Posts

Showing posts from November, 2022

Ustaz Ghazali Omar 301122

Kuliah Maghrib • Selepas menunaikan solat fardhu hendaklah dikerjakan solat sunat rawatib. • Baginda Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat rawatib tersebut. • Solat sunat rawatib tersebut boleh menampal akan kekurangan didalam solat fardhu. • Solat merupakan perkara yang pertama yang diperiksa diakhirat. Jika ada kekurangan akan diambil daripada solat sunat. • Orang yang tidak melakukan solat fardhu perlulah diqada. Mengikut mahzab imam Shafie. • Orang yang beriman perlulah menjaga dan buat persiapan yang sepatutnya didalam mengerjakan solat. Supaya kita tidak meninggalkan solat didalam keadaan apapun. • Solat sunat witir adalah sangat-sangat dituntut. Baginda Rasulullah SAW menekankan hal ini kepada para sahabatnya. Yang digelar ahli Quran. • Rasulullah bersabda, ertinya: " Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), Dia mencintai witir maka laksanakanlah Solat Witir wahai ahli Quran." – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi • Solat witir merupakan satu kewajipan keatas setiap Musl

Ustaz Abdul Halim 271122

Kuliah Subuh • Berzikir adalah satu ibadah yang terpuji. Tetapi ada tempat yang tidak dibolehkan berzikir. • Ketika sedang khatib berkhutbah tidak dibolehkan untuk berzikir. • Semasa muazzin melaungkan azan, dijawaplah azan dahulu. Selepas itu barulah sambung semula berzikir. • Samalah juga tidak dibolehkan berzikir ketika sedang mengerjakan solat. • Berzikir itu hendaklah dihadirkan hatinya ketika berzikir. • Disunatkan untuk dipanjangkan bacaan ucapan lailahaillallah ketika berzikir. • Sekiranya sesaorang itu tidak melakukan zikir selepas solat fardhu adalah baik dia menggantikan zikir tersebut diwaktu lain. • Tidak digalakkan untuk mengambil mudah akan melakukan ibadah zikir. Kerana lama kelamaan dia akan tinggal terus ibadah tersebut. Amatlah ruginya... • Sesiapa yang melakukan zikir diantara waktu subuh dan zuhur, dilakukan secara istiqamah maka pahalanya sama dengan dia melakukannya diwaktu malam. • Berzikir itu ada keutamaannya. Tetapi ketika melakukan semasa di masjid hendaklah

Ustaz Hafizulah 261122

Kuliah Maghrib • Sesaorang yang beriman merupakan mereka yang dikasihi Allah SWT. • Iman itu satu nikmat. Dianugerahi oleh Allah SWT kepada hamba yang dikasihiNya. • Imam itu bukan sahaja diangan-angankan sahaja. Perlu dipraktikkan didalam setiap ketika hidup kita. • Ada orang yang beriman. Tetapi ada kalanya ia tidak yakin sepenuh hatinya. • Bagi sesiapa yang dianugerahkan iman tanpa ada lansung perasaan tidak yakin. Keyakinannya cukup kuat sekali. Mereka merupakan orang yang berjaya. • Orang yang beriman membenarkan Allah SWT sebagai tuhan yang maha esa. Tidak ada sekutu dengan NYA. Segala firmanNya didalam Al Quran dan kitab yang diwahyukan adalah benar. Rasulullah SAW dan segala Nabi yang diutuskan adalah benar. Dan mengikut segala peraturan yang dibawa Baginda Rasulullah SAW. Percaya dan takut kepada hari kiamat. Segala yang terjadi keatas dirinya dan seluruh alam ini mengikut qada'dan qadar Allah SWT. • Iman itu harus dijaga. Disirami dengan kelakuan yang baik. Menjaga diri d

Ustaz Shamsuddin 191122

Kuliah Subuh • Setiap kali sesaorang menunaikan ibadah kerana Allah SWT dia akan mendapat ganjarannya. • Hatinya akan merasa kemanisan beribadah. Perlulah dia melakukan dengan ikhlas. • Hendaklah amalan itu dilakukan secara berterusan. Mengikut syariat. Kemanisannya akan dirasa kemudian. • Sesaorang hamba jangan putus asa didalam mengerjakan ibadah. Walaupun dia belum dapat merasa kemanisannya. • Ada kalanya amalan itu diterima, tetapi hamba itu tidak merasa apa apa. Maka dia perlu berterusan mengerjakan dan jangan putus asa. • Semasa mengerjakan ibadah hendaklah seseorang itu hendaklah mengikut segala syarat syariah fiqah ibadah tersebut. • Segala ibadah dilakukan atas dasar bertakwa. Tidak mengharapkan pujian manusia. Dilakukan dengan ikhlas hanya kerana Allah SWT. Insyaallah ibadah tersebut akan diterima Allah SWT. • Bertakwa kepada Allah SWT semasa melakukan apa sahaja ibadah merupakan syarat untuk diterima NYA. • Orang Soleh dan para wali mereka merasa kemanisan ketika melakukan i

Ustaz Shamsuddin 131122

Kuliah Subuh • Orang yang beriman apabila melihat kehebatan dan kecantikan alam hendaklah dia mengingati akan penciptanya. Janganlah dijadikan alam ini sebagai melalaikan diri mengingati NYA. • Orang yang rosak aqidahnya apabila melihat alam ini tidak lansung ingat akan siapa yang menciptakan. Dipuji akan keindahan alam ini tanpa dipuji juga penciptanya iaitu Allah SWT. Seolah alam ini menjadi dinding daripada NYA. • Allah SWT itu ada disekeliling kita. Ia lebih dekat daripada apa yang hamba-Nya sangka. Setiap makhluk didalam alam ini adalah kejadian NYA. • Sebagai sesaorang hamba yang beriman hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT. Memuji dan membesarkan NYA apabila kita menikmati apa yang ada didalam alam ini. Melihat akan kehebatan NYA dan merasa kewujudan yang dekat dengan kita. Melihat akan Allah SWT dengan mata hati. • Para wali dan orang-orang yang soleh, hati mereka melihat Allah SWT apabila mereka melihat akan kehebatan alam ini. • Orang yang jahil alam ini sebagai dinding un

Ustaz Rahmatullah 041122

Kuliah Maghrib • Syarat bertaubat    - menyesal    - azam tidak mengulangi    - beri balik benda yg dosa dgn manusia • Untuk berubah jauhi dengan kawan yang tidak baik. Yang tidak mendekatkan diri dengan taat kepada Allah SWT. • Rasulullah SAW menyatakan kawan yang baik seakan minyak wangi. Orang yang sekeliling mereka juga akan mendapat kebaikan. • Orang yang fasik suka bila mereka melihat sesaorang itu melakukan maksiat. Kerana mereka dapat bercerita keburukan itu kepada orang lain. • Orang yang beriman itu beruntung jika dia selalu bertaubat. Dilakukan setiap masa. Jangan menunda taubat, kerana maut itu datang tanpa kita ketahui. • Bilamana maut itu sudah dekat, pintu taubat sudah tertutup. Oleh kerana itu janganlah ditunda-tunda. • Bila orang yang beriman berada diwaktu pagi, jangan tunggu diwaktu petang untuk bertaubat. Dan juga sebaliknya bila berada diwaktu malam jangan tunggu diwaktu pagi. • Imam Ghazali menyatakan bahawa janganlah manusia mempunyai angan angan yang meluas. Ker