Posts

Showing posts from August, 2019

Ustaz Yahaya 310819

Kuliah Maghrib ✓ Hari ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 62. Bagi orang yang beriman merdeka mungkin berbeza aspeknya. ✓ Merdeka bagi orang beriman adalah kebebasan daripada dibelenggu oleh kuasa manusia kepada hukum yang paling adil iaitu hukum Allah SWT. ✓ Ramai manusia hidupnya didunia ini berasaskan materialistik semata mata. Dunia memerangkapnya dengan kehidupan yang tidak kekal bahagianya. Mereka tidak ada visi hidup sesudah mati. ✓ Bagi orang yang beriman hidup didunia ini adalah jambatan kepada hidupnya sesudah mati. Alam akhirat yang diimpikan. Mengharap Allah SWT merahmati segala usaha untuk melepasi ujian NYA di dunia ini dengan ganjaran syurga. Serta menjauhi dirinya daripada siksaan api neraka. ✓ Kehebatan syurga yang diimpikan adalah selepas hidup didunia ini dapat hidup didalamnya yang mana dia dapat melihat dan bersama dengan Allah SWT setiap hari. Kembali ke rahmatullah. ✓ Kehidupan didunia ini bagi orang beriman merupakan satu tempat yang diuji. Bo

Ustaz Al Kelantani 310819

Kuliah Subuh ✓ Banyak perkara yang terjadi didalam hidup kita sekarang menunjukkan bahawa dunia sudah sampai ke akhir zaman. Dunia sudah tua. Hari akhirat semakin dekat. ✓ Persiapan orang yang beriman menghadapi dunia ini adalah membuat satu perjanjian dengan diri kita. Bebaskan diri daripada penyakit hati. Bersihkan hati daripada segala jenis kotor dan racun. ✓ Hati jadi kotor apabila kita banyak berbicara dengan perkara yang sia- sia. Bertutur perkara yang lagha. Menghabiskan masa berborak. Tetapi tidak meluangkan masa dengan membaca Al Quran. Faham akan maknanya dan berusaha bersungguh sungguh untuk mengamalkan ajarannya. ✓ Al Quran merupakan sumber utama untuk membersihkan hati. Segala masaalah kita dapat penyelesaian terdapat didalam nya. ✓ Ulama' juga menyatakan hati kita jadi kotor adalah makan secara berlebih-lebihan. Orang yang beriman hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW didalam cara makan. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. ✓ Hati juga jadi kotor apabi

Ustaz Ma'had Tahfiz 260819

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW berpesan kepada Omar bin Salamah adab makan. Bermulalah dengan Basmallah. ✓ Sahabat Baginda SAW Abu Salamah dan isterinya  Ummu Salamah berkorban yang cukup besar ketika berhijrah ke Madinah. Terpaksa berpisah dengan anak anak mereka kerana menegak Islam. ✓ Setelah Abu Salamah meninggal dunia isterinya dikahwinkan dengan Rasulullah SAW. ✓ Anak tiri Baginda SAW bernama Zainab Abu Salamah hidup panjang. Tetapi hingga usia yang tua dia tetap anggun dan cantik. Ini kerana Rasulullah SAW telah meringgiskan air keatas wajahnya. Ini merupakan satu daripada mukjizat Baginda SAW. ✓ Ada para sahabat yang bersentuh kulit dengan Rasulullah SAW. Kewangian peluh Baginda melekat keatas kulitnya. Baunya lebih wangi daripada kasturi. Keharuman itu kekal hinggalah dia meninggal dunia. ✓ Sahabat Anas Abdul Malik didoakan Rasulullah SAW agar Allah SWT melapangkan rezki, memperbanyak anak cucu dan panjang umur. Dia merupakan sahabat yang terakhir hidup, mempunyai harta yang

Ustaz Ahmad 240819

Kuliah Subuh ✓ Didalam Surah AL Baqarah manusia digolongkan kepada tiga. Orang yang beriman, Orang yang Kafir, dan Orang yang munafik. ✓ Apabila manusia mati, mereka digolongkan kepada dua. Orang yang mati ketika beriman, Orang yang mati ketika mereka tidak beriman. ✓ Didalam Surah AL Nahhl ayat 27. Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir; ✓ Didalam surah diatas Allah SWT menghina orang orang yang tidak beriman dengan azab seksa. ✓ Orang yang tidak beriman itu siapa? Dijawab didalam Surah An Nahl Ayat 28... (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu merek

Ustaz Mohd Zamri Unisel 220819

Kuliah Maghrib ✓ Umat Islam hendaklah bersatu. Berjemaah itu tujuannya adalah untuk menyatu padukan ummat bersolat bersama sama. ✓ Berdakwah memerlukan berterus terang. Terutama didalam hukum hakam didalam syariat Islam. ✓ Ahli Sunnah Waljamaah merupakan satu-satunya golongan yang berpegang kuat dengan prinsip agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. ✓ Diakhir zaman ini umat Islam berpecah belah. Berbagai kumpulan. Ada hadith yang menyatakan perpecahan sebanyak 72 kumpulan. Yang benar adalah golongan Ahli Sunnah Waljamaah. ✓ Jemaah Islam bermula daripada kepimpinan negara dan masyarakat. Pemimpin yang baik, disayangi oleh masyarakat. Mengerjakan solat berjemaah terutama solat subuh bersama sama masyarakat. ✓Contoh kepimpinan yang baik dinegara Islam adalah Kerajaan Turki. Presidennya dihormati rakyat kerana kuat menegakkan Islam. Pemimpin perlulah jujur didalam apa sahaja janji. ✓ Didalam bab perniagaan umat Islam perlulah menegakkan hukum hakam bab jual beli. Memastikan barangan y

Ustaz Ahmad Hakimi 200819

Kuliah Maghrib ✓ Para guru menasihatkan anak buahnya agar mati didalam keadaan baik. " Mati sesaorang itu sebagaimana dia mengendalikan hidupnya" ✓ Saidina Uthman Bin Affan menyatakan ada  perkara yang orang beriman menghadapi ketakutan. ✓ Dimasa menghadapi kematian Allah SWT menarik balik keimanan sesaorang yang beriman. Ini merupakan satu bencana bagi sesaorang yang beriman. Semasa menghadapi sakaratul maut syaitan datang untuk mengganggu kita. Dia memujuk kita agar menyembahnya. ✓ Kisah pendita yang digoda oleh iblis hingga dia akhirnya berzina, membunuh dan akhir sekali menyembah iblis... ✓ Iman ini tidak dapat dijual beli. Ramai orang yang kaya dan berkuasa mati ketika mereka menderhaka kepada Allah SWT. ✓ Malaikat ada yang mencatit setiap amalan kita. Ada yang mencatit yang baik. Ada yang mencatit yang jahat. Bagi orang yang beriman mereka merasa takut yang segala keburukan dosa yang dicatatkan diketahui umum dihari akhirat kelak. Terdedahnya dosa didunia ini lebih baik

Ustaz Rahmatullah 190819

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW mengesyorkan para sahabat melakukan solat malam di rumah masing masing. Ini kerana baginda kuwatir yang solat malam ini akan diwajibkan. ✓ Tetapi apabila sahabat melakukan nya di rumah masing masing didapati ramai yang kurang bersemangat dilakukan. Maka baginda memanggil para sahabat untuk menceritakan akan kelebihan solat malam. ✓ Selepas itu para sahabat pun tekun melakukannya. Baginda menyatakan bahawa solat malam yang elok sekali adalah yang berdiri lama. Baginda membaca ayat Quran dengan panjang dan perlahan-lahan. ✓ Isteri Rasulullah SAW bernama Zainab berdiri dengan lama apabila solat diwaktu malam. Kerana terlalu mengantuk beliau berpaut dengan seutas tali yang diikat ditiang masjid. ✓ Setelah Baginda melihat perbuatan tersebut maka disuruh para sahabat melepaskan ikatan tali tersebut. Disarankan semasa solat berdirilah dengan keadaan yang selesa. Untuk mengekal tenaga untuk bersolat malam adalah dengan tidur sekejap diwaktu siang sebelum Zuhur.

Ustaz Azman 180819

Kuliah Subuh ✓ Rasulullah SAW pernah bertanya Jibril adakah dia akan turun semula kebumi setelah baginda wafat? ✓ Jibril menyatakan dia akan kembali untuk menunaikan tanggung jawab... ✓ Jibril turun kebumi untuk mencabut keberkatan yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia seperti berikut... 1. Mengangkat keberkahan dimuka bumi ini,orang tak ada lagi yg percaya namanya berkah 2. Mengangkat cinta dihati para makhluk,maksudnya cinta yg suci karena Allah saja. 3. Mengangkat rasa kaasih sayang dari para kerabat. Hubungan keluarga dizaman moden ini sudah tidak rapat lagi. 4. Mengangkat sifat rasa adil dari pemerintah. Perkara ini sudah ternyata. Dapat dilihat dibanyak negara didunia ini. 5. Mengangkat sifat pemalu dari para perempuan. Hari ini dapat melihat wanita berseluar pendek, baju tak berlengan. 6. Mengangkat sifat sabar dari fakir miskin. 7. Mengangkat sifat dermawan dikalangan orang orang kaya. 8. Mengangkat sifat zuhud daripada kalangan alim ulama. 9. Mengangkat perasaan mencin

Ustaz Azmi 160819

Kuliah Maghrib ✓ Semua orang yang hidup adalah makhluk yang didalam perjalanan. Dimana destinasinya adalah pertemuan dengan Allah SWT. ✓ Allah SWT juga memberi petunjuk kepada semua manusia. Satu agama yang diredhainya. Yang lain adalah palsu. Agama atau deen itu adalah Islam. ✓ Diberi agama Islam kepada semua manusia semasa Allah SWT meniupkan roh kedalam jasad. ✓ Dihari akhirat kelak segala amalan kita akan datang kepada kita untuk membantu. Yang akhir sekali yang datang kepada kita dihari akhirat nanti adalah agama Islam. Adakah Islam itu cantik atau Islamnya cacat. Adakah amalannya mengikut sunnah, Al Quran dan ijmak para ulama'. ✓ Contoh amalan yang cacat adalah amalan Syiah. Agama Islamnya telah cacat kerana tidak mengikut aliran sunnah wal jamaah. ✓ "Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi be

Ustaz Ali 130819

Kuliah Maghrib ✓ Ibadah Qurban didalam satu aspek merupakan perubahan didalam diri kita sendiri. Menyembelih sikap yang buruk dan mengharap Allah SWT gantikan dengan perubahan yang baik. Dosa kita diampunkan sebanyak bulu bulu binatang qurban tersebut. Secara praktikalnya tidak terhitung. ✓ Diharap Allah SWT menghapuskan sikap ego, sombong, hipokrit dan sikap buruk yang lain dengan ibadah qurban yang kita lakukan. ✓ Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah merupakan hari yang mulia. Seperti mulianya sepuluh hari akhir Ramadhan. Digalakkan orang orang yang beriman memperbanyakkan amal Soleh. ✓ Para ulama' menegur ummah agar jangan berketawa terlalu sangat. Kerana takut yang masyarakat mukmin lupa akan hari akhirat dan leka dengan suasana kehidupan dunia. ✓ Ulama' terkenal Hassan Basri menegur seorang pemuda yang ketawa keterlaluan. Dinasihatkan pemuda itu agar ingatkan kesusahan yang akan dilalui manusia dihari akhirat nanti. ✓ Abdullah bin Mas'ud seorang sahabat Rasulullah SAW

Ustaz Firdaus 100819

Kuliah Subuh ✓ Rasulullah SAW setelah berhijrah ke Madinah berhadapan dengan beberapa golongan.    • Orang yang beriman    • Orang kafir (Arab asal Madinah)    • Orang Yahudi ✓ Baginda juga menghadapi orang orang munafik ✓ Piagam Madinah adalah perkara utama yang diusahakan Baginda untuk menstabilkan politik di bandaraya Madinah. ✓ Usaha untuk membawa perdamaian dikalangan masyarakat yang selama ini sentiasa berperang. Ini merupakan faktor utama kehebatan masyarakat Madinah. ✓ Umat mukmin dikenakan zakat. Orang yang bukan mukmin dikenakan cukai khas, Jizyah. ✓ Wassalam

Ustaz Dr Syihabuddin 080819

Kuliah Maghrib ✓ Ibadah Qurban perlulah memenuhi syarat binatang yang hendak disembelih.      • Binatang yang mempunyai kaki empat. Yang berkaki dua tidak boleh dijadikan binatang qurban.      • Binatang yang jinak yang dipelihara. Bukan binatang yang liar.      • Jenis binatang yang biasa tidak boleh disembelih. Yang ada taring, berkuku tajam, mempunyai paruh yang mencarik makanannya, yang menyambar makanannya, yang beracun.      • Umur binatang yang hendak diqurban hendaklah cukup umur. Kambing setahun ke dua tahun , lembu dua tahun ke tiga tahun, unta tiga tahun ke empat tahun. Satu cara menentukan umur dengan melihat gigihnya.      • Hendaklah dipastikan binatang itu tidak berpenyakit atau cacat yang jelas.      • Pastikan tiada cacat. Ia itu binatang buta, juling, patah tanduknya, putus telinganya, tempang jalannya, patah kakinya, putus ekornya.      • Size nya janganlah terlalu kurus. Bersih dan pahanya sama ertinya terlalu kurus. Pinggul nya jika ada lengkung pun ertinya terlalu

Usta Yahya 070819

Kuliah Maghrib ✓ Seorang yang beriman perlulah ikhlas didalam menjalankan amal ibadat kepada Allah SWT. ✓ Untuk mendapat keikhlasan yang sebenarnya perlulah dia merasa dirinya setiap ketika adalah seorang hamba. Dia tidak mempunyai apa benda pun, semuanya adalah kepunyaan Allah SWT. Jiwanya pun kepunyaan Allah SWT. Anak pinak dan harta bendanya pun kepunyaan Illahi. ✓ Serta dia juga merasakan setiap ketika Allah SWT melihatnya. Tidak ada yang dia lakukan yang tidak didalam pengetahuan NYA. Itulah Ihsan. ✓ Sesaorang yang mempunyai ilmu aqidah akan ada iman didalam dirinya. Apabila dia mula melihat akan kebesaran Allah SWT maka akan meningkatkan imannya. Jika diizinkan Allah SWT mata hatinya mula melihat akan kebesaran Allah SWT maka disitulah imanya akan lebih kuat. ✓ Tingkatan iman itu tidak mudah dicapai sekiranya sesaorang itu tidak beramal semata-mata kerana mengikut perintah Allah SWT. Ikhlas sebenarnya kerana ingin mendapat keredhaan NYA. Bukan ada niat nia

Ustaz Ghazali Omar 060819

Kuliah Maghrib ✓ Majlis ilmu penting didalam Islam. Subjek yang dipelajari perlulah memfokuskan selok belok hukum dan prinsip agama Islam. ✓ Masyarakat perlulah dididik dengan cara berniaga yang dikehendaki oleh syariat. Tuan guru perlulah memastikan para jemaah dapat memahami hukum jual beli dan implikasinya keatas iman sesaorang mukmin. ✓ Setiap mukmin hendaklah merasakan yang agama Islam mengatur tata cara hidup yang tersusun mengikut hukum yang ditetapkan. Cara melaksanakan sesuatu transaksinya dengan adil dan tidak berniat untuk menipu. Faham implikasi melaksanakan sesuatu jual beli diakhirat kelak. ✓ Apabila masyarakat memahami akan hukum yang akan ditimpa keatasnya jika dia melaksanakan jual beli dengan tidak betul, maka akan bersihlah proses itu. Orang yang beriman takut akan siksa yang ditimpa keatasnya jika dia tidak mengikut hukum Allah SWT diakhirat kelak. ✓ Tuan guru perlulah memastikan yang ilmu yang disampaikan senang difahami. Serta meliputi segala aspek yang ditetapkan

Ustaz Rahmatullah 050819

Kuliah Maghrib ✓ Solat Tahajud pada mulanya hukumnya adalah wajib keatas orang mukmin. Waktu ini umat Islam menghadapi tindakan yang kuat daripada orang musyrikin. ✓ Selepas Baginda berhijrah ke Madinah Solat Tahajud dilakukan secara berterusan. Masih lagi diwajibkan kepada para sahabat. ✓ Setahun kemudian Solat Tahajud ditukarkan hukum wajib kepada sunnat sahaja. ✓ Solat sunnat dimuliakan dan para sahabat melakukan dengan berterusan. ✓ Solat Tahajud yang terbaik bukanlah banyaknya rakaatnya tetapi berapa lama berdiri. Membaca surah secara panjang. ✓ Kerana letihnya mereka solat. Ada yang mengikat tali ditiang masjid untuk mereka berpaut. ✓ Begitu lah para sahabat melakukan solat tahajud dengan bersungguh sungguh. ✓ Wassalam

Ustaz Yusof 040819

Kuliah Subuh ✓ Kebanyakan manusia tidak berpuas hati dengan apa yang dipunyainya. Selalu melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Walhal dirinya pun sudah cukup. Tetapi tidak bersyukur. ✓ Begitu jugalah dizaman ini yang terdapat kemudahan teknologi apabila ada orang yang tidak berpuas hati, mereka sanggup membuat fitnah. Dosa dihujung jari. Ramai yang menghantar berita yang tidak benar. 'Fake News' ✓ Perkara 'Fake News' ini menjadi beban kepada masyarakat. Fitnah akan memecahkan persatuan masyarakat. Emosi masyarakat dipermainkan mengenai persoalan bangsa, agama, dan keturunan. Akan merosak masyarakat, perlulah semua kembali kepada sunnah dan Al Quran. ✓ Dalam suasana sebegini perlulah ditingkatkan usaha berdakwah. Mendidik masyarakat mengikut prinsip agama berdasarkan hadith dan Al Quran. ✓ sesaorang mukmin perlulah menjaga dirinya dari menjadi rantaian penyebar fitnah. Juga menjaga keikhlasan dirinya menjalankan ibadah semata mata kerana Allah SWT. ✓ Jauhkan diri d

Ustaz Nizam UIA

Kuliah Subuh ✓ Perintah Rasulullah SAW     • Ada yang wajib     • Tetapi banyak yang sunnah sahaja ✓ Beriman dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW. Wajib dipercayai oleh orang mukmin. Seperti:      • Peristiwa Isra'dan mikraj      • Tanda tanda Qiamat kecil      • Kemunculan dajjal      • Nabi Isa AS akan diturunkan semula      • Kejadian hari akhirat ✓ Rasulullah SAW bersabda mengenai     • Bagaimana Allah SWT mencabut roh     • Keadaan naik matahari sebelum Qiamat     • Orang yg mati tahu bila orang meninggalkan kuburnya     • Azab kubur didengari oleh makhluk yang lain     • Jenazah ditunjukkan tempatnya diakhirat sama ada disyurga atau neraka ✓ Rasulullah SAW juga bersabda bahawa sesiapa yang mengucapkan laillahaillallah akan masuk syurga. Para ulama mengulaskan bahawa selepas orang itu dihisabkan akan dosa dosanya. ✓ Ahli sunnah Waljamaah menerima segala hadith Rasulullah SAW Yang sahih. Tetapi golongan Muktazilah banyak yang berlainan fahaman mereka terang siksa kubur da