Posts

Showing posts from September, 2019

Ustaz Mohd Sulaiman 290919

Kuliah Maghrib ✓ Para sahabat Rasulullah SAW semasa Baginda memberi khutbah mereka menghadapkan muka kepada nya. Memberi tumpuan yang sepenuhnya. Sebab itulah khutbah Baginda memberi kesan keatas jiwa para sahabat. ✓ Pada hari Qiamat Iblis akan berkhutbah kepada pengikutnya. Seperti dinyatakan didalam Surah Ibrahim ayat 22 & 23. 22. Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang me

Ustaz Hasmi 290919

Kuliah Subuh ✓ Diakhirat nanti manusia akan meminta kepada Allah SWT untuk dikembalikan kedunia. Yang kafir  akan meminta. Yang beriman pun meminta. ✓ Orang yang beriman hendaklah berazam untuk memperbaiki iman dan amalan. Agar ada perubahan yang membawa kebaikan. ✓ Bercakap benar adalah satu amalan yang boleh diperbaiki oleh orang yang beriman. Jika bercakap benar dapat dijadikan tabiat maka amalan yang lain akan menjadi senang. Perlulah usaha yang bersungguh-sungguh, kerana bercakap benar ini sukar. ✓ Jangan bercakap yang kita tidak mempunyai ilmu didalamnya. Ulama' menyatakan bahawa perkara ini samalah dengan berdusta. ✓ Menipu ini hukumnya adalah haram. Adakala dibenarkan semasa keadaan peranan, memperbaiki perhubungan diantara dua orang, menjaga keharmonian rumah tangga. ✓ Allah SWT memberi ingat kepada manusia didalam AL Quran, bahawa segala apa yang diucapkan oleh sesorang akan dicatatkan oleh para Malaikat. ✓ Orang yang bercakap benar Allah SWT akan memberi pertunjuk untuk

Ustaz Abu Maryam Azri 270919

Kuliah Maghrib ✓ Fiqh Sirah merupakan bidang ilmu yang penting. Ia dapat membentuk hati mukmin yang membolehkan sesaorang itu memahami agama sebagaimana para sahabat memahaminya. ✓ Ada musuh Rasulullah SAW Yang memutar belit kenyataan mengenai baginda untuk mengelirukan umat Islam. Oleh kerana ramai orang mukmin tidak mendalami fiqh sirah maka senang ditipu. ✓ Diwaktu kewafatan anak Rasulullah SAW, Ibrahim terjadi gerhana bulan. Oleh kerana ramai para sahabat sebelum Islam ini orang kafir yang mempercayai khurafat maka mereka mengaitkan kematian Ibrahim dengan gerhana. Rasulullah SAW memanggil para sahabat dan bersembahyang sunat gerhana. Ini untuk menutup pintu syirik. ✓ Saidina Omar pernah menyatakan kepada batu Hajar Aswad bahawa kalaulah dia tidak melihat Baginda Rasulullah SAW menciumnya maka dia tidak akan melakukannya. Tapi hari ini ramai orang yang mengagungkan batu batu, kononnya ia ada kuasa untuk memberi manfaat. ✓ Rasulullah SAW pernah ditegur Allah SWT kerana dia menyataka

Ustaz Tengku Syahibuddin Acheh 260919

Kuliah Maghrib ✓ Setiap makhluk yang bernyawa akan merasai kematian ✓ "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati." (QS. Ali Imran: 185). ✓ Orang yang beriman diminta memperbanyakkan mengingati kematian. Cukuplah mati itu menjadi pengingatan kepada diri kita. ✓ Orang yang banyak mengingati mati adalah orang yang pandai. Sebab  orang itu yang mengetahui bahawa mati itu adalah benar. Dan dia juga yakin yang mematikan itu pun wujud. Kematian ini hanyalah satu akhiran kehidupan didunia ini sahaja, kemudian ada lagi kehidupan yang lain selepas mati. ✓ Orang yang beriman tahu bahawa hidup ini adalah singkat. Maka hendaklah disegerakan melakukan kebajikan. Kerana ia tidak tahu bila dia akan mati. Maka perlulah setiap orang beriman mempersiapkan hidupnya dengan amalan yang sebanyak yang mungkin sebelum datangnya mati. ✓Bagi orang yang sedar yang kematian itu datang pada bila-bila masa. Segeralah dia bertaubat akan segala kesalahan dan kesilapan yang lampau. Ini merupakan satu kemulia

Ustaz Nazri 230919

Kuliah Maghrib ✓ Golongan awal orang Islam ramai yang memasuki syurga. Sedikit sahaja daripada golongan akhir. ✓ Bagi orang yang beriman dihari akhirat kelak akan ditanya... • Mengenai akan ilmu yang diamalkan. • Masa yang digunakan untuk beramal • Apa digunakan panca indera • Harta itu puncanya dan dimana belanja • Syukurkah nikmatNYA kepada kita              • Kesihatan              • Keampunan ✓ Walaupun nikmat yang banyak dinikmati oleh manusia didunia ini tetapi masih banyak dosanya. Diakhirat kelak dia akan diazab. ✓ Orang yang beriman disunatkan sentiasa berwuduk. Serta berzikir. Basahkan bibir dengan Al Quran ✓ Ramai umat muslim hari ini dibeberapa tempat yang mereka minoriti susah untuk menunaikan ibadah. Maka jika kita yang hidup aman hendaklah bersyukur. Dengan melakukan ibadat sebanyak yang mungkin. ✓ "Allahuma hasibni hisaban yasira" Ya Allah hisablah dengan hisab yang ringan ✓ Wassalam

Ustaz Pelajar Mesir 220919

Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang yang beriman merupakan hamba Allah SWT. Perlulah seorang hamba itu patuh kepada segala perintah NYA. ✓ Didalam agama Islam bab adab diberi timbangan yang berat. Lebih tinggi nilainya daripada amal atau ilmu. ✓ Apabila hendak keluar masuk kedalam rumah hendaklah membuka dan menutup pintu dengan perlahan. Jangan kasar. Kerana sesaorang perlulah mempamerkan sifat lembah lembut. Menggunakan tangan secara perlahan dan berlemah lembut. ✓ Sifat lemah lembut adalah sikap orang yang beriman. Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ✓ Rasulullah SAW merupakan contoh yang baik didalam sifat berlemah lembut. "Muhammad itu adalah utusan Allah. Orang-orang yang selalu bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka"  [Al-Fath : 29] ✓ Bagi orang kafir juga orang Islam berlemah lembut

Ustaz Abdul Halim 210919

Kuliah Subuh ✓ Menjadi kewajiban bagi sesaorang mukmin menasihati orang lain untuk melakukan kebajikan dan menjauhkan dari kemungkaran. ✓ Apabila berhadapan dengan orang yang suka melakukan maksiat maka perlulah sesaorang yang beriman menasihatinya. ✓ Jangan lah diherdik dan memakinya. Bersyukur kepada Allah SWT akan rahmat hidayah kepada kita. Tidak menghukum orang lain mengenai boleh ke tidak boleh dia memasuki syurga atau neraka. ✓ Syurga dan neraka adalah hak  Allah SWT. Sesaorang itu memasuki syurga bukan kerana amalannya. Masuk kedalam syurga adalah kerana rahmat Allah SWT. ✓ Setelah menasihati sesaorang itu, perlulah diiringi dengan doa kepada Allah SWT. Mohon pertunjuk dan hidayah daripada NYA. Agar dijauhi daripada perbuatan syirik dan derhaka kepada kedua orang ibu bapa. ✓ Rahmat Allah SWT keatas manusia tidak dapat dihitung. Dari awal ciptaan nya manusia telah mendapat rahmatullah. ✓ Diriwayatkan bahawa semasa ditiupkan roh kedalam jasad Nabi Adam perkara pertama yang dilaku

Ustaz Shamsuddin 210919

Kuliah Subuh ✓ Orang alim mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi. Mereka berusaha untuk mempertingkatkan amalan soleh kerana hendak mendapat keredhaan Allah SWT. Sehingga ada diantara mereka mencapai makam waliullah. ✓ Waliullah pun ada berperingkat. Yang baru dianugerahkan dan yang sudah lama dianugerahkan Allah SWT. Boleh dikata wali itu ada yang 'senior' dan ada yang 'junior'. ✓ Ibnu Atiq'ullah menyatakan wali Allah yang senior dianugerahkan Allah SWT dapat melihat alam malukut. Mereka juga dapat melihat/ tahu rahsia hati manusia. Wali yang junior juga dapat melihat alam malukut. Tetapi dia tidak dianugerahkan kebolehan mengetahui rahsia hati orang lain. Ini lah kerana wali yang senior dapat menyimpan rahsia orang lain. Mereka mempunyai akhlak kasih sayang kepada manusia yang tinggi kerana Allah SWT. ✓ Wali yang senior mempunyai akhlaq yang tinggi. Sifat kasih sayang mereka ini tinggi. Rasa kasih sayang terhadap manusia itu membuat mereka ini amanah akan rahsia or

Ustaz Zaki 200919

Kuliah Maghrib ✓ Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah merupakan satu-satunya yang mengikut sunnah Rasulullah SAW dengan sepenuhnya. ✓ Fahaman kumpulan Syiah itu tidak mengikut cara Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Malah mereka melaknat ramai para sahabat. ✓ Pegangan orang liberal juga bertentangan dengan cara Rasulullah SAW dan para sahabat. Membenarkan wanita menjadi iman kepada makmum kaum lelaki. Ini bertentangan dengan syariat. ✓ Amalan kumpulan yang bertentang dengan akidah Islam itu jauh terpesong daripada apa yang disampaikan baginda Rasulullah SAW. ✓ Orang yang beriman hendaklah jelas akan pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah serta fiqah mahzab yang tersohor. Serta beramal dengan fiqah tersebut. ✓ Mengikut sejarah kumpulan Ahli Sunnah Waljamaah ini muncul setelah 270 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Waktu itu terlalu banyak kumpulan sesat yang tersimpang jauh daripada ajaran Baginda. Kemunculan Sunnah Waljamaah ini untuk membawa orang mukmin kembali kepada ajaran Islam

Ustaz Shuib 180919

Kuliah Maghrib ✓ Kesempatan melakukan kebajikan adalah satu Rahmat daripada Allah SWT. Tidak semua manusia berkesempatan melakukan amalan yang solih sebelum dipanggil pulang mengadap Allah SWT. ✓ Solat berjemaah merupakan satu amalan yang dituntut kepada orang mukmin yang lelaki. Amalan yang tidak ditinggalkan baginda Rasulullah SAW. ✓ Setiap manusia yang bukan maksum pernah melakukan dosa. Maka perlulah manusia yang sedar akan kesalahannya memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. ✓ Dihari akhirat kelak orang yang beriman mengharap akan keampunan atas segala dosa dosa mereka. Tidaklah mereka mahu dihari akhirat nanti bila dibentang amalanya dia bertengkar dan terkejut akan apa yang dilihatnya. Dia cuba berdaleh dengan Allah SWT. Pastilah mereka itu dimasukkan ke dalam api neraka. ✓ Golongan yang semasa didunia ini dia selalu datang masjid awal. Mereka diampunkan dosa. ✓ Ada yang datang ke masjid lewat sedikit, dia bermasmuk. Dia juga diampunkan dosa daripada Allah SWT. ✓ Ada juga

Ustaz dari Darul Quran Alor Setar 170919

Kuliah Maghrib ✓ Apa sahaja kebajikan yang kita lakukan adalah kerana atas ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak kerana rahmat NYA belum tentu kita dapat mengerjakan kebaikan. ✓ Setiap kebajikan yang kita kerjakan perlulah diiringi dengan doa. Agar Allah SWT melindungi kita dari perkara yang tidak baik. Serta bersyukur akan nikmat NYA. ✓ Daripada Umar r.a. katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih kainnya, sangat hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada kedua-dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w. Kemudian dia berkata: Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa

Ustaz Hubain 160919

Kuliah Subuh ✓ Umat Islam menyambut maal hijrah pada 01 Muharram. Tahun Islam mula digunakan pada masa Khalifah Saidina Omar. Takwim juga disusun bulan dan hari. Sehinggalah hari ini. Bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat pada umat Islam 1441 tahun dahulu sehingga hari ini. ✓ Segala amalan kebajikan diwajibkan oleh Allah SWT, bukan lah kerana DIA memerlukannya. Tetapi amalan amalan tersebut adalah untuk manusia itu sendiri. DIA maha kaya, tidak perlu akan apa apa pun daripada sesiapa pun. ✓ Amalan berzikir dan berselawat adalah untuk kebajikan manusia. Ia merupakan satu amalan yang dilakukan kesyukuran kita kepada Allah SWT. ✓ Kejadian manusia didunia ini adalah sebagai khalifah. Ini diperintahkan Allah SWT. Sebelum dijadikan manusia, dunia ini didiami oleh para jin. Mereka telah melakukan kerosakkan dimuka bumi ini. Setelah dijadikan manusia Allah SWT meminta para malaikat sujud pada Nabi Adam. Mereka lakukan tetapi Iblis enggan. Ia adalah daripada golongan jin. Nabi Adam diturunkan

Ustaz Luqman Daud 150919

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah sentiasa berada diatas jalan keredhaan Allah SWT. Itu merupakan jalan keampunan NYA. ✓ Manusia yang tidak mahu memohon keampunan daripada Allah SWT merupakan orang yang derhaka. ✓ Didalam AL Quran tersebut kisah Firaun. Manusia yang sombong kepada Allah SWT. Tidak mahu memperakui Allah SWT itu adalah tuhan yang satu. Walaubagaimanapun diakhir hayat nya Firaun juga mengaku akan ketuhanan Allah SWT. ✓ Untuk kembali kepada keampunan Allah SWT ada dua jalan. Jalan fitrah dan jalan ikhtiar. ✓ Jalan fitrah adalah jalan yang dilalui oleh semua manusia. Tua itu adalah hakikat kepada semua manusia. Sekira nya tiada ada ketuaan maka manusia akan sombong, kerana dimasa muda khutrat nya kuat. Selalunya orang muda tidak ingat akan akhirat, kerana dia rasa mati itu lambat lagi. Apabila tiba tua, maka manusia sedar bahawa hayatnya dan khudratnya sudah sampai ke hujungnya. Nafsunya mula berkurangan. Allah SWT jadikan tua untuk manusia mempersiapkan diri un

Ustaz Azman 150919

Kuliah Subuh ✓ Sesaorang mukmin yang bertawakal kepada Allah SWT ia akan diberi jalan keluar dari apa jua kesusahan. DIA juga akan mencukupkan apa kekurangan hambaNYA. ✓ Tawakal adalah cara berfikir sesaorang yang beriman. Kita pasrah kepada Allah SWT. Sebagaimana orang yang telah mati menyerah dirinya kepada tukang mandi. Semasa itu dia tidak boleh berbuat apa- apa. Begitulah sesaorang hamba tidak boleh buat apa-apa jika Allah SWT mengkehendaki sesuatu kepadanya. Dia menyerah diri nya kepada Allah SWT kerana ia yakin bahawa dirinya akan didalam keadaan sejahtera. Yakin kepada NYA. ✓ Para ulama' menyatakan apabila hamba NYA menyerah diri, Allah SWT yang maha mengasihani tidak akan menjerumuskan hamba NYA kedalam kebencanaan. ✓ Sesaorang yang bertawakal dia akan menyerah dirinya kepada apa sahaja kehendak Allah SWT. Redha akan apa sahaja ketentuan NYA. ✓ Tawakal tidaklah menyerah tanpa usaha dan ikhtiar. Bila seseorang yang beriman itu sakit maka perlulah dia berusaha mencari ubatny

Ustaz Firdaus 140919

Kuliah Subuh ✓ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Surah AL Ahzab ayat 21 ✓ Rasulullah SAW mengingati umat mukmin agar menjaga ukhwah sesama mukmin. Memberi makan kepada orang yang memerlukan dan selalu mendirikan solat malam. ✓ Sebaik baik umat mukmin adalah generasi para sahabat. Merekalah contoh yang baik selepas Rasulullah SAW. Mereka yang paling banyak berbakti, paling dalam ilmunya, paling sedikit berbuat takaluf (memberatkan diri sendiri) iaitu tidak menambah apa apa pun didalam agama. ✓ Rasulullah SAW diMadinah membuat perbincangan dengan orang yang bukan Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai kedamaian bagi seluruh kawasan negara.yang akhirnya menjadi satu perjanjian piagam Madinah. Baginda tidak pun mengganggu cara hidup mereka. Begitu juga mereka

Ustaz Ghazali Omar 110919

Kuliah Maghrib ✓ Orang alim perlulah 'walk the talk'. Perbuatan mendahului percakapan. Perlulah memberi contoh dari segi akhlaq dan amalan. ✓ Sebelum dia menyuruh orang lain melakukan amal ibadat dia telah menjalankan amalan itu dahulu. ✓ Dia juga sebelum melarang orang lain melakukan satu perkara perlulah dia sendiri telah tidak melakukan ✓ Perlulah orang alim apabila dia melakukan sesuatu amalan hendaklah dilakukan secara ikhlas. Melakukan sesuatu kerana Allah SWT. ✓ Mencari ilmu hendaklah kerana Allah SWT. Perlulah jujur. Janganlah dia melakukan sesuatu amalan kerana hendak menarik perhatian orang. ✓ Para alim hendaklah mendidik orang ramai tentang hal ehwal menghormati orang lain. Bersikap baik dan berbudi mulia kepada kaum keluarga. ✓ Masyarakat hendaklah ditegur daripada melakukan maksiat. Terutama mereka yang mengamalkan ajaran yang sesat. Yang berpaksikan hawa nafsu. ✓ Wassalam

Ustaz Rahmatullah 090919

Kuliah Maghrib ✓ Orang beriman yang bangun malam untuk beribadat merupakan satu rahmat Allah SWT. Mereka merupakan manusia yang istimewa, pilihan dan rahmat. ✓ Mengelakkan diri daripada melakukan maksiat disiang hari membolehkan seseorang mukmin untuk bangun beribadat malam. ✓ Rasulullah SAW sebelum tidur membaca surah surah tiga Qul. Kemudian menghembuskan kedua tapak kanannya serta menyapukan badannya. Bermula dari kepada hinggalah ke kaki. Diulangi tiga kali. ✓ Para sahabat sebelum tidur mereka memastikan yang mereka telah mengerjakan solat isya'. Sebelum tidur mereka memastikan ada wudhuk. Berzikir sebelum pejamkan mata. Ayatul kursi, tiga ayat akhir surah al-Baqarah. ✓ Imam Ghazali menyatakan  waktu pilihan. • Sepanjang malam. Ada para sahabat yang beribadat sepanjang malam. • Separuh malam. Bermula satu pertiga malam. • Sepertiga malam • Dua pertiga malam • Empat atau dua rakaat sebelum fajar ✓ Solat malam yang dipaksa akan menimbul stress. Tetapi jika dilakukan dengan se

Ustaz Ramadhan 080919

Kuliah Maghrib ✓ Ditahan baru hijrah ini hendaklah kita menambah akan amalan. Terutama amalan solat. ✓ Azam yang pada tahun hijrah ini kita menambahkan solat sunnat. Memperbanyakkan solat Qabliyah, Ba'diyah, Dhuha dan Witir. Kemudian kuatkan diri bangun malam untuk bersolat tahajud. ✓ Hijrah merupakan titik kejayaan penyebaran agama Islam. Sebelum ke Madinah Rasulullah SAW pernah ke Taif. Tetapi orang Taif mencaci dan menolak dakwah baginda. Peristiwa ini satu ujian besar yang dipikul oleh Baginda. ✓ Pada permulaan dakwah Baginda kurang mendapat sambutan. Tetapi baginda tetap beristiqamah menyebar risalah agama Islam. Insan yang membantu baginda diawal dakwahnya adalah isterinya Khadijah, sepupunya Ali, dan sahabatnya Abu Bakar. ✓ Baginda walaupun dicaci dan ditekan oleh kaum kafir khuraish di Mekah tetapi dia tetap berlembut dan berdakwah dengan penuh kebijaksanaan. Baginda menunjukkan akhlaq yang mulia. ✓ Atas kesabaran baginda, akhirnya dakwah Islam berjaya mendapat sambutan dis

Ustaz Yahaya 070919

Kuliah Maghrib ✓ Ilmu didalam Islam terdapat berbagai cabang. Menimba ilmu didalam satu cabang sahaja tidak mencukupi untuk memahami dan beramal secara menyeluruh didalam kehidupan ini mengikut acuan Islam. ✓ Cabang yang besar adalah ilmu tauhid, ilmu fiqh, dan ilmu tasawuf. Terdapat hadith mengenainya. Pada satu hari malaikat datang menemui Baginda SAW Dan bertanya mengenai apakan itu Islam. Baginda memberi jawapan yang Islam meliputi rukun iman, rukun Islam dan ehsan. ✓ Ehsan itulah yang membawa kepada cabang ilmu tasawuf. Terdapat berbagai kitab daripada para ulama' tabien dan tabien tabien. Satu kitab yang mahsyur adalah Kitab Al Hikam yang ditulis  oleh seorang tokoh sufi Syekh Ibnu Atha'illah. ✓ Bidang tasawuf ini ilmunya tidaklah tersusun seperti ilmu tauhid dan ilmu fiqah. Ia merupakan ilmu yang diaplikasikan oleh ulama ulama yang besar. Seperti Imam Al Ghazali. Jadi adalah penting apabila sesaorang mukmin yang ingin mendalami ilmu ini perlulah diperolehi daripada guru

Ustaz Nizam UIA 070919

Kuliah Subuh ✓  Ahli Sunnah Waljamaah merupakan pegangan ramai umat Islam pada ketika ini. Satu perkara penting bagi orang beriman ialah mengikut cara Rasulullah SAW. Itibaq Nabiullah. ✓ Bagi orang Islam Yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah menghormati para sahabat baginda. Malah apabila nama mereka disebut akan diiringi doa Radhiallah  Huanhu. Berlainan dengan golongan Syiah yang melaknat para sahabat setelah kewafatan Rasulullah SAW. ✓ Orang yang beriman hendaklah mengikut cara Rasulullah SAW. Apa yang dilarang baginda ada yang hukumnya haram atau makruh. Ada yang wajib ada yang sunnat. Para alim ulama' telahpun menetapkan hukum tersebut. ✓ Bagaimana hukumnya sesaorang mukmin melakukan amal yang tidak ada riwayat. Contohnya doa akhir tahun. Amalan itu tidak ada riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah melakukannya. Terdapat beberapa pendapat yang perkara itu tidak boleh diamalkan. Tetapi ada yang menyatakan bahawa berdoa itu tidak salah. Kerana ianya buka

Ustaz Rahmatullah 020919

Kuliah Maghrib ✓ Rahmat tidur yang dianugerahkan Allah SWT adalah satu nikmat. Bayangkan hidup kita jika tidak dapat tidur. Banyak masaalah. ✓ Allah SWT menjadikan siang dan malam sebagai nikmat untuk manusia. Dijadikan malam untuk berehat dan pada siang hari bekerja mencari rezeki. ✓ Bagaimana dengan orang yang bangun sembahyang malam. Imam Ghazali menasihatkan untuk senang bangun malam... • Jangan makan terlalu banyak waktu malam • Tidak bekerja terlalu kuat disiang hari. • Khalilullah, adalah tidur sekejap disiang hari. Tidur sebentar disiang hari. Pengkaji mendapati banyak faedah dari segi kesihatan kepada sesiapa yang tidur sekejap disiang hari. • Tidak melakukan perkara perkara yang haram disiang hari. • Kuatkan keyakinan bahawa solat malam itu banyak fadhilat. ✓ Sebelum tidur perlulah melakukan perkara-perkara ini supaya senang bangun malam... • Berwuduk sebelum tidur • Tidur mengiring ke kanan • Sucikan hati daripada permusuhan • Tunaikan amanah • Jangan tidur ditempat tidur ya

Ustaz Yusof 010919

Kuliah Subuh ✓ Masyarakat dinegara ini telah merdeka daripada penjajah sudah 62 tahun. Tetapi ada perkara yang berlaku didalam masyarakat yang negatif. Lebih buruk daripada sebelum merdeka. ✓ Ekonomi negara berkembang baik. Tetapi hingga ke hari ini pembahagian kemewahan negara tidak seimbang. Dikuasai oleh satu kaum tertentu sahaja. ✓ Semasa dihari menyambut pengisytiharan merdeka pada tahun 1957, doa yang dibacakan.... Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam. Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kam