Posts

Showing posts from May, 2019

Ustaz Akbar Kinas Al Sabahi 260519

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT menjadikan manusia dan jin ada sebabnya. "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56. ✓ Nikmat yang Allah SWT kepada manusia tidak dapat dihitung. Allah Ta'ala berfirman, وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ "Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An Nahl: 18) ✓  "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa". (Surah Al-Baqarah: Ayat 183) ✓ Didalam Al Quran terdapat ayat- ayat yang dimulai wahai orang-orang yang beriman. Bermaksud ditujukan kepada orang yang telah mengangkat syahadah. ✓ Ayat yang memfardhukan puasa dibulan Ramadhan dimulakan dengan seruan &q

Ustaz Mohd Jihad 250519

Kuliah Subuh ✓ Dibulan Ramadhan terdapat banyak rahmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang yang mukmin. ✓ Banyak perbuatan dibulan ini ditakrifkan sebagai ibadat tetapi dibulan yang lain tidak dikira ibadah. ✓ Orang yang tidur kerana letih berpuasa dibulan Ramadhan diberi ganjara pahala. ✓ Para saiful soleh bersifat kebimbangan akan kemurkaan Allah SWT. Kuatir akan menerima siksaan dihari akhirat kerana amalan yang ditolak. ✓ Para sahabat yang sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW mereka selalu bertanya kepada baginda apakah amalan yang dapat menyelamatkan diri daripada terjatuh kedalam siksaan api neraka. Walhal mereka ini merupakan generasi mukmin yang terbaik dijamin syurga. ✓ Sebagai seorang mukmin kita hendaklah juga selalu bertanya diri sendiri akan apakan cukup amalan soleh kita. Terhindarkan kita daripada siksaan api neraka. Jika kita ditakdirkan mati hari ini adalah cukup bekalan untuk menjauhi diri daripada siksaan api neraka. ✓ Siksaan api neraka merupakan sesuatu

Ustaz Datuk Nasaruddin 220519

Kuliah Ramadhan ✓ Al Quran diturunkan sebagai penasihat kepada manusia. Juga menjadi penyembuh kepada sakit. Serta memberi keselamatan kepada umat manusia. ✓ Seorang anak muda yang soleh bernama Muhammad bin Himyar. Yang menjaga ibadah solat malam, selalu mengaji Quran, berpuasa sunat, memberi sedekah, mengiratkan silaturrahim, menjaga akhlaknya. ✓ Satu hari dia bertemu seekor ular yang meminta pertolongan dengan nya. Setelah ditolong ular tersebut mengancam hendak membunuhnya. Rupanya ular itu adalah jelmaan iblis. Muhammad memohon pertolongan Allah SWT. Diturunkan seorang yang tampan yang menolong nya. Diberi beberapa daun daripada syurga sebagai syifa. ✓ Muhammad mendapat pertolongan kerana amalan yang dilakukan membaca Al Quran secara istiqomah. ✓ Iktibar daripada kisah ini adalah keberkatan Al Quran. Dengan membaca nya secara berterusan akan dapat memberi manfaat kepada sipembacanya. ✓ Wassalam

Ustaz Nazri 200519

Kuliyah Subuh ✓ Orang yang beriman apabila hendak melakukan amal perlulah ikhlas. Niat yang apa yang dilakukan kerana Allah SWT. ✓ Begitu juga sesaorang yang beriman tidak harus memandang buruk orang lain yang beramal seperti menyatakan orang yang tertentu itu riak... ✓ Apabila hendak melakukan amal soleh perlulah mempunyai kesihatan diri yang baik serta azam yang kuat. Fokus kepada amalan kerana berkehendakkan keredhaan Allah SWT. ✓ Selalunya untuk melakukan amal ibadah akan timbul berbagai halangan duniawi. Kesibukan itu banyak menghalang diri kita untuk melakukan ibadah. Satu pertembungan yang kuat antara kehendak duniawi dan akhirat. ✓ Beristiqamah didalam ibadah itu susah tanpa pertolongan Allah SWT. Dibulan Ramadhan ini merupakan satu instrumen untuk mendapat rahmat yang luas untuk melakukan ibadah. Banyak ganjaran yang diberikan Allah SWT. ✓ Satu amalan yang baik untuk membolehkan kita beristiqamah didalam ibadah adalah dengan melakukan solat fardhu berjemaah. Banyak ganjaran.

Ustaz Azman 190519

Kuliah Subuh ✓ Penyakit hati merupakan sesuatu yang susah diatasi atau dirawati. ✓ Dalam tubuh manusia hati merupakan satu yang terdapat didalam diri manusia. Baik hati itu baiklah tubuh. Kalau sakit hati itu maka sakitlah tubuh. " Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)" (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599). ✓ Dengki merupakan satu 'form of ' sakit hati     • Tak senang melihat orang lain lebih daripada dirinya.     • Perasaan yang negatif     • Membawa sesaorang suka bermusuhan dengan orang lain     • Menganggap dirinya mulia. Sombong ✓ Sombong juga merupakan satu daripada cabang penyakit hati.     • Sombong dengan manusia. Rasa diri hebat     • Sombong dengan Allah SWT. Melupai akan hak NYA.     • Orang yang sombong harus mempelajari daripada peristiwa peperangan Badar Qubra. Kemenangan tidak akan diperolehi tanpa ba

Ustaz Shamsuddin 180519

Kuliah Maghrib ✓ Matlamat perjalanan hidup seorang beriman adalah untuk mengenali akan segala sifat dan kebesaran Allah SWT. ✓ Seorang yang beriman juga dianugerahkan Allah SWT cahaya. Yang dapat dilihat oleh hati sesaorang. Cahaya atau Nur itu berbagai peringkat mengikut amalan dan tingkatan iman seseorang. ✓ Dengan cahaya tersebut sesaorang dapat melihat perkara yang dirahsiakan kepada orang awam. Tetapi perlu diingatkan bahawa Nur tersebut itu bukan matlamat perjalanan keimanan sesaorang. ✓ Nur tersebut adalah bagaikan satu 'device' yang dapat kita membuka kefahaman kepada sifat-sifat Allah SWT dengan jelas dan yakin. ✓ Satu ujian bagi orang yang beriman setelah mendapat Nur daripada Allah SWT adalah ia jangan berhenti didalam amalan untuk meneruskan perjalanan akidahnya. Kerana anugerah Nur itu cukup 'special' hinggakan ada yang leka dengan anugerah itu. Mencapai peringkat mendapat Nur itu bukanlah matlamatnya. ✓ Nur itu menerangi hati sesaorang. Sehingga hatinya na

Ustaz Sheikh Tengku Ahmad Syihabuddin 170519

Kuliah Ramadhan ✓ Manusia yang hidup didunia ini pasti akan menemui hari akhirat. Ada yang akan masuk syurga dan ada yang akan dimasukkan ke dalam neraka. ✓ Siapa yang akan ke syurga? Ke neraka? ✓ Tanda tanda ahli syurga...       • Orang yang berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.       • Memaafkan orang yang menzaliminya       • Dermawan kepada orang yang kedekut ✓ Wassalam

Ustaz Shamsuddin 120519

Kuliah Subuh ✓ Peningkatan iman saolah cahaya yang menyinari hati sesaorang mukmin ✓ Allah SWT akan menambah cahaya hati sesaorang yang beramal soleh serta kuat yakinnya kepada perkara yang ghaib sepertimana difirmankan NYA didalam Al Quraan. ✓ Peningkatan sesaorang yang kuat imannya terang mata hatinya. Terang cahaya. Dapat melihat sifat dan kekuasaan Allah SWT. Paradigmanya berlainan dengan orang awam. Dia dapat menginterpretasi sesuatu situasi dalam aspek kerohanian. ✓ Allah SWT menganugerahkan kebolehan kepada hambaNYA untuk melihat sesuatu kejadian didalam aspek yang berlainan kerana mereka itu kuat amalan solehnya. Serta mempunyai akhlaq yang baik kepada Allah SWT, komunitinya dan alam sekitar. ✓ Orang yang beriman yang yakin akan janji-janji Allah SWT dengan sepenuhnya, mereka ini adalah orang-orang yang soleh. Kuat beribadat semata mata kerana menghendaki keredhaan NYA. Kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi akan kecintaan nya kepada dirinya sendiri. Budi pekert

Ustaz Yusof 050519

Kuliah Subuh ✓ Kedatangan Ramadhan disambut oleh semua orang mukmin dengan penuh harapan untuk mendapat Rahmah dibulan yang mulia ini. ✓ Ada manusia yang mencintai dunia ini. Hingga dia lupa akan mempersiapkan dirinya untuk ke-akhirat. Dia juga menderhakai akan perintah Allah SWT. ✓ Bagi orang-orang yang beriman, dia merindui kampungnya diakhirat. Dia beriman kepada Allah SWT. Bertakwa dan memperbanyakkan amal soleh semata-mata kerana mengharapkan keredhaan NYA. ✓ Dibulan Ramadhan ini merupakan satu peluang keemasan untuk mendapat RahmahNYA. Orang yang beriman akan menggunakan peluang ini untuk memperbanyakkan amal soleh. Pulun bersungguh sungguh mengerjakan sebanyak yang mampu dibulan yang mulia ini. ✓ Disarankan kita melakukan 'genjatan senjata' dibulan ini daripada perkara yang lagha. Mulut, mata, perbuatan, jari, Facebook, whatsapp, dll. ✓ Harapkan orang yang beriman menjauhkan diri dari perbuatan membazir. Makanan dan perbelanjaan lain. Jaga akhlak sesama manusia. Hormat p

Ustaz Rahmatullah 100518

Kuliah Ramadhan ✓ Fadhilah menjamu makan orang yang hendak  berbuka puasa banyak ganjaran pahalanya ✓ Begitu juga memberi makan orang orang ahli ibadat. ✓ Ganjaran juga terdapat bagi orang yang tidak mampu. Sebiji kurma atau seteguk air juga akan mendapat pahala itu. ✓ Empat kalimah digalakkan bagi orang yang beriman menyebutnya sebanyak yang mungkin Memperbanyakkan membaca kalimah tauhid 'Laila haillallah'. Beristighfar (mohon ampun kepada-Nya). Memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk memasuki syurga. Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam neraka. ✓ Orang yang berpuasa juga digalakkan mendoakan permintaan kepada Allah SWT. • Sebelum berbuka puasa • Selepas berbuka puasa ✓ Rasulullah SAW ketika berbuka puasa   • Makan rutub   • minum air   • membaca doa ..   • ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى Maksudnya: Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah, dan telah terhasil pahala, insyaAllah. ✓ Orang yang berpuasa ja

Ustaz Nizam UIA 040519

Kuliah Subuh ✓ Golongan Syiah merupakan orang yang bukan berpegang dengan manhaj Ahli Sunah Waljamaah. ✓ Ada ahli Syiah yang terkeluar dari aqidah Islam      • Percaya yang Saidina Ali itu tuhan      • Saidina Ali itu Nabi      • Imam mereka itu lebih mulia daripada Rasulullah SAW ✓ Tetapi ada juga puak Syiah yang tidak sesat, tetapi bukan berpegang kepada manhaj Sunnah Waljamaah ✓ Hadith Rasulullah SAW mula dibukukan pada sezaman dengan Imam Malik dan Imam Shafi'e. Sebelum itu hadith-hadith dihafal oleh para sahabat dan tabien. ✓ Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Ibnu Hajar, Sunan Nasaie. merupakan enam kitab hadith yang utama. Didalam mendalami ilmu hadith, dimulai dengan kitab Sunan Tarmizi. ✓ Golongan Syiah tidak menerima hadith sepenuhnya. Kerana mereka menolak ramai sahabat Rasulullah SAW. Sumber hadith adalah daripada para sahabat. ✓ Syiah Imamiyyah dari Iran perpegang seperti di atas. Sumber hukum mereka datang daripada imam mereka. ✓ Ada jug

Ustaz Yahya 010519

Kuliah Maghrib ✓ Apa sahaja amalan yang dilakukan oleh sesaorang mukmin akan membawanya kembali kepada mengingati Allah SWT. ✓ Jadi intipati amalan adalah zikrullah. Setiap ketika didalam setiap keadaan akan ada perkara yang membawa kita mengingati Allah SWT. ✓ Orang mukmin apabila dia melakukan apa sahaja amalan ia lakukan kerana dia adalah seorang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Apa yang diwajibkan ia lakukan kerana Allah SWT. Apa yang diharamkan ia akan menjauhkan dirinya kerana itu adalah perintah Allah SWT. ✓ Seorang yang berpuasa selain daripada berlapar dahaga, ia akan sentiasa mengingati akan Allah SWT. Apa yang disuruh dia lakukan, apa yang dilarang ditinggalkan. Apa yang dilihat ia akan memuji Allah SWT. Sekira diuji dia akan bersabar sambil memohon pertolongan daripada Allah SWT. Hidupnya akan dilitupi dengan mengingati akan ALLAH SWT. ✓ Hati seseorang mukmin perlulah sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Ia perlulah menimba ilmu tasawuf. Supaya dia tahu akan jalan untuk mengi

Ustaz Hasmy Ali 010519

Kuliah Subuh ✓ Ramai orang- orang yang alim memperbanyakkan amalan soleh dibulan Rejab dan Sya'ban. Dibulan Ramadhan mereka mempertingkatkan lagi tahap peribadatan dibulan yang mulia ini. ✓ Bagi orang yang beriman hendaklah menjadikan bulan Ramadhan ini merupakan satu ketika yang digunakan bagi memperbanyakkan amalan soleh. Supaya puasa kita tidak hanya lapar dan dahaga tetapi mendapat ganjaran berlipat ganda. ✓ Dibulan yang mulia ini para ulama menyarankan agar kita memperbanyakkan beristighfar. Agar dibersihkan hati. ✓ Jauhkan diri dari sifat dengki serta bersengketa sesama saudara muslim. Sebarkan sifat kasih sayang serta menjaga silaturrahim. Memohon maaf daripada kedua orang ibu bapa kita. ✓ Sebelum menempuh bulan Ramadhan perlu sesaorang mukmin mempersiapkan diri dari segi ilmu. Mengulang kaji hukum hakam berpuasa. Serta mengetahui amalan sunat Rasulullah SAW. Perlu juga mendalami ilmu didalam bab Solat. ✓ Selain ibadah puasa, dibulan Ramadhan amalan lain juga dikhususkan sep