Posts

Showing posts from December, 2019

Ustaz Jemputan 291219

Kuliah Maghrib Malaikat berdoa kepada Allah SWT supaya memberi keampunan dan kebaikan akan orang yang melakukan perkara-perkara berikut.... ✓ Orang yang sebelum tidur...      • Bersih pakaian      • Berwangi-wangian      • Bersugi      • Berwuduk ✓ Orang yang menunggu masuknya waktu solat. ✓ Orang yang bersolat jemaah disaf hadapan. Lagi dekat dengan imam lagi Afdhal. ✓ Orang yang didalam solat berjemaah yang menyempurnakan safnya. Rapat. Bahu bertemu bahu. Buku lali sama garisan. ✓ Orang yang mengaminkan fathihah imam didalam solat jemaah. ✓ Orang yang duduk ditempat solatnya selepas dia selesai solat. ✓ Orang yang bersolat subuh dan Isya' berjemaah ✓ Orang yang mendoakan kebaikan kepada orang lain. Tanpa pengetahuan orang itu. ✓ Orang yang rajin bersedekah. ✓ Orang yang suka menziarahi orang sakit. ✓ Orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain ✓ Orang yang bangun bersahur. ✓ Wassalam  

Ustaz Nizam 291219

Kuliah Subuh ✓ Ada golongan yang menyalah guna Al Quran Dan hadith Untuk memuaskan nafsu. Tanpa merujuk kepada maksud sebenar ayat ayat Al Quran tersebut ✓ Orang yang beriman sentiasa berpegang teguh kepada ajaran sebenar Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. ✓ Sebaik baik makhluk yang dijadikan Allah SWT adalah para nabi dan para rasul. Yang utama dari sekelian nabi dan rasul adalah Nabi Muhammad SAW. ✓ Apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar walaupun ia bertentangan dengan  logik. Itulah pegangan orang yang beriman. ✓ Pegangan ahli sunnah waljamaah adalah para Nabi adalah manusia yang maksum. Manusia yang lain bukan nya sampai kepada makam maksum. Para wali dikatakan makfus. Dijaga Allah SWT. Tetapi tidak sampai ke makam para nabi. ✓ Sifat wajib bagi Rasul adalah Sidiq, Amanah, Tabligh, Fathanah. ✓ Sifat Mustahil bagi para nabi Kidzib - berbohong, Khianat, Kitman- sembunyi wahyu, Jahlun- bodoh. ✓ Sebagai orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan cerita-ceri

Ustaz Jihad 281219

Kuliah Subuh ✓ Manusia mempunyai bahagian fizikal dan hati. Kedua dua bahagian kadangkala berpenyakit. Fizikal ada sakitnya. Hati juga ada sakitnya. ✓ Hati adalah tempat dimana Allah SWT memandang manusia. Serta disitu juga tempat bertembungnya pengaruh malaikat dan iblis didalam sesaorang. ✓ Penyakit hati boleh membawa sesaorang itu tidak memasuki syurga. Ini dinyatakan Rasulullah SAW. Sombong merupakan sakit hati. ✓ Yang paling buruk penyakit hati adalah berlaku sombong kepada Allah SWT. Serta takabur kepada manusia. ✓ Sebab sebab berlakunya penyakit sombong... • Merasa dirinya banyak ilmu. Padahal dia baru belajar tahap pertama. Tidak mendalam. • Merasa yang amalan nya sudah banyak. • Bermegah dengan keturunannya. Sehingga menindas dengan orang lain. Iblis berlaku sombong kepada Adam kerana ia merasakan dirinya dari keturunan yang lebih baik. • Kehebatan harta yang dipunyai. Qarun mempunyai harta yang banyak, akhirnya di musnahkan Allah SWT kerana sombongnya. • Kecantikan juga punca

Ustaz Dr Syahibuddin 271219

Kuliah Jumaat ✓ Peristiwa gerhana matahari ada hikmahnya dari perspektif agama... ✓ Surah Yunus ayat 5. Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). ✓ Anak Rasulullah SAW Yang bernama Ibrahim meninggal dunia pada hari gerhana matahari. ✓ Ada para sahabat melibatkan kematian tersebut dengan gerhana matahari. Baginda Rasulullah SAW menegaskan bahawa ianya tidak benar. Sabda Baginda yang bermaksud "Gerhana ini adalah tanda-tanda dari Allah, bukan disebabkan karena kematian atau kelahiran seseorang. Namun gerhana ini terja

Ustaz Fazrul 251219

Kuliah Maghrib يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ✓Surah Al Hashr Ayat ke18 maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. ✓ Orang yang beriman perlulah memastikan persiapannya untuk kehari akhirat secukupnya. ✓ Semasa didunia orang yang beriman merasa cemas sekiranya sampai masanya untuk menunaikan ibadah yang diwajibkan Allah SWT keatas dirinya. ✓ Orang yang ingin berjaya hidupnya diakhirat kelak hendaklah dia menjadi seorang yang bertakwa. ✓ Perlulah kita melihat gerak diri sendiri supaya tidak terlepas mengerjakan ibada

Ustaz 251219

Kuliah Maghrib يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ✓Surah Al Hashr Ayat ke18 maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. ✓ Orang yang beriman perlulah memastikan persiapannya untuk kehari akhirat secukupnya. ✓ Semasa didunia orang yang beriman merasa cemas sekiranya sampai masanya untuk menunaikan ibadah yang diwajibkan Allah SWT keatas dirinya. ✓ Orang yang ingin berjaya hidupnya diakhirat kelak hendaklah dia menjadi seorang yang bertakwa. ✓ Perlulah kita melihat gerak diri sendiri supaya tidak terlepas mengerjakan ibada

Ustaz 251219

Kuliah Subuh ✓ "Maukah kalian aku tunjukkan orang yg haram (tersentuh api) neraka?" tanya Rasulullah SAW. Para sahabat berkata, "Iya, wahai Rasulallah!" Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab, "(Haram tersentuh api neraka) orang yg hayyin, layyin, qorib, dan sahl" ( Hr. Imam At-Tirmidzi dan Imam Ibnu Hiban) ✓ HAYYIN, orang yang beriman mempunyai sifat tenang. Mereka merupakan golongan yang Rasulullah SAW menyatakan yang Allah SWT mengharamkan daripada api neraka. Mereka juga tidak mudah melenting. Tidak menyebarkan sesuatu maklumat tanpa diperiksa. ✓ LAYYIN, Orang yang mempunyai budi bahasa yang baik adalah golongan kedua Rasulullah SAW menyatakan tidak disentuh oleh api neraka. Beradab sopan yang disenangi oleh orang yang disekelilingnya. 'Character' yang tinggi nilai pekertinya. ✓ QORIB, mereka merupakan manusia yang mengeratkan silaturrahim. Tidak suka berkonflik dengan perkara-perkara yang kecil. Melakukan perkara yang dapat mengerat

Ustaz Syazwan 221219

Kuliah Maghrib ✓ Salah satu rukun iman adalah percaya kepada Qadha dan Qadar. ✓ Qadha' ialah pelaksanaan Allah terhadap apa yang telah ditetapkan, manakala qadar bermaksud ketentuan dan ketetapan Allah sejak azali. ✓ Qadar merupakan ketetapan Allah SWT sebelum perkara itu berlaku. ✓ Wajib bagi seorang mukmin apa sahaja yang berlaku telah pun ditetapkan. Yang baik dan buruk. Telah ditetapkan semenjak diazali lagi. Kekuasaan Allah SWT yang maha tinggi. ✓ Apa sahaja yang akan berlaku kepada kita pada masa hadapan telah pun ditetapkan. Segala yang diikhtiarkan adalah usaha yang perlu dilakukan tetapi apa yang terjadi sama ada baik atau tidak telah pun ditentukan Allah SWT. ✓ Ahli sunnah Waljamaah meletakkan usaha dan ikhtiar diatas setiap individu. Perlu berusaha untuk beramal dan menjauhkan segala larangan NYA. Tetapi apa yang berlaku kemudian adalah kehendak NYA. ✓ Golongan Jabariah mempercayai segala yang berlaku baik dan buruk telah ditentukan jadi tidak perlulah berusaha. Ini bert

Ustaz Abdul Halim 221219

Kuliah Subuh ✓ Akal merupakan ciptaan Allah SWT yang disukai NYA. ✓ Dengan akal manusia dapat melakukan berbagai ciptaan di sepanjang zaman. Tetapi akal itu tidak dapat menandingi kekuasaan Allah SWT. ✓ Contohnya adalah Firaun dengan sombongnya membina piramid dengan tujuan hendak naik ke langit berjumpa dengan Tuhan Musa. Akhirnya dia dihapuskan dan Allah SWT membiarkan piramid itu berdiri sehingga hari ini, untuk menjadi pengajaran kepada manusia zaman kezaman. ✓ Akal juga membolehkan manusia menimba ilmu dengan banyak sekali. Dicipta berbagai-bagai kelengkapan untuk kebaikan bersama dan juga membuat perkara-perkara yang merusakkan. ✓ Akal juga dapat memikirkan jauh kehadapan. Semasa peperangan diantara tentera Islam Melayu dengan tentera kafir Thai. Ramai orang Islam Melayu berjihad. Tetapi panglima pemerintah tentera Islam tidak mengizinkan para ulama untuk berperang bersama. Mereka menghantar para ulama ke Mekah untuk mempelajari ilmu agama. Agar agama ini tidak pupus dimasa hadap

Ustaz Shamsuddin 211219

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT tidak dapat dilihat dengan mata kasar didunia ini. Tetapi diakhirat kelak kita dapat melihat NYA. ✓ Didunia ini Allah SWT dapat dilihat dengan mata hati orang-orang yang beriman dan soleh. ✓ Sebab didindingkan penglihatan kita dengan Allah SWT adalah kerana IA terlalu dekat dengan kita. Nur NYA terlalu terang dan terlalu agong. ✓ Orang yang beriman yakin yang Allah SWT itu wujud. DIA lah yang maha pencipta. ✓ Para ulama membincangkan sebab kita tidak dapat melihat NYA dengan mata kasar kita didunia ini. Sebabnya adalah secara fizikal kita tidak mampu berhadapan dengan zat Allah SWT. ✓ Diakhirat kelak diizinkan Allah SWT untuk manusia dapat melihatnya secara fizikal. ✓ Hamba hamba Allah SWT yang soleh dapat melihat NYA dengan mata hatinya. Mereka ini merupakan orang-orang yang terpilih. ✓  Para ulama menyatakan yang manusia tidak dapat melihat NYA berkemungkinan DIA terlalu dekat dengan hamba NYA. ✓ Satu andaian jika dibau minyak kasturi memang baunya itu sunggu

Ustaz Zaki 201219

Kuliah Maghrib ✓ Aqidah perlulah dipelajari agar tidak dipesungkan oleh orang orang yang berkepentingan dan syaitan. ✓ Sehingga kehari ini terdapat banyak ajaran ajaran yang sesat. Pihak berwajib sentiasa memperingati jemaah akan bahaya golongan yang sesat. ✓ Ingat akan hari dimana setiap orang diberi catitan amalan dihari akhirat. Setiap perbuatan kita akan dicatit serta dihitung. Sekecil-kecil hingga sebesar-besar amalan. ✓ Perkara yang kita hadapi ini termaktub didalam AL Quran. ✓ Orang murjiah tidak yakin akan perkara diatas.... ✓ Ada golongan manusia yang kuat beribadat. Hingga dianggap dirinya adalah orang yang dikasihi Allah SWT. Perkara yang haram itu dianggap halal baginya. Dia yakin bahawa dia tidak perlu lagi melakukan ibadah. Semua manusia seumpama ini adalah mereka yang terpesong oleh pujukan syaitan. ✓ Syaitan telah membuatkan yang apa yang diamalkan itu baik pada pandangan nya. ✓ Ada orang yang berzikir dengan banyak sehingga satu ketika dia merasakan dirinya manusia yan

Ustaz Adri 151219

Kuliah Subuh ✓ Ramai manusia tidak memikirkan tentang mati. Mereka rasa yang kematian itu lama lagi masanya. Hinggakan bila masanya sudah sampai dia masih ingatkan dia hanyalah bermimpi. ✓ Kematian itu datang pada bila-bila sahaja. Maka bagi orang yang beriman hendaklah selalu memohon ampun akan dosanya kepada Allah SWT. Bertaubat nasuha. ✓ Orang yang tahu dia akan mati. Maka dihabiskan hayatnya dengan solat dan doa meminta ampun atas dosa- dosa yang dia telah lakukan. ✓ Mohonlah ampun daripada Allah SWT seakan akan hari ini adalah hari terakhir hidup kita didunia ini. Agar apabila kita kembali kelak tidak membawa dosa dosa apabila dia berjumpa Allah SWT. ✓ Begitu jugalah solat kita, jika kita tahu itulah solat terakhir kita. Mestilah solat itu dilakukan dengan sebaik mungkin, penuh kusyuk. ✓ Disaat diakhir hayat, sesaorang itu tidak lagi menghirau akan hal-hal keduniaan. Yang berfikir adalah bagaimana hendak bertemu dengan Allah SWT kelak. ✓ Walaupun kematian itu ramai yang tidak tahu

Ustaz Fazrul 111219

Kuliah Subuh ✓ Surah Al Baqorah 127. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. ✓ Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Baitullah atas suruhan Allah SWT. Projek besar untuk menegak amalan yang membesarkan syiar Allah SWT. ✓ Bagi membina Baitullah Nabi Ibrahim telah banyak berkorban. Ada perintah yang bagi akal manusia tidak munasabah. Tetapi perancangan Allah SWT itu diluar jangkaan manusia. ✓ Dari satu bangunan yang berada di tempat yang tidak ada nilai lansung kepada tempat jutaan manusia berpusu-pusu hari ini. Satu agama yang besar yang merubah sejarah kemanusiaan. ✓ Baginda Nabi Ibrahim mendidik keluarganya untuk patuh kepada perintah Allah SWT. Dia tidak penat beramal dan meminta pertolongan Illahi. Pendidikan baginda kepada Nabi Ismail sampa

Ustaz Ali 101219

Kuliah Maghrib ✓ Bagi orang-orang yang beriman hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW untuk mempermudahkan perjalanan dipadang Mahsyar dihari akhirat kelak. ✓ Diakhirat kelak suasana disana begitu menyusahkan. Maka harapan yang kuat untuk mendapatkan syafaat Nabi SAW. Maka jika kita banyak memperbanyakkan selawat maka dipermudahkan untuk bertemu baginda Rasulullah SAW. ✓ Apabila kita melakukan amalan janganlah ingat kita ini sudah hebat. Ahli ibadah yang hebat. Ahli syurga....Jangan sama sekali. Keta melakukan ibadah kerana Allah SWT. ✓ Sebagai seorang mukmin kita mengharapkan akan keredhaan Allah SWT. DiterimaNya amalan kita sebagai bekalan diakhirat kelak. Syurga itu bukan kerana ibadah kita. Tetapi ia adalah kerana rahmat NYA. ✓ Takut kepada Allah SWT. Takut apa yang kita lakukan didunia ini mengundang kemurkaan NYA. Maka memperbanyakkan taubat kepada Illahi ✓ Khuatir yang Allah SWT menolak segala amalan kita kerana perbuatan kita didunia ini. Disebabkan hubunga

Ustaz Rahmatullah 091219

Kuliah Maghrib ✓ Solat witir boleh dilakukan diatas tunggangan ketika bermusafir. ✓ Rasulullah SAW Tidak pernah meninggalkan solat witir. Hukumnya adalah sunat muakkad mengikut mahzab Shafie. ✓ Doa qunut boleh dibaca semasa mendirikan solat witir ✓ Selepas solat digalakkan berdoa meminta perlindungan daripada Allah SWT ✓ Wassalam

Usta Shamsuddin 081219

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT sentiasa memerhati dan melihat segala perlakuan kita. Bagi orang yang beriman sedar akan perkara ini sudah cukup untuk menguatkan imannya. ✓ Bagi orang yang mempunyai ilmu tentang sifat Allah SWT akan membuatnya mengenali akan Tuhannya. Tahu yang Allah SWT mempunyai kuasa untuk melihat segala apa yang dilakukan oleh makhlukNYA. Tahu dan sedar yang Allah SWT yang mentakdirkan segala apa yang berlaku dialam ini. ✓ Orang yang beriman yang kenal akan Allah SWT apabila ia melihat segala apa yang ada dialam ini akan segera mengingatkan dia kepada kekuasaan Allah SWT. Makam iman yang fanak. ✓ Hatinya sentiasa mengingati Allah SWT. Apa yang dilihatnya didalam alam ini membawanya akan menyedari akan segala kekuasaan NYA. Malah lagi dalam dia mengkaji segala makhluk lagi dia kenal akan penciptanya. Lagi kuat imannya. Lagi yakin nya akan penciptanya. Lagi cinta kepada Allah SWT. Takut kepada NYA. Mengharap akan keredhaan NYA. ✓ Sedar akan siapa dirinya. Makhluk sahaja. Ya

Ustaz Rahmatullah 021218

Kuliah Maghrib ✓ Solat sunat witir       • Paling minima sempurna3 rakaat.       • 2 rakaat salam sambung satu rakaat       • atau 3 rakaat satu salam ✓ Berzikir selepas solat witir Daripada Ibn Abdul Rahman bin Abza ra, daripada bapanya, daripada  Nabi saw: "Nabi saw membaca di dalam witir (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى), (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) dan (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ). Apabila Baginda saw memberi salam, Baginda saw bersabda: (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) dalam keadaan Baginda saw mengangkat suaranya ketika membacanya". [Riwayat Ahmad (15354)] ✓ Solat witir dilakukan hanya sekali sahaja satu malam. ✓ Ada juga para sahabat melakukan solat witir dengan hanya satu rakaat. Tetapi dia membaca Seratus Ayat Al Quran. Sebelum itu dia melakukan solat sunat dua rakaat. Didalam mahzab Shafie solat witir satu rakaat  itu hukumnya makruh. ✓ Solat witir ini merupakan satu tuntutan. Didalam mazhab Hanaf

Ustaz Yusof 011219

Kuliah Subuh ✓ Sesaorang mukmin akan selalu mendoakan kebaikan keatas saudara seislam. Inilah akhlak muslim. Para malaikat juga akan mendoakan keatas mukmin. ✓ Seorang mukmin hendaklah berusaha untuk mengadakan satu suasana kedamaian didalam masyarakat. Menjauhi daripada perkara-perkara yang negatif yang berkesudahan dengan perpecahan didalam masyarakat. Seperti isu isu rasis. ✓ Didalam Islam, diajarkan umat mukmin menyebarkan salam. Wajib dibalaskan salam sesaorang mukmin. Didalam salam itu juga terdapat doa untuk kesejahteraan. Islam juga tidak mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna kulit dan keturunan. ✓ Sesaorang mukmin diingatkan selalu agar bertakwa kepada Allah SWT. Menjalankan segala perintah NYA serta menjauhi segala larangan NYA. ✓ Sikap orang yang beriman sentiasa mencari penyelesaian akan segala masalah didalam masyarakat. Islam itu agama yang inginkan keamanan. Doktrin yang mendidik umatnya supaya tidak menghina sesama manusia yang berbeza daripadanya. Hormat menghorma