Posts

Showing posts from February, 2020

Ustaz Farid Subang 230220

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT menganugerahkan nikmat kepada hambaNYA. Berbagai nikmat. Rasulullah SAW menyatakan bahawa disebalik nikmat yang sesaorang hamba menikmati pasti ada orang yang akan memusuhi kamu. ✓ Maka tidaklah perlu diwar warkan nikmat tersebut. Lebih baik berdiam. Supaya tiada dimusuhi. ✓ Sekiranya orang yang memusuhi kita berdepan dengan kita itu tidaklah menjadi isu sangat. Tetapi yang bermusuh kita secara berdiam. ✓ Para sahabat tanya Baginda SAW, siapakah yang memusuhi kita? Baginda menyatakan orang yang memusuhi kita adalah mereka yang didalam hatinya ada penyakit hasad dan dengki. ✓ Kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana dengki. Allah SWT menerima qurban Habil. Menolak qurban Qabil. Sakit hati Qabil kepada saudaranya. Sehingga sanggup membunuh Habil. ✓ Iblis dihalau keluar daripada syurga kerana enggan sujud hormat kepada Adam. Sikap sombong dang dengkinya kepada Adam sehingga dia sanggup bersanggah dengan perintah Allah SWT. ✓ Kerana sifat hasad dan dengki tel

Ustaz Zaim Zamri Akedemi Sinergi 230220

Tadabur Al Quran ✓ Al-Baqarah 2:1-4 (1) الٓمٓ (2) ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (3) ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ (4) وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (1) Alif, Laam, Miim. (2) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (3) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (4) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). ✓ Ayat-ayat diatas merupakan formula kejayaan b

Ustaz Abdul Halim 230220

Kuliah Subuh ✓ Diakhirat Umat Nabi Muhammad SAW mendapat keistimewaan. Kerana baginda adalah penghulu segala nabi. Dia dapat lmemberi syafaat kepada pengikutnya diakhirat nanti. ✓ Rasulullah SAW Tidak pernah mendoakan yang tidak baik keatas pengikutnya. Dimohon kebaikan kepada umat mukmin. Malah baginda meminta ditangguhkan segala bentuk balasan didunia ini. Agar dapatlah umatnya masa untuk bertaubat. ✓ Diakhirat kelak semua umat Muhammad SAW akan memasuki syurga. Hanya cepat atau lambat sahaja. ✓ Allah SWT menyeru agar segala kesalahan umat Muhammad SAW sesama umat; diharapkan mereka selesaikan sesama sendiri didunia lagi. Agar diakhirat kelak tidak perlu diadili lagi. ✓ Dengan rahmat NYA dimasukkan umat Muhammad SAW  ke dalam syurga. Rahmat ini turun kerana umat mukmin berhubung baik sesama sendiri. ✓ Diserukan kepada umat Muhammad SAW agar memaafkan sesama sendiri nanti diakhirat nanti diberikan ganjaran yang baik. ✓ Jika mereka tiba diakhirat tanpa memaafkan sesama sendiri maka ter

Ustaz Ibnu Hubain 180220

Kuliah Maghrib ✓ Bagi seorang yang beriman jangan lepaskan peluang...      • Berselawat keatas baginda Rasulullah SAW      • Bertahlil      • Ucap Subhanallah Wabihamdih, Subhanallah Hilazim.      • Zikir ✓ Iblis pada mulanya adalah makhluk yang soleh. Tetapi diatas kesombongan nya yang tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam dia dilaknati Allah SWT. ✓ Kesombongan ini hanyalah ada kepada sang Pencipta. Makhluk tidak layak berperangai sedemikian. ✓ Iblis itu adalah musuh kepada sekelian manusia. Larangan bersahabat dengan iblis ini terdapat didalam Al Quran. ✓ Orang yang beribadat taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan sendirinya telah memusuhi Iblis. ✓ Orang yang ingkar dengan perintah Allah SWT itu sahabat iblis. Lalai dalam beribadat. Melambatkan solat dan sebagainya. ✓ Orang mukmin menjaga anggotanya dari melakukan maksiat. ✓ Menjauhi diri dari sikap ujub, riya' dan juga suka dipuji orang . ✓ Selalu memohon agar diberi sikap benar dan ikhlas .. ✓ Bersabar menghadapi  s

Dai Hazman 160220

Kuliah Maghrib ✓ Perjalanan seorang manusia menuju kehari akhirat adalah jauh. Hidup didunia ini sekejap sahaja. Hari kita meninggal dunia, hari itulah satu permulaan didalam akhirat. ✓ Untuk berjaya didalam kehidupan didunia hendaklah jauh daripada mengikut jalan iblis dan syaitan. Jauh daripada pintu pintu neraka. ✓ Hendak berjaya perlulah kita berusaha menemui pintu- pintu syurga didunia ini. ✓ Orang yang beriman digalakkan untuk bersedekah. Memberi makan orang- orang yang miskin dan anak- anak yatim. ✓ Para sahabat banyak menangis. Saidina Omar disiang hari bagaikan singa, tapi dimakan hari menangis... ✓ Saidina Abu Bakar ketika bersembahyang dia banyak menangis. Walhal dia adalah salah seorang yang dijanjikan syurga. ✓ Allah SWT memuliakan hamba NYA yangmenjaga agamanya. Khusyuk didalam solat. Memperbanyakkan sedekah dan ibadah yang lain... ✓ Seorang mukmin dipesankan oleh Rasulullah SAW supaya menghindarkan dirinya daripada berbohong dan berdusta. Perbuatan ini membawa banyak keb

Ustaz Zamri Akademi Sinergi 160220

Tadabur Al Quran ✓ Surah Ad Dhuhaa 93:1 وَٱلضُّحَىٰ Demi waktu dhuha, 93:2 وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ Dan malam apabila ia sunyi-sepi - 93:3 مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). ✓ Buat seketika wahyu terputus. Orang kafir mengambil kesempatan untuk menghina Rasulullah SAW. Jadi ayat ini merupakan satu affirmation dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. ✓ Begitu jugalah bagi orang yang beriman. Bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan kita. ✓ Ad-Dhuhaa 93:4 وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Ad-Dhuhaa 93:5 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. ✓ Satu memotivasikan seseorang didalam perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. ✓ 93

Ustaz Azman 160220

Kuliah Subuh ✓ Ciri orang yang beriman adalah dia yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak dengan Allah SWT dan juga dengan sesama manusia. ✓ Solat yang sempurna dapat membuahkan akhlak yang baik. ✓ Ada yang bersolat kerana terpaksa. Takutkan neraka. Berkehendakkan syurga. Mereka melakukan solat kerana berhajatkan sesuatu yang lain. Maka tidak menghasilkan manusia yang tinggi akhlaknya. ✓ Kadangkala bila kita berjumpa dengan manusia yang kita kasihi persediaan nya bukan main lagi tersusun. Tetapi apabila hendak melakukan solat persediaannya tidak lah sepertimana hendak berjumpa manusia. ✓ Sekiranya jika ada temu janji dengan orang yang dikasihi serta berpangkat persiapannya awal. Selalunya sampai awal sebelum waktu. Tetapi bagaimana temu janji dengan Allah SWT. Adakah solat yang dilakukan menepati masa. Menunggu masuk waktu solat. ✓ Adakah solat yang dilakukan kerana kasih kepada sang pencipta. Rindu untuk berjumpa NYA diakhirat kelak. Selalu mengingati NYA. Patuh dan taat akan segala p

Ustaz Ibnu Hubain 140220

Kuliah Maghrib ✓ Dunia hari ini dilanda wabak Corona Virus     • Terjadi dengan izin Allah SWT     • Menunjukkan kuasa Allah SWT     • Membenarkan sabda Rasulullah SAW     • Wabak adalah tanda kecil kiamat ✓ Tanda tanda kecil kiamat     • Wanita lebih banyak daripada lelaki     • Ibu melahirkan tuan nya     • Berlumba bina bangunan pencakar langit     • Ramai golongan wanita bekerja     • Kurang memberi salam sesama muslim     • Wabak yang berkala ✓ Ada juga orang dinegara kita yang mengagungkan ilmu Ma'rifat. Hingganya ada yang memperkecilkan hukum syariat. ✓ Walhal tidak dapat sesaorang itu mendekati Allah SWT tanpa beramal dengan hukum syariat. Agama itu perlu kepada ilmu. Tanpa ilmu rosaklah agama sesaorang itu. ✓ Agama tidak boleh diamalkan dengan menggunakan logik akal semata-mata. Orang yang pertama membawa berhala didalam Kaabah adalah asalnya seorang yang beramal dengan syariat Nabi Ismail. Tetapi tanpa ilmu yang mantap, serta nafsu yang digoda oleh syaitan maka dia menyem

Ustaz Ali 120220

Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang mukmin hendaklah dia jadi orang yang ... • Alim • Berilmu • Belajar • Suka mendengar • dan jauhi daripada tidak mempunyai apa apa perkara yang diatas. ✓ Adab seorang yang beriman, dia tidaklah terlalu seronok dengan duniawi. Tidak banyak ketawa didunia dengan harapan dia akan banyak ketawa diakhirat kelak. Takut didunia banyak ketawa 😁 tetapi diakhirat nanti banyak menangis😰. ✓ Ketawa berlebihan itu bukanlah sikap orang yang beriman. Malah mereka lebih banyak menangis kerana menyesal akan kesalahan yang lampau serta memohon ampun kepada Allah SWT akan dosa dosa yang telah lalu. Bila mana dia terfikir akan kesalahannya maka mereka cepat cepat memohon keampunan. ✓ Sesaorang yang beriman tidak bersikap sombong serta ' over confident'. Takut sekiranya Allah SWT Tidak menerima taubat mereka. Khuatir... ✓ Kehidupan didunia ini adalah pendek jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Maka orang yang beriman dia tidaklah membuang masanya didunia ini. Di

Ustaz Rahmatullah 100220

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW adalah manusia yang zuhud. Kehidupan duniawi nya cukup sederhana. ✓ Baginda mempunyai harta. Tetapi apa sahaja hartanya dikeluarkan untuk agama. ✓ Saad bin Abi Waqas seorang sahabat. Bersama baginda berperang berjihad. Walaupun didalam keadaan lapar. ✓ Ramai para sahabat kehidupan mereka sama keadaannya dengan Baginda SAW. Hidup yang berzuhud. Termasuklah ahli Suffah. ✓ Abi Hurairah pernah meriwayatkan betapa laparnya satu ketika kerana tidak ada makanan. ✓ Para sahabat ada juga yang kaya. Tetapi mereka menjauhi dunia. Mereka lebih suka menggunakan nikmat ke jalan agama Allah SWT. ✓ Saidina Umar al-Khattab ketika menjadi Amir mukminin hidup nya sederhana. Zuhud. ✓ Zuhud pada perkara yang haram, tinggalkan. Peringkat kedua adalah meninggalkan perkara yang makruh. Dan yang zuhud yang ketiga adalah meninggalkan perkara yang harus. ✓ Zuhud tidak bererti yang kita meninggalkan harta benda. Tetapi meninggalkan cinta kepada dunia yang bertentangan dengan hukum

Ustaz Zamri Akedemik Sinergi 090220

Tadabur Quran ✓ Sad 38:29 كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. ✓ Didalam ayat diatas Allah SWT menekankan bahawa Al Quran ini diturunkan kepada 'kamu'. Kamu disini adalah Muhammad dan juga umat Baginda. 'Kita' yang membacanya... ✓ Al Quran memberi satu penyelesaian didalam keadaan atau masaalah setiap manusia. ✓ Bagi orang-orang yang beriman perlulah Al Quran itu dijadikan rujukan didalam berbagai keadaan yang kita alami. ✓ Perlulah bertadabur dengan Al Quran. Mencari kenapa atau Allah SWT turunkan ayat ini. ✓ Bertazakur juga dengan nya. Ia itu mengambil tindakan segera akan apa yang dikehendakinya oleh ayat Al Quran. ✓ Dimulakan Al Quran

Ustaz Ghazali Omar 040220

Kuliah Maghrib ✓ Kejayaan sesaorang yang beriman adalah didalam solatnya. Solat yang khusyuk. ✓ Ketika bersolat hendaklah menjauhkan diri didalam environment yang menggangu kekhusyukan sesaorang ketika bersolat. ✓ Didalam menjalankan ibadah hendaklah dilakukan dengan mengikut hukum fiqah. ✓ Perlulah belajar dulu sebelum melakukan ibadat. Mesti yakin apa yang rukun, apa yang wajib, apa yang haram dan harus. ✓ Pada zaman Salaful Soleh diyatakan jika sesaorang yang ketika solat itu tahu siapa yang disebelahnya, menunjukkan yang dia tidak khusyuk. ✓ Anak kepada Saidina Husin cucu Baginda SAW bernama Ali. Satu hari ketika dia bersolat rumahnya terbakar. Orang ramai datang membantu. Tapi mereka dapati si Ali ini masih terus bersolat. Bila dia habis solat ditanya. Dia menyatakan yang ia tidak sedar. Malah dia fokus akan api neraka dia tidak sedar akan api di kelilingnya. Begitu khususnya ketika solatnya. ✓ Orang yang beriman hendaklah menjadikan solat itu satu keutamaan didalam kehidupannya.

Ustaz Rahmatullah 030220

Kuliah Maghrib ✓ Kedudukan hati adalah dua. Yang baik. Dan yang buruk. ✓ Hati yang zuhud. Fokus utamanya adalah akhirat melebihi akan hal keduniaan. ✓ Rezeki merupakan ketetapan Allah SWT. Yang sikit hendaklah dia bersabar. Yang lebih hendaklah dia banyak berinfak. ✓ Orang yang beriman berkehendakkan kasih sayang Allah SWT. Maka hendaklah dia menggunakan dunianya sebagai jambatan untuk kebahagiaan akhirat. ✓ Contoh manusia yang paling zuhud adalah Nabi Muhammad SAW ✓ Kebanyakan manusia melebihi kebahagiaan dunia daripada akhirat. Walhal Allah SWT telah menyatakan bahawa kehidupan akhirat jauh lebih baik daripada kenikmatan dunia. ✓ Para sahabat ada yang kaya tetapi digunakan kekayaan nya keatas jalan agama Islam. ✓ Mereka mencari dunia yang akan menyenangkan diri diakhirat nanti. Setiap harta digunakan sebagai bekalan skhirat. ✓ Wassalam

Ustaz Zamri Akademi Sinergi 020220

Tadabur Al Quran ✓ Pihak surau perlulah menyediakan satu platform untuk remaja ✓ Memahami apa yang dibacakan didalam solat akan menimbulkan kekhusyukan ketika bersolat. ✓ Al-Israa (17:1) سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ Subhana allathee asra biAAabdihi laylan mina almasjidi alharami ila almasjidi alaqsa allathee barakna hawlahu linuriyahu min ayatina innahu huwa alssameeAAu albaseeru Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. http://go.muslimpro.com/U3iM ✓ Ayat diatas diturunkan pada tahun kelapan selepas turunnya ayat Al Quran yang pertama. ✓ Peristiwa Is

Ustaz Yusuf 020220

Kuliah Subuh ✓ Masyarakat sekarang menghadapi situasi wabak yang berjangkit ✓ Kaedah yang disyorkan Islam     • Jangan pergi ke daerah yang menghadapi wabak     • Jangan keluar dari tempat yang ada wabak     • Bersabar dan redha jika sesiapa yang menghidap penyakit berwabak itu ✓ Selain daripada itu masyarakat dinegara ini berhadapan dengan pemerintah yang ingin menukar polisi pendidikan. ✓ Pihak pemerintah ingin mengajar pelajaran sains dan matematik didalam bahasa Inggeris. ✓ Ramai ahli bahasa Melayu tidak bersetuju didalam perubahan polisi ini. ✓ Polisi ini akan membebankan pelajar pelajar. Negara yang menggunakan bahasa ibundanya mengajar sains dan matematik telah dapat menghasilkan saintis dan jurutera yang handal. ✓ Selain daripada bahasa Inggeris terdapat juga bahasa lain yang mana negaranya maju didalam sains dan matematik. Seperti Rusia, Perancis, Jerman, Jepun dan negara membangun seperti Vietnam. ✓ Kegagalan memberi tumpuan untuk mengajar bahasa Melayu kepada masyarakat dine