Posts

Showing posts from October, 2020

Ustaz Firdaus 101020

Kuliah Subuh • Semasa peperangan Uhud, Rasulullah SAW menghadapi satu kumpulan manusia yang munafiq. Mereka sebagaikan musuh didalam selimut. Disaat akhir menghadapi musuh mereka tinggalkan tentera mukmin. • Salah seorang sahabat yang rapat dengan Baginda Rasulullah SAW telah wafat didalam peperangan Uhud. Dia adalah Saidina Hamzah. Yang juga bapa saudara Baginda. • Juga yang bersama sama syahid adalah 70 orang para sahabat Baginda SAW. • Wahsyi merupa seorang hamba yang musyrik membunuh Saidina Hamzah. Dibunuh secara tikam curi. Walau bagaimanapun akhir hayatnya Wahsyi ini memeluk agama Islam. • Para sahabat apabila Baginda SAW memerintahkan berjihad mereka secara segera akan berangkat. • Ramai orang dari pihak mukmin syahid didalam peperangan Uhud. Ini disebabkan ada kumpulan tentera mukmin yang tidak mengikut arahan Baginda. • Tentera mukmin yang terdiri dari pemanah yang ditempatkan diatas bukit. Diarahkan jangan meninggalkan tempat itu walaupun apa pun terjadi. Tetapi tentera itu

Ustaz Dr Shihabuddin 081020

Kuliah Maghrib • Persoalan hidup bagi orang yang beriman. Dari mana asal usul manusia. Dimana sekarang manusia berada. Dunia ini pada hakikatnya apa? Ada kah nilai dunia ini tinggi yang manusia cintakannya bersungguh sungguh. • Menghadapi keperluan duniawi orang yang beriman  hendaklah berusaha,  ikhtiar, berdoa serta tawakal kepada Allah SWT. Yakin bahawa kehidupan didunia ini adalah tepat ujian sebelum menuju ke akhirat. • Apabila menghadapi ujian dan musibah didunia ini perlulah bersabar. Redha akan ketentuan, yakin akan qada'dan qadar daripada NYA. • Apa sahaja yang dikecapi nikmatnya seseorang yang beriman perlulah bersyukur kepada Allah SWT. • Bagi seorang yang berusaha hidup didunia perlulah mengikut lunas agama Islam. Ada perkara yang diwajibkan. Contohnya adalah solat. Ada juga  perkara yang sunat yang disyariatkan. Selain dari itu adalah perkara yang diharuskan. Serta ada juga perbuatan yang makruh, kurang cantik dilakukan. Dan perkara yang dilarang adalah perkara yang ha

Ustaz Ghazali Omar 061020

Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW bersabda     •  Syaitan masuk     •  Celah celah saf solat berjemaah • SOP diwaktu COVID19 disuruh renggang saf. Adakah ini berlawanan dengan sabda Rasulullah SAW. Keputusan majlis fatwa adalah diwaktu yang tertentu. • Menolak kemudaratan lebih utama dari menjalankan kebajikan. Ini merupakan kaedah usul fiqh didalam Islam. • Didalam keadaan darurat perlulah mengikut arahan pakar pakar kesihatan. Ini adalah untuk kebaikan bersama. Virus yang berjangkit ini tidak memilih siapa yang dijangkiti. • Al-Ma'idah 5:2 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًاۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ و

Ustaz Yusof 041020

Kuliah Subuh • Orang yang beriman perlu bersyukur akan nikmat Allah SWT. Walaupun apa ujian yang ditempanya. • COVID19 merupakan ujian kepada umat sekelian. Norma baru yang diamalkan belum pernah didalam hidup kita. Hinggakan melibatkan cara beribadat. Bid'ah yang terpaksa dilaksanakan demi menjaga nyawa ummah. • Didalam keadaan bagaimana pun prinsip keadilan didalam Islam perlulah dilaksanakan. Contohnya sesiapa yang masuk kedalam negera ini perlulah dikuarantin. Orang awam ataupun para pembesar negara. Tidak adil kalau ada pembesar yang tidak perlu menjalankan kuarantin. • Pelbagai ujian yang seseorang itu akan hadapi didunia ini. Kemudian didalam alam Barzah juga akan ditempohi ujian. Kesakitan sewaktu mati. Dan soal jawab daripada malaikat. Kemudian menantikan hari akhirat yang ujiannya lebih hebat. Perjalanan dipadang mahsyar yang juga ujian yang hebat. • As-Saffat 37:22 ٱحْشُرُوا۟ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَأَزْوَٰجَهُمْ وَمَا كَانُوا۟ يَعْبُدُونَ (Allah berfirman kepada malaikat)