Posts

Showing posts from November, 2011

USTAZ AZMAN 201111

Kuliah Subuh Allah SWT tidak suka kepada orang- orang yang menyombong diri - Sikap takabbur, adalah bersifat sombong - Tidak masuk syurga orang yang bersikap sedemikian - Iblis laknatullah dikeluarkan daripada syurga adalah disebabkan sikap sombong Apabila terjadi perbalahan diantara dua orang mukmin - Berdosa besar jika tidak bertegur sapa selama tiga hari - Yang tidak memohon maaf itu adalah salah satu sikap takabbur - Sesiapa yang menolak kebenaran itu mempunyai sikap takabbur Orang yang bersikap sombong kepada Allah SWT - Tidak merendah diri - Tidak memperdulikan pandangan orang lain - Suka menolak kebenaran sekiranya ia tidak bersesuian dengan dirinya - Yang menolak kebenaran juga bersifat takabbur - Yang menolak akan Al Quraan juga bersifat sedemikian Kenapa ada orang yang bersikap takabbur? - ILMU yang tinggi, melebihi ilmu orang lain kadagkala menjadikan diri merasa hebat - BERAMAL IBADAT yang banyak juga sekiranya tidak merendah diri akan membawa diri menjadi sombong - KETURUN

Ustaz Masran 261111

Kuliah Maghrib 1. Mencarilah jalan menuju kepada Allah SWT. Dibulan dan hari yang baik bersempena dengan kemunculan tahun Hijrah yang baru hendaklah kita berusaha memperbaiki diri. Seperti bersolat jemaah dengan istiqomah. Dan juga melakukan ibadah lain yang dituntut. 2. Allah SWT menjadikan manusia dibumi ini sebagai khalifah. Perkara ini diceritakan didalam Al Quran. Yang menyatakan yang Allah SWT memberitahu kepada para malaikat akan hasrat tersebut. Ketika itu alam ini pun mungkin belum ada lagi. 3. Hijrah itu disegi bahasa adalah perpindahan daripada yang kurang baik kepada yang baik. Didalam konteks Islam, hijrah itu adalah perpindahan yang dituntut daripada segi agama. 4. Rasulullah SAW berpindah dari Mekah ke Madinah. Perpindahan itu bukan kerana kekurangan makanan, atau harta, atau kehilangan keluarga, tetapi semata mata kerana agama Islam. 5. Ayat Al Taubah 40, إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَ

Ustaz Jefri 191111

Ustaz Jefri 191111 Kuliah Maghrib Membaca Al Quraan Orang yang bijaksana sentiasa mendampingi Al Quraan. Gambaran cinta sesaorang hamba kepada Allah SWT. Saidina Usman mati ketika dia sedang membaca Al Quraan. Kefahaman isi Al Quraan Setaip kali membaca akan meningkat kefahaman. Apabila dibaca berulang maka akan meningkat kefahaman. Sehinggalah sampai keperingkat TADDABUR (Memperinci akan maksud Al Quraan). TADDABUR AL QURAAN Apabila diulangi membaca dan meneliti Al Quraan dengan tekun, maka isinya dan maksudnya menusuk kedalam hati pembaca. Peringkat selanjutnya adalah TAFAKUR. Berfikir dan merenung ayat tersebut dengan khusyu'. Al Quraan diturunkan semasa umat Islam ditindas, keadaan sedih dan berdukacita. Maka apabila membaca maka hendaklah merasakan kesedihan para sahabat, terutama ayat- ayat Makiah. Keadaan semasa Ayat Al Quraan Semasa ayat Al Quraan mula diwahyukan kepada Rasulullah SAW bermula di Mekah selama 13 tahun. Rasulullah SAW tidak diterima oleh kaumnya sendiri apabi

Ustaz Jefri 19-11-2011

Ustaz Fakrul Anuar 131111

Ustaz Fakrul Anuar 131111 Kuliah Subuh Allah SWT telah memerintahkan kepada manusia untuk memperbanyakkan amalan- amalan yang soleh. Orang mukmin yang berada diatas landasan agama Islam yang benar apabila mereka mengerjakan amal makruf dan nahi mungkar serta mereka berjihad dijalan Allah SWT. Malapetaka yang akan menimpa umat Islam adalah apabila mereka suka kepada kejahilan dan suka kepada kehidupan. Ganjaran juga diberikan kepada orang mukmin yang sukakan kepada Al Quraan dan Sunnah, seperti ganjaran 50 orang siddiq. Amal makruf mempunyai pengertian yang membawa kepada mengajak orang untuk menunaikan hukum Allah SWT. Tuntutan hukum hudud itu merupakan sesuatu yang besar didalam amalan ini. Orang mukmin juga berusaha berterusan menjalankan pencegahan masyarakat daripada melakukan maksiat. Diwujudkan sistem yang menghalang manusia drp melakukan jenayah, penipuan, pencurian dan perkara maksiat. Amal makruf dan nahi mungkar yang penting didalam hukum Islam adalah hukum hudud.

Ustaz Nahrawi 041111

Ustaz Nahrawi 041111 Kuliah Maghrib 1. Bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia. Dimana umat Islam yang hendak mengerjakan haji akan berada dibumi suci Mekah. 2. Hari kesembilan orang- orang yang menyerjakan haji akan berada di Arafah. 3. Pada tanggal sembilan haribulan Zulhijjah sesiapa yang berpuasa akan mendapat ganjaran yang besar: - keampunan dosa, setahun yang lalu. 4. Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; "Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari 'Arafah bagi jamaah haji yang berada di 'Arafah" (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). Hari 'Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya

Ustaz Yusuf 051111

Ustaz Yusuf 051111 Kuliah Subuh 1. Apabila keimanan didalam masyarakat semakin luntur terdapat berbagai permasaalahan yang tercetus. 2. Ramai orang Islam yang merasa rimas mengenai apa yang sedang terjadi didalam masyarakat terkini. Jadi terdapat berbagai cara bagi segelintir ummah menunjjukkan ketidak setuju mereka akan keadaan yang terjadi disekeliling mereka. Ada yang membuat demonstrasi... 3. Walaupun sikap sensitif akan persoalan akidah itu baik. Tetapi tindakkan yang dilakukan perlulah dengan penuh kebijaksanaan. Supaya agama Islam tidak ditakuti oleh orang orang yang bukan Islam. 4. Perkara ini terjadi dikalangan masyarakat, berkemungkinan tercetus kerana sistem pembelajaran hari ini. Terutama pendidikan Islam diperingkat tinggi, di IPT. 5. Para pelajar dididik dengan terperinci mengenai ibadah khusus. Tetapi kurang diberi pendedahan mengenai ilmu yang lebih luas yang membincang persoalan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. 6. Kekuatan ummah hendaklah dibina diatas dasar ima

Ustaz Ghazali Omar 011111

Ustaz Ghazali Omar 011111 Kuliah Maghrib 1. Nabi Ibrahim RA menghadapi berbagai ujian didalam kehidupan baginda. Menanti sehingga umur 60 tahun untuk mendapatkan seorang anak. Setelah anaknya itu sedang membesar, bertambah kasih baginda kepada anaknya, datang pula perintah Allah SWT untuk dibawa dan tinggalkan diMekah. Daerah yang kering tiada sebatang pokok... 2. Siti Sarah pula akur apabila ia mengetahui bahawa dia dan anaknya ditinggalkan oleh suaminya kerana perintah Allah SWT. Lambang keimanan yang tulen. Cukup hebat seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT. 3. Anak Nabi Ibrahim AS juga seorang yang hebat imannya. Nabi Ismail RA apabila diketahui bahawa Allah SWT telah memerintahkan bapanya untuk menyembelehnya, redha dengan setulus hati yang ikhlas. 4. Berkisar kepada peristiwa inilah ibadah haji itu diwajibkan kepada setiap orang mukmin. Seumur hidup sekali. 5. Tuntutan ibadah qurban juga dijadikan amalan diatas peristiwa Nabi Ibrahim yang di

Ustaz Rahmatullah 071111

From Evernote: Ustaz Rahmatullah 071111 Kuliah Maghrib 1. Ibadah Qurban * Memperingati peristiwa Nabi Ibrahim * diperintah meyembelih anaknya * digoda iblis dan syaitan * berqurban nyawa kerana Allah SWT 2. Perasaan hasad dengki * terjadi akibat perasaan marah * marah itu berkembang menjadi permusuhan * dendam ..... Menjadi dengki 3. Tentangan * Setiap perkara yang baik pasti ada yang tentang * Sikap menentang itu adalah kerja kerja syaitan * Ramai bermusuh dengan orang yang melaksanakan Islam * Permusuhan itu kemudian menjadi dengki * Rasulullah SAW juga menghadapi permusuhan 4. Orang Kafir tetap musuh Islam * Ini di nyatakan didalam AL QURAN * Benci kepada kebenaran * Suka jika orang Islam mendapat keburukkan * Rasa rimas jika orang Islam berjaya 5. Sikap superior * Ada orang menganggap dirinya mulia * Dirinya superior * Benci jika ada orang lain yang lebih * Ta' boleh menerima kekalahan 6. Sikap Takkabur * Bersifat sombong * Suka jik