Posts

Showing posts from December, 2018

Ustaz Hashimi 291218

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beristiqamah bersolat jemaah akan diberi cahaya didalam kegelapan hari akhirat ✓ Mengadu domba (fitnah) merupakan penyakit didalam masyarakat yang sangat dilarang didalam Islam ✓ Perkara ini berluas luasa didalam era teknologi komunikasi yang canggih ini. Berita buruk disampaikan secara segera. Penyebaran fitnah membuat situasi kelam kabut didalam masyarakat ✓ Perbuatan ini merupakan perkara yang dilarang Allah SWT. Haram hukumnya sesiapa yang menyebar fitnah ✓ Sesiapa yang menghalalkan perbuatan mengadu domba tidak akan masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah". – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). ✓ Dari Ibnu Abbas r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah saw pernah berjalan melewati 2 (dua) kuburan, kemudian beliau bersabda : "Sesungguhnya 2 (dua) orang ahli kubur itu disiksa dan keduanya tidak disiksa karena dosa besar. Ya, benar. Sesungguhnya dosa itu adalah besar. Salah seorang di antara kedu

Kuliah Maghrib 251218

Masjid Al Huda Shah Alam ✓ Sebagai seorang mukmin hendaklah kita bersyukur diatas hidayah yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Walhal ramai orang hari ini menyambut hari Natal, mereka hidup didalam kegelapan. Tetapi mereka yakin itulah jalan yang benar. ✓ Surah Ali Imran ayat19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. ✓ Tidak ada agama yang diterima Allah SWT selain daripada Islam. Agama lain ditolak. Sebagai seorang yang beriman tidak dibolehkan merestui agama lain. Tidak boleh menyambut majlis agama lain. ✓ Untuk mempelajari agama ad

Ustaz Rahmatullah 181218

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah....       • Bertaqwa kepada Allah SWT       • Menjaga lisan       • Memperhatikan apa yg dimakan, halal dan haram ✓ Bagi sesaorang yang ingin mempelajari ilmu agama hendaklah menjauhi dirinya daripada perkara berikut...      • Mencintai dunia sehingga lupakan akhirat      • Mengambil syaitan sebagai teman      • Menyakiti orang lain ✓ Orang yang bahagia...      • Mempunyai hati yang alim      • Sentiasa bersabar didalam mentaati perintah Allah SWT      • Merasa cukup dengan rezeki yang Allah SWT anugerahkan ✓ Perkara yang akan membawa kebinasaan...      • Melampaui batas didalam bercakap      • Berlebih-lebihan didalam pemakanan      • Terlalu banyak tidur ✓ Wassalam

Ustaz Shamsuddin 151218

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman hendaklah berwaspada apabila dipuji orang. Minta perlindungan daripada Allah SWT ✓ Saidina Ali RA apabila dipuji orang lain berdoa kepada Allah SWT akan keburukan segala yang akan berlaku kerana dipuji. Serta diberikan kebaikan sebagaimana yang dipuji. Doa sayyidina 'Ali karramaLlahu wajhah tatkala beliau dipuji: ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻲ ﻣﺎ ﻻ ﻳﻌﻠﻤﻮﻥ ﻭﻻ ﺗﺆﺍﺧﺬﻧﻲ ﺑﻤﺎ ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﻭﺍﺟﻌﻠﻨﻲ ﺧﻴﺮﺍ ﻣﻤﺎ ﻳﻈﻨﻮﻥ "Ya Allah! Berilah ampun kepadaku pada apa yang mereka tidak ketahui, janganlah engkau menghukumku sebab apa yang mereka katakan, dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka!" ✓ Apabila sesaorang menerima pujian. Bersyukur kepada Allah SWT. Cuba untuk memperbaiki diri supaya jadi apa yang dipuji. ✓ Orang beriman tidak meminta dipuji. Tetapi bila dia dipuji, memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan kebaikan sebagaimana yang katakan oleh orang yang memuji. Kerana dia tahu didalam kebaikan yang dikatakan dirinya mempunyai banyak keburukan. ✓ Rasu

Ustaz Dato' Nahrawi

Kuliah Maghrib ✓ Islam mengambil berat tentang membina keluarga yang berbahagia. Terutama keperluan ekonomi keluarga tersebut. ✓ Yang bertanggungjawab untuk menyara keluarga terletak dibahu suami dengan dibantu oleh isteri. ✓ Suami isteri hendaklah menjalankan tugas dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT. Bukan kerana hendak dipuji dan sebagainya. ✓ dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. ✓ Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang dianugerahkan Allah SWT. ✓ Apa sahaja yang dibelanjakan untuk keluarga oleh seseorang akan digantikan Allah SWT dengan cara yang lain. Tidaklah seorang mukmin takut miskin kerana memberi kepada keluarga nya. ✓ Allah SWT akan memberi pahala kepada seseorang yang membelanjakan rezekinya yang halal untuk keperluan keluarganya. ✓ Perlulah apa yang di berikan kepada keluarganya datangnya daripada sumber yang halal. Makanan

Ustaz ALI 111218

Kuliah Maghrib ✓ Setiap yang hidup pasti akan mati, kemudian bertemu dengan Allah SWT. Maka perlulah bersiap siaga untuk membawa bekalan amalan yang Soleh . ✓ Cemburu yang dibolehkan      • Berlumba memberi sedekah      • Berlumba mencari ilmu untuk mengajar ✓ Orang yang bersifat Hasad dengki akan ditimba ...      • Kesusahan      • Musibah      • Hina/ Keji      • Laknat Allah SWT      • Ditutup pintu Taufiq      • Musuh akan nikmat Allah SWT ✓ Seorang yang dikatakan baginda Rasulullah SAW seorang ahli syurga. Bila ditanya apakah amalannya. Ia menyatakan bahawa...       • Memaafkan akan semua orang yang berdosa kepadanya       • Dia tidak ada sedikit pun iri hati       • Tidak bersangka buruk ✓ Orang yang berdengki itu merupakan seorang yang memarahi Allah SWT kerana memberi nikmat keatas hambaNYA yang lain. ✓ Ia sangka yang kelebihan itu hanya miliknya, tidak meredhai kehendak Allah SWT. ✓ Kehinaan Allah SWT akan menimpa orang yang berhasad dengki. Malah sifat itu akan mendekatkan di

Ustaz Firdaus 081218

Kuliah Subuh ✓ Diawal dakwah Islam, yang mengikut adalah mereka yang tiada kepentingan duniawi. Malah mereka dari golongan bawahan dan para hamba. ✓ Semasa Rasulullah SAW pergi ke Taif untuk berdakwah. Tidak ada pun yang mahu beriman. Kecuali seorang pekerja kebun. ✓ Rasulullah SAW cuba menyebarkan risalah Islam kepada orang Yatrib. Ini dilakukan ketika kabilah orang Yatrib datang ke Mekah untuk menunaikan haji. ✓ Kebanyakan kabilah ini adalah terdiri daripada golongan Yahudi. Mereka menolak kerana Rasulullah SAW bukan orang Yahudi. Mereka tidak boleh menerima hakikat yang nabi diakhir zaman adalah dari keturunan Arab. ✓ Apabila kabilah dari Madinah menolak dakwah Islam. Baginda membawa risalah Islam kepada individu. ✓ Baginda berjaya berdakwah kepada seorang penyair terkemuka Madinah. Kemudian seorang lagi Abu Zhar Ghifari datang ke Mekah untuk memeluk Islam. ✓ Kemudian lebih ramai orang Madinah yang datang berjumpa Rasulullah SAW Untuk mempelajari Islam.

Ustaz Rahmatullah 101218

Kuliah Maghrib ✓ Seorang ahli sufi yang terkenal Al-Imam Hassan al-Basri memberi kata-kata hikmatnya : "Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya." ✓ Adab dengan guru. Kena hormat. ✓ Agama merupakan peraturan yang ditetapkan Allah SWT dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.  Selalunya hendak berpegang dengan jalan Allah SWT banyak halangan. Manusia tidak suka. Nafsu juga tidak suka. Nak berpegang kepada agama perlulah banyak bersabar. ✓ Orang yang wara' akan meninggalkan akan perkara-perkara yang syubhah. Mereka menjaga dengan teliti. Tertib didalam apa sahaja penelitiannya. Dari segi makanan, pakaian, pekerjaan, dsb. ✓ Orang yang melakukan dosa dia akan susah hendak bangun malam untuk melaksanakan ibadah. ✓ Orang yang hendak menuntut ilmu hendaklah bertakwa. Lakukan yang Allah SWT suruh dan hindar

Ustaz Shamsuddin 091218

Kuliah Subuh ✓ Segala apa sahaja yang wujud dialam ini pada hakikatnya ia tiada. ✓ Adanya alam dan segala isinya adalah kerana ia diciptakan oleh Allah SWT ✓ Alam ini adalah fakir. Ia berhajatkan pertolongan Allah SWT. Alam itu tidak sempurna, yang sempurna hanyalah Allah SWT. ✓ Wujudnya alam ini akan ada akhiran. Yang hakiki adalah Allah SWT. ✓ Alam ini dan segala isinya adalah ciptaan yang baru. Pada hari Qiamat nanti ia akan dihapuskan. Yang kekal hanyalah Allah SWT. ✓ Segala isi didalam alam ini bagaikan gelombang yang digerakkan oleh Laut. Andainya laut itu adalah pencipta, dan gelombang itu adalah dicipta. ✓ Allah SWT adalah satu- satunya kuasa didalam alam ini. Perlulah setiap orang mukmin yakin dan beriman kepada kuasa yang satu itu. ✓ Makhluk betapa hebat macam mana pun akan berakhir. Dihancurkan dihari akhirat kelak. ✓ Wassalam

Ustaz Hazman 021218

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang tidak biasa mengucapkan terima kasih kepada manusia yang melakukan kebaikan kepadanya, maka susah bagi dia untuk bersyukur kepada Allah SWT. ✓ Untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT maka perlulah dia menjaga hubungan dengan manusia. ✓ Apabila sesaorang datang meminta pertolongan kepada seorang muslim maka hendaklah  dibantukan dia. Itu lah cara seorang mukmin. Pertolongan dari segi tenaga, harta dan emosi. Jangan dihina orang yang meminta pertolongan itu. ✓ Sebagai seorang mukmin hendaklah kita berbuat baik kepada orang lain. Hendaklah meninggalkan jasa kepada orang ramai. ✓ Begitu juga seorang mukmin perlu mengenangkan jasa orang lain kepadanya. Berterimakasih kepada bantuan orang lain kepada kita. Berazam untuk membalas jasa orang lain. ✓ Islam mengajar umatnya menghargai akan kebaikan yang diberi oleh orang lain. ✓ Tunaikanlah segala janji yang tertanggoh keatas diri sesaorang muslim. Janji itu akan dituntut  diakhirat kelak. ✓ Melakukan kebaikan dapat m

Ustaz Yusof 021218

Kuliah Subuh ✓ Dari Abu Said ra, Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di bumi. Maka Allah akan melihat apa yang kalian perbuat. Maka takutlah kepada dunia, dan takutlah kepada wanita. (HR Muslim) ✓ Syaitan akan sentiasa berusaha untuk manusia cintakan dunia melebihi cintakan akhirat. Melanggar perintah dan larangan Allah SWT. ✓ Amanah hendaklah dijaga. Akan dipersoalkan jika melanggarnya. Didunia lagi akan dipersoalkan, apatah lagi diakhirat kelak. ✓ Dunia ini penuh dengan ujian. Malah ia adalah tempat sementara. Maka jika hendak selamat hidup didunia ini hendaklah hidup didalam lingkungan hukum syariat. ✓ Apa sahaja kebaikan yang dijalankan hendaklah ikhlas. Jangan diungkit kembali akan apa kebaikan yang dijalankan. Lakukan setiap amalan kerana Allah SWT. ✓ Ilmu itu sesuatu yang perlu dicari dan dipertingkat. Kerana orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil. Dengan ilmu manusia itu le

Ustaz Nizam UIA 011218

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda ✓ Terdapat orang yang tidak beriman mengkritik beberapa perbuatan Rasulullah SAW. Berusaha supaya orang ramai membenci Baginda Rasulullah SAW. Tetapi sebagai seorang mukmin kita yakin segala perbuatan Baginda adalah diwahyukan Allah SWT. ✓ Sebagai seorang Rasulullah SAW perbuatan baginda bukan timbul daripada kehendaknya tetapi diwahyukan kepadanya. ✓ Mengkritik yang Rasulullah SAW mengamalkan sistem perhambaan. Sebenarnya sistem hamba ini wujud beberapa kurun sebelum baginda. Tetapi Islamlah yang mengamalkan pendekatan yang akhirnya menghilangkan sistem hamba didalam masyarakat Islam. ✓ Rasulullah SAW berkahwin dengan Saiditina Aisyah semasa isterinya masih muda. Walaupun Aisyah itu muda, dimasa itu tidaklah sesuatu yang ganjil. Masyarakat diwaktu itu memang biasa berkahwin semasa isteri itu muda. ✓ Dizaman ini terdapat beberapa individu yang mengaku sebagai nabi. Tetapi bagi akidah Islam, Nabi Muhammad Rasulullah SAW merupakan penutu