Posts

Showing posts from September, 2018

Ustaz Ismail Fatoni 300918

Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang makmum untuk mengikuti seorang imam perlulah dia mematuhi syarat-syarat yang tertentu. ✓ Makmum perlulah mengetahui didalam solat ada yang rukun dan ada yang sunat ✓ Sebagai makmum apabila didalam perkara yang sunat maka janganlah dia melakukan sesuatu perbuatan sunat yang tidak mengikut imam (menyalahi imam) ✓ Contohnya didalam solat ada sujud tilawah. Perkara ini adalah sunat. Didalam sembahyang berjemaah, seorang makmum wajib mengikut imam. Sekiranya imam sujud, hendaklah dia sujud. Tetapi sekiranya imam terlupa untuk sujud tilawah, maka makmum juga kenalah ikut imam, tidak mengerjakan sujud tersebut. ✓ Sebaliknya didalam bab sujud sahwi. Jika imam mengerjakan maka wajib makmum mengikuti imam. Tetapi jika imam tidak melakukan sujud sahwi, maka makmum dibolehkan melakukan sujud sahwi selepas imam memberi salam. ✓  Didalam tahayat awal jika seorang imam terlupa. Ia itu dia bangun selepas sujud tanpa membaca tahayat awal. Maka makmum

Ustaz Nazri 300918

Kuliah Subuh ✓ Masbuk adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lama. (Utusan Malaysia) ✓ Bila seseorang makmum masuk berjemaah lewat, imam kemudian rukuk sebelum dia habis membaca AL Fathihah dengan kadar sederhana, maka dia tidak perlu habiskan bacaan Al Fathihah, dia terus rukuk bersama imam. ✓ Walaubagaimanapun jika seseorang itu Masbuk, iman sudah diakhir surah kemudian rukuk. Makmum hendaklah membaca Fathihah sekadar yang termampu sebelum rukuk. Bismillah...pun sudah mencukupi. ✓ Wassalam

Ustaz Yahaya 290918

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam ✓ Ilmu syariat merupakan asas didalam ilmu agama Islam. Struktur asas manusia beragama Islam. ✓ Ilmu tariqat merupakan ilmu untuk orang mukmin menjalankan segala kewajipan dengan penuh fokus dan motivasi ✓ Setelah mencapai kompetensi didalam kedua dua cabang ilmu barulah sesaorang itu dapat menkecapi ketenangan dan ketenteraman didalam kehidupan didunia ini. Tercapailah outcome kehidupan mukmin supaya membawa bekalan yang cukup untuk meneruskan hidup kealam yang seterusnya, hinggalah sampai dihari perhitungan. ✓ Tasawuf merupakan ilmu dan amalan yang dapat mendekatkan diri dan roh sesaorang mukmin itu dengan Allah SWT. Supaya roh itu dapat mencapai tahap ketenangan semasa ia kembali kepada penciptanya. ✓ Orang yang beriman serta memahami hakikat sebenar hidup dialam ini dapat menundukkan hawa nafsu dan godaan iblis dan syaitan. Kepentingan ilmu tasawuf dan amalan nya dapat menyelamatkan manusia daripada diperdayakan oleh n

Ustaz Adnan 260918

Kuliah Maghrib ✓  Berbeza Allah SWT dengan makhluk ciptaanNYA. Maka mustahil bagi NYA mempunyai sifat seperti ciptaanNYA ✓ Apa yang berlaku dalam alam ini semuanya daripada Allah SWT. Bagi ahli sunnah Waljamaah ia yakin yang semua yang baik atau tidak baik itu kehendak Allah SWT. ✓ Ciptaan Allah SWT meliputi semua yang ada didalam alam ini. Jadi orang yang beriman, setiap ketika  hayatnya akan melihat kejadian Allah SWT. Maka dengan itu juga hatinya selalu mengingati NYA ✓ Allah SWT menciptakan makhluk, dan segala perbuatan makhluk juga digerakkan oleh NYA. Wajib bagi orang mukmin beriman dengan Qada'& Qadar. ✓ Taufiq adalah menjadikan Allah SWT akan kuasa untuk sesaorang mendapat mengerjakan perkara yang baik. Supaya sesaorang itu dapat mencapai akan keredhaan NYA ✓ Allah SWT akan memberi janjiNya kepada orang yang beriman. Iaitu anugerah syurga. ✓ Begitu sebaliknya orang yang kafir Allah SWT janjikan siksaan neraka. Janji itu pasti terjadi. ✓ W

Ustaz Dato' Nizam 250918

Kuliah Maghrib ✓ Semua makhluk yang bergerak Allah SWT telah menentukan rezekinya ✓ Orang yang banyak beristighfar juga dilapangkan rezeki nya ✓ Begitu juga orang yang selalu bersyukur juga dilapangkan rezekinya ✓ Allah SWT juga melapangkan rezeki bila membina keluarga. Serta anak yang dilahirkan. ✓ Ketentuan rezeki yang dikecapi manusia merupakan ilmu Allah SWT ✓ Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat." (QS. Asy Syuraa: 27) ✓ Nabi Sulaiman bila mendapat rezeki yang banyak dia sedar akan ujian keatasnya. Dia lebih beriman. ✓ Qarun pula bila diberi rezeki dia menjadi lebih kufur akan nikmat Wassalam

Ustaz Nazri 240918

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT telah memberi peringatan kepada mereka yang ingkar akan azab kubur dan azab neraka. Ancaman itu termaktub didalam Al Quran ✓ Kematian merupakan bermulanya siksaan dalam kubur bagi orang yang ingkar ✓ Sebaliknya kematian merupakan nikmat bagi orang orang yang beriman dan bertaqwa ✓ Diakhirat kelak Allah SWT menunjukkan segala amalan kita. Yang baik dan yang buruk. Oleh kerana itu segeralah bertaubat. Jangan tangguh. ✓ Orang kafir dan orang yang banyak dosa setelah mendapat rekod amalan nya, tahu yang amalan dosanya banyak. Nak menyesal pun dah terlambat. Tempatnya di neraka. "Kalau aku dulu jadi tanah" keluhan sebelum dihukum. Wassalam

Ustaz Shahriza 230918

Kuliah Maghrib ✓Agama Yahudi dan Nasrani rosak     • Ahli agama mereka pinda wahyu     • Kitab dirombak     • Mengikut mahzab masing     • Melarang orang awam bertanya ✓ Agama Islam pula...      • Landasannya Qur'an yang satu      • Serta hadits yang sohih      • Orang awam digalakkan bertanya      • Kalau tak tahu, bertanya ✓ Syariat Islam     • Hukum daripada Allah SWT yang disampaikan oleh Rasulullah SAW     • Nas daripada Al Quran dan Hadith     • Tidak boleh diubah oleh manusia mengikut nafsu orang tertentu ✓ Rasulullah SAW, Nabi Muhammad     • Diturunkan untuk semua manusia     • Qur'an ini untuk penjelasan untuk semua manusia     • Tuturan Baginda dipandu Allah SWT     • Para sahabat taat akan apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW     • Perbezaan pendapat para sahabat setelah baginda wafat ✓ Setelah wafat Rasulullah SAW, Selepas zaman para sahabat...     • Muncul perbezaan     • Ada yang membelakangi hadith     •

Ustaz Jihad 220918

Kuliah Subuh ✓ Para sahabat Rasulullah SAW berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memasukkan ke dalam diri mereka sifat dan minda orang mukmin. Minda dan perangai yang dicontohi daripada keperibadian Rasulullah SAW. ✓ Mereka cukup takut daripada mempunyai sifat dan keperibadian munafik. ✓Orang mukmin...     • Selalu bertaubat akan segala dosa dosa. Rasa menyesal akan kelakuan. Menempelak diri sendiri kerana melakukan dosa. Berazam tidak mengulangi perbuatan dosa. Meminta maaf kepada orang yang kita lakukan dosa.     • Selalu beribadah kepada Allah SWT. Dengan cara melakukan ibadah amal soleh. Bersegera melakukan kebaikan.     • Sentiasa memuji Allah SWT. Apa sahaja kebaikan yang diterima ia kembalikan kepujian kepada Allah SWT.     • Dimana sahaja mereka berada akan berusaha untuk mengembangkan agama Islam. Berdakwah kepada masyarakat.     • Sentiasa menyuruh akan kebaikan dan melarang keburukan.     • Menjaga segala batas batas yang dilarang didalam ajaran Islam

Ustaz Zaki 210918

Kuliah Maghrib ✓ Sejarah telah mencatitkan bahawa orang Melayu Nusantara beragama Islam     • Kedatangan Islam di Melaka didalam lingkungan tahun 1300 masehi     • Batu bersurat di Terengganu juga dijangka likungan tahun yang sama     • Begitu juga kedatangan Islam di Lahat Datu Sabah ✓ Hari ini Islam dinegara Malaysia dicabar     • Dengan fahaman Islam liberal     • Persoalan menyamakan Islam itu sama statusnya dengan agama lain     • Ada pemimpin yang menyarankan masyarakat mukmin supaya tidak menonjolkan agama Islam didalam kegiatan harian ✓ Orang mukmin kena berwaspada agar tidak memutuskan Islam didalam hidup mereka. Jika...     • Menyatakan bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya bukan dijadikan oleh Allah SWT     • Alam ini binasa kerana masanya sudah sampai bukan kerana kehendak Allah SWT     • Menafikan zat Allah SWT ✓ Penting umat mukmin mempelajari ilmu aqidah agar tidak mudah diselewengkan. Ilmu aqidah itu merupakan fardhu Ain ✓ Diza

Ustaz Rahmatullah 180918

Kuliah Maghrib ✓ Manusia selalu mengikut nafsu     • Tama' akan kesenangan dunia     • Sanggup melakukan kerosakan     • Maka timbul ' environmental problems' ✓ Bila tinggal panduan Illahi      • Rosak lidah, manusia rosak      • Rosak hati, ditangisi malaikat ✓ Rosak lidah (lisan)      • Fitnah      • Pembohongan      • Penipuan ✓ Rosak Hati      • Riak      • Sombong      • Dengki Khianat      ✓  Suka akan sesuatu (duniawi)      • Jangan terlalu leka      • Hingga langgar hukum Allah SWT      • Sekiranya begitu jadilah dia hamba      • Hamba dunia ✓ Hati yang bercahaya     • Bersih daripada sifat mazmumah     • Beramal Soleh     • Melawan nafsu Wassalam    

Ustaz Dato' Nahrawi 170918

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam ✓ Didalam Islam kerukunan rumah tangga adalah perkara yang ditekankan      • Perlu suami dan isteri menjalankan tanggungjawab masing-masing      • Beramanah menjalankan kewajipannya      ✓ Kaum lelaki adalah pemimpin      • Wajib memberi nafkah      • Wanita solehah taat kepada suaminya      • Wanita wajib memelihara kehormatan diri ketika suaminya tiada di rumah      ✓ Semua orang adalah pemimpin. Bertanggungjawab diakhirat kelak.     • Lelaki akan ditanya tentang kepimpinan keluarganya. Dari semua aspek agama.     • Perempuan juga akan ditanya tentang urusan rumahtangganya. Suami dan anak-anak nya. ✓  Sekiranya suami tidur didalam keadaan marah kepada isterinya.(enggan bersama dengan suaminya)      • Niscaya dilaknat oleh para malaikat sepanjang malam hingga ke waktu pagi.      • Sehingga suaminya redha kepadanya ✓ Bila suami memanggil isterinya     • Untuk sesuatu hajat     • Hendaklah isteri bersege

Kuliah Subuh 170918

Masjid AL Huda • Orang yang beriman hendaklah memohon perlindungan Allah SWT. • Rasulullah SAW memohon perlindungan daripada empat perkara   • Ilmu tidak menafaat   • Hati yang tidak tenang   • Jauhkan dari kehidupan yang tidak pernah cukup   • Doa yang tidak diterima • seorang mukmin hendaklah berakhlak tinggi. Bila ia berjalan janganlah langkahnya sombong dengan orang lain.     • Tidak angkuh     • Jumpa orang memberi salam     • Memberi senyuman     • Langkah yang bersederhana • Rasulullah SAW bila baginda berjalan, langkahnya cepat. Tidak dengan cara yang lemah. • Saidina Omar bisa menegur seorang muda yang berjalan secara lemah longlai. Dinasihatnya supaya berjalan dengan tegap langkahnya. • Apabila hendak ke tempat solat, berjalan dengan tenang. Tidak dengan cara berlari. • Orang mukmin juga bila dia bertutur dengan kata-kata yang baik.     • Walaupun orang yg jahil bertutur yang perkataan yang menghina     • Dia tetap membalas deng

Ustaz Azman 160918

Kuliah Subuh 1. Iman pada bahasa adalah membenarkan sesuatu didalam hati, tasdiq. 2. Pada syariat iman adalah hati membenarkan segala apa yang dibawa Rasulullah SAW dengan pengetahuan yang dharuri tanpa apa apa dalil. 3. Melafaz dua kalimah syahadah itu belum lagi hakikat iman. Melafaz itu hanya syarat untuk melakukan segala hukum Islam. 4. Iman itu meliputi yang zahir dan tasdiq didalam hatinya. Zahir apabila dia melafazkan dua kalimah syahadah. Tasdiq didalam hati akan apa yang dibawa Rasulullah SAW. 5. Orang yang tidak pernah melafazkan syahadah tetapi didalam hati dia membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ulama' menyatakan orang sedemikian adalah mukmin secara batin. Pada hakikatnya dia secara zahir tidak beriman. Tetapi dia diakhirat kelak ditakrifkan seorang mukmin, boleh juga dia memasuki syurga. 6. Sebaliknya jika sesaorang yang secara zahirnya mukmin. Tetapi didalam hatinya dia tidak mempercayai seluruhnya ajaran Rasulullah SAW. Didunia dilakuka

Ustaz Dr Shihabuddin 130918

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam • Istilah taubat didalam bahasa Arab    • Kembali    • Bersih    • Insaf • Dari segi praktiknya taubat adalah sesaorang yang berazam untuk tidak mengulangi dosa atau maksiat • Perbuatan maksiat atau berdosa    • Dengan manusia    • Dengan Allah SWT • Allah SWT tidak menerima taubat jika tidak menyelesaikan dosa dengan manusia    • Minta maaf    • Minta redha atau halal • Akibat tidak menyelesaikan dosa dengan manusia    • Pahala kita dipindah kepada orang lain    • Dosa orang lain berpindah kepada kita • Berdosa yang berkait dengan harta benda. Perlulah dibayar balik atau diminta redha tuan punya harta yang diambil secara haram. Barulah taubat itu diterima Allah SWT. • Empat jenis taubat    • Berkait dengan dosa harta. Perlu dibayar balik    • Berkait dengan manusia. Perlu meminta maaf.    • Berkait dengan diri sendiri    • Berkait dengan persoalan agama. Seperti meninggal solat • Dosa y

Ustaz Ghazali Omar 120918

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam •  Tanggungjawab seorang mukmin di-akhir zaman ini adalah untuk memastikan ahli keluarga nya teguh iman mereka. Tidak tergelincir memegang aqidah yang salah. Seumpama ajaran Syiah. • Bagi orang mukmin yang sedang menjalankan ibadah haji, berwukuf di Arafah merupakan kemuncak. Sentiasa mengingat akan hari akhirat dipadang Mahsyar. • Bagi sesiapa yang sedang menyediakan bekal untuk ke tanah suci bagi mengerjakan haji atau umrah, berniatlah seakan dia menyediakan bekal untuk ke akhirat. • Semasa ditanah suci hendaklah memperbanyakkan infaq.... • Perjalanan ke tanah suci itu adalah satu perjalanan yang jauh. Jadilah pengalaman tersebut sebagai satu peringatan akan perjalanan yang bakal ditempuh dipadang Mahsyar kelak. Perjalanan yang lebih lebih lagi jauhnya. • Ingat akan kematian yang setiap manusia akan merasainya. Semasa memakai ihram, bayangkan setelah kita mati begitulah pakaian kain kafan kita. Tak kira status duniawi.

Kuliah Subuh 110918

Masjid AL Huda Shah Alam • Awal Muharam melambang tahun baru hijrah. Tahun ini 1440 hijrah Rasulullah SAW daripada Mekah ke Madinah. • Rasulullah SAW adalah seorang yang mulia dan cukup amanah. Baginda digelar Al Amin. • Orang Mekah pada asalnya mengikut agama Nabi Ismail. Tetapi kemudian menyembah berhala. Serta mempunyai budaya yang buruk. • Nabi Muhammad setelah mendapat wahyu pada mulanya disebarkan secara diam-diam. Setelah tiga tahun diperintah Allah SWT supaya menyebarkan agama Islam secara berterangan. Dari detik ini mulalah orang Quraish bermusuh dengan baginda. • Ketua orang Quraish musyrikin adalah Abu Jahal. Yang menyerang orang yang memeluk Islam dengan menyiksa mereka secara fizikal. • Dengan rahmat Allah SWT, agama Islam berkembang dengan pesatnya walaupun diserang oleh orang musyrikin. Ramai orang kenamaan Mekah juga memeluk Islam. Seperti Omar dan Hamzah. • Setelah agama Islam berkembang dengan pesatnya, pemimpin Quraish mula menawarkan keka

Ustaz Rahmatullah 100918

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam • Manusia berbeza. Hati mereka juga berbeza mengikut amalan nya. • Orang Alim banyak memuji Allah SWT. Mengharap ganjaran daripada NYA • Orang yang Zuhud banyak memohon doa kepada Allah SWT • Bagi seorang mukmin perlulah selalu memuji dan memohon bantuan Allah SWT • Penyakit hati membawa masalah kepada jiwa sesaorang mukmin. Wajib mempelajari akan penyakit hati, kerana ia senang untuk menyerang sesaorang. • Barang siapa yang menyangka bahawa dia mempunyai penolong lebih hebat daripada Allah SWT. Maka ia belum mengenal Allah SWT. • Barang siapa yang menyangka ada perkara yang lebih jahat daripada hawa nafsunya. Maka ia belum mengenal dirinya. • Musuh utama manusia adalah iblis dan nafsu amarah. Maka dengan itu penting mendidik nafsu supaya ia tidak mengikut bisikan iblis. • Dihari tahun baru ini hendaklah sesaorang mukmin berazam agar mempertingkatkan iman dan amal. • Selepas mengerjakan solat hendaklah sesaorang itu berzik

Ustaz Nazri 100918

Kuliah Subuh 1) seorang yang sudah lambat mengikut imam, perlulah dia membaca surah Al Fathihah sekadar mana ia dapat sebelum iman rukuk 2) Jika seseorang itu masuk solat berjemaah. Imam sudah rukuk. Dia tetap kena ikut pergerakan imam, tetapi dia tidak mendapat rakaat tersebut. Apabila iman memberi salam dia kenalah teruskan solatnya menghabiskan rakaat yang tertinggal. 3) Didalam satu keadaan dimana seorang hendak solat fardhu. Dia masuk berjemaah dengan seorang yang solat sunat. Adakah di bolehkah? Ya dia dibolehkan.... 4) Imam sedang membaca tahiyat awal dirakaat yang kedua, seseorang masuk berjemaah. Imam bangun untuk rakaat ketiga. Makmum tidak perlu menghabiskan bacaan tahiyat, dia hendaklah bangun mengikut imam. 5) Tetapi jika seseorang masuk berjemaah diwaktu imam sedang membaca tahiyat akhir. Dia belum habis membaca tahiyat imam sudah memberi salam, perlulah dihabiskan membaca tahiyat sehingga habis, kemudian barulah dia bangun teruskan solatnya. 6) Diperingatkan bah

Ustaz Firdaus 080918

Kuliah Subuh 1) Pada tahun ke 9 Rasulullah SAW menjalankan tugas mengajak manusia kembali kepada fitrah agama Allah SWT merupakan tahun yang sedih. Baginda kehilangan isterinya dan juga bapak saudaranya. Manusia yang memberi sokongan kuat kepada baginda. 2) Berbagai peristiwa yang menguji akan keimanan baginda. Begitu juga dengan para sahabat baginda. 3) Boikot ekonomi masih dikuatkuasakan oleh pihak pemimpin kafir Mekah yang berlarutan selama tiga tahun. Memang cukup mencabar pada pihak orang mukmin. Makanan dan bekalan harian susah untuk mendapat nya. 4) Para sahabat yakin akan pertolongan Allah SWT. Yakin yang kesusahan ini akan dibalas dengan sesuatu yang baik. Pertolongan Allah SWT pasti akan datang untuk membantu orang-orang yang beriman. 5) Para sahabat dan orang-orang yang beriman yang lain dapat bertahan dengan berbagai ujian kerana mencontohi akan kepimpinan yang hebat, Rasulullah SAW. 6) Akhlak baginda yang tinggi bukan sahaja diiktiraf oleh sahabat tetapi juga

Ustaz Nazri 070918

Kuliah Maghrib Didalam solat ada enam tempat sunat untuk bersattah ( berhenti seketika) 1) Selepas takbir ratul ikram 2) Selepas membaca doa iftitah sebelum membaca Auzuubillah 3) Selepas membaca Auzuubillah sebelum membaca surah AL Fatihah 4) Selepas membaca Al Fathihah sebelum membaca Ameen 5) Selepas membaca Ameen dan membaca surah 6) Selepas membaca surah sebelum rukuk Semasa imam membaca Al Fathihah jika makmum membaca bersama sama, solatnya sah. Tetapi ada pendapat yang menyatakan perbuatan itu makruh. Didalam situasi dimana apabila imam selepas membaca Al Fathihah dia terus membaca surah yang pendek. Selesai sahaja membaca surah dia terus rukuk, tetapi makmum belum selesai membaca Al Fathihah. Makmum perlu membaca Al Fathihah sehingga selesai. Dibolehkan terlambat tiga perbuatan yang panjang. Wassalam

Ustaz Shamsuddin 120317

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman hendaklah yakin bahawa apa yang terjadi didalam alam ini mengikut ketentuan Allah SWT. Maka layaklah sesaorang hamba itu memohon sesuatu perkara yang baik kepada Allah SWT dengan rajin sekali. Tercatit didalam Al-Quran sekirnya sesaorang hamba itu memohon kepada NYA maka akan diperkenankan permobonan itu. Perlulah sesaorang hamba itu selalu berdoa kepada Allah SWT sebagai hubungan erat diantara seorang hamba dengan Tuhan yang maha kuasa. Sesaorang hamba yang selalu berdoa kepada Allah SWT menunjukkan bahawa dia seorang hamba yang rendah dan hina mengharap sesuatu kepada Yang Maha Kuasa, Raja sekalian Makhluk, Pencipta Alam ini. Seorang yang berdoa hendaklah merasa dirinya fakir dan mengharap sangat bantuan Penciptanya yang Maha Pemurah dan Maha penyayang mengikut ketentuan NYA. Ketetapan yang diberikan Allah SWT kepada seorang hamba yang selalu meminta kepada NYA adalah yang terbaik dan yang

Ustaz Shamsuddin 180317

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman hendaklah sentiasa meningkatkan darjat imannya. Mengenali Allah SWT adalah tingkatan yang tinggi didalam ilmu tauhid Al 'arif billah itu tidak akan hilang keadaan dhorurotnya (kesulitan dan selalu butuh kepada Allah), dan akhir dari semua cita-cita atau harapannya selalu bersama Allah tidak yang lain-Nya Sesaorang yang telah sampai ketahap Arif Billah sentiasa hidup didalam keadaan berhajat kepada Allah SWT. Hatinya hanya mengharapkan pertolongan Illahi. Sebaliknya orang awam ada masa dia ingat kepada Allah SWT. Ada masa dia alpa kepada NYA. Semasa susah ramai yang mengharapkan pertolongan Allah SWT, tetapi apabila senang ramai yang lalai mengingati NYA. Arif Billah dengan ilmu dan imannya sentiasa mengigati Allah SWT. Dia mengenal dirinya sebagai seorang hamba yang lemah. Tidak ada daya dan upayanya melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Apabila hati sesaorang sentiasa mengingati Allah SWT (

Ustaz Shamsuddin 170617, Kuliah Subuh, Masjid Al Huda, Shah Alam

Orang yang beriman hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT. Sebagai hamba perlulah mempunyai rasa rendah diri dan takut kepada NYA. Adab perlu dijaga ketika berhadapan dengan ketetapan Allah SWT. Sekira seorang mukmin berhadapan dengan ujian maka perlulah ia menerimanya dengan berlapang dada. Jangan dipersoalkan kenapa diri kita yang diuji. Bukan orang lain. Kehendak Allah SWT tidak boleh dipersoalkan. Kerana perbuatan itu seperti manusia yang tidak bersopan dengan NYA. Yakin bahawa setiap ketetapkan yang terjadi keatas diri kita adalah baik. Hanya kadang kala kita yang tidak dapat memahami hakikatnya. Dikhuatiri bila kita mempersoalkan ketetapan Allah SWT seolah kita tidak lagi merasakan diri seorang hamba NYA. Semasa berdoa kepada Allah SWT perlulah menjaga adab. Jangan doa tersebut seakan kita memberi arahan kepada NYA. Jangan berputus asa ketika berdoa. Walaupun tidak nampak makbulnya doa tersebut. Mustajabnya doa kita bukanlah dinilai dari

Ustaz Shamsuddin 130817

Wirid daripada perspektif tazawuf 1. Wirid memberi berbagai kebaikan termasuk WAARID. Iaitu satu kebaikan dari Allah SWT 2. Orang Soleh beramal      - secara zahirnya dihiasi syariat      - secara bathin dengan tauhid      - seluruh hidup disusun baik 3. Kehidupan disusun dengan wirid      - hidup di penuhi dgn amal soleh      - secara konsisten      - ganjarannya adalah WAARID 4. WAARID     - anugerah daripada Allah SWT     - ganjaran kpd yang berwirid     - nilainya tak terkira     - berterusan hingga akhirat 5. Wirid adalah amal soleh      - dilakukan berulang kali      - secara konsisten      - mendekatkan diri kepada Allah SWT      - diisi setiap waktu      - menghiaskan hidup dgn kebaikan 6. Allah SWT memberi anugerah kepada orang yang berwirid dengan ketenangan didalam sanubarinya. Jiwanya aman dan damai dengan suasana sekeliling. Faham akan hakikat kejadian yang dilalui. 7. Orang yang beriman hendaklah menyusun waktu h

You have 7 chats waiting in Evernote!

Image
You have 7 chats waiting in Evernote People want to chat with you. Click the green button to join in.

Ustaz Yahaya 050918

Kuliah Maghrib Semenjak zaman dahulu lagi manusia berusaha untuk mengenali akan Tuhan yang maha kuasa Sebelum Islam lagi Budha, Confucius, DLL cuba mengajak manusia membersihkan jiwa untuk mengenal tuhan Didalam agama Islam, ilmu tasawwuf merupakan kawasan ilmu bagi membersihkan hati untuk mengenal Allah SWT Zikrullah merupakan kaedah yang digunakan oleh para solihin untuk mendidik RUH mendekati akan makrifat SWT RUH orang orang yang beriman sentiasa berzikir. Semasa masih didalam rahim lagi. RUH yang bersih adalah satu yang penting bagi manusia mencapai ketinggian budi untuk manusia mendekatkan diri dengan Allah SWT Apabila hati seseorang itu bersih serta ikhlas menyerah diri kepada Allah SWT maka RUH nya melihat kebesaran dan kekuasaan Allah SWT melampaui pandangan fizikal Karamah ini dianugerahkan kepada hamba Allah SWT yang mulia. Dari setiap zaman ke zaman. Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 040918

Kuliah Maghrib Ambil kesempatan mengerjakan haji atau umrah bersama suami/ isteri Jika berkemampuan bawa bersama sama kaum keluarga Berdoalah dimasjidil haram agar Allah SWT merahmati seisi keluarga kita Janganlah khuatir akan kewangan yang dibelanjakan semasa mengerjakan haji atau umrah. Allah SWT akan menggantikan rezeki kita Tunaikan haji dengan wang yang halal Lunaskan dulu wang zakat dan hutang Pastikan wang yg dibawa adalah bersih daripada perkara yang haram Orang yg menggunakan wang yang halal Allah SWT akan meredhai ibadat mereka Semasa didalam ihram hendaklah memperbanyakkan talbiah serta zikir sebanyak yang mungkin Segala perbelanjaan yang digunakan semasa mengerjakan haji/ umrah hendaklah berlapang dada dengan sepenuh ikhlas. Yakinlah bahawa Allah SWT akan gantikan dimasak depan Pahala orang yang membelanjakan wang untuk mengerjakan haji & umrah sama dengan pahala berjihad Digalakkan memberi sedekah kepada orang yang miskin atau orang yang putus belanja. Semasa di tanah

Ustaz Rahmatullah 030918

Kuliah Maghrib Perbuatan maksiat Timbul akibat nafsu Timbul kerana sombong Maksiat kerana nafsu Berpeluang untuk diampunkan jika dia bertaubat Maksiat kerana sombong Keangkuhan dan tidak merasa salah bila melakukan maksiat Tidak ada keampunan  Orang yg menangis diakhirat Masuk neraka Didunia semasa melakukan maksiat dia lagi seronok Orang yang menagis didunia Kerana rasa bersalah bila melakukan maksiat Diakhirat dia gembira bila Allah SWT ampunkan dosa serta terima taubat Allah SWT benci kepada orang yang tua Masih melakukan maksiat Tidak bertaubat Jangan remeh akan dosa- dosa kecil Kerana yg kecil tetap berdosa, ia lama lama akan membesar Akan jadi dosa besar Ganggu jiwa Dosa besar yg dilakukan sekali jika dipohon taubat mungkin mendapat keampunan Orang mukmin takut melakukan dosa Walaupun kecil Bagaikan bukit akan hempat nya Orang yang tidak beriman  Tidak takut lakukan dosa Dia anggap bagaikan lalat yang hinggap Untuk hindar dari berdosa Perlulah mempunyai ilmu Agar tahu apa yg baik