Posts

Showing posts from August, 2014

Ustaz Ghazali Omar 040814

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman bercita cita untuk meninggal dunia di dalam Islam Ramai orang pada hari ini masa hidup didunia sebagai seorang Islam, tetapi apabila dia mati dia memilih mati sebagai seorang kafir. Jadi perlulah sesaorang itu berwaspada dengan cara hidup yang berlandaskan kepada syariat Islam. Serta hendaklah mengikut cara hidup yang dituntut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seperti yang dilandaskan kepada Al Quran & Sunnah. Berazam untuk mati didalam Islam.  Serta bersungguh sungguh hidup mencari keredhaan Allah SWT. Selalulah berdoa kepada Allah SWT agar dimatikan sebagai orang Islam. Sebagaimana diminta oleh para nabi & orang soleh. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Abdul Halim 270714

Kuliah Subuh Ganjaran beribadah bagi orang yang beriman adalah berlipat ganda. Tetapi dosa yang dilakukan dikira hanya satu sahaja serta berkemungkinan diampuni. Beribadah yang dilakukan perlulah bersifat ikhlas kerana Allah SWT. Perisai bagi orang yang beriman adalah ibadah puasa. Tidak perlu kepada tangkal dan serapah yang bersifat tahayul. Juga bagi orang yang beriman berdoa juga merupakan benteng baginya untuk menghindari siksaan diakhirat. Janganlah orang yang beriman bersikap sombong kepada Allah SWT dan manusia yang lain. Ada juga yang bersifat sombong ketika melakukan ibadah. Maka rugilah mereka kerana tidak mendapat apa apa kebaikan. Ibadah juga dapat memberi syufaat kepada orang lain terutama ibu bapa. Berkasih sayang kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran yang banyak. Bagaikan cahaya yang menerangi dihari akhirat. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Dato'Nahrawi 250714

Image
Tazkirah Ramadhan Ramadhan memberi peluang kepada umat islam di Malaysia untuk menjadi orang yang bertakwa Orang yang beriman merasa bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk memeriksa diri sendiri akan ibadah yang dilakukan.  Adakah cukup ibadah yang di lakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT? Al Quran diturunkan didalam bulan puasa ini. Membawa nikmat kepada semua orang.  Terutama orang yang beriman. Petunjuk kepada jalan yang benar serta membawakan kejalan menuju ketakwaan. Amalan bersahur adalah satu kebaikan yang memberi ganjaran pahala dan kebaikan kesihatan. Terdapat juga banyak lagi rahmat yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Didalam bulan yang rahmat ini Allah SWT memberi ganjaran yang melimpah. Ibadah sunat diberi ganjaran pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah wajib. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Dr Syihabuddin 250714

Image
Tazkirah Jumaat Jumaat ini adalah hari Jumaat yang terakhir dalam bulan puasa ini.  Orang yang beriman akan merasa sangat sedih akan pemergian bulan Ramadhan yang mubarak. Ketibaan Syawal terdapat amalan yang bersifat fiqah dan akhlak.  Amalan fiqah dihari pertama bulan Syawal Membayar zakat fitrah adalah lebih afdhal dari waktu malam 1 Syawal hinggalah sebelum imam membaca khutbah Menghidupkan malam raya dengan takbir dan zikir Mandi sunat Hari Raya Memakai pakaian yang cantik dipagi hari raya Memakai wangi wangian dihari raya bagi orang lelaki. Tidak bagi wanita Memakan sebelum ke masjid dipagi hari raya.  Walaupun dengan seteguk air. Berjalan ke tempat ibadah.  Pergi mengikut jalan yang jauh. Dan balik ke rumah mengikut jalan yang pendek Mengerjakan solat tahatul masjid apabila sampai dimasjid Mendirikan solat sunnat eidul fitri dengan khutbah nya sekali Amalan dihari berikutnya Menyerjakan puasa sunat enam hari Sebaiknya berpuasa sunat daripada hari kedua hingga kehari ketujuh dibu