Posts

Showing posts from July, 2014

Tazkirah Ramadhan Ustaz Sharhan 200714

Image

Ustaz Azman 200714

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Ilmu itu adalah luas Tidak ada manusia yang sempurna ilmu pengetahuannya Yang paling baik dan sempurna ilmunya hanyalah kepunyaan Allah SWT Ulama ' yang besar tidaklah sombong dengan apa ilmu yang dipunyai Mereka tahu yang ilmunya adalah pemberian Allah SWT Ilmu itu merupakan amanah dari Allah SWT kepada nya Untuk disampaikan kepada orang ramai Rasulullah SAW berpesan kepada sahabatnya supaya memahami agama itu dengan betul. Luruskan hati dengan niat semata - mata kerana Allah SWT Serta beramal dengan ilmu tersebut Didalam mengerjakan ibadah perlulah mempunyai ilmu serta beramal dengannya Beramal juga perlu dilakukan dengan baik mengikut sunnah Rasulullah SAW Serta dikerjakan dengan cara beristiqamah.  Walaupun sedikit Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 190714

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang mendapat ma'rifah akan mendapat nur Illahi Mendapat tingkatan yang tinggi didalam ma'rifah kepada Allah  SWT adalah anugerah yang baik Nur Illahi itu terletak didalam hati orang yang terpilih.  Kelebihan mereka adalah dapat melihat sesuatu yang tidak mungkin dapat dilihat oleh hati orang awam. Hati mereka dapat melihat perkara yang tidak mungkin dilihat oleh mata kasar. Ini adalah anugerah dari Allah SWT kepada orang yang beriman yang selalu mengikuti akan perintah Allah SWT. Bagi orang yang beriman melakukan perbuatan yang tidak mengikuti hukum agama merupakan amalan fasiq. Maka ianya akan menjeput kemurkaan Allah SWT. Sebaliknya jika orang yang beriman yang sentiasa mengikuti akan kehendak agama akan memungkinkan dia mendapat Nur Illahi. Perlulah ia rajin dan bersungguh didalam beramal soleh. Nur Illahi itu jika diperolehi akan dapat melihat dengan hatinya akan segala kebesaran Allah SWT. Anugerah terindah ini adalah satu pemb

Ustaz Irwan 150714

Tazkirah Ramadhan Diwajibkan zakat fitrah keatas setiap orang mukmin dan mereka dibawah tanggungan nya. Golongan asnaf yang diwajibkan menerima zakat telah ditetapkan syariat Ada juga golongan orang yang tidak boleh diberi wang zakat Para ulama berkhilaf samaada zakat itu boleh dibayar dengan wang.  Tetapi ulama di Malaysia membolehkan membayar dengan wang. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Firdaus 140714

Tazkirah Ramadhan Al Quran di turunkan pada bulan Ramadhan Diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara perlahan berperingkat Baginda seperti mana manusia lain rasa terkejut pada mulanya dibawakan wahyu oleh Jibril. Hinggakan ditenangkan oleh isterinya Siti Khadijah. Al Quran diturunkan untuk memisahkan antara yang haq dengan yang bathil.  Perbezaan antara Islam dan agama lain. Terdapat didalamnya hukum yang disyariatkan kepada orang mukmin. Ada perkara yang hukum nya Haram, Makruh, Harus, Sunnnat dan Wajib. Orang Islam perlulah mengimani dan mempraktikkan Al Quran didalam hidupnya. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Othman Abdullah 130714

Tazkirah Ramadhan Dibulah puasa orang yang beriman dididik untuk mengikuti perintah Allah SWT Melakukan ibadah semata-mata kerana Allah SWT.  Membulatkan niat dengan ikhlas Bertaubat juga adalah ibadah.  Malah tingginya derajat, digelar ibu segala ibadah. Untuk bertaubat yang terbaik, sesaorang itu perlu mempunyai ilmu. Kerana dengannya ia akan mengenal akan dosanya. Jangan ada orang yang beriman mempunyai sifat takabur.  Seperti sikap Firaun. Juga orang yang beriman hendaklah menjauhkan diri dari sifat syaitan serta sifat kebinatangan. Kerana tidak layak orang mukmin mempunyai sifat sedemikian. Keampunan Allah dianugerahkan kepada orang yang beriman serta melakukan amal soleh. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 130714

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Ilmu ma'rifah adalah pemberian Allah SWT kepada hamba NYA. Untuk benar-benar mengenal sifat-sifat Allah SWT Nur ma'rifah membebaskan diri dari penghambaan selain daripada Allah SWT Mereka tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu Allah SWT juga memberi perasaan tidak membesar diri sendiri, yang besar itu hanyalah Allah SWT Nur ma'rifah dapat mengawal ego sesaorang itu.  Tidak bermegah dengan apa yang dimiliki diri sendiri. Ilmu pemberian Allah SWT ini adalah untuk kita menjadi lebih kuat beribadah Ikhlas melakukan sesuatu amalan dengan bersungguh Melawan nafsu yang ingin membawa kita melakukan sesuatu ibadah dengan niat untuk menunjuk kepada orang lain. Sesaorang hamba yang beramal dengan ilmu nur ma'rifah secara ikhlas akan ditambahkan Allah SWT tingkat ilmu yang lebih tinggi. Manusia yang mencinta dunia sahaja akan hilang dari mendapat akhiratnya. Tetapi manusia yang mencintai akhirat akan mendapat kejayaan  dunia & akhirat. Wassalam

Ustaz Irwan 120714

Kuliah Subuh,  Masjid  Al Huda Bulan Ramadhan ini terdapat syafaat  yang dianugerahi  Allah  SWT Solat fardu dibulan Ramadan digandakan pahalanya tujuh puluh kali Begitu juga dengan solat sunat Ibadah yang bersifat khusus dibulan Ramadhan seperti ibadah puasa juga diberi syufaat Orang yang beriman  ada yang  melakukan sujud syukur selepas bersembahyang maghrib. Bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan membolehkan mereka berpuasa dengan baik. Didalam bulan Ramadan Allah memberikan sufaatNYA kepada mereka yang bersedekah. Pahalnya juga digandakan. Syahrun Ramadhan diberikan syufaat kepada orang yang beriman yang mencintai bulan yang mulia ini. Orang yang soleh ramai yang meninggal waktu tidur untuk menjalankan ibadat. Qiamulail itu terdapat beberapa solat sunnnat seperti solat tahajud. Solat sunat tahajud dilaksanakan sepertiga malam Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Ahmad Fauwaz 100714

Kuliyyah Ramadhan @ UniKL Ramadhan merupakan bulan yang ditueunkan Al Quran. Al Quran mengajak manusia supaya bertaqwa Bertaqwa perlu satu definisi yang luas dalam konteks ummah dunia hari ini Orang yang beristiqomah didalam puasanya akan merasa keistimewaan Ramadhan membentuk ummah yang  berjaya dan progresif Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Nasarudin 090714

Tazkirah Ramadhan Para sahabat sungguh merindui bulan Ramadan Tidak melepas berdoa sebelum waktu berbuka puasa.  Kerana waktu adalah masa yang baik berdoa. Didalam bulan Ramadhan merupakan masa yang sesuai untuk memohon kebaikan kepada sesama mukmin.  Terutama kedua ibubapa kita.  Tidak kira status keimanan mereka. Dibulan Ramadan para ulama tidak terlepas daripada membaca Al Quran. Serta mengerjakan amalan sunnat. Ibadah itu harus difokuskan kepada kualiti daripada kuantiti. Terutama ibadah sunnat.  Seperti solat tarawih. Bersahur juga satu ibadah.  Walaupun seteguk air. Ridak perlu mangambil makanan yang berlebihan. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Rahmatullah 070714

Kuliah Ramadan Orang yang bertakwa Sentiasa menjaga iman dan agamanya Bukan sahaja dibulan Ramadan Menjaga disetiap perkara,  walaupun perkara yang kecil.  Seperti cara orang itu kencing. Tidak menjaga kebersihan semasa membuang air kecil Jika dibawa didalam solat maka akan membawa kepada batalnya solat itu kerana dilakukan didalam tidak bersih Sekiranya didalam berjual beli... Tidak boleh menipu Orang yang tidak beramanah ganjaran buruk yang akan ditimpakan Allah SWT dihari akhirat nanti. Orang yang mengkhianati amanah orang ramai akan dihumban didalam api neraka.  Walaupun orang itu mati syahid. Bagi orang beriman yang selalu mengingati  balasan didalam alam kubur akan selamat.  Kerana dia berwaspada didalam melakukan apa sahaja takut akan melanggar hukum Allah SAW. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Ghazali Omar 010714

Kuliah Ramadhan Dibulan Ramadhan ini terdapat berbagai kelebihan didalam melakukan ibadat. Al Quraan diturunkan didalam bulan Ramadhan Terdapat berbagai keistimewaan Serta berbagai  keberkatan Allah SAW menjajikan keampunan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh yang berpuasa Malam Lailatul Qadar hanya terdapat didalam bulan Ramadhan.  Dianugerahkan kepada  umat  Nabi  Muhammad sahaja.  Ganjaran seperti beribadat seribu bulan. Berdoalah  didalam bulan Ramadhan ini sebanyak yang  mungkin  kerana Allah SAW akan mengqabulkan permohonan. Diberkati akan sedekah dan derma didalam bulan Ramadhan Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Dr Ahmad Kamal 290614

Image
  Kuliah Ramadhan Masjid Al Huda Shah Alam Bulan Ramadan bulan yang membawa keberkatan. Rugilah orang yang berpuasa didalam bulan Ramadhan,  tetapi tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Orang  beriman  apabila sampai  umur empat puluh  tahun sekira dia menjaga haq Allah SWT maka diringankan azab kubur Orang itu jika sampai umur langut  tua akan digandakan  amalannya. Orang  yang  beriman  dan  bertakwa Allah  SWT akan mencukupkan rezekinya. Contoh seorang yang beriman dan takwa yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT.  Sulaiman Al Rajhi lahir pada tahun 1920, merupakan seorang tokoh korporat dan jutawan berbangsa Arab Saudi.  Beliau menerima pendidikan terakhirnya daripada Universiti King Abdul Aziz di Arab Saudi.  Beliau merupakan pengerusi kepada Bank Al Rajhi, salah satu syarikat terbesar di Arab Saudi dan bank Islam yang terbesar di seluruh dunia.   Sulaiman Al Rajhi merupakan seorang jutawan Arab yang hebat.  Pada tahun 2011, Forbes telah menyenaraikan beliau sebagai s

Ustaz Abdul Halim 220614

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang selalu menginfak hartanya, Allah SWT tidak akan mengurangkan rezki hambanya Begitu juga orang yang beriman ahli ibadah tidak terputus anugerah rezeki oleh Allah SWT Rezeki yang dinikmati oleh setiap manusia datangnya daripada Allah SWT. Tidak kira samaada dia orang kafir atau beriman. Hendaklah setiap manusia bersyukur akan rezeki yang dinikmatinya. Janganlah ada dikalangan orang beriman bersikap kedekut... Sekiranya diredhai oleh Allah SWT maka rezeki itu akan bertambah dan tidak akan terputus. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Jefri 210614

YKuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Orang Arab menamakan rumahnya dengan perkataan SAKIN. Maksudnya tenang. Apabila seharian bekerja maka apabila kita balik kerumah maka kita idamkan ketenangan. Mencapai ketenangan didalam berumah tangga adalah salah satu matlamat seorang yang beriman. Orang yang beriman juga bercita- cita agar diakhirat kelak dia dapan menghipunkan segala anak pinaknya didalam syurga pula. Begitulah juga seorang anak yang soleh inginkan agar dia dapat bersama kedua ibu bapanya didalam syurga kelak. Doa anak yang soleh akan sampai kepada kedua orang ibubapa nya yang telah meninggal dunia Berumah tangga juga dapat menjaga pandangan, kemaluan kita daripada perbuatan maksiat Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 210614

Kuliah subuh Seorang mukmin itu adalah seorang hamba hanya kepada Allah SWT Amalannya berpandukan dengan apa yang dikehendaki oleh agama Allah SWT Bebaslah dia dari memperhambakan dirinya kepada sesama makhluk Hatinya tetaplah tertumpu kepada beribadat kepada Allah SWT Hakikatnya manusia ini hanyalah tetamu didalam dunia ini sahaja. Tetamu Allah SWT. Jangan jadi harta dunia ini sebagai matlamat hidup. Tetapi aggaplah harta itu alat untuk membantu kita beribadat kepada Allah SWT. Jauhkan diri daripada menjadi hamba dunia... Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Azman 150614

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa Setiap orang yang beriman hendaklah bertaubat setelah ia sedar akan kesilapannya Bertaubat itu diterima dengan syarat tersebut: Berhenti daripada melakukan dosa tersebut Menyesal daripada perbuatan yang telah dilakukan dwngan bersungguh- sungguh Pulangkan kembali kepada yang berhaq. Contohnya barang yang diambil secara zalim perlulah dikembalikan Berwaspada akan tipu helah syaitan yang cuba menghasud kita supaya tidak melakukan taubat. Tingkatan bertaubat Bertaubat dan beristiqomah hingga akhir hayatnya Istiqomah didalam ketaatan yang asas. Tetapi tidak dapat menghindarkan diri daripada dosa Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz ĂŚrwan 140614

Image
Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Bulan Ramadhan  Mempunyai banyak kelebihan Bulan barokah Terdapat banyak kelebihan yang diberikan Allah SWT kepada orang yang berpuasa didalam bulan Ramadhan Pintu pintu syurga dibuka luas didalam bulan ini. Iaitu peluang memasuki syurga dipermudahkan pada bulan yang barokah ini. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)(Hadith Sahih - Riwayat Muslim) Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis

Ustaz Ahmad Fikri120614

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Sek 19 Shah Alam Sunnah Wal Jamaah Aqidah yang berlandaskan Al Quraan dan Sunnah Rasulullah. Mengikut aqidah dan syariaat yang dibawa dan dipraktis oleh Rasulullah SAW. Hari ini terdapat banyak golongan yang mengamal dengan ajaran yang sesat. Ahli sunnah jamaah adalah pegangan majoriti umat Islam. Golongan Syiah merupakan mereka yang banyak membawa kerosakkan kepada aqidah umah Golongan Syiah juga mengkafirkan para sahabat Rasullah SAW. Termasuklah Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar Allah SWT itu wujud. Ia tidak bertempat. Ada puak yang menyatakan bahawa Allah SWT itu tempatnya dilangit. Fahaman yang salah... Allah SWT mencipta segala yang terdapat dialam ini. Tetapi tidak ada sesiapapun yang mengerupainya. Allah SWT yang menciptakan warna tetapi DIA tidak berwarna. Begitu juga Allah SWT menjadikan cahaya tetapi IA bukanlah cahaya... Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 080614

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Amalan soleh sesaorang yang beriman Melakukan amal dengan ikhlas Merasa kekerdilan diri dihadapan Allah SWT Malah dia sedar yang Allah SWT yang melapangkan jiwanya untuk melakukan amalan yang soleh Jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT Mereka mula mengenal Allah SWT Allah SWT pula menganugerahkan ilmu ma'rifat kepada mereka ini Hanya Allah SWT sahaja tempat is meminta dan menyerah diri Berkorban apa sahaja kerana Allah SWT Orang yang mengenal Allah SWT Jiwanya tenang Kenal akan kebenaran agama Allah SWT Melakukan segala amal dengan ikhlas Ilmu ma'rifat ini satu anugerah daripada Allah SWT Perasaan cinta kepada Allah SWT Selalu merindui untuk beeibadat Tidak merasa puas melakukan ibadah Sentiasa merendah diri kepada Allah SWT Anugerah tersebut merupakan satu anugerah yang hebat daripada Allah SWT Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote

Sheikh Yussuf Ahmad 010614

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam Tidak ramai hari ini umat yang memeriahkan masjid Allah SWT Malah lebih ramai orang yang memenuhi pasar dan pusat hiburan jika dibandingkan dengan Masjid Tetapi apa pun yang terjadi tidak boleh kita perputus asa didalam gerakan dakwah Orang yang beriman adalah mereka yang sentiasa patuh dengan seruan dan hukum Allah SWT Sesiapa yang engkar kepada perintah Allah SWT maka bersedialah menghadapi kesannya. Iaitu azab dihari akhirat didalam neraka. Islam itu adalah cara hidup yang menyeluruh. Bukan hanya bila diatas tikar sembahyang sahaja. Ramai orang Islam hari ini lebih mencintai dunia daripada cintakan akhirat. Lebih memikirkan bagaimana hendak mencantikkan rumah diatas dunia ini tetapi tidak memikirkan rumahnya dialam barzah nanti. Yang pasti akan datang. Apabila fikrah Islam tidak disemai didalam masyarakat maka akan muncullah berbagai masaalah sosial Islam sahajalah penyelesaian kepada umat sejagat. Wassalam Everno

Ustaz Rahmatullah 200514

Kuliah Maghrib Memutuskan silatirrahim adalah dosa yang besar Menyebabkan terputusnya Rahmat Allah SWT Ada seorang sahabat yang menjaga hubungan dengan keluarganya. Tetapi dibalas dengan perbuatan yang jahat. Baginda SAW meminta dia teruskan menjaga hubungan agar tidak terputus rahmat Allah SWT. Salah satu lagi rahmat orang yang menjaga silaturrahim dengan keluarganya adalah dipanjanjangkan umur Orang yang menghubungkan silaturrahim... Mendapat rahmat Malaikat juga gembira Manusia juga mengingatinya Iblis menjadi marah Menambahkan umur Mendapat rezeki yg berkat Memupuk rasa cinta dikalangan keluarga Diingati selepas dia meninggal dunia Berbuat baik kepada ibubapa adalah perbuatan yang dituntut. Allah SWT akan memberi kesenangan dunia dan akhirat. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Jefri 170514

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Ahah Alam Seorang muslim perlulah sebagai prioriti membetulkan diri sendiri dahulu. Pimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain. Seorang yang soleh akan sentiasa didalam penjagaan Allah SWT. Malah diberkati juga zuriat mereka. Menjaga hubungan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia yang lain. Terutama dengan mereka yang kita bertanggung jawap. Seorang mukmin juga bertanggung jawap kepada penyebaran agama Allah SWT dengan hak dan sabar. Berdakwah adalah kewajipan bagi seorang muslim Berdakwah kepada masyarakat ber m ula dengan  keluarga sendiri. Isteri dan anak- anak merupakan masyarakat yang kecil. Supaya rumah tangga itu menjadi masyarakat mukmin yang baik Memimpin keluarga dengan penuh kebijaksanaan. Agar berjaya membina keluarga mukmin yang hebat. Keluarga yang berjaya mempunyai pemimpin dan ahlinya yang BERTAQWA. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Ali 130514

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Setiap manusia melakukan dosa. Tidak ada manusia yang terlepas melainkan Rasulullah SAW Maka perlulah memohon keampunan dan taubatan nasuha daripada Allah SWT Pada zaman Rasulullah SAW ada saorang wanita yang melakukan kesalahan zina. Dia bertaubat dengan sungguh- sungguh. Apabila dijatuhkan hukum hudud keatasnya dan disembahyangkan mayatnya. Rasulullah SAW menyatakan pada para sahabat yang dia ini telah diampunkan Allah SWT serta dimasukkan dia kedalam syurga. Allah SWT akan mengampunkan dosa mereka yang memohon ampun dan taubatan nasuha. Orang yang beriman... Tidak suka melakukan dosa Tetapi ada kalanya mereka dipesungkan oleh iblis dan syaitan Segera mereka memohon ampun dan taubatan nasuha. Pintu taubat sentiasa terbuka semenjak Allah SWT menjadikan manusia Dan tertutuplah pintu taubat dihari diperlihatkan tanda besar hari qiamat. Taubat tidak diterima... Iblis Orang yang membunuh para nabi Wassalam Evernote helps you remember every

Ustaz Yusuf 040514

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Dibulan Rejab digalakkan memperbanyak ibadat Berpuasa sunat hari Ithnin Khamis dan hari puteh Bersedekah Setiap yang berjanji wajiblah ditunaikan Apa lagi jika janji itu datang daripada seorang pemimpin Begitu juga saorang mukmin tidak wajar menghinakan seorang mukmin yang lain. Dan jangan ada mukmin bersuka ria bila dilihat kesusahan mukmin yang lain Allah SWT berjanji kepada HambaNYA apabila dia sampai... Umur 40 tahun dijauhinya dengan penyakit gila, kusta, sopak Umur 50 tahun diringankan baginya hitungan dosanya Umur 60 tahun disukakannya bertaubat Umur 70 tahun disukai oleh para malaikat Apabila seorang mukmin melampaui umur 60an kenalah dia beringat Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya bahawa umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun sahaja Bagaimana banyaknya harta yang dimiliki didunia ini, apabila dia mati hanya tiga helai kain kapan yang akan mengiring jenazahnya Hanya amal yang soleh yang dapat membantunya didalam kehidupan

Ustaz Syukri 16/04/14

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda, Seksyen 19 Shah Alam Dugaan bagi orang beriman yang terbesar adalah musuh yang tidak kelihatan. Syaitan Hawa Nafsu Syaitan bersumpah dihadapan Allah SWT akan menyesat semua manusia. Melainkan mereka yang ikhlas beribadah kepada Allah SWT Hati manusia seumpama taman Dalam taman ada banyak pintu Setiap pintu dikawal malaikat Setiap masa nafsu akan melihat peluang untuk memasuki taman Apabila manusia itu terlalai maka nafsu itu masuk kedalam taman Serta malaikat akan meninggal menjaga pintu pintu taman Yang dapat menyelamat taman itu adalah doa kepada Allah SWT. Begitulah manusia Tidak mungkin dia terlepas daripada tipu helah syaitan Maka hendaklah manusia memohon doa pertolongan daripada Allah SWT. Dengan berdoa akan jatuh lemahlah syaitan Syaitan kalah kepada manusia yang tidak berputus asa meminta keampunan daripada Allah SWT Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Dr Syihabuddin 100414

Kuliah Maghrib Islam memperlihatkan batas pergaulan dan adab didalam berjiran Perlulah dijaga adab pergaulan yang baik diantara jiran Tidak wajar sesaorang itu menyakitkan hati jirannya. Tidak dikira agama yang dianuti oleh jirannya. Agama menuntut orang mukmin berbuat baik serta bersangka baik dengan jirannya Bersabarlah dengan kerenah jirannya. Serta sentiasa berdoa agar Allah SWT memberi petunjjuk supaya dia berupaya untuk berubah menjadi baik. Tidaklah beriman sesaorang itu jika dia dan keluarganya kenyang tetapi jiran-jirannya tidur kelaparan. Jika jiran itu memerlukan kewangan maka hendaklah sesaorang yang mukmin membantunya. Sesaorang mukmin bertimbang rasa kepada jirannya. Ia berkongsi akan suka duka jirannya. Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Yussuf 060414

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman hendaklah bersabar ketika menghadapi ujian Menerima apa sahaja yang dianugerah oleh Allah SWT Sentiasa bersangka baik Mengharungi hidup ini dengan berpandukan sunnah Rasulullah SAW Terdapat didalam masyarakat Islam hari ini mereka yang berlaku zalim. Menyebar fitnah Menghakimi secara korup Tidak berlaku adil Cara yang betul Mengikut hukum syara' Berpandukan sunnah dan Al Quraan Menjauhkan diri daripada amalan rasuah Mengingati masyarakat dengan te g uran yang baik Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Nizam UIA 050414

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang melakukan dosa dan maksiat perlulah dia bertaubat. Ini merupakan satu jalan keluar daripada keadaan berdosa yang diberikan Allah SWT kepada kaum mukmin. Bertaubat yang sebenar benarnya, taubatan nasuha... Berhenti melakukan maksiat Menyesal akan apa yang telah dilakukan Azam supaya tidak mengulangi maksiat tersebut Sekiranya berdosa dengan orang lain maka hendaklah meminta maaf Didalam Al Quran terdapat banyak ayat yang menyatakan akan kemurahan Allah SWT untuk mengampunkan dosa dosa yang dilakukan oleh manusia Allah SWT tidak akan menerima taubat manusia apabila nyawanya sudah sampai keharkumnya ketika nazak. Orang yang mati didalam kekufuran Allah SWT  tidak akan mengampunkan dosanya. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Yasser Manan 030414

Kuliah maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Peristiwa Hudaibiyah Satu peristiwa yang besar  didalam hidup baginda Rasulullah SAW Sebelum peristiwa ini baginda bermimpi mengerjakan umrah dimasjidil Haram Rasulullah SAW memerintah para sahabat bersama baginda pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah Disatu tempat Baginda dan rombongan telah dihalang oleh tentera Quraish. Yang ketika itu dipimpin oleh Khalid Ibn Walid Baginda SAW datang ke Mekah untuk beribadat bukan untuk berperang. Jadi Baginda memerintah rombongan kaum muslimin berpatah mencari jalan yang lain. Yang jauh. Sepanjang jalan rombongan baginda dirahmati oleh Allah SWT dengan turunnya hujan. Sepanjang hidup Baginda SAW menunaikan umrah selepas berhijrah sebanyak empat kali. Rombongan Baginda kemudian berhenti di Hudaibiyah. Semasa diHudaibiyah, para sahabat dapat melihat dengan mukjizat Baginda. Pihak Quraish telah mengirim beberapa wakil untuk berbincang dengan rombongan Islam. Agar Rasulullah SAW tidak menunaikan umrah pada tah

Ustaz Rashidy Jamil 220314

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Tasawuf itu ditakrifkan oleh para ulama sebagai ilmu mencapai akhlaq yang tinggi Ada saorang ulama tasawuf menyatakan tasawuf itu kamu yakin yang kamu tidak mempunyai apa- apa. Dan segala yang ada adalah kepunyaan Allah SWT. Adalah diantara ahli tasawuf menyatakan apa sahaja yang dipunyai didunia ini dipinjamkan Allah SWT Para ulama' tasawuf cukup cermat apabila mengerjakan ibadah sunnat. Hati mereka bersih untuk mengerjakan ibadah. Apabila melakukan ibadat, seorang mukmin hendaklah membulatkan ibadah itu semata- mata kerana Allah SWT. Tasawuf melatih jiwa melakukan ibadat secara sempurna kerana Allah SWT. Outcome tasawuf adalah untuk memperbaiki amal ibadah dengan sebaik mungkin. Tujuan melakukan ibadah ditumpukan akan keredhaan Allah SWT. Agar mencapai kejayaan diakhirat kelak. Tasawuf merupakan ilmu yang dapat membantu sesaorang mukmin agar mencapai kejayaan dihari akhirat kelak. Membersihkan akhiratnya melebehi daripada bersihkan dunianya

Ustaz Shamsuddin 150314

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Hati yang tidak merasa apa- apa Apabila tidak mengerjakan ibadah yang diwajibkan Allah SWT Tidak menyesali akan keterlanjuran Maka yang demikian merupakan satu tanda- tanda hati yang mati Hati yang hidup Hidup dengan keimanan Tidak menyenangi akan maksiat Takut akan melakukan perbuatan kederhakaan kepada Allah SWT Melakukan apa sahaja yang diredhai oleh Allah SWT Keseronokkan hati yang hidup dapat merasa kecantikan hidup didalam lingkungan agama yang mulia Orang yang beriman... Resah apabila ia melakukan sesuatu yang dilarang agama Gembira apabila melakukan apa yang disuruhkan oleh agama Orang munafiq pula melakukan yang sebaliknya Suka apabila melakukan maksiat Tidak cenderung melakukan kejahatan. Orang mukmin hatinya merasa berat  melakukan  kejahatan. Hatinya akan merasa cemas. Mereka inilah yang hatinya hidup. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Irwan Shah 080314

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Syurga itu adalah sebaik baik tempat kesudahan Apakah syurga? Tempat kesudahan bagi orang orang yang bertaqwa Kesenangan yang manusia tidak pernah menyangkakannya Tidak ada kesusahan didalam syurga, yang terdapat hanyalah kebaikan dan ketenangan Menuju kesyurga memerlukan cara hidup yang zuhud semasa didunia Cara hidup sedemikian tidak disukai oleh hawa nafsu. Maka jalan menuju kesyurga sesaorang itu perlu menanganinya Hawa nafsu akan membawa manusia kejalan yang menjauhkan dirinya daripada syurga. Malah ia akan mendekatkan dirinya kepada neraka Cara menuju kesyurga... Bila bercakap tidak berbohong Kalau berjanji jangan mengingkarinya Apabila diberi amanah jangan mengkhianatinya Tundukkan penglihatan daripada perkara yang buruk Pelihara  kemaluan daripada.zina Perlihara tangan daripada kezaliman Syurga yang paling rendah darjatnya.jauh lebih baik  daripada kehidupan didunia ini Diseru orang orang beriman supaya berlumba lumba menyerjakan kebaika

Ustaz Yussuf 020314

Kuliah Subuh Manusia jika tidak mahu mengikut ajaran agama adalah petanda akan datangnya kemusnahan Hari ini dimerata tempat didalam dunia ini terjadi berbagai kezaliman dan penganaiyaan As Syahid Imam Hassan Al Bana satu ketika dulu menyeru umat Islam supaya kembali kepada Quran dan Hadith Dinegara ini, Malaysia, terdapat golongan cerdik pandai yang cuba menidakkan peranan Rasulullah SAW didalam membawa pertunjjuk kepada manusia. Mereka sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa peranan Rasulullah SAW tidak penting didalam agama Islam. Mentafsirkan Al Quraan tidak perlu merujuk kepada haadith. Didalam sejarah Islam terdapat ramai pemimpin yang berjuang mempertahankan kesucian agama Islam. Daripada para sahabat, tabiein, serta imam- imam dan para ulama setiap generasi sehinggalah ulama ketemporari hari ini. Surah Fathir, Ayat 15 (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sah

Ustaz Ghazali Umar 010314

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Tiada ada siapa pun yang perkataannya itu benar sebenarnya melainkan Allah SWT Bagi orang mukmin rujukkan utamanya adalah Al Quran. Dimana huraiannya daripada sumber hadith dan ulama yang utama. Allah SWT memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada NYA. Jangan mati sesaorang melainkan ia adalah seorang yang bertaqwa. Taqwa merupakan cetusan didalam hati yang merasa gerun jika hendak melakukan maksiat serta suka serta minat untuk mengerjakan kebaikan Manusia tidak mukin dapat menepis pujukan syaitan melainkan dengan taqwa. Mereka selalu mengingati Allah SWT. Berlinang air mata memikirkan dosa dosa yang telah lalu. Perasaan malu untuk bertemu Allah SWT. Kelebihan orang- orang yang bertaqwa: Allah SWT menjaga mereka Dianugerehkan kepada mereka ilmu laduni. Ia itu orang yang cepat mempelajari ilmu yang baik Diberi panduan yang membolehkan dia membezakan yang baik dan yang buruk tanpa keliru Diselamatkan daripada siksaan neraka dihari akhirat kelak

Ustaz Nizam UIA 010314

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Tasawuf adalah ilmu mengenai ahlaq yang mulia Quran terdapat tiga cabang ilmu Aqidah, iman Hukum syara' Ahlaq yang mulia Orang yang melakukan dosa secara berterusan tanpa memohon keampunan daripada Allah SWT Manusia tidak dapat terlepas daripada dosa. Tetapi ia dapat memohon keampunan daripada Allah SWT Dizaman Rasulullah SAW ada seorang bernama Wahsy. Ia seorang kafir yang memusuhi Islam. Malah Ia membunuh bapa saudara Nabi Saidina Hamzah. Wahsy selepas beberapa waktu ingin memeluk Islam. Tetapi terhalang setelah merujuk kepada Al.Quran ia difahaminya yang Allah SWT tidak akan mengampuni dosanya. Ia berjumpa dengan Rasulullah SAW. Maka turunlah ayat yang Allah SWT mengampunkan dosa selain daripada dosa orang yang mati didalam syirik. Allah SWT sahaja yang dapat mengampunkan dosa- dosa sesiapa yang dikehendakiNYA Maka hendaklah manusia itu memohon keampunan Allah SWT dengan segera. Jangan menangguh memohon ampun dan bertaubat. Dilarang manus

Ustaz Abdul Halim 230214

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Nazar Mewajibkan sesuatu ibadah keatas diri secara sukarela Asal hukumnya sunnat atau harus Tidak dinamakan nazar jika ibadah itu sudah wajib hukumnya Begitu juga tidak boleh bernazar akan perkara yang haram hukumnya Dengannya dapat mengeluarkan sesaorang yang berkira-kira (bakhil ibadat) untuk beribadat kepada Allah SWT Kebaikan bernazar adalah ianya dapat mempertingkatkan amal ibadah sesaorang itu. Ia meringankan hati untuk berterusan melakukan ibadah Memperingati Allah SWT Sesiapa yang memperingati  Allah SWT maka Allah menyebutnya dikalangan para malaikat Maka para malaikat juga akan mendoakannya Walaupun sesaorang ahli ibadat tidak disebut dikalangan manusia. Tetapi ia sebut oleh Azawaja didalam perhimpunan malaikat. Allah SWT tidak pernah melupakan mereka yang sering menyebutnya. Kesejahteraan keatas mereka Minuman arak Haram hukum meminumnya Begitu juga menghidangkannya Akan mendapat balasan yang buruk dihari akhirat Tidak diterima ibadanya selagi

Ustaz Azman 160214

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT menjadikan manusia untuk beribadat kepadaNya Nabi Adam AS dihukum keluar daripada syurga kedunia ini kerena melupai akan perintah Allah SWT. Kemurkaan Allah SWT kepada baginda adalah kerana ia lupa kepada NYA Jadi dunia ini tempat dijalankan hukum Tetapi kenapa kita terlalu mengejarkan dunia ini? Manusia yang melupai akan Allah SWT akan dimukai Allah SWT Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 090214

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Ibadat yang dikerjakan Ada yang banyak Ada yang sedikit Jadi ibadat yang banyak Kekallah ia banyak Jangan ia menjadi sedikit Malah ibadat yang sikit Boleh mendapat banyak ganjarannya Hati memain peranan Hati yang zuhud amal yang sedikit pun mendapat ganjaran yang banyak Tetapi hati yang cintakan dunia ganjaran akhiratnya pula akan sedikit Kualiti ibadat itu diukur daripada ganjaran akhiratnya Ganjaran akhirat yang banyak boleh diperolehi walaupun ibadahnya sikit Tetapi sebaliknya ada ibadah yang mendapat ganjaran yang sedikit walaupun dilakukan dengan banyak sekali Faktor utama adalah niat... Niat kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran yang banyak Niat kerana mendapat ganjaran didunia maka ganjaran akhiratnya sedikit sahaja Apabila mengerjakan ibadat maka hendaklah dilakukan kerana Allah SWT Yakin akan pertemuan kita dengan NYA dihari akhirat kelak Yakin akan janji NYA akan pahala dan dosa Yakin juga akan pembalasan dihari akhirat Sekira ibadat yang dilaku

Ustaz Irwan Shah 080214

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang suka mengumpat Dipadang mahsyar nanti didapatinya  segala pahala akan dipindahkan kepada orang yang diumpat Dia seakan orang yang muflis Mengumpat adalah perbuatan memburukkan sesaorang tanpa penngetahuannya Melainkan didalam empat orang ni... Orang kafir Orang zalim Anak yang derhaka Orang yang memecah belah masyarakat Gambaran mereka yang suka mengumpat dihari akhirat... Dibangkitkan dihari akhirat seperti saekor binatang Diakhirat juga terdapat ulama yang jahat dahulu didunia dibangkitkan seperti tengkorak. Didunia mereka suka merubah akan hukum Allah SWT Orang yang memakan harta saudaranya secara zalim Dihari akhirat Allah SWT membangkitkan mereka dengan diber makanan dan minuman yanng busuk Mereka ini pengkhianat kepercayaan Terdapat juga mereka yang dimuliakan Allah SWT dihari dia dibangkitkan Mereka ini adalah orang yang bertqwa dan bersyukur Merupakan golongan yang terhormat Wassalam Evernote helps you re

Ustaz Ghazali Omar 040214

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang alim memastikan keutamaan diberi kepada peningkatan agama Jangan ada orang agama melakukan amalan soleh dengan niat yang mengutamakan kekayaan duniawi Begitu jugalah orang  yang alim tidak boleh melakukan maksiat kerana ia akan ditiru oleh orang ramai yang kurang berilmu Dunia ini bukanlah destinasi orang yang beriman serta alim Maka janganlah melakukan sesuatu demi untuk keduniaan semata mata Begitu juga akhlak orang yang demikian tidaklah patut melakukan sesuatu yang menyakitkan hati Jangan bersahabat dengan orang yang berkuasa sekiranya tidak  berani hendak menegur mereka Orang yang alim yang mencintai perhiasaan dunia yang membawa kelalaian daripada zikrullah maka tidaklah bolehkan diikutinya Orang alim perlulah beramal dengan ilmu yang diperolehinya. Begitu juga apabila hendak beramal hendaklah ia mempunyai ilmu yang secukupnya. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. D

Ustaz Shamsul Firdhaus 310114

Tazkirah Jumaat, Masjid Al Huda Orang beriman berpesan pesan Mengerjakan amal soleh Dengan sabar Tarikh 12 Rabiul Awal adalah Hari kelahiran Baginda Hari Baginda tiba di Madinah Hari yang sedih kepada para sahabat kerana ia merupakan tarikh Baginda wafat Walaupun Baginda telah wafat, musuh musuh orang Islam masih berusaha mengkhianati baginda Cuba untuk mencuri jasad baginda setelah sekian lama baginda wafat Menghina karaktur baginda diberbagai media Menidakkan sunnah baginda sehingga menolak hadis dan ajaran baginda. Walaupun mengaku yang dia ini orang muslim Hari ini terdapat orang mukmin sendiri yang beramal dengan amalan yang bercanggah dengan pendirian baginda Sehingga didalam isu menggunakan kalimah Allah.  Tidak bersandar kepada sunnah baginda Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Nizam 310114

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Berzikir hendaklah berasas kepada sunnah Rasulullah SAW. Yang juga berasaskan ayat- ayat Al Quran Berzikir perlu menjaga perkataan yang boleh membawa kekeliruan Ketika membaca Al Quran perlulah tahu dimana hendak berhenti. Kerana jika ketika berhenti ditempat yang tidak tepat akan membawa kepada makna yang berlainan Orang yahudi suka melafazkan sesuatu perkataan yang membawa maksud yang mengelirukan. Ada ulama' tasayuff didalam zikir mereka melafaz perkataan yang membawa makauf yang berlainan. Jadi.sebagai orang awam peelulah kita tinggalkan. Mungkin makam kita rendah,  serta tidak memahaminya. Didalam zikir perlulah ada ciri ciri memohon keampunan daripada Allah SWT, mudah mudahan diterima NYA Sekira ungkapan itu tersalah maka Allah SWT akan memberi keampunan. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .