Posts

Showing posts from July, 2020

Ustaz Dato' Nizam 280720

Kuliah Maghrib • Bagi orang yang beriman yang suka akan detik pertemuannya dengan Allah SWT. Takkala dia kembali ke Rahmatullah. Begitu jugalah Allah SWT suka bertemu dengannya. • Islam mengajar umatnya dari hal dunia ini. Kehidupan didunia ini adalah sementara. Kehidupan diakhirat adalah lebih baik berganda-ganda. Perbandingan kenikmatan hidup didunia jika dibandingkan dengan kenikmatan diakhirat sepertimana  jika dicelup jari seseorang didalam air laut. Air yang melekat dijari itu adalah nikmat dunia. Tetapi air seluruh lautan yang terbentang luas itulah nikmat akhirat. • Nabi Allah Ibrahim AS merupakan seorang yang kuat imannya kepada Allah SWT. Apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT dia akan mengerjakan tanpa soal. Iman yang teguh dan yakin akan pertemuannya dengan Allah SWT. • Baginda Rasulullah SAW mengajar para sahabat dan seluruh umat mukmin supaya bersedia untuk menghadapi kematian. Detik dikembalikan kerahmatullah. • Bagaimana keadaan seseorang menjalankan hidupnya begitu ju

Ustaz Abdul Halim 260720

Kuliah Subuh • Seseorang yang beriman dan menghambakan diri kepada Allah SWT perlulah memperbanyakkan puji pujian kepada NYA. • Sebagai seorang hamba maka kita patuh kepada Allah SWT. Segala hukumnya wajib dipatuhi. Takut akan kemurkaan NYA. • Memperbanyakkan ibadah kepada NYA. Gunakan segala anggota yang dianugerahkan untuk melakukan amal kebajikan sebanyak yang mungkin akan segala suruhan NYA. • Allah SWT menjadikan segala apa didunia ini untuk dijadikan sebagai kegunaan bagi manusia. Diturunkan hujan serta segala tumbuhan untuk manusia. Binatang ternak untuk berbagai kegunaan. • Dijadikan malam dan siang sebagai RahmatNYA kepada manusia. Siang untuk manusia menjalankan aktiviti mencari rezeki. Malam untuk manusia beringat dan memperbanyakkan amal ibadat kepada NYA. • Diberikan kenikmatan hidup kepada manusia. Mereka berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Bergaul suami dan isteri. Merasakan perasaan kasih sayang. • Walaubagaimanapun hidup didunia ini adalah kehidupan sementara sahaja.

Ustaz Fazrul

Kuliah Subuh Al-Fajr 89:1-11 (1) وَٱلْفَجْرِ (2) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (3) وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ (4) وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ (5) هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ (6) أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (7) إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ (8) ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَٰدِ (9) وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ (10) وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ (11) ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ (1) Demi waktu fajar; (2) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (3) Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; (4) Dan malam, apabila ia berlalu; - (5) Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (6) (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (7) Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan pendudukny

Ustaz Azman 190720

Kuliah Subuh • Orang Islam didalam hidupnya perlu melakukan ibadah yang ditetapkan oleh syariat. • Ibadah itu perlulah dilakukan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. • Ada sahabat yang diberitahu kepada Baginda Rasulullah SAW bahawa dia berpuasa setiap hari dan sembahyang malam sepanjang malam. Baginda melarang sahabat itu jangan berlebihan. • Diwaktu malam, perlulah tidur. Dan bangunlah bersolat malam. Kerana badan fizikal ada hak nya untuk rehat. • Begitu juga dengan harta benda. Janganlah berbelanja secara berlebih-lebihan. Kerana harta kita itu bukan milik yang mutlak. Kita adalah pemegang amanah sahaja. Allah SWT akan mempersoalkan kita akan bagaimana harta itu digunakan. Sebagai seorang mukmin perlulah hidup ini berpandukan syariat agama. • Seorang yang mengimani solat berjemaah perlulah mengambil perhatian akan keadaan makmum. Ada yang sakit. Ada yang tua. Ada yang membawa anak-anak kecil. Janganlah membaca didalam solat terlalu panjang. • Didalam melakukan ibadat

Ustaz Jefri 180720

Kuliah Maghrib • Dakwah Islamiah memerlukan strategi yang disusun rapi. Mengambil iktibar daripada sunnah Baginda Rasulullah SAW. • Tindakan yang dilakukan janganlah secara mengejut. Hendaklah dijalankan sedikit-sedikit berterusan hingga berjaya. • Menjalankan dakwah hendaklah ditekankan gerak kerja. Fokus kepada hasil. Jangan banyak bercakap tetapi tiada hasil. Seperti tin kosong, bising sahaja tanpa hasil. • Contoh pendakwah sekarang ini yang harus dicontohi adalah Ustaz Albit Liew. Tindakannya memfokuskan kepada hasil. Menolong orang yang didalam kesusahan. Disamping itu dia mengerjakan kerja kerja mendekatkan masyarakat kepada Allah SWT. • Siasah nafas panjang. Ertinya melakukan usaha yang mendatangkan manfaat kepada wadah perjuangan Islam berpanjangan. 'Long term focus'... • Menyebarkan Islam kepada umat yang jahil memerlukan sikap bersabar dan dapat bertahan menghadapi ujian secara bertahun-tahun. Ambillah contoh Nabi Yusuf AS. • Rasulullah SAW menunjukkan kemarahannya wa

Ustaz Shamsuddin 180720

Kuliah Subuh • Allah SWT menentukan segalanya apa yang terjadi. Bagi orang yang beriman akan menyandarkan dirinya kepada apa sahaja yang ditentukan. • Bukan lah bagi orang yang beriman meminta Allah SWT menentukan apa sahaja kejadian mengikut kehendak kita manusia. Orang yang tidak beriman mereka mengharap kepada NYA bersandarkan apa yang terjadi kepada kehendak manusia. • Kehendak Allah SWT itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Maka bagi orang yang beriman mereka berusaha tetapi kesudahan usaha itu disandarkan kepada apa yang ditentukan Allah SWT. Bagi orang yang kafir mereka berusaha dan mengharap kesudahan itu mengikut kehendak mereka. Jika kesudahan itu tidak menetapi harapan mereka maka disalahkan kepada Allah SWT. • Surah Hud ayat:107. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. • Al Shatibi menyatakan manusia terbagi kepada beberapa golongan. 1. Yang berusaha d

Ustaz Shamsuddin 120720

Kuliah Subuh • Tanda tanda inayah (pertolongan) Allah SWT • Inayah bererti kesannya takluk iradah. Sejak azali lagi Allah SWT telah menentukan segala apa kejadian. Pasti terjadi apa sahaja yang ditetapkan berlaku di zamannya yang ditentukan. • Contohnya, kejadian Covid19 itu merupakan Inayah Allah SWT. Telah ditentukan berlaku pada zaman ini. Ketentuan ini telah ditetapkan sejak azali lagi. • Saolah manusia itu tidak ada apa-apa. Jadi kenapa perlu berusaha? • Contohnya Brazil yang langsung tidak mahu berusaha mengekang penularan Covid 19. Hanya bergantung semata-mata kepada Rahmat Allah SWT. Bezanya dengan USA yang menyatakan yang negaranya telah bersedia menghadapi Covid19. Tetapi apa yang terjadi diluar dugaan mereka. • Orang yang beriman perlulah mengikuti ajaran yang diwahyukan didalam Al Quran dan Sunnah. Contohnya didalam menghadapi Covid19 ini wajib orang yang beriman mengikuti SOP. Kerana SOP ini disyor oleh pakar. Kaedah ini tidak bercanggah dengan syariat Islam. • Kaedah Isla

Ustaz Fazrul 040720

Kuliah Maghrib Ayat Al Baqarah ayat 43 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Orang-orang Bani Israel enggan rukuk bersama baginda Rasulullah SAW kerana merasa bangga dengan bangsanya). Ayat Al Baqarah ayat 44, 45, 46 44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? 45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; 46. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Nilai bagi orang yang istiqomah menunaikan solat berjemaah adalah tinggi. Apa lagi apabila dia bertemu dengan Allah SWT nanti) ( Bagi orang yang beriman hendaklah dia ingat akan segala nikmat yang dianugerahkan Allah

Ustaz Fauzi 040729

Kuliah Subuh Masjid Ubudiyyah • Ada orang yang banyak ilmu tetapi jauh daripada Allah SWT • Mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengannya • Imam Al Ghazali menyatakan bahawa permulaan hidayah itu adalah taqwa. • Untuk mendapat hidayah itu hendaklah seseorang itu takut kepada Allah SWT. • Menjunjung segala perintah Allah SWT, menjauhi segala larangan NYA. Taat zahir dan batin. • Taat zahir adalah mendirikan segala rukun Islam. • Taat batin adalah segala amalan yang terpuji. Seperti...      • ikhlas,      • tawadhu,      • nasihat,      • zuhud,      • sabar,      • lemah-lembut,      • tawakal.      • Jauhi daripada maksiat zahir. Seperti...     • zina,     • mencuri,     • membunuh,     • segala sifat mazmumah.     • Jauhi daripada maksiat batin. Seperti...     • riya',     • ujub,     • takabbur, dan sebagainya     • Perlulah seorang yang beriman mengamalkan ilmu yang dipelajari. • Ahli sunnah Waljamaah akidah