Posts

Showing posts from September, 2020

Ustaz Abd Halim 270920

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT. "Wahai orang-orang yang beriman, berdzikirlah kepada Allah dengan dzikir yang sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kalian, sedang malaikat-Nya (memohonkan ampunan untuk kalian), supaya Dia mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." [Al-Ahzâb: 41-43] • Rasulullah SAW menganjurkan kepada para sahabat supaya memperbanyakkan berzikir. Berzikir ini banyak keutamaannya. • Berzikir kepada Allah SWT akan melembutkan hati dan lidah untuk selalu mengingati NYA. • Perbezaan orang yang selalu berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. • Imam Nawawi semenjak kanak-kanak lagi tidak putus-putus membaca Al Quran. Dia menghafal Quran. • Wassalam  

Ustaz Jihad 260920

Kuliah Subuh • Orang yang menginfaqkan harta bendanya untuk membuat kebajikan adalah perbuatan yang baik. Tetapi jika dilakukan dengan menunjuk nunjuk, maka rosaklah amalannya. • Riya' itu adalah jarum yang dihasutkan oleh iblis. Merosak amalan seseorang. • Sifat riya' merupakan satu perbuatan syirik. Ia merupakan syirik kecil. Kufur nikmat. • Setiap amalan perlulah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Sama ada ikhlas atau tidak hanya Allah SWT yang tahu. Orang lain tidak boleh menilai. • Amalan sedekah yang ikhlas dapat menyelamatkan diri dari api neraka. Ada yang sedekah setengah biji kurma dengan ikhlas lebih baik daripada kurma yang banyak tetapi tidak ikhlas. • Ada orang yang beriman tetapi tidak kembali kepada hukum Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka tertipu oleh hasutan iblis. • Rahmat Allah SWT kepada hamba-Nya terlalu banyak. Bagi orang-orang yang beriman mereka bersyukur akan nikmat tersebut. • Bersyukur dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. Mengandakan am

Ustaz Yahya 230920

Kuliah Maghrib • Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. • Penting bagi orang yang beriman mengetahui tentang kejadiannya. Mengenal diri sendiri. Apa yang dinyatakan Allah SWT itu sebaik baik kejadian NYA. • Manusia dijadikan asalnya daripada tanah. Tanah itu rendah. Jadi dimanakah kehebatan manusia? • Manusia ini merupakan makhluk. Dan yang pertama dijadikan pada hakikatnya adalah Nabi Muhammad SAW. • Bagi ulama' tasawuf kejadian kedua adalah hakikat Muhammadiah. • Tidak semua ulama' menyetujui dengan definasi hakikat Muhammadiah. Perkara ini biasa. Kerana tidak semua ulama' yang mendalami ilmu tasawuf. • Allah SWT menjadikan malaikat daripada cahaya. Jin daripada api. Tumbuh-tumbuhan dijadikan daripada air. Manusia dijadikan daripada tanah. Tanah merupakan matter yang tetap dan stabil jika dibandingkan dengan cahaya,api dan air. • Manusia juga mempunyai roh. Yang rahsianya hanya Allah SWT sahaja yang tahu rahsianya. • Allah SWT itu tuhan yang tiada lain melaink

Ustaz Jefri 190920

Kuliah Maghrib • Seorang mukmin hendaklah taat kepada seorang pemimpin. Nas ini terdapat didalam Al Quran. • Sama ada seorang yang beriman wajib mentaati pemimpin. Walaupun dia tidak menyetujui nya. • Melainkan pemimpin itu memerintahkan perkara yang berlawanan dengan hukum agama. • Bai'ah adalah satu sunnah Baginda Rasulullah SAW. Dimana para sahabat mengambil janji akan mengikut arahan Baginda. Taat setia kepada Baginda. • Sebagaimana para sahabat berbaiah kepada Rasulullah SAW begitu juga ummah hari ini kepada pemimpin ummat Islam. • Kewajipan ini termasuk taat kepada pemimpin didalam perkara yang seseorang itu tidak menyukai nya. Para sahabat ada yang tidak suka berperang, tetapi apabila diperintahkan Rasulullah SAW Maka wajib dijalankan. • Janji Allah SWT kepada sesiapa yang mengikut arahan Baginda Rasulullah SAW mempertahankan agama Allah SWT ganjarannya adalah syurga. • Sebagai seorang mukmin menjadi kewajipan kita taat akan segala perintah Allah SWT dengan sabar. • Wassalam

Ustaz Shamsuddin 190920

Kuliah Subuh • Seorang yang beriman apabila diuji dengan berbagai perkara didalam kehidupan ini dia bersabar. • Setiap ujian itu ada hikmahnya. Ada rahsianya. Malah ia lebih besar daripada ibadah. • Hikmah solat dan puasa tidak sama dengan menghadapi ujian dan bala'. Kerana apabila seseorang itu menghadapi ujian ia secara ruhani dan jasmani. Luar dan dalam. • Apabila diuji dengan bala' Ruhani cepat tersentuh. Walaupun ujian yang kecil. Apabila Ruhani telah tersentuh maka ia cepat mengingati Allah SWT. Iman nya akan lebih mantap. • Apabila imam seseorang itu lebih mantap. Meningkat dengan cepat. Tidak akan lupa ia dengan Allah SWT. Hati kita lebih dekat. Maka Allah juga menambah ilham dan ilmu mengenai hubungan kita dengan Allah SWT. • Seketika diuji seorang hamba akan kembali mengingati NYA. Tidak leka. Tidak berpura-pura. Malah kepada NYA kita mengharap dan merayu akan pertolongan. • Nafsu tidak boleh bertahta dihati. Sikap riya' dan sombong tidak ada tempat lagi ketika se

Ustaz Fazrul 160920

Kuliah Subuh • Al-Baqarah 2:45 وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; get Quran App: bit.ly/AlQuranApp #GreentechApps • Sabar menghadapi ujian adalah dengan solat. Sesiapa yang dapat menjaga solatnya akan selamat. • Solat itu pun merupakan ibadah yang rukun perlulah seseorang itu bersabar mengerjakan solat itu dengan baik dan khusyuk. • Melakukan solat dengan baik mengikut cara solat Baginda memerlukan kesabaran yang tinggi bagi setiap orang yang beriman. • Solat itu pun juga menarik rahmat Allah SWT kepada seseorang dan masyarakat. Rahmat NYA yang paling besar merupakan hidayah. Yang menjamin kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat. • Didalam solat itu terkandung doa. Memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT yang maha kuasa. Pelajaran daripada solat kepada k

Ustaz Rahmatullah 140920

Kuliah Maghrib • Doa adalah sebahagian daripada zikir. Nabi Yunus AS semasa ditelan oleh ikan nun menyeru 'Tidak ada Ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang zalim' • Didalam zikir Nabi Yunus terdapat doa. Sekiranya Baginda tidak berzikir maka akan tinggallah dia didalam perut ikan seperti ayat dibawah ini. Surah Ash-Shaffat, Ayat 143-144: (144) فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ "Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingati Allah. Nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit." (Ash-Shaffat: 143-144) • Adab berdoa...    • Solat sunat (jika bersesuaian)    • Pujian kepada Allah SWT    • Salawat keatas Baginda Rasulullah SAW    • Berdoa    • Diakhiri dengan Salawat keatas Baginda Rasulullah SAW    • Bersungguh sungguh dan yakin Allah SWT menerimanya. Jika tidak diberi didunia ini maka y

Ustaz Shamsuddin 130920

Kuliah Subuh • Orang yang beriman setiap tahun mereka menyambut hari raya aidilfitri dan Aidil Adha. Ini adalah satu kebiasaan. • Tetapi bagi orang-orang yang Soleh dan para wali hari raya mereka selain daripada hari raya yang biasa ada hari raya yang lain. • Setiap ujian daripada Allah SWT seperti kemiskinan, kepapan dan ujian yang lain merupakan satu detik waktu yang istimewa. Kerana in menunjukkan bahawa ia sedang diuji oleh Allah SWT. Satu detik yang mereka suka dan gembira kerana ia mendapat keuntungan ruhani. • Hari yang istimewa kerana dihari itu mereka dapat melawan hawa nafsu dan kegembiraan duniawi. Gembira dimana dia dapat meletakkan dunia di tepian sahaja berbanding dengan perjalanan hidup menuju ke akhirat. • Pada detik ujian itu tiba. Orang orang yang soleh ini yakin bahawa ujian itu datangnya daripada Allah SWT. Jika ia memohon pertolongan hanya dipinta kepada NYA sahaja. Seolah olah ujian itu satu detik yang mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT. • Apabila diuji maka

Ustaz Firdaus 120920

Kuliah Subuh • Peperangan UHUD terjadi pada tahun 3 hijrah. Pihak musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan. • Seorang Yahudi yang tinggal di Madinah. Rasulullah SAW beberapa kali mengajaknya memeluk Islam. Tetapi dia menolak. Pada malam sebelum peperangan Uhud terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Dia turut bersama berjuang didalam peperangan Uhud, syahid dia. Baginda Rasulullah SAW menyatakan yang dia adalah ahli syurga. • Pihak musyrikin membuat persiapan untuk peperangan Uhud. Siapa yang mengambil bahagian didalam tentera kafir Quraish akan diberi habuan yang lumayan. • Pihak orang kafir diketuai oleh Abu Sufyan. Dan Khalid Al Walid mengetuai tentera berkuda. Mereka keluar daripada Mekah untuk menyerang Madinah. • Rasulullah SAW serta orang Islam mengambil keputusan untuk bertemu musuh diluar Mekah. Supaya Madinah tidak diganggu kehidupannya. • Tentera Islam sebanyak seribu orang. Tetapi tiga ratus daripadanya adalah pengikut Abdullah bin Ubai. Mereka ini adalah puak munafiq. Pada subuh ha

Ustaz Ghazali Omar 090920

Kuliah Maghrib • Keutamaan saf awal didalam solat berjemaah di masjid     • Ganjaran yang banyak     • Beristiqamah awalan dimasjid     • Kalau tahu kelebihannya orang ramai sanggup mengundi untuk tempat saf awal • Dilarang orang yang melangkah orang ramai untuk mendapat saf awal (depan). • Sesiapa yang lazim datang lewat ke masjid untuk solat fardhu berjemaah tidak disukai Allah SWT. • Digalakkan para jemaah merapati saf. Merapatkan saf didalam solat akan membawa kepada perpaduan ummah. • Wassalam

Ustaz Fazrul 050920

Kuliah Subuh • Umat 'Alhamdulillah' mendapat ganjaran diakhirat kelak. Bila mendapat kebaikan dia bersyukur. Bila diuji pun dia bersyukur. • Ciri Hamba Allah Ar Rahman    • Merendah diri    • Kawal diri dengan ucapan yang sejahtera    • Menghidupkan malam dengan tahajut    • Selalu berdoa "wahai Tuhan kami jauhkan kami daripada azab jahanam, yang begitu dahsyat". Khuatir akan malamnya dihadapan Allah SWT diakhirat kelak.    • Tidak kedekut dan tidak boros. • Al Qurbah. Ganjaran bilik disyurga akan diberikan kepada orang yang mempunyai ciri hamba Ar Rahman. Sabar menghidupkan keperibadian yang diajarkan didalam Al Quran. • Ganjaran itu kekal selama lamanya. • Wassalam

Ustaz Yahya (imam) 020920

Kuliah Maghrib • Beramal itu walaupun sedikit tetapi secara konsisten itu yang baik. • Apabila seseorang itu melakukan zikrullah secara 'routine' itu cara terbaik untuk mendapat rahmat Allah SWT. • Rahmat Allah SWT itu bila ia diturunkan kepada seseorang itu adalah dengan cara yang tidak terduga. • Perlulah seseorang itu mendekati para ulama yang boleh dijadikan murabi kepada dirinya. Murabi tersebut dapat memberi maklum balas dengan status amal solehnya. • Orang orang yang soleh disayangi NYA. Jadi segala doa mereka cepat dimakbulkan. Maka seseorang itu selain berguru dengan para ulama hendaklah berkhidmat secara kemampuan seseorang itu. • Seseorang mukmin apabila dia hendak beramal soleh perlulah dilakukan mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT didalam Al Quran dan sunnah Baginda SAW. • Ibadah yang dilakukan perlulah mengikut cara Baginda Rasulullah SAW. Yang disampaikan para sahabat, para tabien, para tabien tabien, para imam- imam yang besar, para ulama', se