Posts

Showing posts from October, 2013

Evernote:Ustaz Irwan 121013

Kuliah subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Majlis taklim itu diberkati Allah SWT Amalan Rasulullah SAW dan para sahabat juga melakukan majlis sebegini Orang mukmin yang menziarahi orang lain, juga mendapat keberkatan daripada Allah SWT Memberi salam serta menjawapnya adalah tuntutan kepada orang mukmin. Walaupun salam itu datang daripada orang yang bukan mukmin.  Dijawap dengan 'waalaikum' sahaja. Orang mukmin yang melakukan dosa juga mendapat keberkatan dengan keampunan daripada Allah SWT Tetapi diazab dahulu. Mungkin semasa sakaratul maut atau semasa didalam qubur. Membaca Al Quraan itu diberkati Allah SWT. Ganjaran membaca surah Al Ikhlas itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Wassslam Sent from Evernote

Evernote:Ustaz Yussof 061013

Kuliah subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Seorang mukmin hendaklah mengamalkan segala ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah Islam yang benar berlandaskan sunnah dan Al Quran Yakin kepada hari akhirat, azab yang dahsyat sekali didalam neraka serta kenikmatan hidup yang tidak tethingga didalam syurga Beriman hendaklah digabungkan dengan beramal. Kerana sekira beriman itu tidak selari dengan amalan yang tulen maka bererti iman itu telah rosak Jadilah seorang muslim secara total. Bukan mengambil Islam secara pilih - memilih. Yang suka diambil yang tidak suka ditolakkan. Amalan agama mengikut hawa nafsu Para sahabat mengambil agama dengan serius. Diwakafkan kebun kurma kerana kebun itu mwmbuat dia leka hingga tidak bersolat jemaah. Dunia tidak bersarang dihatinya. Orang mukmin akan sentiasa mengingati mati. Yang akan muncul secara tiba- tiba. Semua manusia akan menghadapinya Solat itu dijaga dengan baik oleh orang mukmin. Dijalankan dengan berjemaah pada solat fardhunya. Tidak mahu ditinggal

Evernote:Ustaz Abdul Halim 271013

Kuliah Subuh Allah SWT merasa malu untuk menyeksa hambaNYA yang umurnya panjang tetapi masih kuat melakukan ibadat. Seperti kuat membaca Quraan. Beristiqomah mendirikan solat. Orang yang telah lanjut usianya Allah SWT memerintahkan para malaikat untuk mencatit semula amalan amalanya semasa muda. Bagi hambaNYA yang tua Allah SWT memberi ganjaran walaupun mereka ini telah nyanyuk dan tidak berupaya serta bertenaga. Ganjaran ini diberikan kepada mereka yang beriman serta kuat beribadat semasa mudanya. Mereka juga telah bertaubat dari perbuatan maksiat yang dilakukan semasa usia mudanya. Allah SWT akan membalas kepada sesiapa yang melikat akan kezaliman tanpa menghalangnya. Orang yang muflis dihari akhirat adalah mereka yang merampas harta orang lain, menipu dan banyak anaiya kepada orang lain. Maka akan dibagikan pahalanya kepada orang lain yang dizalimi Sent from Evernote

Ustaz Irwan 121013

https://www.evernote.com/shard/s44/sh/40cc22ac-8c9d-40fb-951b-cf5894cdbdbb/dff94b5cc1ad051c12d5149983dea919

Ustaz Irwan Shah 130713

From Evernote: Ustaz Irwan Shah 130713 Kuliah Suboh, Masjid Al Huda Shah Alam • Ramadhan adalah bulan yang istimewa - terdapat rahmatullah - Kemuliaan yg tidak terdapat dibulan yang lain • Rugilah orang yang tidak menjadi tetamu Allah SAW - masih melakukan maksiat - tidak mendapat keampunan • Bagi orang yang beriman mereka memperbanyakkan amal soleh terhadap Allah SWT • Bersedekah kepada orang miskin dan membantu anak- anak yatim • Orang yang berpuasa perlu menjaga diri daripada melakukkan: - Penglihatannya - Petuturannya - Perbuatan anggota yang lain. • Pada bulan Ramadhan ini lah masa yang baik untuk bertaubat. Akan dosa- dosa yang lampau • Dibulan Ramadhan ini juga Allah SWT mempekankan doa hambaNya! • Didalam solat digalakkan memperpanjangkan sujud agar mengampunkan dosa dosa kita. • Digalakkan memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa • Sesiapa yang memperbanyakkan solat sunat maka sekiranya diterima ibadah itu. Ganjarannya