Posts

Showing posts from March, 2019

Ustaz Hazaman 310319

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Secara khusus orang orang mukmin. Terutama kaum mukmin dinegara ini. Jadi pengorbanan dan usaha gigih Baginda kita hari ini menjadi orang yang beriman. ✓ Perlulah orang beriman menghormati Baginda dengan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Rasulullah SAW. ✓ Surah Al Isra' Ayat 1: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ✓ Satu mukjizat Rasulullah SAW adalah  Isra' dan mikraj yang termaktub didalam ayat AL Quran seperti diatas. Yang terjadi pada 27hb Rejab. Tahun baginda kehilangan orang tersayang iaitu isterinya Saidatina Khadijah dan Bapa Saudaranya Abu Talib. ✓ Perjalanan Rasulullah SAW Didalam peristiwa Isra'dan

Ustaz Ibnu Hubain 300319

Kuliah Maghrib ✓ Bulan Ramadhan akan muncul . Maka perlulah membuat persiapan yang sepatutnya. ✓ Jangan mengambil kesempatan akan bulan Ramadhan. Tetapi perlulah kita mengejarkan keberkatan dibulan yang mulia ini. ✓ Apabila masuk bulan Rejab, Nabi SAW berdoa: اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya'ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan ✓ Dibulan yang mulia ini digalakkan memperbanyakkan doa keatas kedua orang ibu bapa kita. ✓ Perlulah orang yang beriman apabila memohon doa membesarkan zat Allah SWT sambil memuji segala anugerah NYA keatas makhluk NYA. ✓ Ambillah kesempatan mendoakan ibu bapa, guru, orang alim dan saudara terdekat didalam bulan bulan yang mulia ini. ✓ Wassalam

Ustaz Nazri Nasir 280319

Kuliah Maghrib ✓ Majlis ilmu itu penting       • Mendapat Rahmah       • Keberkatan       • Beradab       • Mencintai agama ✓ Orang yang hadhir didalam majlis ilmu Allah SWT akan mengurniakan nikmat dan rahmah NYA. Dihidupkan hati dengan Nur Cahaya Iman. Bagaikan bumi yang disirami dengan air hujan. ✓ Allah SWT menjadikan orang yang berilmu kedudukannya tinggi disisiNYA. Yang pentingnya adalah ilmu akhirat (agama). ✓ Sekiranya hati itu tidak dihidangkan dengan ilmu tiga hari berturut-turut maka ianya akan mati (keras). Kerana makanan hati itu adalah ilmu dan hikmah. Perlulah sesaorang beriman menghadiri kedalam majlis ilmu. ✓ Orang yang selalu tidak hadhir didalam majlis ilmu dia tidak merasa apa apa akan kehilangan ilmu tersebut. Ini adalah kerana hatinya dah keras. ✓ Apabila hati tidak diberi ilmu agama secara berterusan dikhuatiri ia akan jauhkan dari cintakan hidup akhirat dan dekat kepada mencintai kehidupan dan kesenangan dunia. ✓ Kejahilan akan ilmu agama akan melemahkan agama I

Ustaz Nazri 250319

Kuliah Maghrib ✓ Surah At- Takaathur ayat 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), ✓ Orang yang beriman menggunakan kekayaan sebagai instrumen untuk berbakti kejalan Allah SWT. Berlawan dengan orang yang lalai dengan kekayaannya, leka dan lalai menunaikan tanggungjawab kepada agama Allah SWT. ✓ Begitu juga dengan anak anak. Kadang kala kita lalai dengan kerenah anak anak hingga lupa akan tanggungjawab kepada agama Allah SWT. ✓ Sehingga dia dah tua umurnya tetapi tetap juga mencintai keduniaan. Masih suka mengumpulkan harta dan kemewahan. Tidak mahu meninggalkan dunia yang disayanginya. Tetapi apa hal dengan dosa dosanya. Apa kah tindakannya? Sudahkah dia bertaubat... ✓ Bila hartanya musnah, dia akan merasa sedih tidak terhingga. Tetapi jika anak anaknya tidak mengerjakan solat dia tidak merasa sedih pun... ✓ Dunia yang kita kejar hingga

Masjid AL Huda 240319

Kuliah Subuh ✓ Dari Anas bin Maalik radliyallaahu 'anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang suka diluaskan rizkinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim" [Shahiih Al-Bukhaari]. ✓ Allah SWT melaknat...      • Mempersekutukan Allah SWT dengan makhluk yang lain      • Melakukan kerosakan didunia ini      • Memutuskan tali silaturrahim ✓ Apabila dilaknati Allah SWT, maka sesaorang itu sudah tidak dapat mencari jalan kearah kebaikan. Ditutup pandangannya hingga yang maksiat pun dilihat seperti biasa sahaja. Begitu juga bila orang lain melakukan kebaikan dia tidak melihat kebaikan tersebut. ✓ Hubungan silaturrahim dengan yang wajib perlulah dijaga. Ianya ada kesan keatas barakah rezeki dan usia sesaorang. Diberkati hidupnya dengan perkara yang baik. ✓ Hubungan anak dengan ibu bapa wajib dijaga dengan baik. Ada tanggungjawab anak terhadap kedua orang ibu bapanya. Anak lelaki wajib men

Ustaz Jihad 230319

Kuliah Subuh ✓ Orang orang yang beriman tenang hatinya apabila berzikir kepada Allah SWT. Bagaikan baja bagi pokok. ✓ Allah SWT adalah zat yang paling agung. Orang yang beriman cinta kepada NYA. Oleh kerana itu dengan mengingati Allah SWT jiwa akan tenang. ✓ Majlis ilmu adalah satu daripada majlis zikir. Berada didalam majlis ilmu samalah dengan berzikir. ✓ Oleh kerana itu perlulah dimasjid masjid memperbanyakkan majlis ilmu. Agar mesyarakat akan lebih dekat dengan Allah SWT dan mencintai akan agama NYA. ✓ Dengan berzikir akan diberi ganjaran dihari pembalasan kelak . "Barangsiapa mengucapkan; Subhanallahi wa bihamdihi - Mahasuci Allah dan segala puji hanya bagi-Nya, sebanyak seratus kali dalam sehari, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya, meskipun sebanyak buih di lautan." (HR. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim) ✓ Berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW juga merupakan sama dengan amalan berzikir. Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang berse

Ustaz Azman 170319

Kuliah Subuh ✓ Allah Ta'ala berfirman: وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (QS Al-Baqarah: 191) وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ "Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (QS Al-Baqarah: 217) ✓ Fitnah disini bererti ...       • sifat syirik       • azab       • siksaan akhirat ✓ Secara am nya fitnah boleh dimaksudkan sebagai menyebarkan keburukan sesuatu yang tidak benar. ✓ Sekarang ini ramai yang melakukan fitnah dengan menyebarkan sesuatu keburukan orang tanpa diperiksa dahulu. Ini merupakan perkara yang keji. Lebih lebih buruk daripada membunuh. ✓ Sebagai orang beriman hendaklah kita memastikan berita sesuatu perkara itu sahib sebelum menyebarkan sesuatu berita. ✓ Rasulullah SAW bersabda, "Tidak masuk surga orang yang suka menyebarkan fitnah," (HR. Bukhari dan Muslim). ✓ Fitnah itu kesannya buruk keatas sesaorang. Serta merosakkan masyarakat mukmin. Orang yang beriman

Ustaz Jefry 160319

Kuliah Maghrib ✓ Wadah Islam berasaskan kepada tauhid. Apa sahaja yang dilakukan mengikut hukum syara'. ✓Begitulah juga didalam hal keadilan, sistem kehakiman Islam berasaskan kepada dalil Quran dan Hadith sahih. ✓ Sistem ekonomi masyarakat Islam juga berasaskan kepada hukum syariat. Berjimat cermat adalah asas bagaimana dibelanjakan kekayaan harta. ✓ Islam juga tidak suka akan perangai kedekut dan bakhil. Harta setiap individu terdapat juga bahagian asnaf yang ditentukan Allah SWT. Islam juga suka umatnya memberi sedekah kepada orang yang memerlukan. ✓  Didalam surah Saba ayat 39 Allah SWT berfirman, Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". ✓ Islam juga menggalakkan umatnya menjelajah setiap penjuru dunia untuk menikmati rezeki yang Alla

Ustaz Shamsuddin 160319

Kuliah Subuh ✓ Keadaan senang dan susah yang kita alami semua nya datang daripada Allah SWT. ✓ Ada kalanya didalam kesusahan dapat kita mendapat nikmat yang tidak terduga. Bagaikan didalam kegelapan malam terdapat juga faedah kepada diri kita ✓ Didalam kehidupan ini kita pernah melalui suasana senang. Tapi ada juga suasana yang begitu sempit. Kita mahukan sesuatu tetapi setelah berusaha bersungguh sungguh tetapi masih juga tidak dapat. ✓ Kesusahan, kesedihan, kemelaratan adalah satu perasaan yang susah. Metafora nya seperti malam. Dan kesenangan itu bagaikan siang. Keadaan malam dan siang adalah ketentuan Allah SWT. ✓ Bagi orang-orang yang tinggi imannya segala kesusahan dan kesenangan datang daripada Allah SWT. Mereka redha akan keadaan itu. Mereka memuji dan banyak berzikir dan beribadat kepada Allah SWT. Malah lagi kuat ujian itu lagi banyak ibadat mereka. Dalam kesusahan mereka mendapat kesenangan dan ketenteraman. ✓ Ada juga orang yang beriman apabila dia mendapat kesenangan dia b

Ustaz Ghazali Omar 130319

Kuliah Maghrib ✓ Para alim mengajar ilmu nya serta memperaktikan ilmu dan amalan tersebut. Mereka telus didalam amalannya. Inilah ulama' yang menjadi pewaris nabi. ✓ Sebaliknya alim yang tidak mengamalkan ilmunya perlulah kita berwaspada. Apatah lagi jika ia mengkompromikan hukum hakam mengikut kehendak golongan yang tertentu. ✓ Ulama' yang sebenarnya tidak sombong dengan ilmu dan kedudukan nya. Dia takut dengan kemurkaan Allah SWT. Kehidupan nya adalah dengan zuhud. Mereka menggunakan hartanya kejalan agama. Membina masjid dan madrasah. ✓ Para alim hendaklah menasihati orang ramai. Mengajak orang ramai melakukan ibadah dan perkara yang baik. Serta melarang orang ramai daripada melakukan maksiat. ✓ Para alim juga seorang Yang wara'. Bila bercakap ia tenang. Sekira diminta mengulas sesuatu peristiwa, dia akan mengumpulkan maklumat yang benar. Dia jauhkan dari sikap yang gopoh gapah menuduh orang lain tanpa diperiksa. ✓ Alim ulama' perlulah berterus terang didalam sesuatu

Ustaz Ali 120319

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat yang merendah diri. Seperti Amirul mukminin Saidina Omar Al Khatab. ✓ Pemerintah mukmin wajib untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan awam dengan cara yang segera dan baik. ✓ Mereka perlu menitik beratkan soal kehidupan rakyat. Itu adalah amanah yang diberikan Allah SWT kepada pemerintah. ✓ Sebagai rakyat orang mukmin hendaklah peka kepada hak mereka sebagai orang awam. Tuntut hak yang perlu diberikan oleh pihak berkuasa kepada rakyat. Jaga kesucian agama Islam dan kesejahteraan kaum mukminin. ✓ Sikap tawaduk merupakan sifat yang terdapat dikalangan para sahabat. Mereka mencontohi sifat tawaduk Rasulullah SAW. ✓ Akan masuk syurga orang yang tidak takabur, tidak mengkhianati dan tidak berhutang dengan orang lain. ✓ Wassalam

Ustaz Rahmatullah 110319

Kuliah Maghrib ✓ Perkara yang disukai Rasulullah SAW      • Bauan yang wangi      • wanita (isteri Baginda)      • solat ✓ Baginda suka akan bauan yang wangi. Dia memang berbau wangi jika dibandingkan dengan orang lain. Lebih wangi bau Baginda daripada wangian kasturi. ✓ Apabila bersama dengan isteri isteri baginda. Dia cukup menjaga hubungan baik dengan para isterinya. ✓ Solat baginda tiada tandingan. Baginda cukup tenang semasa bersolat. ✓ Para sahabat juga rasa gembira apabila berada bersama baginda. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengembirakan baginda. ✓ Mereka para sahabat akan berlumba lumba melakukan apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Apabila satu ketika umat mukmin menghadapi kesukaran mendapat air. Telaga yang ada dibandar Madinah kepunyaan orang Yahudi. Baginda meminta para sahabat yang mempunyai kemampuan membeli telaga tersebut. Saidina Othman Bin Affan  terus membelinya. ✓ Rasulullah SAW pernah bertanya Saidina Jibrail apa yang disukainya jika dia menjadi pendud

Ustaz Shamsuddin 100319

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman hendaklah mempunyai dua perasaan terhadap hubungan kita dengan Allah SWT      • Mengharap akan rahmat, keampunan dan kasih Allah SWT      • Takut akan kemurkaan NYA ✓ Bagi para solehin mereka mempunyai perasaan bahawa setiap situasi didalam hidup mereka terpaut didalam kekuasaan Allah SWT. Tidak dapat lari daripada kehendak NYA. ✓ Sebaliknya para solihin merasa rahmat Allah SWT itu tiada batasnya. Begitu luas sekali melepasi imaginasi fikiran manusia. ✓ Beriman kepada hari akhirat. Percaya yang satu hari kita akan berhadapan dengan Allah SWT serta diminta bertanggungjawab akan amalan hidup didunia ini. Percaya yang sekiranya amalan baik kita banyak daripada dosa maka dimasukkan ke dalam syurga. Sekira amalan jahat banyak daripada amalan baik maka akan dihumban kita kedalam api neraka. ✓ Bagi orang yang beriman dia akan merasa takut bila ia fikir akan hari akhirat. Timbul rasa panik jika dia termasuk didalam golongan ahli neraka. ✓ Kehidupan didunia ini

Ustaz Shukri 090319

Kuliah Maghrib ✓ Kubur adalah tempat yang mengerunkan bagi orang yang beriman. Kerana kita tidak tahu sama ada diterima amalan kita. ✓ Sebagai manusia yang biasa tidak terlepas daripada berdosa. Harapan yang ada adalah jalan bertaubat dengan bersungguh- sungguh. Semoga Allah SWT menerima taubat kita serta mengampunkan segala dosa dosa yang dilakukan. ✓ "Dari Anas bin Malik beliau berkata: Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Andai kalian tahu apa yang aku tahu, niscaya kalian kan sedikit tertawa dan banyak menangis" [HR Bukhari dan Muslim] ✓ Orang yang banyak sangat dosanya akan menjadi keras hatinya. Hidupnya semata mata untuk bersemangat didunia ini. Tidak langsung memikirkan akan hak akhirat. Nanti diakhirat nanti akan akan menimpa keatas mereka kesalan yang tak terhingga. ✓ Bagi orang yang beriman hendaklah mengikut jalan orang orang yang soleh ✓ Apabila berdepan dengan sakaratul maut orang yang beriman akan menghadapi saat kematian dengan tenang. Walau bagai

Ustaz Firdaus 090319

Kuliah Subuh ✓ Peristiwa penting didalam sirah Rasulullah SAW adalah Hijrah. Perpindahan baginda daripada Mekah ke Madinah. ✓ Baginda SAW berpindah ke Madinah diatas perintah Allah SWT. Berkemungkinan Mekah sudah tidak selamat bagi nya. Serta Madinah merupakan tempat yang strategik untuk menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam. ✓Orang Arab Quraish yang kafir memang tahap permusuhan kepada baginda adalah tinggi. Sampai ke kemuncaknya dimana mereka hendak membunuh Baginda. ✓Surah Yassin ayat 9 وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat ✓ Orang Kafir merancang untuk membunuh Rasulullah SAW tetapi  Allah SWT juga merancang. Rancangan Allah SWT lebih hebat daripada rancangan manusia. ✓ Pada permulaan hijrah Baginda SAW beserta dengan Saidina Abu Bakar menuju ke gua Thuur. Didalam

Ustaz Ghazali Omar 050318

Kuliah Maghrib ✓ Orang alim yang suka menipu orang adalah daripada golongan syaitan. ✓ Mereka suka mereka reka akan hukum hakam untuk keuntungan sendiri. ✓ Mengajar orang yang kurang pengetahuan didalam bab fiqah cara cara untuk mengelak daripada membayar zakat. ✓ Orang yang sedemikian mendapat celacaan daripada Allah SWT مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَاراً بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ "Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (QS: Al Jumu'ah [62]: 5). ✓ Alim ulama' yang disukai oleh orang mukmin akan dibenci oleh orang kafir. Dan sebaliknya ada Alim ulama' yang disukai oleh orang kaf

Ustaz Muhsin 030319

Kuliah Subuh ✓ Sebagai orang yang beriman hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa. Serta ikhlas didalam menjalankan ibadah kepada Allah SWT. ✓ Al Quran memerlukan ummah mukmin berinteraksi dengan nya setiap ketika ✓ Perlulah orang yang beriman membaca Al Quran selalu, siang dan malam. Manjaring hubungan yang kuat dengan nya. ✓ Membaca Al Quran Perlulah dengan tertil. Dengan betul. Maka perlulah setiap mukmin tingkatkan kualiti bacaan. ✓ Hendaklah memperbaiki makhraj atau sebutan didalam Al Quran. Sekarang terdapat banyak video di YouTube untuk mempelajari. Begitu mudah hanya perlu usaha. ✓ Memahami maksud Al Quran itu juga perlu diusahakan oleh setiap orang mukmin. ✓ Mentafsirkan ayat ayat Quran untuk menentukan hukum hakam adalah kewajipan pakar pakar tertentu. ✓ Mendidik keluarga supaya mencintai Al Quran. Agar keluarga kita selamat. Mudah mudahan seluruh keluarga diterima Allah SWT dan ditempatkan didalam syurga diakhirat kelak. ✓ Wassalam

Ustaz Nizam UIA 020319

Kuliah Subuh ✓ Beriman kepada qadha dan qadar Allah SWT merupakan satu daripada enam rukun iman. ✓ Setiap qadha dan qadar yang berlaku keatas diri kita adalah ketentuan Allah SWT ✓ Walaupun perkara yang berlaku adalah diatas kehendak Allah SWT, tetapi tidaklah bererti kita hanya pasif menunggu sahaja akan ketetapan itu tanpa berusaha. Allah SWT menghendaki kita berusaha didalam setiap perbuatan yang diwajibkan keatas diri kita. ✓ Apabila kita sakit, yang menyembuhkan adalah kehendak Allah SWT. Tetapi sebagai hamba perlulah kita berusaha mencari ubat yang bersesuaian. Kita perlu berusaha. ✓ Qadha adalah ketetapan NYA. Qadar merupakan rancangan NYA. Orang beriman perlulah berusaha. Berjaya atau tidak adalah kehendak Allah SWT. Setelah berusaha barulah menyerah kepada Allah SWT. ✓ Kewajipan setiap orang yang beriman menjaga kesihatan masing-masing. Tetapi setelah berusaha tetapi kena juga penyakit , makan kenalah dia menerima hakikat ini. Perlulah dia bersabar menghadapi dugaan tersebut.