Posts

Showing posts from January, 2020

Ustaz Rahmatullah 130120

Kuliah Maghrib ✓ Mengingati mati boleh menghindarkan diri daripada sikap membuang masa. Sedarlah bahawa tujuan kita adalah akhirat. Mati itu adalah satu kepastian. ✓ Orang yang beriman mencari bekalan semasa didunia lagi untuk dibawa ke akhirat nanti. ✓ Kehidupan didunia ini adalah sekejap sahaja jika dibandingkan dengan kehidupan kita selepas mati. ✓ "Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetap akan menemui kamu, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Maka Dia akan memberitahu kamu akan apa yang pernah kamu kerjakan." (Surah Al-Jumu'ah : 8). ✓ Menghadapi mati itu tidaklah menjadi isu. Tetapi selepas mati itulah yang menjadi tanya tanda yang besar. Adakah kita dapat pergi ke syurga atau neraka. Bekalan semasa hidup didunia ini adakah cukup? ✓ "Janganlah salah seorang di antara kalian berangan-angan untuk mati karena musibah yang menimpanya. Kalau memang harus berangan-ang

Usta Fazrul Ismail 120120

Image
Program tadabur Al Quran ✓ Quran dapat memberi penyelesaian kepada manusia dari berbagai aspek • Fizikal • Intelek • Rohani • Emosi ✓ Surah Yassin merupakan qalbu Al Quran ✓ Selalu dibacakan kepada orang yang sedang sakit dan menuju kesakarat maut ✓ Sekiranya orang tersebut selalu menghayati surah Yassin maka mendengar surah tersebut ketika sakaratul maut maka ia akan memberi kesan yang positif. ✓ Surah Yassin merupakan surah yang terdapat ayat-ayat yang berunsur kepada dakwah. ✓ Kalimah Yassin maksudnya hanya Allah SWT yang tahu. Kita tidak tahu. Ada juga ulama yang menyatakan Yassin merupakan nama Rasulullah SAW. ✓ Ayat pertama surah ini iaitu 'Yassin' ini memberi satu reset Minda kepada manusia yang beriman yang dia banyak yang tidak tahu. Banyak perkara yang dia hendak lakukan mengajak keluarga dan sahabat kejalan Allah SWT tetapi tidak semuanya berjaya. Banyak perkara yang kita tidak tahu. ✓ Ya Sin 36:2 وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْحَكِيمِ Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat

Ustaz Shamsuddin 120120

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT lebih dekat dengan hambaNYA dari diri hamba itu sendiri. Tetapi DIA juga memerintahkan hamba itu berdoa kepada NYA. "Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaaf : 16). Allah berfirman, Berdoalah kepada-Ku, pasti akan Aku kabulkan (QS. Al-Mumin : 60). ✓ Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi kepada hamba NYA. Jadi kenapa DIA memerintahkan hamba itu berdoa kepada NYA? ✓ Jadi apabila hamba itu berdoa dan dimakbulkan doa tersebut. Persoalannya adakah pemberian itu kerana ia dipohonkan oleh hamba NYA. Bukankah Allah SWT telah tahu apa yang akan berlaku kepada hamba itu? ✓ Jadi peranan doa bukanlah kerana hendak memohon sesuatu kepada Allah SWT. Tetapi hakikatnya apabila hamba itu berdoa ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang hamba yang memohon kerana kebesaran NYA. ✓ Berdoa adalah satu ibadah yang sesaorang hamba hendak melahirkan perasaan kehambaan nya kepada Allah SWT. ✓ Sesaorang mukmin yang mengenal tuhannya apabila dia berdoa la

Hj Yasim Mohamed 110120

Kuliah Maghrib ✓ Para mukmin hari ini perlu mencari kaedah bagaimana membangun kegiatan ekonomi masyarakat Islam dinegara ini. ✓ Kegiatan ekonomi umat Islam perlulah menepati hukum syariat. Supaya mendapat keberkatan Allah SWT. ✓ Kegiatan ekonomi umat mukmin hendaklah halal disetiap segi. ✓ Kesedaran masyarakat hendaklah diperluaskan akan kepentingan memilih yang halal sahaja disetiap jual beli. ✓ Komunikasi hendaklah dipertingkatkan agar masyarakat mukmin memilih produk buatan Muslim. Produk halal. ' Buy Muslim First'. ✓ Perlulah ada perubahan paradigma umat muslim untuk sedar bahawa dia sebagai pengguna perlulah memainkan peranannya untuk memperkasakan ekonomi orang Islam. ✓ Sedar bahawa peniaga-peniaga bukan muslim tidak membawa produk muslim didalam inventori perniagaan mereka. ✓ Hari ini peniaga muslim terpaksa bergantung 'supply chain' perniagaannya kepada pemborong bukan muslim. Kebarangkalian pembekal tersebut mengenakan harga seunit yang tinggi. ✓ Pasaraya umat

Ustaz Firdhaus 110120

Kuliah Subuh ✓ Rasulullah SAW Sebagai ketua negara Islam tidak suka berperang. Tetapi orang- orang kafir yang memerangi umat Islam. ✓ Pada hari ini pun orang- orang kafir memerangi umat Islam. Ini akan berterusan hinggalah kehari Qiamat. ✓ Rasulullah SAW berperang untuk mempertahankan kebebasan manusia untuk kembali ke agama yang bertauhid kepada Allah SWT. ✓ Orang Quraish semasa menuju ke Madinah hendak memerangani Baginda Rasulullah SAW Dengan sombong sekali. Tetapi apabila mereka kalah di Badar mereka masuk kembali ke Mekah dengan perasaan malu dan hina. ✓ Setelah tentera orang mukmin mencapai kemenangan, Rasulullah SAW menghantar dua orang sahabat untuk menyampaikan berita kemenangan peperangan Badar. Ketika itu pihak puak menafik menyebar berita yang pihak mukmin telah kalah. Dengan berita kemenangan itu orang Madinah telah tahu kebohongan munafik . ✓ Pembagian harta rampasan juga membawa perselisihan sesama para sahabat. akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan agar harta rampasan d

Ustaz Hubain 100120

Kuliah Maghrib ✓ Diakhir zaman ini umat Islam menghadapi banyak ujian. Tsunami, Banjir, Peperangan, dll. Jadi perlulah memohon pertolongan Allah SWT. ✓ Mohon kepada NYA agar ilmu yang dipelajari diikhlaskan untuk kita mengamalkannya. Serta mempunyai akhlak yang tinggi diatas ilmu dan amal yang kita kerjakan. ✓ Ketika kita diuji tidak ada lagi tempat yang kita dapat membantu melainkan Allah SWT. DIA yang maka kuasa....Segala puji bagi NYA. ✓ Maka perlulah bagi orang-orang yang beriman berusaha mencari keredhaan Allah SWT. Memohon pertolongan dengan NYA serta bertawakal akan ketentuan NYA. ✓ Jangan berlaku seperti Qaroon. Manusia yang kayanya luar biasa. Sombong. Suka menunjuk-nunjuk. Kejayaannya membawanya sebagai sarang yang zalim. Tidak mengaku akan pertolongan Allah SWT. ✓ Wassalam  

Ustaz Dr Syahibuddin 090120

Kuliah Maghrib ✓ Musibah adalah satu kejadian... • Yang terkena orang •  Yang negatif •  Terkena ramai •  Tidak tenang ✓ Allah SWT menjatuhkan musibah adalah kerana... • Ujian • Teguran • Bala' ✓ Ukuran musibah diturunkan kerana... • Iman • Ibadah • Akhlak • Ilmu • Amalan ✓ Sekiranya sesaorang yang mempunyai cukup lima perkara diatas yang diturunkan musibah kemungkinan nya ujian Allah SWT kepada kita. ✓ Sekira kesemua lima perkara diatas itu ada banyak kekurangan. Maka musibah yang diturunkan adalah sebagai teguran NYA. ✓ Sekira kesemua lima perkara itu langsung tidak ada. Maka musibah yang turun adalah berkemungkinan sebagai Bala'. ✓ Bala' juga diturunkan jika... • Kekayaan berputaran diantara orang yang kaya sahaja • Sekiranya ramai orang mukmin tidak mahu menunaikan zakat • Kaum wanita hendak mengurus kaum lelaki • Anak anak menderhaka kepada ibunya • Anak anak tidak rapat dengan bapanya • Umat Islam bergaduh sesama sendiri didalam masjid • Pemimpin yang rosak moralnya •

Ustaz Rahmatullah 060120

Kuliah Maghrib ✓ Bertaubat itu bukan mudah. Hendak 'sustain' itu susah. ✓ Cara hendak 'sustain' akan dosa itu dengan cara beransur ansur. Lebih senang dan dapat bertahan dengan lama. ✓ Sesaorang yang beriman perlulah mempunyai ilmu akan akibat melakukan dosa itu diakhirat. ✓ Mudharat di dunia dan akhirat akibat melakukan dosa berterusan. Merasa kesal akan dosa-dosa yang telah lalu. ✓ Dan ingin sangat hendak bertaubat. Harap bersungguh-sungguh yang Allah SWT menerima taubat itu. ✓ Orang yang ingin bertaubat perlu terasa pedih dihati kerana dosanya. Kesal akan apa yang telah lalu. ✓ Takut akan berjumpa dengan Allah SWT. Takut akan apa yang akan terjadi dialam Barzah dan alam Akhirat sekiranya dosanya tidak mendapat keampunan. ✓ Berjuang untuk memperbaiki diri didalam ketaatan kepada perintah Illahi. Berusaha bersungguh sungguh untuk melakukan segala suruhan NYA. ✓ Memohon kepada Allah SWT agar dibuka hati kita untuk terus didalam ketaatan. Mohon perlindungan NYA daripada

Ustaz Osman 050120

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT menjadikan telinga adalah untuk kebaikan. ✓ Mendengar akan perkara yang baik. Tidak digunakan untuk memporak perandakan masyarakat. Menggunakan telinga untuk menyampaikan berita 'fake' kepada orang lain. ✓ Banyak pahala apabila seseorang itu mendengar bacaan Al Quran dan menghadiri majlis ilmu. ✓ Apabila mendengar ilmu tertentu digunakan untuk mengerjakan amal kebajikan. Maka pihak tersebut mendapat pahala yang berlipat ganda. ✓ Nikmat pendengaran itu lebih baik daripada nikmat penglihatan. ✓ Maka perlulah sesaorang itu bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat pendengaran. Dengan menggunakannya dengan cara yang diredhai NYA. ✓ Jauhilah daripada menggunakan nikmat tersebut daripada melakukan mengumpat. Juga melakukan perkara bermuka muka serta memfitnah. ✓ Agama melarang seorang mukmin daripada mendengar pertengkaran dan bidaah. Juga dilarang mendengar suara nyanyian perempuan dan lelaki muda yang boleh menaikkan syahwat. ✓ Ada beberapa alat musikal yang

Ustaz Yusuf 050120

Kuliah Subuh ✓ Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyebut itulah orang yang bermuka dua (al-wajhain) dan itu adalah manusia paling buruk, seperti disebutkan di dalam hadits: إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ Artinya: "Manusia yang paling buruk adalah orang yang bermuka dua, yang mendatangi kaum dengan muka tertentu dan mendatangi lainnya dengan muka yang lain." (H.R. Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu). ✓ Intisari khutbah Jumaat Negeri Perak minggu lepas... • Munasabah diri sebelum memulakan apa sahaja gerak kerja. • Orang yang selalu bermunasabah diri merupakan nikmat Allah SWT kepada nya • Fikir akan ketaatan, ibadah, penghayatan Al Quran Dan sebagainya • Bagaimana dengan solat. Yang wajib. Yang sunat. Solat Dhuha adalah konsisten ... • Menangani kesalahan diri. Berusaha memperbaiki diri. Minta maaf sesama manusia, mohon ampun kepada Allah SWT. • Begitu juga jika bercakap belakang akan sesi

Ustaz Yahya 040120

Kuliah Maghrib ✓ Ahli tasawuf melalui berbagai jalan untuk menuju kepada Allah SWT. Jalan untuk mengenal akan DIA. ✓ Jalan untuk menuju kepada NYA adalah dengan kehendak NYA. DIA yang memilih hamba hamba NYA untuk memberi sesuatu anugerah. Hidayah itu kepunyaan Allah SWT. ✓ Orang yang beriman dan beramal Soleh akan menemui berbagai ujian didalam perjalanannya untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. ✓ Mendapat celaan daripada musuh musuh Islam adalah satu ujian kepada orang yang beriman. Mereka orang orang yang jahil akan mencerca akan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang beriman. ✓ Ada para ulama' yang besar menghadapi cercaan daripada orang yang berilmu. Sifat dengki juga terdapat pada orang orang alim yang telah tersasar. ✓ Yang melakukan perkara tersebut ada juga daripada sahabatnya. Ini lah jalan yang susah yang dihadapi oleh para ulama' besar. ✓ Ujian yang mereka hadapi begitu besar sekali untuk menemui jalan menuju kepada Allah SWT. Ujian ini datangnya dari

Ustaz Fazrul 049120

Kuliah Subuh ✓ Hidayah penting kepada orang yang beriman. Seperti oksigen penting untuk kehidupan manusia. ✓ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ ✓  Surah Al Baqaroh ayat kedua : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; ✓ Perkataan HUDA membawa maksud sebagai petunjuk ✓ Sebelum ayat ini terdapat ayat...Alief Lam Min didalam surah Al Baqaroh. Yang maksudnya tidak diketahui oleh manusia. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Ini satu pengajaran bagi manusia. Satu mindset. Kita didalam banyak perkara tidak mengetahui melainkan dengan bantuan NYA. ✓ Orang beriman selalu merendah diri... ✓ Begitu juga dengan iman. Jalan yang benar. Jalan yang lurus adalah dengan bantuan Allah SWT. Orang yang mendapat hidayah itulah yang berada dijalan yang lurus. ✓ Al Quran ini adalah kitab daripada Allah SWT. Hidayah daripada NYA untuk manusia. ✓

Ustaz Faizal 01012020

Kuliah Subuh ✓ Manusia terbagi kepada golongan semasa kembali bertemu Allah SWT... • Beriman dan membawa amal kebajikan mengikut segala hukum Allah SWT • Orang yang beriman tetapi leka dengan kemewahan dunia. Kurang amalan. • Tidak beriman. Membuat banyak kerosakan. Melawan hukum Allah SWT. ✓ Hidayah itu kepunyaan Allah SWT. Tidak dapat sesaorang itu menerima Islam jika tidak diberi hidayah. Bapa saudara Rasulullah SAW pun tidak dapat hidayah walaupun didoakan oleh Baginda. ✓ Baginda Rasulullah SAW mengutamakan keredhaan kedua ibu bapa didalam apa sahaja sesuatu amalan. Sehingga ada sahabat yang hendak pergi berjihad Baginda tidak izinkan jika tidak mendapat keredhaan ibu bapa. ✓ Doa ibu sungguh mustajab. Hingga ada satu peristiwa seorang ulama besar tidak dapat menunaikan haji oleh kerana ibunya tidak meredhai pemergiannya. ✓ Jemaah Islam itu satu kekuatan. Apa yang didoakan para jemaah keatas jemaah yang lain itu satu yang mustajab. Doa para sahabat merupakan salah satu yang dimakbul