Posts

Showing posts from September, 2011

Ustaz Syihabuddin 190911

Kuliah Maghrib • Amalan yang dituntut dibulan Syawal. Mengikut sunnah Rasulullah SAW. • Menziarahi kaum keluarga • Bersilaturrahim bersama mukmin. Yang diberi perhatian adalah kerabat, sahabat yang rapat dan jiran tetangga. • Apabila berkunjung kaum keluarga hendaklah ditanam niat bahawa amalan tersebut adalah kerana Allah SWT. • Berkunjunglah dahulu kerumah mereka yang dekat dengan kita. • Tingkah laku didalam menziarahi rumah kaum keluarga. Saperti tidak menjaga aurad. Bersalaman dengan bukan muhrim diantara lelaki dan perempuan. • Perlu menjaga akhlak dengan saudara yang lebih tua dengan kita. • Mengembirakan dan mengasihi anak-anak yatim dan orang- orang miskin. • Memberi pertolongan kepada mereka yang didalam kesempitan hidup. • Berpuasa sunnat dibulan Syawal adalah amalan yang dituntut. Fadilatnya menyambung puasa enam hari dibulan syawal sama ganjaran berpuasa setahun. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mob

Ustaz Masrun 170911

Kuliah Subuh • Manusia beramal dengan agama yang benar (Islam) adalah satu rahmat daripada Allah SWT. Hidayah Taufiq. • Disisi Allah SWT terdapat beberapa golongan manusia yang dikata manusia yang didalam kerugian. • Orang yang beriman dengan agama yang sesat. Ia itu beramal dengan agama yang bukan daripada sumber wahyu yang benar. Seperti mereka yang menyembah berhala. Ada juga yang simpang daripada agama yang benar dengan meminda-minda kitab dan hukum, saperti orang nasrani dan yahudi. Mereka ini adalah orang yang rugi didunia dan diakhirat. • Sesiapa yang syirik kepada Allah SWT, maka terbatallah semua amalannya yang terdahulu. Mereka ini juga termasuk didalam golongan yang yang rugi. Ramai yang melakukan perkara- perkara yang kononnya adat tetapi pada haqiqatnya ianya perbuatan yang syirik. Salah satu sebab mereka terjatuh didalam kancah ini adalah kerana ceteknya ilmu agama mereka. • Ada juga manusia yang didunia ini leka. Mereka ini kurang beramal dengan amal yang

Ustaz Ismail Abas 160911

Ustaz Ismail Abas 160911 Kuliah Subuh 1. Bekalan yang terbaik bagi sesaorang mukmin sebagai persiapan untuk dibawa kekampung akhirat adalah taqwa. 2. Saidina Othman menyatakan bahawa orang bertaqwa akan dapat berada didalam majlis yang memperbaiki amalan mereka. Kita tidak akan berjumpa mereka didalam majlis bersukaria dan ditempat-tempat maksiat. 3. Orang bertaqwa juga keperibadian mereka adalah apabila: i) Bertutur kata mereka cukup berjaga-jaga ii) Serta mereka juga kuat mengawal hawa nafsu iii) Menjaga nafsu makan, syahwat serta keinginan keduniaan berlebihan 4. Orang bertaqwa apabila bercakap menjaga kedudukan agamanya. Mereka menyatakan yang benar dan menyalahkan apa yang tidak benar. Baik buruk bagi orang bertaqwa jelas. 5. Apabila mereka medapat sesuatu kedudukan didunia ini, ia tidak berlebih lebihan. Mereka menjadikan apa sahaja anugerah yang didapati didunia ini sebagai satu amanah. 6. Peluang untuk beribadat walaupun kecil bagi orang yang bertaqwa sebagai satu rahmat yang

Ustaz Ali 130911

Kuliah Maghrib • Anggapan oleh masyarakat muslim semasa yang bulan melakukan ibadah hanyalah dibulan Ramadhan adalah satu persepsi yang silap. • Masjid kembali sunyi selepas bulan Ramadhan. Solat sembahyang fardhu berjemaah sudah tidak diberi keutamaan. • Orang yang beriman didalam masjid tenang seperti ikan didalam air. Orang munafik didalam masjid resah seperti burung didalam sangkar. • Meniggalkan maksiat untuk selama-lamanya. Agar mendapat ganjaran syurga dengan rahmat Allah SWT. • Orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh akan dianugerahkan diakhirat nanti syurga. • Hendaklah orang yang beriman bergaul dengan orang soleh. Mudah mudahan mendapat syufaat mereka diakhirat kelah. Agar diberikan Allah SWT nikmat syurga diakhirat kelak. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz shamsuddin 110911

Kuliah Subuh • Apa yang ditentu oleh Allah SWT adalah hakNYA. Sebagai manusia yang berstatus hamba jangan masuk campur didalam urusan tersebut. Beriman dengan qada' dan qadar. • Manusia hendaklah menjalankan tugas yang disyariatkan oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Menjalankan kehidupan ini dengan berpandukan syariat bukan dengan nafsu syahwat. • Tenang jiwa jika 'way of life' kita berpandukan agama. Jangan bersusah masuk campur dengan ketentuan Allah SWT. 'Don't play God'... • Apa jua yang menimpa didalam kehidupan ini janganlah berputus asa. Terus sahaja berusaha dengan bersungguh sungguh dan selanjutnya bertawakkal kepada Allah SWT. Tugas manusia adalah menjalankan hidupnya mengikut apa yang ditentukan syariat. Wajib sesaorang itu berusaha mencari rezeki yang halal. Tetapi hasilnya sama ada berjaya atau gagal bukan hak manusia, ia adalah hak Allah SWT. Semua apa yang terjadi telah ditentukan. • Walau pun secara fizikal manusia menguruskan hidupnya. Ada kalanya

Ustaz Ghali Zahari 100911

Kuliah Subuh • Sebagai seorang mukmin sudahkah kita melaksanakan kehendak kalimah syahadah? • Seluruh manusia tahu akan adanya Tuhan. Tetapi tidak semua yang mengenal Tuhan. Orang Islam mengenal Allah SWT adalah dengan rahmatNYA melalui Al Quraan. • Jadi ramai orang mencari cari untuk mengenal siapa tuhan nya. Di India ada yang menyembah rail keretapi. Di negara kita ada orang yang menganggap busut itu ada kuasa yang ghaib. Ada yang memuja kubur orang yang dianggap ada kelainan. Untuk mengenal Allah SWT hanyalah dengan hidayahNYA. • Sekiranya didunia ini kita tidak melaksanakan kehendak syahadah maka agak mustahil untuk melafazkannya ketika mati. Bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib ketika hendak mati ditalqinkan oleh baginda untuk melafazkan syahadah. Tetapi hingga akhir hayat dia tidak boleh melafazkannya. Para ulama' berpendapat bahawa Abu Talib tidak melaksanakan kehendak kalimah syahadah semasa hidupnya maka sebab itulah semasa matinya dia gagal melafazkannya wal

Ustaz Shamsuddin 140811

Perbincangan kitab Al Hikam Ketentuan Allah SWT • Adakala kita menginginkan sesuatu tetapi Allah SWT menentukan yang lain. Masa kita hendak banyak tetapi diberikan sedikit sahaja. Walhal kita mengharapkan sedikit sahaja tetapi diberikan kita dengan banyak. • Makam asbab adalah mendapat sesuatu kerana kita melakukan sesuatu. Logik input dan output. • Makam tajrid adalah tidak kebergantungan dengan asbab. Tetapi bergantung dengan Allah SWT. • Hendak jaminan hidup kita bekerja. Itu adalah satu contoh makam ASBAB. Kerja itu input, hidup terjamin adalah output. • Didalam ilmu tasuaf kedua makam ini diterima pakai. ASBAB dan TAJRID. • Manusia yang hanya semata mata menyerahkan diri kepada ketentuan Allah SWT adalah amalan yang bertentangan dengan ajaran ISLAM. Ini merupakan nafsu. • Mukmin sebaiknya berusaha dengan bersungguh tetapi tidak mengharap kepada asbab. Dia berusaha tetapi bukan untuk dunia tetapi kerana Allah SWT. Dia yakin bahawa apa pun keberhasilan sesua

Ustaz Fauzi 250811

Tazkirah Ramadhan • Saidina Omar Al Khatab menanggis apabila berakhir Ramadhan. Para sahabat bertanya kepada baginda kenapa menanggis? Baginda menjawab bahawa dia sedih kerana belum tentu berjumpa dengan Ramadhan lagi. • Kisah Malik bin Dinar (ambil daripada internet) Malik bin Dinar narrated the following story about himself, saying, "I was a man who indulged in fun and enjoyment and suffered from an overwhelmingly addiction to wine. I bought a slave girl with whom I was very happy. She later gave birth to a beautiful girl who I loved dearly. I saw her progress from crawling to walking. Whenever I sat down for a drink, she would come and take the cup from my hands and spill the wine on the ground.At the tender age of two years she died and left me grieving. It was the night of the fifteenth of Sha'ban and I fell asleep drunk. I saw in my dream that it was the Day of Resurrection and I came out of my grave with a huge sea serpent after me. I began to run but it chased me. The