Posts

Showing posts from November, 2019

Ustaz Azmil 201119

Kuliah Maghrib ✓ Para ulama' ahli sunnah Waljamaah melarang orang Islam mengkafir sesama Islam yang berkiblat yang sama ✓ Tetapi orang yang bermazhab Syiah itu memang sudah jauh akidah dan feqah mereka. ✓ Begitu juga jangan senang hendak melabelkan sesuatu amalan itu sebagai bidaah. ✓ Kadang kala ada amalan yang dilakukan oleh para ulama untuk mengajak orang orang kafir memeluk agama Islam ✓ Maka perlulah sesaorang mukmin itu mempunyai ilmu didalam bidang agama. Terutama fardu Ain. ✓ Orang mukmin digalakkan untuk mempelajari ilmu bahasa Arab. Supaya dapat memahami Quran dan Hadith. ✓ Apabila sudah mempunyai ilmu yang sedikit janganlah pula suka menyalahkan orang lain. ✓ Sesaorang mukmin perlulah melengkapkan diri dengan ilmu aqidah, ilmu fiqah dan ilmu tasawuf. ✓ Janganlah orang mukmin cepat mengkafirkan atau menyatakan sesaorang itu ahli neraka. Itu bukanlah tugasan sesaorang mukmin. ✓ Samalah juga janganlah seseorang itu menyatakan bahawa dia adalah ahli syurga. Itu juga bukan ku

Ustaz Ibnu Hubain 191119

Kuliah Maghrib ✓ Dosa besar Taswir (melukis, ukir) ✓ Gambar atau lukisan sebagai tujuan pendidikan dibolehkan ✓ Melukis gambar orang dan binatang yang cukup sifat untuk dipuja, puji, dan perhiasan adalah dihukumkan haram ✓ Patung yang diukir untuk perhiasan adalah hukumnya haram ✓ Untuk memberi gambar kita untuk dilukiskan, jangan beri gambar yang penuh dari hujung rambut hingga hujung kaki. Perbuatan dia melukis gambar yang penuh adalah haram. ✓ Gambar foto jika diletakkan diruang tamu jika tidak menutup aurat juga dilarang. ✓ Gambar dicopkan diatas duit kertas, dibolehkan kerana ia tidak lengkap. Gambar wajah Agung sahaja. ✓ Gambar foto diharuskan. Tetapi jika digunakan untuk dipuja dilarang. ✓ Anak anak yang menyimpan patung, contohnya 'power rangers', untuk bermain, di haruskan. Tetapi jika dibuat perhiasan perlu dihindari. ✓ Hanya Allah SWT sahaja yang layak menjadikan makhluk. Jika manusia melakukan taswir samalah dia melakukan perbuatan syirik. ✓ Malaikat rahmat tidak me

Ustaz Shamsuddin 161119

Kuliah Subuh ✓ Setiap amalan yang dilakukan hendaklah dilakukan kerana Allah SWT. Supaya mendapat keredhaan NYA. ✓ Didalam kehidupan ini tiada ada yang kekal melainkan Allah SWT. Selain daripada NYA adalah makhluk yang dicipta yang maha kuasa.  ✓ Jadi kenapa dilakukan amalan kerana ingin mendapat pujian makhluk? Sedangkan kita tahu yang semua makhluk itu akan mati atau musnah. Si makhluk tidak kekal... ✓ Sebaliknya kenapa sesaorang itu bersusah-payah memuji sesuatu makhluk? Sedangkan yang dipuji itu tidak kekal. Dia juga hamba, dia juga makhluk... ✓ Maka orang orang yang soleh, mereka hanya menumpu segala amalan dan kehidupan ini dilakukan kerana Allah SWT sahaja. Yang lain daripada NYA tidak penting. ✓ Yang buruk lagi ada manusia yang menyembah atau mempersekutukan makhluk dengan Allah SWT. Sedangkan dia tahu yang makhluk itu tidak kekal. Satu ketika nanti akan musnah. Dimana logiknya? ✓ Hakikatnya kebergantungan makhluk hanyalah kepada Allah SWT. Cukuplah DIA sebagai penolong kita ..

Usta Ghazali Omar 131119

Kuliah Maghrib ✓ Kebersihan daripada najis hendaklah diambil berat apabila hendak bersolat. ✓ Ditempat seperti tandas, besar kemungkinan terdapat najis  yang terjatuh perlulah dia memastikan dirinya bersih. ✓ Jika sesaorang itu sakit dibolehkan dia memakai lampin semasa bersolat. ✓ Kebersihan itu merupakan penting didalam solat. Ia merupakan kunci kejayaan kita beribadat. ✓ Kebersihan juga dititikberatkan cara berwuduk. Hendaklah melakukan dengan sempurna dan tertib. ✓ Berwuduk perlulah dijaga supaya jangan berwas was semasa melakukannya. Dan juga janganlah membazirkan air. ✓ Rasulullah SAW Bila dia mengambil wuduk hanyalah satu bekas yang kecil sahaja. Tidak membazir. ✓ Sekiranya sesaorang yang ada wuduk tetapi dia terlelap jika punggung nya tidak tetap diatas lantai maka wuduk nya telah batal. Jika punggungnya tetap diatas lantai maka tidak batal. ✓ Fadhilat berwuduk termasuklah digugurkan dosa dosa kita. ✓ Mendirikan solat selepas wuduk perlulah dilakukan menepati awal waktu. ✓ Lebi

Ustaz Ali 121119

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah memperbanyakkan salawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. ✓ Kerana usaha Baginda membawa agama Islam kepada umat manusia dengan bersusah-payah, kita hari ini mendapat rahmat yang besar sekali. Islam dan iman yang diajarkan baginda akan menyelamatkan diri daripada kesusahan dihari akhirat. ✓ Nikmat Islam memberi kejayaan hidup kita didunia dan kejayaan diakhirat. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana hidup ini tanpa Islam. ✓ Dihari akhirat kelak umat mukmin akan meminta pertolongan baginda supaya memohon syafaat daripada Allah SWT. Makan hendaklah kita memperbanyakkan salawat keatas Baginda. ✓ Apabila kita hendak berdoa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan bersalawat keatas Baginda ✓ Para alim ulama' mengesyorkan agar orang yang beriman mengerjakan salawat keatas Baginda sekurang-kurangnya 150 kali dalam sehari. ✓ Apabila kita sering terlupa hendak berselawat maka dikhuatiri kita juga terlupa akan jalan

Ustaz Rahmatullah 111119

Kuliah Maghrib ✓ Sunat witir itu hukumnya sunat. ✓ Rasulullah SAW melakukannya...     • Awal malam     • Tengah malam     • Akhir malam ✓ Tetapi baginda gemar melakukan dipertengahan malam. ✓ Yang paling afdal adalah diakhir malam. Sebelum subuh. ✓ Para sahabat berbagai waktunya     • Saidina Abu Bakar diawal malam     • Saidina Omar diakhir malam ✓ Solat witir jumlah rakaat...ganjil     • 3 rakaat     • 5 rakaat     • 7 rakaat     • 9 rakaat     • 11 rakaat dan selanjutnya ✓ Para sahabat lebih suka melakukan lebih daripada tiga rakaat. Kerana mereka tidak mahu sembahyang sunat bersamaan dengan sembahyang wajib ...solat maghrib. ✓ Imam Shafie mengalakkan menunaikan solat witir dengan dua rakaat dan satu rakaat. Tetapi jika solat witir hanya satu rakaat hukum nya makruh. ✓ Mengerjakan solat witir tiga rakaat dengan satu tasyahud akhir. Supaya ia berbeza dengan solat maghrib. ✓ Rasulullah SAW Membaca surah Al A'la didalam solat witir. Dan baginda juga membaca surah yang pendek. ✓ Bag

Ustaz Shamsuddin 101119

Kuliah Subuh ✓ Ubudiyyah bagi sesaorang mukmin merupakan pengabdian dirinya kepada Allah SWT ✓ Mengabdikan diri kepada Allah SWT perlu sangat kepada ikhlas. Bukan nak menunjuk nunjuk kepada orang. Riya'... ✓ Melawan riya' yang zahir itu senang dipelajari dan memerlukan sesaorang itu melawannya. ✓ Tetapi ada riya' yang tersembunyi. Ia itu riya' yang tidak dizahirkan. Tersembunyi... ✓ Didalam hati ada satu kecenderungan untuk orang ramai mengetahui kelebihan diri kita. Teringin supaya orang memuji akan kelebihan kita. ✓ Jika terdetik didalam hati perasaan berikut diatas menunjukkan bahawa ada kerosakkan didalam Ubudiyyah kita kepada Allah SWT. Cukuplah bagi diri kita yang DIA sahaja yang mengetahuinya. Kerana kita melakukan ibadat hanyalah kepada NYA. ✓ Perlulah orang yang beriman merasa malu jika ada keinginan yang tersembunyi untuk orang lain yang tahu ibadat kita. Malau kepada NYA. ✓ Nabi Isa AS menasihati pengikutnya...     • Bila puasa minyakkan rambut dan basahi bib

Ustaz Rahmatullah 041119

Kuliah Maghrib ✓ Kebiasaan orang yang solih mereka beramal diwaktu malam. Sembahyang diwaktu malam. ✓ Menjauhkan diri daripada ancaman api neraka. ✓ Para ulama' bersepakat menyatakan bahawa solat witir hukumnya sunat muakad. ✓ Witir ini dikerjakan sebanyak 3,5,7,rakaat. ✓ Rasulullah SAW Tidak pernah tinggalkan solat witir. Allah SWT sukakan orang yang mengerjakannya. ✓ Abu Hurairah sa menyatakan baginda Rasulullah SAW memperingati nya... • Puasa sunat tiga hari didalam sesuatu bulan • Solat sunnat witir • Solat dhuha ✓ Waktu solat witir adalah selepas solat insya hinggalah ke solat subuh. ✓ Wassalam

Ustaz Yahya 031119

Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang mukmin yang ingin menjadi penyampai ilmu didalam bidang tasawuf dan Tarekat perlulah mendapat keizinan daripada guru-guru yang diiktiraf. Berkemungkinan guru itu dianggap oleh pengikutnya seorang wali. ✓ Guru guru itu pula perlulah mempunyai ilmu yang secukupnya dan disanadkan kepada Rasulullah SAW. Pengajian itu perlulah dicontohi daripada perilaku Rasulullah SAW Dan para sahabatnya. ✓ Ilmu tasawuf akan dapat meningkatkan akhlak orang beriman seperti meningkatnya akhlak para sahabat dibawah didikan Rasulullah SAW. Dimana akhlak yang mulia itu mendapat sanjungan sekelian masyarakat dunia ketika itu. Merupakan 'miracle' umat mukmin generasi pertama. ✓ Untuk mencapai ketinggian akhlak yang sempurna sesaorang mukmin hendaklah menolak ego dirinya. Menyerah sepenuhnya dirinya kepada kehendak Allah SWT. ✓ Mendidik diri sesaorang mukmin apabila bersolat melakukan secara khusuk. Membuang semua nya didalam fikirannya yang sedang bermain didalam mindanya supaya

Ustaz Yusof 031119

Kuliah Subuh ✓ Diakhir zaman ini ... •  Anak anak membuat kemarahan ibu bapa •  Tidak banyak hujan •  Ramai orang yang jahat daripada yang baik ✓ Orang Melayu menerima Islam. Serta dapat menyesuaikan budayanya memenuhi kehendak agama Islam. ✓ Budaya orang Melayu menghidupkan beberapa aspek Islam didalam amalan mereka. Merayakan dan mengagungkan hari hari kebesaran Islam seperti mengingati kelahiran baginda Rasulullah SAW. Serta mengamalkan nilai-nilai Nabawi. ✓ Masyarakat Melayu juga menerima Islam dengan baik. Amalan yang tertera adalah penggunaan nama Muslim didalam menamai anak anak mereka. ✓ Tetapi dibidang politik ramai yang mengamalkan budaya yang kurang sihat. Ini perlulah dinilai semula oleh pemimpin masyarakat. Jauhkan daripada terlalu menghukum sesuatu kejadian tanpa menyelidiki punca sebenarnya. ✓ Masyarakat yang berjaya perlulah mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Serta mencontohi bagaimana khalifah khalifah mentadbirkan negara. ✓