. 4. Ramadhan kali ini hendaklah menjadikan kita orang yang lebih kuat imannya. Kasih sayangnya kepada Allah SWT dan Rasullah SAW merupakan satu yang cukup kuat. Ramadhan kali ini hendaklah medekatkan diri kita dengan Allah SWT. Begitulah para sahabat menyambut Ramadhan dengan riang gembira, tetapi bersedih apabila ditinggalkannya. UN; 5.

Dato' Nahrawi 180711

Dato' Nahrawi 180711 Kuliah Maghrib 1. Orang yang beriman akan menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang hebat. Ayat Al Quraan didalam Surah Al Baqarah [183]yang bermaksud " Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" 2. Takrif puasa adalah menahan diri - makan minum - perkara yang membatalkan puasa Daripada subuh hingga maghrib 3. Takwa; Takrifnya membina benteng dalaman; - perkara yang Allah SWT murka - mendatangkan dosa - jauhkan daripada perkara yang mendatangkan azab daripada Allah SWT 4. Kenapa membina ketakwaan? - pembelaan daripada Allah SWT - bantuan daripada Allah SWT - panduan daripada Allah SWT - keberkatan dalam hidup 5. Benteng dan taqwa diperlukan - untuk menjadi satu arah petunjjuk didalam hidup - sebagai matlamat hidup didunia ini yang adalah mendapat keridhaan Allah SWT - Membawa bekalan diakhirat kelak, Merupakan pahala. - agar mendapat kehidupan yang sejahtera. Bagaika

Ustaz Shamsuddin 160711

Ustaz Shamsuddin 160711 Kuliah Subuh Kitab Al Hikam 1. Kitab ini adalah hasil karangan Ibnu Athaillah Askandary. Dilahirkan di Mesir. Walaupun kitab ini merupakan ilmu tasauf tetapi cara penggunaan bahasanya tinggi nilai sasteranya. Hingga diambil terima kitab ini sebagai salah satu hasil kesasteraan Arab. 2. Orang yang beriman bersandarkan seluruh kehidupannya kepada Allah SWT. Tidak menyandarkan hubungannya dari segi tauhidnya kepada amal. 3. 'IBAD' merupakan orang yang beramal dengan harapan ia mendapat balasan kesejahteraan hidupnya didunia dan diakhirat. Ia bersandarkan ketaatannya kepada Allah SWT kepada amalannya. 4. 'MORIDIN' beramal kerana hendak mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tujuan amal ibadatnya tidak tertumpu kepada pahala tetapi harapannya agar amalan tersebut diterima supaya lebih dekat hatinya dengan tuhannya. 5. 'ARIFFIN' merupa golongan manusia yang mengenal Allah SWT. Ini adalah peringkat tauhid yang tinggi. Mengenal Allah SWT itu adala

Ustaz Nizam 150711

Ustaz Nizam 150711 Kuliah Maghrib 1. Mempelajari ilmu Tasauf memerlukan sesaorang itu berguru. Untuk memberi panduan akan kefahaman ilmu tersebut. Terutama untuk memahami kitab kitab yang ditulis didalam bahasa Arab. 2. Menterjemah hadith dan quraan memerlukan kefahaman untuk meletak sesuatu hukum. Kerana terdapat ayat ayat yang jika diterjemah mengikut bahasa sahaja tidak cukup. Sesaorang itu perlu memahami konteks ayat tersebut diturunkan. Maka ini juga sebab mengapa mempelajari ilmu agama memerlukan guru. 3. Rasulullah SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Apabila ditanya oleh para sahabat mengapa baginda melakukan begitu. Baginda menyatakan dibulan ini amalan ibadat dianggat pada bulan ini. dan baginda suka jika amalan nya diangkat diwaktu sedang berpuasa. 4. Andaian seorang guru itu boleh disamakan dengan seorang bapa. Bolehkah seorang anak membesar dengan baik tanpa bimbingan seorang bapa? Bagaimana keadaan seorang yang yatim tanpa seorang bapa? 5. Saorang guru memberi panduan

Ustaz Dr Syihabuddin 140711

Ustaz Dr Syihabuddin 140711 Kuliah Maghrib 1.  "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. 2. Bulan Syaaban dimuliakan dimuliakan oleh Allah SWT.  Terdapat padanya malam nishfu Syaaban. Dimana buku catatan diangkat. 3. شعبان - Ø´ sharaf (mulia), syafaat ; seperti syafaat orang alim kepada anak muridnya, syafaat anak yang soleh kepada kedua orang ibu bapanya, syafaat Al Quraan kepada pembacanya. - ع I'zzah maknanya perkasa. Bulan Syaaban adalah bulan yang diperkasakan oleh Allah SWT. Pahala yang dibuat akan digandakan 100 kali pahala. Selain daripada bulan Ramadhan Rasulullah SAW

Ustaz Shamsuddin 100711

Ustaz Shamsuddin 100711 Kuliah Subuh 1. Mempelajari ilmu tasauf dapat membuka hati sesaorang untuk mengenal Allah SWT. Terbuka mata hatinya untuk memperlihatkan kebesaraan Alllah SWT, serta dengan ini dapat mempertingkatkan kecintaan sesaorang itu kepada Maha Pencipta. 2. Ilmu tasauf merupakan roh kepada cabang ilmu Islam yang lain. Memberi kekuatan kepada ilmu dan amal sesaorang mukmin. 3. Tasauf merupakan ilmu batin. Kebatinan segala ilmu didalam agama Islam. Dengan itu sesaorang mukmin benar benar merasai kekerdilannya jika dibandingkan dengan kebesaran dan kekuatan Allah SWT. Ia merasakan dirinya seperti satu helai bulu kecil yang halus sahaja. Hatinya cepat tersentuh dan sensitif. 4. Orang yang beramal dengan ilmu tasauf bersifat lemah lembut, bersih dan mensucikan hati ini. Mereka juga dipanggil sebagai seorang SUFI. 5. Asal bermulanya orang sufi didalam Islam adalah diserambi Masjid Nabi di Madinah. Mereka banyak menghabiskan masanya dengan beribadat. Bersenang senang dengan dun

Ustaz Rahmatullah 040711

Ustaz Rahmatullah 040711 Kuliah Maghrib 1. Hukum Azan dan Iqamah - Para ulam berkhilaf didalam hukum - Fardhu Kifayah - Sunnat 2. Muazin - Suara yang baik - Bacaan Yang baik - Orang yang beramanah - Berdiri ketika berazan 3. Solat lima waktu - Disyariatkan azan - Sama ada sembahyang secara tunai atau qadho - mulakan azan apabila telah masuk waktu, kecuali waktu subuh. 4. Orang perempuan dan Khunsa - hanya boleh iqamah sahaja - sebab kaum perempuan tidak boleh angkat suara 5. Konsep azan - Memberitahu masyarakat bahawa didalam kehidupan kamu Allah SWT yang lebeh besar - Allah hu Akbar, prinsip hidup seorang mukmin. Yang benar benar mengabdikan diri kepada ajaran Allah SWT 6. Doa selepas Azan "Ya Allah, Tuhan Pemilik panggilan yang sempurna (adzan) ini dan shalat (wajib) yang didirikan. Kurniakanlah Muhammad Al-Wasilah (darjat di Syurga, yang tidak akan diberikan selain kepada Nabi s.a.w) dan juga kedudukan darjat yang tinggi. Tempatkanlah baginda di maqam yang terpuji yang telah En

Ustaz Tajuddin 020711

Ustaz Tajuddin 020711 Kuliah Subuh "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" 1. Allah SWT yang maha suci. Maha sempurna. Maha berkuasa. Telah memperjalankan Rasulullah SAW didalam peristiwa Isra' & Mikraj. 2. Rasulullah SAW di perjalankan - Daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. selalunya perjalanan dizaman itu memakan masa sebulan. - Daripada Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha diatas langit. Satu tempat yang jauh diluar jangkaan fikiran manusia hari ini. Angkasa lepas sehingga ini masih cetek ilmu manusia. Walaupaun ramai ahli sains yang tak putus putus membuat kajian. 3. Sidratul Muntaha adalah satu tempat yang tidak diizinkan makluk Allah SWT memasukinya. Melainkan Nabi MUhammad SAW. 4. Ramai orang dari kalanagan ahli fikir membahask

Ustaz Shafie 010711

Ustaz Shafie 010711 Kuliah Maghrib 1. Melakukan kerana Allah SWT. Apa makna ungkapan ini? - Melakukan kerana Allah SWT - mengikut segala hukum yang diperintahkan Allah SWT 2. Belajar membaca dan memahami Al Quraan hukumnya adalah Fardu Ain. 3. Bagi orang mukmin prioriti hidup adalah Fardu Ain dan diikuti Fardhu Kifayah. Kemudian itu barulah mengerjakan perkara yang sunat. 4. Walaupun prioriti ini satu 'common sense' tetapi ramai orang Islam lalai daripada perintah Allah SWT ini. Ramai orang pergi kemasjid pada hari raya sahaja. Walhal pada hari lain mereka hanya mendirikan solat dirumah sahaja. 5. Mempelajari Al Quraan itu satu prioriti yang utama bagi umat Islam pada dewasa ini. Kerana apabila Al Quraan itu kembang didalam jiwa, maka akan menjadilah mereka orang yang kuat. 6. Kemenangan orang Islam didalm peperangan Badr adalah kerana iman yang kuat. Ini terjadi kerana Al Quraan itu sentiasa berada didalam roh mereka. 7. Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang meminta orang y

Ustaz Rizal 300611

Ustaz Rizal 300611 Kuliah Maghrib 1. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang mulia. Hati yang sentiasa mengingati umatnya, malah juga berfikiran terbuka kepada musuh baginda dengan harapan yang baik agar diberikan hidayah daripada Allah SWT. 2. Baginda menyelamatkan Abu Jahal yang jatuh kedalam perangkap yang dia sendiri yang menggalikannya. Baginda membantu dengan harapan yang Abu Jahal mendapat hidayah agar dihindarkan Allah SWT daripada Api Neraka. 3. Rasulullah SAW mendapat sokongan yang kuat daripada bapa saudaranya Abu Talib dan isteri baginda Saidatina Siti Khadijah. Mereka memberi bantuan dan sokongan kepada usaha usaha dakwah Islamiah. 4. Selepas kedua insan yang membantu baginda meninggal dunia, maka bertambahlah ujian dan tekanan orang orang kafir keatas baginda. Maka kesusahan dan kesedihan ini diubati Allah SWT dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini memberi satu kekuatan iman terhadap Allah SWT. 5. Diperjalankan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil A

Ustaz Yusri 290611

Ustaz Yusri 290611 Kuliah Isra' & Mikraj 1. Orang yang selalu menghadirkan diri didalam majlis ilmu akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Berkumpul bersama- sama dengan orang orang yang soleh. 2. Kebesaran bulan Rejab terdapat satu peristiwa yang besar didalam takwin Islam iaitu pada tanggal 27 haribulan, ISRA' DAN MIKRAK. - Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. - Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. 3. Kenapa Allah SWT memperjalankan Rasulullah SAW didalam peristiwa Isra' dan Mikraj? - Untuk menghibur Rasulullah SAW, kerana kehilangan dua orang insan yang dikasihinya. Ia itu bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan isteri baginda Siti Khadijah - Malaikat Jibrail membawa wahyu daripada Allah SWT yang bermaksud: "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada sua

Ustaz Amran 230611

Ustaz Amran 230611 Kuliah Maghrib 1. Rukun solat adalah semuanya 13 perkara. Ini mengikut pandangan mahzab Shafie. Tetapi terdapat khilaf imam mahzab yang lain. 2. Iman shafie apabila memberi sesuatu pandangan mengenai hukum beliau meneliti nas nas daripada Al Quraan dan Hadith. 3. Membaca Al Fathihah itu wajib. Ini adalah pandangan imam Shafie. Bacaan basmallah itu termasuk didalam surah Al Fathihah. Imam Hanafi menyatakan wajib membaca basmallah didalam bismillah dengan senyap. 4. Orang yang membaca Al Fathihah didalam solat, hendaklah membaca dengan suara yang dia sendiri boleh mendengarkannya. 5. Wajib membaca Al Fathihah dengan betul, tartil. Sebutan perkataan hendaklah dengan bahasa Arab yang betul dan jelas serta tidak menukar maksud atau makna perkataan tersebut. Surah Al Fathihah hendaklah dibaca secara berdiri. 6. Didalam Surah Al Fathihah terdapat 14 tashdiq. Bacaan perlulah menjaga bacaan tashdiq itu. Wassalam

Ustaz Halim Din 220611

Ustaz Halim Din 220611 Kuliah Maghrib 1. Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan tiga bulan yang mulia. Terdapat tiga malam didalam bulan bulan ini yang sungguh luar biasa bagi umat yang beriman, iaitu Malam Isra' dan Mikraj, Nishfu Sya'ban Lailaturqadar. 2. Rasulullah SAW sering berdoa didalam bulan Rejab. "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan " 3. Peristiwa Isra' & Mikraj berlaku didalam bulan Rejab. Merupakan satu peristiwa yang cukup besar bagi umat muslim. Peristiwa ini mengujikan keimanan orang mukmin. 4. Disunatkan menunaikan ibadah ibadah tersebut: - Berdoa - Memperbanyakkan membaca quraan - Memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW 5. Peristiwa Isra' dan Mikraj - Rasulullah SAW dibersihkan - Perjalanan dengan menaiki Bura'. - Diperlihatkan kepada Baginda keadaan di syurga dan neraka Wassalam