Posts

Showing posts from February, 2011

Ustaz Dahsuki 030211

Kuliyah Maghrib • Manusia terdiri daripada JASAD yang dianugerah Allah SWT beberapa bahagian yang juga diberi sesuatu untuk berkembang; - Badan diberi makanan dan minuman - Nyawa diberi udara O2 untuk terus hidup - Roh dijaga dengan petunjuk merupakan agama yang diajarkan • JASAD yang diberi Allah SWT akan luput apabila manusia itu mati. Apabila dibangunkan kembali diakhirat Allah SWT akan memberi JASAD yang baru. • ROH pula tetap sama. Dari alam dunia, kubur dan akhirat. Maka untuk selamat didunia, dikubur, diakhirat hendaklah dijagakan agama didalam diri sesaorang itu semasa didunia. Ibadah itu hanyalah wujud didunia sahaja. • Kedatangan Rasulullah SAW adalah untuk memberi amaran kepada manusia akan siksaan dialam kubur dan alam akhirat yang menunggu manusia yang ingkar kepada ajaran agama Islam. • Manusia yang sentiasa memikirkan akan kejadian didalam alam ini. Ingat akan kebesaran Allah SWT. Akur akan kejadian diakhirat, terutama hari Qiamat dan siksaan api neraka.

Ustaz Shafie 020211

Kuliah Maghrib • Jalan menuju kesyurga kuncinya terdapat didalam Al Quran. • Mempelajari Al Quran dengan memahami ajarannya merupakan amalan yang penting. Agar amalan amalan kita membawa kita kesyurga. • Menjadi seorang yang bertakwa hendaklah mempelajari Al Quran dengan secara tertil iaitu mengetahui ilmu tajwid. • Al Quran dapat memberi keyakinan kepada manusia supaya membawa perubahan. Daripada keadaan jahil kepada susana bertakwa. • Kunci kejayaan didunia dan diakhirat adalah dengan memahami Al Quran. • Memahami bahasa Al Quran itu membawa kepada sesiapa yang mempelajarinya berfikir. Ini dinyatakan didalam Al Quran sendiri. • Al Quran memimpin manusia untuk menundukkan godaan iblis dan syaitan. Allah SWT mengajar manusia supaya berlindung dengan NYA daripada ganguan iblis dan syaitan dan seandainya. Wassalam Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.