Posts

Showing posts from November, 2013

Ustaz Irwan Shah 091113

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Muhasabah mengikut para ulama adalah bermaksud pengawasan diri Mengikut Imam Nawawi orang yang berakal setiap perbuatannya dimulai dengan niat. Maal Hijrah diperingati atas niat mengenang jasa pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegak agama Allah SWT dimuka bumi ini. Pada zaman ini orang mukmin masih mencintai Rasulullah SAW. Maka mereka melakukan berbagai majlis untuk mengingati Baginda. Kerana itulah Baginda pernah bersabda yang umat yang terbaik adalah mereka yang tidak pernah melihat baginda tetapi tetap mengasihinya. Pada bulan Muharam ini berbagai peristiwa telah berlaku yang menjadi lipatan sejarah Islam. Tetapi cara memperingatinya hendaklah mengikut lunas syara'. Tidak dicemar kesucian Muharam dengan amalan khurafat yang menyimpang daripada sunnah Rasulullah SAW. Wassalam Sent from Evernote