Posts

Showing posts from October, 2018

Ustaz Jemputan 291018

Kuliah Maghrib ✓ Sahabat besar Rasulullah SAW. Adalah mereka yang selalu duduk dimajlis Baginda. Ada yang banyak meriwayatkan hadis. Tetapi ada juga yang tidak banyak meriwayatkan hadis. ✓ Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Usman dan Saidina Ali merupakan sahabat besar Rasulullah SAW. ✓ Utbah RA adalah seorang sahabat besar yang meriwayatkan hadis yang mahsyuhr mengenai kebesaran surah tiga Qul. ✓ Ibnu Abbas RA merupakan seorang sahabat besar Rasulullah SAW. Beliau juga sepupu Baginda. ✓Beliau meriwayatkan hadis mengenai kedudukan makmum ketika mengikut imam. Ia itu Afdhal  berdiri dibelakang imam disebelah kanan. ✓ Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma. Ia berkata: "Aku menginap di rumah bibiku, Maimunah. Pada malam harinya, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam shalat malam. Lalu aku bangun dan berdiri di sebelah kiri beliau. Lalu beliau memegang kepalaku dan memindahkanku ke sebelah kanan beliau." Hadis Muttafaq 'Alaih. ✓ Ath-Thabran

Ustaz Mizan 281018

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT menjaga umat dari fitnah dajjal. Bagi sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al Kahfi. ✓ Baginda Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar umat mukmin dilindungi daripada fitnah dajjal. ✓ Fitnah dajjal itu akan muncul diakhir zaman. Maka kita ini sudah sampai ke akhir zaman. ✓ إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". Surah Kahfi ayat 10 ✓ Perhatikan doa didalam ayat yang diatas. Doa yang dipohon oleh Ashabul Kahfi kepada Allah SWT kerana diburu oleh raja yang zalim. Kerana mereka orang yang beriman. Tidak mahu mengikut cara pemerintah yang kafir ✓ Orang-orang yang beriman hendaklah selalu membaca Al Quran. Kerana ia menjad

Ustaz Yahya 281018

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT tidak memberatkan umatNYA. Apa sahaja perintah NYA adalah sesuatu yang mampu dijalankan. ✓ Manusia ada yang ikhlas bila melakukan sesuatu ibadah. Tetapi ada juga yang tidak ikhlas. Ada yang riak. ✓ Hati yang ikhlas itulah yang dipandang oleh Allah SWT. DIA tidak menilai manusia pada pandangan fizikal. Tetapi yang dinilai adalah hati yang betul ikhlas apabila seseorang ganda melakukan kewajipannya ✓ Nikmat bagi sesaorang hamba adalah dia mendapat keredhaan Allah SWT didalam amalannya. Walaupun sedikit amalannya, tetapi segala amalannya diterima  NYA. ✓ Sebaliknya amalan yang banyak yang dikerjakan oleh seseorang tetapi tidak ikhlas didalam melaksanakannya. Dia didorong oleh nafsu. Melakukan ibadah kerana hajat yang terselindung. Keikhlasannya cacat. Allah SWT tidak melihat amalan sebegini. ✓ Orang yang ikhlas, setiap amalannya akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Dia mendapat Nur Iman. Mata hati yang terang. ✓ Apabila Allah SWT memberi redhaNYA kepada sese

Ustaz Adnan 241018

Kuliah Maghrib ✓ Pahala yang diberi kepada hambaNYA setelah dia membuat amalan yang baik      • Bukanlah wajib bagi Allah SWT      • Hanya harus sahaja      • Pahala yang diberi kerana rahmat NYA ✓ Seseorang mukmin apabila dia melakukan amal yang Soleh hendaklah kerana ikhlas kepada Allah SWT. Bukan kerana hendak mendapat pahala. ✓ Syurga diberikan Allah SWT kepada hambaNYA bukanlah kerana dia itu melakukan amalan. Tetapi syurga diberikan kepada hamba NYA kerana rahmatullah. Inilah pegangan ahli sunnah Waljamaah. ✓ Orang yang beriman hendaklah memahami qado' dan qadar adalah kehendak Allah SWT ✓ Setiap yang jadi dialam ini adalah kehendak Allah SWT. Semua umat berkehendakan NYA. Dan DIA adalah yang terkaya sekali. ✓ Wassalam

Ustaz Dato' Nizam 231018

Kuliah Maghrib ✓ Apabila Allah SWT menurunkan bala' keatas hambaNYA ...      • Sebagai peringatan      • Balasan diatas maksiat ✓ Nabi Noh AS menjalankan dakwah kepada umatnya selama 950 tahun. Tetapi masih juga degil untuk beriman. Oleh demikian Allah SWT menghapuskan mereka yang kafir dengan satu banjir yang besar. ✓ Ramai Nabi- Nabi pengikut mereka berlaku curang. Enggan untuk beriman. Sehingga Allah SWT menghapusnya umat mereka dengan berbagai bala'. ✓ Kaum Nabi Luth juga menerima nasib yang sama kerana engkar berhenti daripada melakukan maksiat. Allah SWT memerintahkan malaikat bertemu Nabi Luth memberitahunya akan hukuman yang akan dikenakan keatas umatnya. Di hari itu, di akhir malam, Jibril mengangkat rumah-rumah kaum Luth. Semuanya ada tujuh rumah. Rumah-rumah itu diangkat, lalu dibalikkan. Bagian atas ditaruh di bawah kemudian dihempaskan ke bumi. Sementara dari langit batu-batu dari sijjil –yang setiap batu tertulis nama orang yang hendak ditimpakan—menghujani mereka

Ustaz Nazri 221018

Kuliah Maghrib ✓ Saidina Aisyah RA melihat sendiri akan saat terakhir Rasulullah SAW hendak bertemu dengan maut ✓ Di depan Rasulullah SAW terdapat bejana berisi air. Beliau memasukkan kedua tangannya dalam wadah tersebut dan mengusapnya ke wajahnya seraya berkata: لا إله إلا الله إن للموت سكرات "Tiada Tuhan selain Allah, sesungguhnya setiap kematian itu ada sakaratnya." ✓ Baginda SAW yang merupakan seorang kekasih Allah SWT pun ketika sarakatul maut merasa kesakitan. Cuba bayangkan kita yang hina ini. Yang bekalan untuk akhirat amat sedikit. ✓ Sebagai insan yang tidak terlepas daripada perbuatan dosa perlulah memperbanyakkan istighfar ✓ Seorang yang beriman perlu beringat bahawa sesaorang mukmin yang berakhlak baik akan kesyurga. Tetapi yang tidak berakhlak baik masuk ke dalam neraka ✓ Berdoalah kepada Allah SWT agar kita mendapat satu kematian yang baik. ✓ Orang-orang yang beristiqamah didalam agama Islam akan datang bertemu mereka di padang Mahsyar dua malaikat yang mendamp

Ustaz Azman 211018

Kuliah Subuh ✓ Iman didalam hakikatnya adalah membenarkan didalam hati akan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW ✓ Melafazkan dua kalimah syahadah itu belum memenuhi kehendak iman. Ada juga orang bukan Islam yang boleh lafaz syahadah. Bila ditanya sudah memeluk Islam dijawapnya belum lagi ✓ Lafaz syahadah merupakan Syarat untuk diperlakukan hukum Islam didalam dunia ini sahaja. Pada hakikatnya sama ada dia benar-benar beriman hanya Allah SWT yang menilainya ✓ Hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi akhlaknya tidak melambangkan yang dia seorang yang beriman. Bila dinasihati dengan baik tidak mahu menerimanya ✓ Beriman kepada Allah SWT itu cukup bila dia membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW Didalam hatinya sahaja. Tetapi bagi manusia lain untuk mengetahui imannya perlulah dilafazkan. Supaya dapatlah diperlakukan hukum syariat keatasnya. Seperti bab kahwin, faraid, mati dan yang lain-lain lagi ✓ Oleh demikian janganlah kita semudahnya melabelkan sesaorang itu manusia yang tidak

Ustaz Jeffry 201018

Kuliah Maghrib ✓ Islam adalah satu agama yang menyeluruh. Termasuk hal individu, famili, komuniti, negara dan antara bangsa. ✓ Tiada ada agama lain yang menyeluruh sama seperti agama Islam ✓ Asas agama Islam adalah tauhid. Mengisakan Allah SWT. Tiada ada yang mempersekutukan dengan NYA. ✓ Yakin akan wujudnya Allah SWT. Menyaksikan dengan hati bahawa Allah SWT yang menjadikan segala yang berada didalam Alam ini. Yakin bahawa alam ini ada kerana dijadikan Allah SWT. ✓ Tauhid akan menimbulkan jiwa kehambaan didalam diri seorang mukmin. Berbeza dengan jiwa seorang yang bersifat tuan. Begitu juga ketauhidan juga akan menjauhi jiwa yang liberal daripada hukum agama. Apabila seseorang itu yakin kepada Allah SWT maka dia juga yakin dan taat kepada hukum-hukum NYA. ✓ Sifat sombong itu adalah sifat iblis. Apabila Allah SWT memerintahkan malaikat dan iblis tunduk menghormati kejadian baru Allah SWT ia itu Adam. Para malaikat patuh akan perintah tersebut. Tetapi iblis enggan. Sombong yang dia lebi

Ustaz Shamsuddin 20/10)18

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT maha berkuasa. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang dengan kehendak NYA ✓ Allah SWT sentiasa melihat akan segala makhlukNYA. Tidak ada hijab diantara diri makhluk dengan NYA. Tiada ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuan NYA ✓ Sebenarnya tiada hijab diantara makhluk dengan Allah SWT. Sekiranya kita tidak nampak Allah SWT maka yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat akan apa sahaja yang kita lakukan ✓ Para ulama menyatakan walaupun kita tidak nampak Allah SWT dengan mata kasar tetapi orang yang beriman yang tinggi tingkatkan imannya dapat melihat NYA dengan mata- hati ✓ Sebagai makhluk manusia hidup didunia ini dengan segala kenikmatan nya . Sehingga sampai satu tahap yang manusia leka dengan kehidupan dunia hingga lupa kepada penciptanya. ✓ Dunia ini wujud sebagaimana makhluk melihatnya didalam kotak minda masing-masing. Maka terjadi sesuatu perkara yang berlainan sangkaannya dengan realiti. Sehingga ada perkara yang terjadi yang minda manusia tida

Ustaz Zaki 19/10/18

Kuliah Maghrib ✓ Agama Allah SWT daripada dahulu lagi mesejnya sama. Iaitu beriman dengan mentauhidkan Allah SWT tanpa mempersekutukan dengan apa sahaja yang lain. ✓ Nabi Ibrahim RA menganjakkan masyarakatnya agar beriman kepada Allah SWT sahaja. Tetapi mereka tetap dengan penyembahan berhala. Rajanya Namrud merupakan kepala musyrik. ✓ Apa sahaja perintah Allah SWT wajiblah seseorang beriman patuh dan yakin dengan hukum NYA ✓ Tidaklah dibolehkan seorang mu'min menyokong perbuatan maksiat. Menredhakan perbuatan maksiat secara diam atau terbuka. Perbuatan tersebut boleh membawanya kepada syirik. ✓ Apabila ada orang yang memburukkan agama Allah SWT janganlah seorang yang beriman menredhakan nya. Berdoalah kepada Allah SWT agar kita dihindari dari bala'. ✓ Begitu juga sekiranya ada orang yang ingin mengetahui tentang agama Islam. Jangan sekali-kali ada orang beriman yang menghalangnya. Malah perlulah dia memberi penerangan yang baik atau membawa kepada siapa yang dapat membantu. ✓

Ustaz ? 171018

Kuliah Maghrib ✓ Orang Islam dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW untuk memberi hak kepada yang berhak. ✓ Rasulullah SAW menasihati para sahabat yang duduk bersembang ditepi jalan supaya menghormati hak orang lain yang juga menggunakan jalan. ✓ Baginda Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa Allah SWT melarang memotong pokok, terutama pokok bidara. ✓ Orang mukmin juga diminta berhemat ketika menyembelih binatang. Semasa berkorban diminta supaya lembu lembu yang lain tidak nampak lembu yang sedang disembelih. Ini menunjukkan betapa Islam menghendaki umatnya supaya menjaga adab apabila menjalankan ibadah. ✓ Memberi salam apabila bertemu dengan sesama mukmin dituntut. ✓ Digalakkan orang mukmin supaya memberi makan orang miskin. ✓ Rasulullah SAW juga melarang umat Islam memutuskan silaturrahim. Ukhwah mukmin hendaklah dijaga. ✓ Rasulullah SAW menuntut umat mukmin menjalankan solat diwaktu malam. Ketika orang lain tidur. ✓ Sunah baginda diatas kalau berjaya dijalankan maka ganjarannya ada

Ustaz Rahmatullah 161018

Kuliah Maghrib ✓ Ramai para sahabat semasa baru memeluk Islam disiksa oleh kaum musyrikin. Mereka sanggup melaluinya kerana iman yang kuat. Cahaya iman sudah memasuki jiwa mereka. ✓ Keluarga Amar Yasir diseksa...     • Digemur tengah panas sambil dipakaikan baju besi     • Sumaiyah dibunuh dengan disula     • Yasir dibunuh dengan dicarik badannya dengan ditarikan oleh seekor kuda ✓ Apabila sesaorang itu hilang iman. Mencintai dunia. Lupa akan hari pengadilan diakhirat kelak. Cinta dunia secara loba, hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun perkara maksiat. Jatuhlah martabat nya. ✓ Ramai yang mengelakkan diri daripada membayar zakat dengan berbagai helah. Tunggulah akan tiba bala' kerana maksiat tersebut. ✓ Begitulah juga apabila ramainya peminum arak dan pelaku zina akan datanglah bala' daripada Allah SWT. ✓ Digalakkan orang beriman berkawan dengan orang-orang yang baik. Menghindar diri daripada berkawan dengan orang-orang yang suka melakukan maksiat. ✓

Ustaz Firdaus 141018

Kuliah Subuh ✓ Orang-orang yang beriman bersungguh sungguh didalam mencontohi Rasulullah SAW Didalam setiap sudut kehidupannya ✓ Semasa dizaman mula mula Baginda menyampaikan risalah Islam, menghadapi tentangan daripada masyarakat Mekah. Termasuk kaum keluarga . ✓ Baginda dan para sahabat bersabar kerana beberapa faktor...     • Keimanan kepada Allah SWT     • Kuat memegang dengan ajaran Qur'an ✓ Zaid Harithah hidup bersama Nabi Muhammad. Diambil sebagai anak angkat baginda. Dia banyak berbakti dengan sebaiknya kepada Nabi Muhammad. ✓ Pada mulanya Zaid membinkan namanya kepada Nabi Muhammad. Tetapi ditegur Allah SWT dalam Al Quran. ✓ Semasa Rasulullah SAW pergi ke Taif untuk mengembangkan agama Islam. Zaid bersama sama dengan Baginda. ✓ Didalam perjalanan baginda ke Taif , setaip qabilah yang Baginda temui dianjakkan mereka kepada Risalah Islam. ✓ Setelah sampai di Taif, Rasulullah SAW bertemu dengan ketua qabilah untuk berdakwah. Tetapi dicemuh dan dihalau baginda dari Taif. Rasul

Ustaz Ghazali Omar 101018

Kuliah Maghrib ✓ Semasa wukuf di Arafah      • Berzikir, dengan bersungguh sungguh      • Munajat memikirkan akan dosa dosa      • Berdoa dengan bersungguh sungguh ✓ Semasa ditanah suci janganlah banyak melakukan perkara yang lagha. Berusaha bersungguh sungguh menunaikan ibadah. ✓ Memohon keampunan dari Allah SWT untuk diri sendiri, keluarga, jiran dan seluruh umat Islam. Pohon agar dianugerahi kebahagiaan hidup. ✓ Para malaikat dan wali-wali akan bersama sama dengan jamaah dihari wukuf di Arafah. Maka perlulah menjaga adab. ✓ Semasa berada di tanah haram para jemaah hendaklah bersangka baik kepada Allah SWT sepanjang masa. ✓ Wassalam

Ustaz Rahmatullah 081018

Kuliah Maghrib ✓ Seorang yang berusaha mencari bekalan  diakhirat akan mencapai kejayaan didunia dan akhirat ✓ Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan untuk kita melakukan ibadah ✓ Jika sesiapa mencari jalan kepada keredhaan Allah SWT maka dia akan merasa terasing dari kalangan manusia awam ✓ Sebaliknya jika sesiapa mencari jalan kerana hendak mendapat keredhaan manusia, maka dia akan terasa terasing daripada melakukan tanggungjawab kejalan Allah SWT ✓  Hati yang tergerak untuk melakukan ibadah  bergantung kepada sebanyak mana dia mengenal Allah SWT ✓ Lawan hawa nafsu memerlukan pengetahuan akan faedah melakukannya. Sebaliknya bila sesaorang tidak ada pengetahuan akibat mengikut hawa nafsu maka dia akan kalah untuk melawan kehendaknya ✓ Sesaorang anak lelaki bertanggungjawab mentaati kedua ibu bapanya melebihi isteri dan anak anaknya ✓ Seorang anak perempuan bertanggungjawab mentaati suaminya melebihi ibu bapanya ✓ Ketaatan anak kepada ibu bapa itu berat timbangan ganjara

Program menghafal makna bacaan didalam solat

Ustaz Razman 071018

Kuliah Maghrib ✓ Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan ibadat secara yang ikhlas. Bila mengerjakan ibadah dia akan merasakan kemanisannya. ✓ Melepaskan diri daripada riya' walaupun kecil. Perlu 'reset' balik hatinya supaya fokus mengerjakan apa sahaja amalan semata-mata kerana Allah SWT. ✓ Semasa melakukan ibadah hendaklah 'uzlah' dirinya daripada hal ehwal keduniaan. Agar mencapai ketenangan. ✓ Contoh 'uzlah' adalah seperti seorang mengerjakan ibadah didalam masjid. Rasa tenang didalam masjid berlainan dengan ketika beribadah di rumah sahaja. Solat, zikir, membaca Al Quran dan menghadiri satu majlis ilmu didalam masjid, hati akan lebih tenang. Kurang ingat masalah duniawi. ✓ Ketika seseorang sedang bersolat. Dengan khusyuk dan fokus. Segala apa disekelilingnya sudah tidak disedari. Diri dan hatinya semasa bersolat hanya kepada Allah SWT. Akan tercapai ketenangan. Solat itu merupakan situasi 'uzlah' akan hal duniawi. ✓ Menyepikan diri

Ustaz Yusof 071018

Kuliah Subuh ✓ Ketetapan Allah SWT tidak siapa dapat menghalang. Kejadian gempa bumi dan tsunami di Indonesia yang meragut beribu nyawa adalah beberapa contoh. ✓ Setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ada juga tugas yang wajib keatas seluruh umat. Bagi setiap mukmin menjadi fardhu Ain untuk berdakwah menyampaikan risalah agama Islam. ✓ Meyampaikan risalah agama Allah SWT memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut suasana. Walaubagaimanapun dakwah itu tetap dijalankan. Contohnya di Mesir dakwah yang dijalankan oleh Ikwan tetap berjalan walaupun ditindas dengan zalimnya oleh pemerintah. ✓ Didalam zaman moden ini terdapat banyak berita yang bersangkut-paut dengan hal ehwal ummah. Ada berita yang benar dan tak sikit juga berita yang tidak benar. Berita palsu ini akan merosakkan hubungan antara ummah yang dapat melemahkan ukhwah Islamiah. ✓ Ikhlas dan beramanah adalah sikap bagi setiap daei didalam menyampaikan risalah agama Islam. Tidak patut melakukan fitnah untuk menjatuhka

Ustaz Nizam UIA 061018

Kuliah Subuh ✓ Apa yang dilarang oleh Rasulullah SAW hendaklah ditinggalkan ✓ Apa yang disuruh oleh Baginda hendaklah dijalankan semampunya ✓ Bagi orang yang beriman, percaya bahawa Allah SWT melantik beberapa rasul. Seperti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. • Orang Islam hanya melaksanakan sunnah Nabi Muhammad. Tidak mengamalkan sunah Nabi yang lain. • Mereka tetap beriman kepada semua Nabi Nabi yang diwahyukan ✓ Bagi orang yang menolak hadith Rasulullah SAW kerana tidak yakin dengan periwayat hadith tersebut..   • Tapi dia masih beriman kepada Nabi Muhammad   • Jadi dia tidaklah ditakrifkan sebagai kafir   • Tetapi dia ini menyeleweng daripada pegangan para ulama ✓ Para rasul mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Para ulama menyatakan empat sifat...     • Sidiq     • Amanah     • Tabligh     • Fatonah ✓ Rasulullah SAW mempunyai sifat tabligh. Menyampaikan segala wahyu Allah SWT. Walaupun yang disampaikan susah diterima masyarakat.    • Masyarakat Arab tidak berkahwin dengan beka

Ustaz Yahya 031018

Kuliah Maghrib • Amalan Tasawwuf tercapai daripada...   • Amalan mengikut syariat   • Jauh dari hawa nafsu   • Bersih hati dari perkara yang buruk • Didalam mencapai tingkatan didalam ilmu tasawwuf    • Buangkan segala hasad didalam diri    • Melakukan ibadah kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW    • Melebihkan Allah SWT dan Rasulullah SAW diatas segala yang lain • Dizaman ini bagaimana hendak melebihkan Rasulullah SAW?    • Walaupun Rasulullah SAW sudah wafat    • Sunah baginda masih ada    • Mendekatkan diri kepada para Ulama, pewaris Nabi. • Menjaga segala sunah Nabi Rasulullah SAW    • Walaupun sunah itu kecil    • Jangan sekali meremehkan sunah    • Memuliakan orang yang  mengamalkan sunah baginda • Wassalam

Ustaz Rahmatullah 011018

Kuliah Maghrib ✓ Kadangkala hidup didunia ini melalaikan kita. Tak tahu pun apa yang akan ditempuhi diakhirat kelak. Melainkan orang yang beriman dan beramal Soleh. ✓ Mereka yang menjauhkan diri daripada maksiat hatinya akan lembut. Senang beribadat dan banyak beristighfar. ✓ Mereka yang meninggal akan makanan yang haram. Maka fikirannya baik. ✓ Mentaati perintah Allah SWT serta menjauhkan diri dari maksiat maka selamatlah hidup orang mukmin dunia dan akhirat. ✓ Apa sahaja perintah Allah SWT pasti ada kebaikan. Sekiranya ditolak perintahNya pasti ada keburukan. ✓ Takwa adalah perkara yang penting bagi seorang mukmin. Menentukan hidup manusia menjadi mulia atau sebaliknya ✓ Mereka yang taat akan perintah Allah SWT maka akalnya akan menjadi hebat. ✓ Mereka yang melakukan perbuatan syirik, Allah SWT akan jatuhkan kedudukan nya dan hina. ✓ Wassalam ✓