Posts

Showing posts from October, 2011

Ustaz Abdul Halim 231011

Ustaz Abdul Halim 231011 Kuliah Subuh 1. Orang Islam semakin hari bertambah. Perkara ini berlaku daripada zaman permulaan agama Islam. Pernah ditanya oleh sesaorang kepada sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Suffiyan. 2. Apabila sesaorang itu memeluk agama Allah SWT ini, ia semakin baik dari perspektif kesucian kehidupannya. Keimanan mereka juga bertambah. Apabila solatnya didirikan secara baik, maka kuat dan teguh keimanan dan akhlaq mereka. 3. Keberkesannya solat sesaorang itu dapat dicerminkan didalam amalannya. Semakin baik amalannya maka semakin kuatlah pegangannya, teguhlah imannya. 4. Didalam agama lain, semakin ramai yang memeluk sesuatu agama maka akan ramailah pula yang akan murtad. Bagaimana dengan agama Islam? Persoalan ini pernah ditanyakan oleh seorang pembesar Rum kepada sahabat Nabi, Abu Suffiyan. Jawapannya adalah didalam Islam sesaorang itu memeluk agama Islam adalah diatas dasar Iman. 5. Kesan daripada keimanan itu akan mempertingkatkan pegangan sesaorang itu kepada aga

Ustaz Kamuruddin 221011

Ustaz Kamuruddin 221011 Kuliah Subuh 1. Rasulullah SAW telah berwasiat kepada sahabat baginda Muaz sebelum dilantik ke Yemen seperti berikut. 2. Jangan kamu SYIRIK kepada Allah SWT. - jangan disekutukan Allah SWT dengan apa pun. - sama ada didalam bentuk konkrit ataupun abstrak. - sekiranya diambil ism yang lain daripada Islam, maka itu juga ditakrifkan sebagai perbuatan syirik. - sifat sifat mazmummah juga boleh merosakkan iman 3. Jangan menDERHAKA kepada kedua ibu- bapa - walaupun mereka menyuruh diceraikan isteri (didalam lingkungan hukum syaraa') - saorang sahabat pernah mengadu bahawa bapanya selalu meminta wang daripadanya. Baginda menjawap bahawa diri dan harta nya adalah kepunyaan ibu bapanya. 4. Jangan sekali kali meninggalkan SOLAT dengan sengaja. - barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, Allah SWT akan bebas daripada mengurusnya 5. Jangan sekali- kali meminum ARAK - خامر menutup akal daripada kewarisannya 6. Jangan LARI daripada medan peperangan - berdosa be

Ustaz Rahmatullah 181011

Ustaz Rahmatullah 181011 Kuliah Maghrib 1. Golongan yang suka membawa fitnah, tidak mempunyai tempat didalam masyarakat mukmin. Sesiapa sahaja yang terlibat dengan apa sahaja yang terbabit dengan perkara yang berkenaan dengan fitnah adalah musuh agama. Didalam ISLAM fitnah itu adalah perbuatan HARAM. Sesiapa yang melakukannya telah melakukan dosa besar. 2. Selain daripada menghasut masyarakat untuk menentang kebaikan, mereka ini, iaitu pemfitnah cukup licit mereka- reka berbagai pembohongan. Rasulullah SAW sebelum dijadikan seorang Nabi, baginda cukup dipercayai oleh masyarakat Kuraish di Mekah. Tetapi setelah membawa risalah Islam, baginda difitnah dengan berbagai-bagai pembohongan. 3. Tidak cukup dengan membawa fitnah untuk memburuk-burukkan Rasulullah SAW, malah keluarga baginda juga difitnahkan. Saidatina Aisyah juga pernah difitnah dengan tuduhan yang cukup hina. Hingga tergamak mereka menuduh Saidatina Aisyah melakukan perbuatan yang curang. 4. Orang yang suka mengumpat juga bole

Ustaz Azman 161011

Ustaz Azman 161011 Kuliah Subuh 1. Apa kah tanda sesaorang itu beragama Islam? 2. Bagi saudara baru, apabila mereka hendak memeluk agama Islam dilafazkan dua kalimah syahadah dihadapan saksi muslim. Tapi bagaimana dengan orang yang dilahirkan dikalangan keluarga Islam, bilakah mereka melafazkan dua kalimah syahadah? 3. Walaupun persoalan itu perkara yang logika, tetapi hakikatnya ramai dikalangan anak-anak orang Islam tidak tahu melafazkan dua kalimah syahadah. Bagaimana dengan kefahaman mereka tentang Islam? 4. Kalimah syahadah itu untuk memahaminya perlu kepada Ilmu. Persaksian yang dilafazkan perlu dibuktikan dengan amalan. 5. Melafazkan dua kalimah syahadah bersangkut paut dengan ilmu tauhid. Kefahaman mengenai ilmu tersebut perlu dituruti dengan berbagai cabang ilmu yang lain yang menjadi fardhu ain kepada semua orang Islam. Bagaimana dengan orang yang mengaku orang Islam tetapi tidak berilmu? Ramai yang mengaku Islam tetapi pada hakikatnya mereka itu jahil. Kerana itulah ramai

Ustaz Jeffri 151011

Ustaz Jeffri 151011 Kuliah Maghrib 1. Sembahyang malam hari melambangkan keikhlasan sesaorang itu bermunajat kepada Allah SWT. 2. Bangun diwaktu malam, serta bersolat sunnat dua rakaat bersendirian sebagai permulaan cukup besar langkahnya. Perbuatan itu adalah lebih baik bagi dirinya jika dibandingkan dengan harta seisi dunia. 3. Selepas sembahyang malam, maka bermohon ampun kepada Allah SWT. Ramai para sahabat ta'kala bermohon ampun kepada Allah SWT berlinang air mata kerana merasa takut akan dosa dosanya yang lalu. Malah ada yang menanggis terlaluan hingga buta matanya diwaktu tua. 4. Pada sepertiga akhir malam, akan turunlah kerahmatan Allah SWT mendekati mereka yang bersolat serta memohon ampun. Dita'kala itu Allah SWT akan memakhbulkan doa mereka yang memohon serta mengadu kepadaNYA. 5. Setiap manusia tidak lepas daripada dosa. Jadi hendaklah orang orang yang beriman selalu dengan tidak jemu-jemu memohon ampun daripada Allah SWT. Begitu jugalah manusia tidak sepi daripada

Ustaz Ahmad Ali (Perlis) 151011

Ustaz Ahmad Ali (Perlis) 151011 kuliah Subuh 1. imam Shafie menyatakan surah Al Ansr - sudah cukup untuk menjadi pendoman - pendoman untuk umat mukmin - menjadi sebagai kemudi kehidupannya 2. Orang yang hidup dibumi ini - hidup didalam kerugian - melainkan orang yang beriman - serta melakukan amal amal yang soleh - serta menjalankan dakwah - perpesan pesan sesama manusia agar melakukan yang benar - dan banyak banyak bersabar 3. Bagi manusia bersabar memerlukan kekuatan dalaman - melawan hawa nafsu - mengekang keinginan duniawi yang tidak mengikut hukum syaraa' 4. Bagi orang mukmin hendaklah dia mempersiapkan dirinya dengan sebanyak bekalan yang mungkin. Berbagai cara untuk membawa bekalan tersebut. Allah SWT telah memberi banyak kemudahan dan rahmatNYA kepada kita untuk membuat ibadah. 5. Taqwa itu terletak didalam hati. Berperasaan akan takut kepada Allah SWT. Saidina Ali RA menyatakan tanda tanda orang bertakwa. - hatinya sensitif akan takutnya kepada Allah SWT. - beramal dengan

Ustaz Syihabuddin 131011

Ustaz Syihabuddin 131011 Kuliah Maghrib 1. Hukum menjalankan qurban adalah sunnat muakat. Mengikut pandangan Imam Shafie. 2. Pandangan mahzab Imam Hanafi, qurban itu hukumnya fardhu kifayah. 3. Hendaklah bagi sesiapa yang mampu mengerjakan qurban setiap tahun. Tujuan menjalankan sunnat Qurban adalah: - mendekatkan diri kepada Allah SWT - menyampunkan dosa- dosa kecil dimasa dahulu - menambahkan keberkatan rezeki - sebagai tanda syukur kepada Allah SWT diatas anugerahNYA - sedekah orang mampu kepada orang yang tidak mampu - menunjjukkan kekuatan ekonomi umat Islam - memberi kefahaman kepada qariah mukmin akan agama Islam - mengikut jejak syariaat Nabi Ibrahim RA - sebagai kenderaan dihari Qiamat 4. Ibadah qurban, kriterianya: - menyembelih binatang yang tertentu - pada waktu yg tertentu - syarat yang tertentu - cara yang tertent 5. Syarat- syarat binatang yang diqurbankan - berkaki empat - jinak bukan binatang yang buas - yang diperlihara - cukup umur binatang tersebut dari segi tahun a

Ustaz Nizam R 260911

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman bersiap sedia untuk menghadapi hari pembalasan dengan bekalan amal yang soleh. • Ada orang yang berharta dengan juga mempunyai ilmu. Mereka membelanjakan hartanya dengan cara yang diredhai. Beramal soleh. • Para sahabat ada yang mempunyai harta yang banyak. Mereka menghabiskan harta mereka dijalan Allah SWT. Fisabilillah. • Mereka, para sahabat apabila dengar perihal siksa neraka terasa sakitnya seksa tersebut. • Ada para sahabat yang berilmu tetapi tidak berharta. Mereka juga hebat dengan amal yang soleh. • Berbeza dengan manusia yang mempunyai harta tetapi tidak berilmu. Mereka membelanjakan harta dengan menyerjakan maksiat. • Manusia yang tidak berharta dan tidak berilmu. Tetapi mempunyai cita cita hendak melakukan maksiat. • Golongan kedua dua manusia ini adalah orang yang rugi. • Ramai para sahabat sanggup menghabiskan harta benda mereka untuk mencari keredhaan Allah SWT. Mereka melakukan ibadat dengan ikhlas. • G

Ustaz Nizam R 260911

Ustaz Ali 111011

Ustaz Ali 111011 Kuliah Maghrib 1. Syurga, wajib hukum bagi orang mukmin beriman kepada hari akhirat. Yang termasuk syurga dan neraka. 2. Wajib beriman akan alam kubur. Sesiapa yang menyoal akan logiknya akan alam ini, maka secara sendirinya ia telah melakukan sesuatu yang mencacatkan syahadahnya. 3. Ahli syurga diantara nikmatnya adalah perhiasan - cincin disetiap jari mereka. Ditulis dengan kepujian kepada Allah SWT - peluh mereka berbau harum....lebih daripada keharuman kasturi 4. Siapakah yang akan dianugerahkan syurga? - mereka yang menjauhi berbagai jenis maksiat - redha akan sedikit sahaja kenikmatan dunia - Bersungguh melakukan ketaatan - mengasihi orang orang soleh - selalu memohon kepada Allah SWT akan balasan syurga diakhirat Wassalam

Ustaz Abdul Halim 250911

Ustaz Abdul Halim 250911 Kuliah Subuh • Apakah perbuatan yang memungkinkan kita meningkatkan keimanan? • Mengikut bersama-sama jemaah yang lain menguruskan JENAZAH dapat meningkatkan lagi keimanan. • Ganjaran bagi orang yang beriman yang mengerjakan perkara seperti diatas adalah banyak. Daripada meyembahyang hinggalah mengembumikan jenazah tersebut akan mendapat pahalanya dua qirat. Besar pahala satu qirat adalah sama dengan Bukit Uhud. Sekiranya menyembahyang sahaja akan mendapat pahala sebesar satu Qirat • Para sahabat Rasulullah SAW takut kepada sifat munafiq. Hanya orang orang yang mukmin mempunyai perasaan tersebut terhadap perkara ini. • Memaki sesaorang muslim adalah perbuatan yang fasiq. Melakukan dosa secara berterusan merupakan satu perbuatan yang boleh membawa kedalam neraka. • Membunuh orang Islam itu satu perbuatan yang ditakrifkan dosa besar. Dosa yang membawa sesaorang itu menjadi KAFIR. Wassalam