Posts

Showing posts from June, 2019

Ustaz Dato' Nizam 250619

Kuliah Maghrib ✓ Manusia terbagi seperti berikut...      • Orang yang beriman, mukmin      • Orang yang tidak beriman, kafir      • Orang yang berpura-pura beriman, munafiq ✓ Manusia secara semulajadi, kata malaikat      • Suka berkelahi      • Bertumpah darah      • Allah SWT menyatakan kepada malaikat yang DIA maha mengetahui. ✓ Allah SWT melantik rasul- rasul untuk membimbing manusia untuk kejalan yang lurus. Agar mereka hidup berpandukan petunjuk NYA. Ramai juga manusia yang dibinasakan kerana menderhaka akan perintah Allah SWT. ✓ Peningalan sejarah masih terdapat hingga hari ini. Bekas istana dan kota yang hebat. Runtuhan akibat kedegilan manusia yang kafir. ✓ Rasulullah SAW merupakan nabi yang terakhir yang diwahyukan panduan kepada seluruh umat manusia. Tidak ada lagi nabi dan rasul selepas baginda. ✓ Selepas Baginda akan sampailah dunia ini keakhir zaman. Kehancuran dihari Qiamat. Detiknya hanya Allah SWT yang tahu. ✓ Walaupun kejadian akhirat itu dinyatakan berkali kali didala

Ustaz Yahya 240619

Kuliah Maghrib ✓ Manusia asalnya      • Alam roh      • Roh yang suci yang diciptakan Allah      • Dunia ini adalah alam yang berlainan ✓ Alam dunia      • Didiami manusia, insan      • Juga didiami ciptaan lain      • Tidak kekal ✓ Roh Muhammad      • Ciptaan roh manusia yang utama      • Hakikat ketinggian kejadian      • Roh yang paling mulia diantara manusia ✓ Zikrullah      • Amalan yang paling besar ganjarannya      • Yang ringan amalannya tetapi manusia memandang ringan      • Menyesal apabila lihat ganjaran yang besar dihari akhirat kelak      • Amal yang paling sempurna. Ketika mati didalam keadaan lidah basah dengan zikrullah      • Digalakkan orang-orang yang beriman memperbanyakkan berzikir sepanjang hari      • Zikir yang paling asas adalah laillah haillallah      • Ada zikir yang khusus yang dipelajari oleh para sahabat daripada Rasulullah SAW. Zikir pagi dan petang.      • Dengan berzikir manusia akan dapat melepaskan diri daripada dibelenggu oleh nafsu. Bersih serta suc

Ustaz Rahmatullah 180619

Kuliah Maghrib ✓ Siapa yang mencintai Allah SWT      • Dia akan cinta kepada orang yang mencintai Allah SWT.      • Dia juga akan melakukan perbuatan orang yang dicintai Allah SWT.      • Tidak suka atau cinta kepada orang yang dimurkai Allah SWT. ✓ Orang yang dicintai Allah SWT...      • Para ulama'      • Orang yang Soleh ✓ Orang yang benar-benar kasih kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW       • Mendahulukan keredhaan Allah dan RasulNYA       • Perkara yang lain dibelakangkan       • Seronok apabila dia melakukan ibadat ✓ Seorang ulama' menyatakan bahawa apabila dia beribadat, sedikit sahaja dengan penuh perasaan cinta kepada Allah SWT. Ia lebih baik daripada beribadat selama tujuh puluh tahun. ✓ Kecintaan kepada Allah SWT merupakan satu formula untuk rajin melakukan ibadat. Walaupun penat tetapi rasa seronok akan mengatasi perasaan yang negatif. ✓ Wassalam

Ustaz Azman 160619

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman hendaklah selalu mengingati Allah SWT lebih daripada mengingati makluk NYA. ✓ Begitu juga hendaklah orang beriman mencintai hidup akhirat lebih daripada daripada mencintai kehidupan dunia. ✓ Bersungguh-sungguh mencari jalan memperbanyakkan amal soleh. Mengikut sunnah Baginda SAW. Walaupun sunnah itu adalah perkara yang kecil sahaja. Tetapi yang penting adalah niat melakukan amal Soleh. Sesiapa yang menjalankan sunnah Rasulullah SAW diakhirat nanti akan bersama sama baginda. ✓ Sebagai manusia, tiada yang maksum. Ada banyak dosa yang telah dilakukan dimasa yang lepas. Maka orang yang beriman disarankan agar merenung kembali perbuatan maksiat yang dilakukan dimasa yang lepas. Agar membawa keinsafan akan kesilapan dimasa lalu. Agar sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT akan dosa dosa yang kita lakukan. Serta memperbanyakkan amalan sebagai bekalan yang akan dibawa ke alam akhirat. ✓ Diakhir perjalanan hidup kita didunia ini adalah mati. Orang yang berim

Ustaz Jefri 150619

Kuliah Maghrib ✓ Menegak daulah Islam adalah kewajiban setiap mukmin. Dimana keadilan mutlak dapat diwujudkan. ✓ Gerakan Islam menegakkan peranan amal makruf nahi mungkar. Setiap mukmin hendaklah faham prinsip perjuangan Islam. ✓ Prinsip Islam menolak segala bentuk sistem kehidupan yang tidak berpaksi kepada Al Quran dan Hadith. Menolak sistem sekular, liberal, dan sebagainya. ✓ Orang mukmin menerima segala apa yang dihukumkan Allah SWT didalam Al Quran. Tidak berperanan seperti orang munafiq yang memilih hukum yang sesuai dengan nafsu mereka sahaja. ✓ Allah SWT memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada sepunuhnya wahyu NYA dan Hadith Rasulullah SAW. ✓ Elak daripada melakukan maksiat dan menyebar fitnah. Menjaga akhlaq yang tinggi standardnya. ✓ Berdakwah kepada orang ramai tentang kebaikan dan kebesaran Allah SWT. Menceritakan kebaikan akhlak Baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya. ✓ seorang mukmin hendaklah selalu mendampingi Al Quran. Jangan tinggal. K

Ustaz Shamsuddin 150619

Kuliah Subuh ✓ Disepanjang masa ada manusia yang dianugerahkan Allah SWT sesuatu kelebihan. Mereka ini digelar wali Allah SWT. ✓ Wali Allah SWT tidak diketahui oleh orang ramai. Dirahsiakan kewujudan mereka. ✓ Para ulama menghuraikan rahsia wali Allah SWT yang ditutupi NYA      • Ahli wali Ullah dianugerahkan ilmu laduni. Iaitu mereka ini cepat memahami rahsia ilmu dan kejadian sesuatu perkara. Yang dipanggil juga ilmu kasyaf. Tinggi pengetahuan mengenali Tuhan.      • Mereka juga dianugerahkan Nur yang menjadi pertunjuk untuk mencapai tingkatan iman yang tinggi. Tingkatan ilmu yang mempraktikkan amalan soleh serta dapat  menjiwai tauhid.      • Wali Allah ilmu yang dianugerahkan adalah rahsia untuk pengetahuan umum.      • Keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh para wali telah membina roh yang cukup kental dan kuat. Jiwa mereka kuat. Cahaya atau Nur hati mereka terang. ✓ Ilmu para wali ditutupkan pengetahuan mereka daripada orang awam...      • Supaya orang awam tidak menjauhkan diri

Ustaz Yusof 020519

Kuliah Subuh ✓ Diakhir Ramadhan ini merupakan masa yang dirasai kesedihannya. Kerana ianya akan meninggalkan kita. Belum tentu kita akan bertemu dengannya lagi. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita. ✓ Didalam hadis Qudsi Allah SWT menegur orang- orang yang beriman yang tidak melakukan sesuatu yang dia menyuruh orang lain melakukannya... ✓ Saolah perintah Allah SWT bukan diwajibkan keatas dirinya tetapi wajib kepada orang lain. Tidak takutkah kepada Allah SWT? Apakah sudah ada kepastian terlepas daripada api neraka? ✓ Adakah boleh sesaorang itu menipu Allah SWT. Saolah DIA tidak tahu. Bagaimana akidah orang tersebut? ✓ Menyuruh masyarakat melakukan kewajipan adalah satu perkara yang baik. Tetapi nasihat itu juga jatuh keatas diri orang yang menyatakan. Hendaklah lakukan apa yang dinyatakan. ' Walk the talk'. ✓ Keberkatan daripada Allah SWT adalah kepada orang yang beriman serta bertaqwa. Yang taat kepada perintahNYA. Redha akan ketentuanNYA. Bersabar akan ujianNYA . Be