Posts

Showing posts from June, 2013

Ustaz Syihabuddin

From Evernote: Ustaz Syihabuddin Tazkirah Jumaat - Kajian yang dijalankan menunjjuk kepada kecuaian masyarakat Islam Malaysia didalam solat mereka. Kenapa Orang meningalkan solat? - Kesibukkan didalam urusan hidup duniawi Yang ditakrifkan orang yang Mendirikan Solat - jangan tinggalkan solat - jangan lambat bersolat - jangan bersolat didalam rumah tetapi lakukan solat dimasjid - jangan bersolat bersaorangan, tetapi utamakanlah solah berjemaah - Selain daripada solat fardhu, tambahlah dengan solat sunnat. - Jalankan kewajipan dengan khusyu' >didalam bacaan >didalam perbuatan >didalam fikiran > dan berat sekali adalah khusyu' didalam hati Dirikan dan peliharakan solat, agar kita tergolong didalam orang orang yang bertaqwa. Wassalam

Ustaz Shamsuddin 150613

From Evernote: Ustaz Shamsuddin 150613 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam • Hati memain peranan yang penting didalam mempertingkatkan keimanan kepada Allah SWT • Untuk membersihkan hati daripada berpenyakit seperti ragu-ragu maka perlulah sesaorang mukmin itu benar- benar mengenal Allah SWT. • Didalam ilmu tasawuf mengenal Allah SWT sesaorang itu melalui tingkatan mata hatinya. - Syu'aa'ul Bashirah, hati yang terdapat cahaya keimanan - Ainul Bashirah, hati yang mempunyai cahaya keimanan yang jelas. - Haqqul Bashirah, tingkatan yang tinggi dimana hatinya mempunyai cahaya keimanan yang kukuh, sentiasa merasa akan kewujudan Allah SWT. • Untuk mengenal Allah SWT sesaorang itu hendaklah mempunyai ilmu tauhid yang baik. Sehingga ketahap Nurul Aql. • Orang yang mengenal Allah SWT sentiasa setiap masa bersangka baik akan segala ketentuan Allah SWT. • Ilmu dan amal akan mempertingkatkan iman sesaorang kepada Allah SWT. Jika dilakuk

Ustaz Dr Ahmad Kamal 300613

Ustaz Dr Ahmad Kamal 300613 Ustaz Dr Ahmad Kamal 300613 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT menghidupkan dan mematikan manusia Kejadian manusia itu jelas visi dan misinya. Serta di uji akan kualiti aqidah manusia Kiffarah merupakan ujian Allah SWT kepada orang yang beriman Ujian tersebuat kerana orang yang beriman itu berkemungkinan telah melakukan maksiat Merupakan peringatan kepada manusia agar ia kembali kejalan yang diredhai oleh Allah SWT Bala' merupakan balasan kepada orang yang selalu melakukan maksiat Allah SWT memilih tempat yang diturunkan bala' Tidak dikira siapa sahaja. Apabila bala' itu turun, maka akan menimpa semua Ibtila' merupakan ujian kepada orang yang beriman " Apakah kalian menyangka bahawa Kami mencipta kalian untuk suka- suka dan kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami (untuk perhitungan). Maha suci Maha tinggi Allah dari perbuatan sebegitu. Dia Raja (Tuhan Pemi

Ustaz Adnan Fatoni 090613

Ustaz Adnan Fatoni 090613 Ustaz Adnan Fatoni 090613 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Syarat Sah & Wajib Wudu' Sesaorang itu hendaklah ISLAM Sekira seorang itu melakukan perkara yang membawa kepada murtad, maka tidaklah dia seorang ISLAM Contohnya jika seorang mempersoalkan kewajipan melaksanakan hukum hudud. Maka dengan dia menolak kewajipan hudud jatuhlah syahadahnya Seorang yang dapat membezakan yang baik dan buruk, TAMYIZ Suci daripada haid & nifaz Datangnya haid, sekurang- kurangnya satu hari satu malam. Dan paling lama adalah lima belas hari dan malam. Datangnya nifaz paling kurang apabila sudah kering darahnya. Paling lama adalah enam puluh hari Megetahui akan hukum wajib berwudhu' Dapat membezakan diantara sunat dan wajib Tahi mata itu jika ada wajib di bersihkan Air yang digunakan untuk berwudhu' hendaklah bersih dan suci Bagi orang yang sakit Perempuan yang ist

Ustaz Shamsuddin 090613

Ustaz Shamsuddin 090613 Ustaz Shamsuddin 090613 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Ridha dengan kehendak NAFSU Punca segala perbuatan maksiat Sesiapa yang hanya mengikut nafsu sahaja akan mendatangkan kerosakkan iman INDUK SEGALA MAKSIAT, SYAHWAT DAN KELALAIAN ADALAH REDA TERHADAP NAFSU DAN SUMBER SEGALA TAAT, TERPELIHARA DIRI (DARI SYAHWAT) DAN BANGUN (PADA TAAT) ADALAH TIDAK REDA KEPADA NAFSU. BERSAHABAT DENGAN ORANG JAHIL YANG TIDAK MENURUT HAWA NAFSU LEBIH BAIK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG ALIM YANG TUNDUK KEPADA NAFSU. ILMU APAKAH YANG DAPAT DIPANGGIL BAGI ORANG ALIM YANG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YANG DAPAT DISEBUTKAN BAGI SESEORANG YANG SUDAH DAPAT MENGEKANG NAFSUNYA. Nafsu merupakan punca maksiat Ia itu melanggar kewajipan kita terhadap hukum yang telah ditetapkan Mengikut kehendak syahwat Melepas akan keinginan kepada perkara yang sedap dan enak Membuat sesaorang itu lalai

Ustaz Irwan 080613

Ustaz Irwan 080613 Ustaz Irwan 080613 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Keadaan roh apabila datang kepadanya sakaratul maut Sesaorang yang amalan baiknya melebehi dosanya Senang untuk mengucap kalimah Syahadah Ia dilayan dengan baik ketika dicabut rohnya oleh malaikatul maut Tetapi apabila dosa sesaorang itu melebihi pahalanya... Tidak dapat dia untuk megucap kalimah syahadah, walaupun dibantu oleh seisi keluarganya... Maka dia akan dilayan dengan buruk sekali... Ketika sesaorang itu menghadapi sakaratul maut Ia memerlukan bantuan daripada ahli keluarga dan jamaahnya Dengan membaca ayat- ayat Al Quran seperti Surah Yasin dan Surah Al Mulk Ketika itu seorang mukmin juga akan merasa cemas apabila didatangi oleh malaikat maut Bagi sesorang mukmin apabila rohnya diambil... Ia dibawa melalui pintu barzah, diletakkan dilembah yang tinggi Mereka dapat melihat akan perihal syurga Juga dapat mel

Ustaz Rahmatullah 030613

Ustaz Rahmatullah 030613 Ustaz Rahmatullah 030613 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Takut hanya kepada Allah SWT Kerana yang MAHA Kuasa hanyalah DIA Satu sifat yang dapat menyelamatkan diri daripada takut yang bukan- bukan Juga menghindarkan diri daripada melakukan maksiat Takut kepada Allah SWT juga akan memberanikan sesaorang itu Tidak gentar menetang orang yang zalim Sanggup berjuang bermatian Mereka juga merupakan manusia yang bersih hatinya Menanggis kerana Allah SWT Pemurah serta suka berbuat baik Takutkan Allah SWT adalah satu ciri orang- orang yang beriman Orang yang beriman juga merasakan Allah SWT selalu disisi nya Dia menjaga akan Syariaat Allah SWT Tidak menjadi hamba dunia... Akhiratlah visi hidupnya Yang paling dicintai didalam kehidupan ini adalah Allah SWT & Rasulullah SAW Melebihi kasih dan cinta akan dirinya sendiri Wassalam 20:44

Ustaz Yussuf 020613

Ustaz Yussuf 020613 Ustaz Yussuf 020613 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT menjadikan manusia dari berbagai bangsa Untuk mereka berkenal kenalan Para pemimpin hendaklah mengajak rakyaat berbaik kepada semua bangsa Bagi umat Islam, hendaklah berfikiran terbuka dan berbaik sangka Bagi umat Islam apabila menghadapi keadaan sedemikian Harus yakin bahawa agama Islam itu satu yang benar Ianya untuk semua manusia... Allah SWT melihat sesaorang bukan kerana warna kulitnya, tetapi kepada ketaqwaannya Apabila terjadi sesuatu peristiwa yang membabitkan bangsa, perlulah kembali kepada nas Al quraan dan hadis Ummat Islam harus berfikir akan akibat menilai sesaorang itu berdasarkan warna kulit dan bangsanya Apa sahaja yang kita lakukan akan dipersoalkan dihari akhirat Sesiapa yang melakukan kezaliman akan dimasukkan kedalam api neraka Sebagai orang yang beriman harus berani menilai sesuatu keadaan denga

Ustaz Datuk Nahrawi 200513

Ustaz Datuk Nahrawi 200513 Ustaz Datuk Nahrawi 200513 Kuliah Maghrib Apakah pendirian seorang mukmin mengenai hukum Allah SWT? Setaip mukmin harus beristiqomah didalam Islam Perlu berpandukan Al Quraan dan Sunnah Imam Shafie menyatakan sesaorang mukmin hendaklah berdiri dengan segala hukum syara' Bagi orang mukmin akal kita hendaklah mengikut Al Quraan dan Sunnah Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Ahqaaf 46:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark Agar dengan berpandukan kepada Al Quraan dan Hadith dengan istiqomah akan menguatkan iman kita Semoga dirahmati Allah SWT >

Ustaz Azman 19/05/13

Ustaz Azman 19/05/13 Ustaz Azman 19/05/13 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang bertaqwa mengharap... Cinta Allah SWT Redha Allah SWT Menjadi hamba Allah SWT yang sebenarnya Mencapai derajat yang sesaorang itu mendapat CINTA Allah SWT Membaca, memahami dan mengamalkan Al Quraan adalah cara untuk mencapai cinta Allah SWT Al-Qur'an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan "Membaca Al-Qur'an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia". Dipetik daripada http://pastiislam.blogspot.com/2011/04/10-langkah-menggapai-cinta-allah.htmla Kecintaan kepada dunia tidak melekat didalam hati Al-Imam Hasan al-Basri r.hm. berkata: "tidaklah aku berasa pelik terhadap se

My idea : Ustaz Shamsuddin 180513

Ustaz Shamsuddin 180513 Ustaz Shamsuddin 180513 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Jika sesaorang itu hendak meningkatkan darjah iman serta ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka hendaklah dibuang segala sifat yang tidak baik Manusia mempunyai segala sifat sifat yang lemah, yang tidak baik Maka hendaklah dijauhi daripada sifat sifat yang akan melemahkan imannya Kesopanan didalam pergaulan hendaklah dijaga. Hendaklah berpegang dengan hukum agama. Letaknya diatas sekali Jauhi dengan mengikut hawa nafsu Kelemahan sifat sifat yang terdapat pada diri manusia yang perlu dijauhi Yang bersangkutan dengan anggota diri seperti mata, telingga, tangan dan sebagainya Anggota lahiriyah itu perlulah dijauhi dari melakukan maksiat Begitu juga dengan anggota yang merupakan bathiniah Hati hendaklah dibersihkan daripada sifat sifat yang buruk Hendaklah menjadi hamba Allah SWT yang senantiasa patuh kepada Allah SWT

Ustaz Abdullah dari Perlis 170513

Ustaz Abdullah dari Perlis 170513 Ustaz Abdullah dari Perlis 170513 Surah Al A'raf ayat 68 "(Tugas)ku menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu. Ayat diatas memberi satu garis panduan untuk seorang guru dan juga seorang pendakwah Menyeru kepada yang baik dan menjauhi akan keburukkan Guru tersebut yang mengikut garis panduan tersebut akan menghasilkan orang yang bertaqwa Mereka mempunyai budaya yang baik dan yang mulia... Mereka menyumbang kepada kebaikan masyarakat Guru menghabiskan masa dan tenaga untuk pendidiknya Masyarakat juga harus membantu institusi pendidikan. Terutama pendidikan agama Islam Begitu jugalah individu dan syarikat hendaklan membantu dengan berterusan Sekolah agama Islam membina generasi Al Quraan serta As Sunnah Ibu bapa hendaklah memberi kerjasama dan sokongan untuk mempertingkatkan akhlaq d

Ustaz Adnan 280413

Ustaz Adnan 280413 Ustaz Adnan 280413 Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Peringatan berpakaian ketika solat bagi orang lelaki Kalau bajunya singkat, akan nampak pinggulnya apabila rukuk Jika pakai seluar dan kain dibawah pusat. Baju perlu tidak boleh menampakkan badan semasa rukuk dan sujud Berwudhu' Berniat ketika wudhu' Wudhu' dan sunat wudhu' Selepas bersugi dan membaca basmallah Jika terlupa membaca basmallah sebelum niat wudhu' Bacalah Bismillah hiawali hiakhiri Memasukkan air kedalam hidung itu mempunyai banyak kebajikannya Sunnat membasuhkan anggota tiga kali Membaca doa ketika membasuh anggota itu TIDAK ada nas hadith

Ustaz Shamsuddin 120513

Ustaz Shamsuddin 120513 Ustaz Shamsuddin 120513 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Manusia selalunya melihat dirinya baik sahaja Jarang manusia mahu melihat akan kelemahan dirinya Sekiranya manusia selalu insaf akan kelemahannya Maka dia akan merasa kekerdilan dirinya Barulah dia merasa akan kehebatan Allah SWT ...merasai akan kebesaran Allah SWT Keengganan manusia melihat kelemahan dirinya Merupakan satu hijab atau dinding Untuk membesarkan Allah SWT Sehingga dia didalam hatinya tidak merasa takut akan Allah SWT Hijab atau dinding daripada melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT Menghalang manusia daripada melihat tanda- tanda kewujudan Allah SWT Sekiranya didunia kita tidak beriman bagaimana hendak melihat Allah SWT diakhirat kelak Menjadi hati manusia gelap Tidak dapat melihat akan sifat sifat Allah SWT dengan mata hati Untuk melihat Allah SWT dengan mata hati, maka manusia pe

Ustaz Rahmatullah 130513

Ustaz Rahmatullah 130513 Ustaz Rahmatullah 130513 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Abu Bakar As Siddiq Namanya Abdullah Bin Osman Umur beliau adalah 3 tahun lebih muda daripada Rasullullah SAW Berkawan rapat dengan Rasulullah SAW semasa kecil lagi Abu Bakar As siddiq, mempunyai ahlaq yang tinggi Dia menjadi ikutan masyarakat dari segi adab dan akhlaq yang hebat Pandai bergaul dengan ramai didalam kalangan masyarakat Orang yang dihormati serta mempunyai perwatakan yang baik Dari segi kefahaman agama, Abu bakar mempunyai kelebihan... Tidak pernah meminum arak Serta dia tidak pernah meyembah berhala Saidina Abu Bakar mempunyai sikap yang jujur, jadi orang mudah mempercayainya. Beliau telah berjaya mengislamkan ramai orang dikota Mekah ketika Islam mula berkembang. Saidina Abu Bakar mempunyai harta yang banyak Sememangnya beliau adalah orang yang berharta sebelum memeluk agama Islam Setelah memelu

Ustaz Ghazali Omar 070513

Ustaz Ghazali Omar 070513 Ustaz Ghazali Omar 070513 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Merendahkan diri bagi seorang mukmin Kepada orang yang merendahkan diri mereka kepada Allah SWT Tetapi tidak wajar kepada orang yang tidak layak direndahkan diri Kepada pemimpin yang zalim Kepada orang yang kufur dan suka melakukan maksiat Tidak wajar merendahkan diri dengan memuji orang yang tidak sepatutnya Ini samalah seperti menzalimi diri sendiri Sekiranya hendak memuji sesaorang, perlulah orang yang benar benar layak dipuji Sesaorang mukmin perlu mengukur kebolehan diri sendiri Sebelum melobi sesuatu jawatan awam Sekiranya tidak mempunyai kebolehan dan kemampuan menjalankan tugas dan amanah, maka janganlah berlumba untuk kedudukan tersebut Jangan mencari beban.... Melawan kehendak Allah SWT Sesaorang mukmin juga janganlah melakukan perkara yang tidak berfaedah Membuang masa tidak ketahuan...

Ustaz Irwan 110513

Ustaz Irwan 110513 Ustaz Irwan 110513 Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Kematian yang baik dinamakan husnul khotimah Golongan manusia yang akan dianugerahkan dengan kematian husnul khotimah 1. Para nabi dan rasul Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik 2. As Sidiqqin ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا اتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ ÙˆَÙƒُونُوا Ù…َعَ الصَّادِÙ‚ِينَ "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (sidiq). " Merupakan ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW 3. Orang yang mati syahid Kematian yang dimuliakan oleh Allah SWT Malah dikatakan para alim yang jasad mereka tidak disentuh dan reput 4. Orang mukmin soleh Mereka merupakan orang yang terbaik Sentiasa melakukan kebaikkan Orang yang memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya Hidup mereka berpegang kuat dijalan agama, jalan yang lurus Mereka menjaga

Ustaz Rahmatullah 060513

Ustaz Rahmatullah 060513 Ustaz Rahmatullah 060513 Kuliah Maghrib Orang orang yang ingin menegakkan ajaran Islam... Menghadapi ujian yang merupakan fitnah serta tohmahan Ujian ini datangnya daripada masyarakat sekeliling Para Rasulullah Juga menghadapai ujian dan halangan.... Rasulullah SAW dan para sahabat terpaksa menempuh berbagai ujian Ada kala terpaksa berlapar Dan juga berhadapan dengan perperangan ...hidup dan mati Tetapi kenapa mereka yakin akan perjuangan ini.... Beriman kepada Allah SWT Yakin agama Islam itu lah satu, satunya jalan yang benar Dan merasakan bahawa ISLAM itu merupakan nikmat daripada Allah SWT Mereka sanggup berkorban didalam kerja kerja agama kerana... Mereka kenal akan Allah SWT Mencari serta berfikir dengan kekuasaan Allah SWT Mereka setelah menjumpai dan mengenal akan kekuasaan Allah SWT maka akhirnya mencintai NYA Merasa takut akan kekuasaan NYA

Ustaz Nizam (UIA) 040513

Ustaz Nizam (UIA) 040513 Ustaz Nizam (UIA) 040513 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Mendekatkan diri dengan Allah SWT Melalui amalan BERZIKIR Tuntutan amalan berzikir terdapat didalam Al Quran 41- Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. 42- Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (Al Ahzab 41-42) Cara berzikir Perlulah bernaskan dengan Al Quraan dan Hadith Mengikut cara yang disusun oleh Para Ulama' Dikumpulkan berasaskan cara dan pesanan Rasulullah SAW Imam Ahmad mencatitkan hadith mengenai zikir yang disabdakan Rasulullah SAW "Perbanyak oleh kamu akan Zikir hingga dikata kamu Majnun(Gila)". Ingatkan Allah SWT setiap masa....berdiri, duduk dan sambil baring 103- Maka apabila kamu telah menyelesaikan salat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa a

Ustaz Muhaimin 290413

Ustaz Muhaimin 290413 Ustaz Muhaimin 290413 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Semasa Allah SWT mencipta neraka, para malaikat merasa resah... Setelah dijadikan Adam....barulah para malaikat mengetahui untuk siapa diciptakan neraka Diakhirat kelak apabila manusia diperlihatkan neraka... Melutut semua kerana gerun dan takut... 18:53 Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling daripadanya. Ramai diantara manusia menyesal akan perbuatan maksiat mereka semasa didunia 39:71 Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka m

Ustaz Nazri 220413

Ustaz Nazri 220413 Ustaz Nazri 220413 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Ibadah qurban merupakan satu daripada syiar Islam Umat yang terdahulu pun melakukan ibadah qurban Malah didalam masyarakat Jahiliah pun melakukan qurban. Mereka ikhlas melakukan Keikhlasan mereka ini juga kuat. Malah lebih kuat daripada sesetengah umat mukmin Ketika melakukan tawaf orang jahiliah diMekah juga melakukannya Mereka menaggalkan pakaian semasa melakukan ibadah tersebut... Disebabkan mereka merasa pakaian mereka itu penuh dengan kekotoran. Bukan hanya daripada fizikal tetapi daripada aspek spiritual Tetapi orang jahiliah itu... Apabila menghadapi masaalah mereka menolak akan kewujudan Allah SWT yang satu. Mereka bersekutu berhala dengan Allah SWT Dizaman moden ini ramai manusia mempersekutukan Allah SWT Imam Al Maududi menyatakan yang gelaran muslim itu boleh luput bagi sesaorang yang beriman Apabila dia melakukan perbua

Ustaz Dr Syihabuddin 110413

Ustaz Dr Syihabuddin 110413 Ustaz Dr Syihabuddin 110413 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Kepimpinan didalam Islam hendaklah dipilih mengikut hukum syara' Perlulah sesaorang pemimpin itu dari golongan orang yang beriman. Ia itu seorang yang beragama Islam Takut hanya kepada Allah SWT Yang selayak menjadi pemimpin adalah mereka yang paling bertaqwa Mereka juga hendaklah mempunyai sifat seorang yang jujur dan beramanah Apabila berjanji menepatinya Sesaorang yang dipilih untuk memimpin ummah hendaklah dari kalangan mereka yang bertanggung jawap serta mempunyai kredibiliti Juga memperlihatkan sifat tawadhu' serta rajin dan semangat yang tinggi. Berdisiplin serta adil didalam menjalankankan tugasnya... Sesaorang pemimpin perlulah seorang yang zuhud Juga mempunyai ciri ciri insan yang boleh dibuat teladan oleh masyarakat Mereka juga adalah berwatak seorang yang wara' Menjaga halal dan hara

Ustaz Ali 090413

Ustaz Ali 090413 Ustaz Ali 090413 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Semasa anak itu dilahirkan, iblis telah menghantar Qarin untuk mendampingi nya Tersebut itulah orang Islam dimohon beradzan semasa dia dilahirkan "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, "Engkau juga ya Rasulullah " sabdanya " Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." Allah SWT yang maha mengasihi... Dihantarkan kepada setiap manusia malaikat yang mencatiti pahala sepuluh kali ganda perbuatan baiknya Sekiranya manusia itu melakukan kesalahan dicatitkan hanya satu sahaja dosanya Allah SWT juga menerima taubat anak Adam selagi mana ia masih hidup Pintu Taubat Terbuka daripada umat Nabi Adam hinggalah kepada umat Nabi Muhammad SAW Begitu juga seorang quraish yang membunuh bapa

Ustaz Rahmatullah 080413

Ustaz Rahmatullah 080413 Ustaz Rahmatullah 080413 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Golongan Ansar Mempunyai ciri- ciri yang istemewa Imam mereka sungguh sungguh mantap Mendahului akan orang lain Orang golongan ansar ini membantu orang muhajirin melebehi akan kehendak mereka sendiri Berkorban untuk membolehkan Islam itu berkembang Tidak mementing akan diri sendiri Membantu akan orang muhajirin. Sanggup memberi separuh akan harta mereka Rasulullah pernah bersabda mengenai orang ansar Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan menyambut seorang pengantin. Maka Nabi s.a.w berdirimemberi penghormatan dan bersabda: Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. (Nabi mengulangnya sebanyak tiga kali. Iaitu Kaum Ansar.(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) Orang ansar sanggup berkorban Nyawa dan harta benda Kehilangan kekasih m

Ustaz Yussuf 070413

Ustaz Yussuf 070413 Ustaz Yussuf 070413 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Suasana didalam negara sekarang Sebagai seorang mukmin perlu ada kefahaman dan kesedaran dari aspek agama Islam Kesedaran itu perlu kepada pengisian ilmu dan maklumat yang benar tanpa unsur fitnah Berhadapan dengan pilihan raya umum yang ketiga belas Watak yang ingin popular... Ingin mengambil kesempatan daripada suasana pilihanraya Sanggup membuka aib sesaorang pemimpin yang dihormati ramai Diatas niat untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin dengan mengeluarkan fakta yang tidak tepat. Fakta yang diluar konteks yang benar. Perbuatan ini adalah jelas bersalahan dengan cara dan budi sesaorang muslim Sistem demokrasi didalam masyarakat Islam perlu dipertingkatkan Maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat perlu beretika. Tidak boleh digalakkan maklumat yang berunsur fitnah Masyarakat mempunyai hak mereka. Tidak wajar mana mana pih

Ustaz Mohd Yazid 230313

Ustaz Mohd Yazid 230313 Ustaz Mohd Yazid 230313 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Bersembahyang jemaah Saf berjemaah perlu dijaga dengan baik Lelaki dewasa dihadapan dan wanita disaf belakang Menjaga saf solat Saf orang dewasa akan terputus jika ada kanak- kanak didalam saf tersebut Kanak kanak adalah mereka yang belum baligh walaupun mereka telah bersunat Imam didalam solat Orang yang menjadi imam adalah lebih afdhal daripada muazzim Menjadi imam itu adalah meneggakkan sunnah Rasullullah SAW Yang diutamakan adalah mereka yang lancar dan memahami Al Quraan Sebaiknya mereka yang menjadi imam adalah mereka yang memahami hadith Orang yang lebih dahulu berhijrah daripada keadaan jahil kepada yang berilmu adalah mereka yang layak Orang yang lebih tua adalah mereka yang diutamakan menjadi IMAM Tetamu tidak afdhal menjadi imam, selain dipinta oleh tuan rumah Dibolehkan orang buta dan orang mud

My idea : Ustaz Nik Bakri 210313

Ustaz Nik Bakri 210313 Ustaz Nik Bakri 210313 Kuliah Maghrib Perkara yang wajib berada... Allah SWT Yang mustahil berada adalah tuhan selain daripada Allah SWT Perkara yang lain hanyalah harus hukumnya... Allah SWT mengetahui segala perkara... Ilmu NYA tidak terbatas Ilmu Allah SWT Bersifat AZALI Tidak berubah... Perbuatan Allah SWT Bersesuian dengan kuasaNYA KuasaNYA sesui dengan kehendakNYA KehendakNYA sesuai dengan ilmuNYA Orang beriman Tahu akan kerendahan ilmunya jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT Maka mereka sentiasa bergantung akan ilmu Allah SWT Beramal dengan apa pertunjjuk didalam Al Quraan dan sunnah Rasulullah SAW Wassalam l>

My idea : Ustaz Rahmatullah 110313

Ustaz Rahmatullah 110313 Ustaz Rahmatullah 110313 Kuliah maghrib Apa kah amalan yang membolehkan kita mendapat syafaat Nabi SAW Para sahabat... Berjihad atas agama Allah SWT Berkorban apa sahaja untuk menegak agama Islam Seronok apabila bersama Baginda SAW Sentiasa berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW Cinta kepada Baginda yang tidak berbelah bagi Orang yang mencintai Nabi Muhammad SAW Selalu berselawat keatas junjungan Nabi SAW Menjalankan sunnah baginda didalam kehidupan mereka Menjawab azan serta mendoakan keatas Baginda Wassalam