Posts

Showing posts from May, 2021

Ustaz Azman 160521

Kuliah Subuh • Hati itu tempat pandangan Allah SWT. • Hati yang sakit membawa kesan yang cukup negatif kepada seseorang. • Kesan hati yang bermasalah...    • Tidak merasa bersalah bila tinggal solat tanpa ada alasan syarie. Tidak malu kepada Allah SWT.    • Melakukan dosa besar tanpa segan silu. Hatinya rasa biasa-biasa sahaja. Maka macamana pula dengan dosa kecil? Sekira dosa besar tidak merasa bersalah dosa kecil itu macam biasa sahaja. Maka kesan kepada generasi akan datang.    • Masyarakat juga menerima begitu sahaja tanpa ditegur. Contoh orang ramai tidak menutup aurat. Perlakuan itu adalah berdosa. Tetapi perkara itu macam biasa sahaja.    • Hati yang sakit tidak tersentuh dengan ajaran didalam Al Quran. Hati tidak rasa gentar apabila membaca ayat-ayat yang mengancam dengan siksaan api neraka. Tidak merasa insaf akan dosa-dosa yang dilakukan. Hati langsung tidak tersentuh.    • Apabila melihat saudara seislam dianiayai hati mereka rasa biasa-biasa sahaja. Diberitakan yang rakyat

Ustaz Shamsuddin 150521

Kuliah Subuh • Dari sudut tasawuf, para ulama syariat itu bolehlah ditakrifkan sebagai wali peringkat permulaan. Dan ulama hakikat adalah wali yang a'riffin adalah yang lebih tinggi peringkatnya. • Kebiasaannya seseorang ulama' syariat apabila dia menyampaikan sesuatu teguran dia pasti memeriksa dirinya dahulu. Sekiranya didapati didalam keluarganya tidak lagi menunaikan kewajiban maka diperbetulkan dahulu keluarganya sebelum diajarkan kepada orang lain. • Sebaliknya bagi seorang ulama' hakikat, segala ilmu yang diperolehinya adalah pemberian Allah SWT. Ilmu itu bukan haknya. Tetapi amanah Allah SWT untuk disampaikan . Tidak tertakluk sama ada keluarganya sudah 'perfect'. • Nabi Ibrahim AS tetap berdakwah walaupun bapanya sendiri enggan mengikut apa yang didakwahkan. Kewajipan nya tetap dijalankan sebagai seorang pesuruh Allah SWT. • Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikan risalah Islam kepada orang ramai. Walaupun bapa saudaranya tidak beriman kepada risalah yang disa

Ustaz Shamsuddin 090521

Kuliah Subuh • Kewajipan bagi setiap orang yang beriman mencari rezeki yang halal. Apa pun profesen yang diceburi perlulah dijaga had- had agama. • Seseorang yang beriman perlulah mempunyai ilmu dan amalan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Berikhtiar dengan kadar yang ditentukan oleh NYA. • Ikhtiar itu meliputi setiap sudut kehidupan sebagai hambaNYA. Dari segi amal ibadat dan profesen untuk kelangsungan hidup. • Profesen yang dipilih perlulah dijaga agar ia tidak bercanggah dengan hukum dan akhlak agama Islam. • Setelah bertemu dengan profesen yang baik disegi agama maka perlulah dijaga dengan baik. Jangan perpindah randah kerana ada profesen yang diberi sara yang lebih lumayan. Perlu diteliti dahulu sama ada tempat yang baru itu mengikut segala keperluan beragama. • Apabila kita meletakkan kriteria agama itu melebihi dari kriteria- kriteria yang lain, yakinlah bahawa pertolongan Allah SWT yang akan datang yang lebih baik. • Begitu juga apabila rezeki kita disatu tempat itu

Ustaz Haslin 020521

Kuliah Ramadhan • Dibulan Ramadhan ini Allah SWT merantai iblis dan syaitan. Melainkan syaitan diantara manusia dan jin. • Setengah ulama mentafsir yang iblis dan syaitan dirantai adalah dibulan Ramadhan susah bagi musuh Allah SWT menghasut. Kerana ramai orang orang beriman banyak beribadat. • Doa orang-orang yang berpuasa dimakbulkan, terutama waktu dekat berbuka puasa. • Dibulan Ramadhan ini orang yang beriman perlulah bermuhasabahkan diri sendiri. Adakah kita orang yang bertakwa. Atau adakah kita tergolong daripada mereka yang  Baginda SAW menyatakan paling malang ada orang yang di bulan Ramadhan berlalu tapi mereka tidak mendapat keampunan. • Solat tarawih adalah satu ibadah yang istimewa di bulan Ramadhan sahaja. Jangan abaikan rahmat yang Allah SWT anugerahkan. • Di bulan Ramadhan ini juga digalakkan orang yang beriman membaca Al Quran. Rahmat kepada umat manusia. Diturunkan Al Quran di bulan yang mulia ini. • Memperbanyakkan sedekah kepada orang-orang yang susah. Terutama para k

Ustaz Yusof

Kuliah Subuh • Didalam sepuluh malam terakhir Ramadhan hendaklah diisi dengan ibadah. Bermula waktu maghrib hingga Subuh. Berdoalah kepada ibubapa, diri sendiri, isteri, anak menantu cucu-cucu, kaum keluarga, guru-guru, seluruh kaum Muslimin dan muslimat. • Doa didalam bulan Ramadhan ini dimakbulkan. Kecuali orang yang mencari rezeki cara yang haram. Sekiranya diwaktu yang lampau kita terjerumus didalam perkara tersebut maka pohonlah keampunan Allah SWT. • Punca rezeki yang didapati secara haram akan memberi kesan yang cukup negatif. Ingkar kepada larangan Allah SWT. Sekiranya tidak sempat bertaubat maka matinya sebagai orang yang fasik/kafir. • Rezeki yang haram ini juga membawa petaka kepada diri dan keluarga. Sekiranya ia menjadi makanan, setiap daging yang tumbuh akan dijilat oleh api neraka kelak. • Rasuah merupakan perkara yang haram. Samalah haramnya macam orang yang makan babi. Ramai orang tidak sanggup makan babi tetapi makan rasuah tidak merasa sebegitu. • Surah Al Israa, aya

Ustaz Suhaimi 010521

Kuliah Ramadhan • Ramadhan telah masuk ke 10 malam terakhir. Dimana terdapat satu malam yang diberkati. Malam Lailatulqadar. • Bersyukur kerana kita dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi tahun ini. Walaupun menghadapi suasana kekangan pandemic Covid 19. Dimana tahun lepas kebanyakkan kita tidak dapat kemasjid dan surau. • Orang yang beriman hendaklah bersyukur dengan peluang bertemu Ramadhan. Serta menunjukkan kesukaan kita beribadat didalam nya. Bersungguh sungguh menyerahkan amal Soleh dibulan ini. Ganjarannya terlalu banyak untuk kita biar dia berlalu begitu sahaja. • Dibulan ini jangan membuang masa. Pergi bazar Ramadhan beli hanya yang perlu. Tidak menghabis masa bersiar siar. • Dibulan ini hendaklah menghabiskan masa didalam masjid dan surau. Solat berjemaah dan bersama sama di majlis ilmu. • Diawal turunnya syariat puasa, masanya panjang. Dari Isya' hingga maghrib keesokkan harinya. Para sahabat ramainya yang bersusah susah. Maka kemudiannya baru turun syariat berpuasa s

Ustaz Syukri 010521

Kuliah Subuh • Orang yang beriman memeriahkan Ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. • Diperbanyakkan menu ibadah sebagaimana kita memperbanyakkan menu juadah ketika berbuka puasa. • Ramadhan dihiasi Allah SWT dengan penuh kerahmatan. Juga diberi keampunan dan dijauhi mereka yang beriman daripada siksaan api neraka. • Orang yang beriman juga mengejarkan malam lailatul qadar. Bersungguh sungguh memperbanyakkan amalan ibadah. • Baginda SAW memperingati para sahabat untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan. • Bagi orang-orang yang beriman perlu dilakukan muhasabah diri.     • Adakah dia telah mencapai ketakwaan yang disebut didalam Al Quran?     • Apakah keberangkalian diri mendapat keampunan Allah SWT?     • Adakah akhlak dia mencapai kehendak agama?     • Adakah dia menjauhkan diri daripada pertuturan yang lagha? • Ramadhan mendidik mukmin mencapai tingkatan imam yang tinggi. Berperangai yang baik. Bertutur dengan baik. Melihat perkara yang halal sahaja. Berfikir