Posts

Showing posts from September, 2022

Ustaz Abdul Halim 250922

Kuliah Subuh • Berzikir kepada Allah SWT setiap ketika. Boleh dilakukan sambil berdiri, duduk, berbaring dan apa sahaja keadaan. • Solat yang dilakukan dengan baik juga ditakrifkan sebagai zikir. • Suami isteri yang bangun malam untuk menunaikan solat malam juga dikira sebagai berzikir. • "Jika seseorang lelaki (suami) itu bangun malam, dan mengejutkan isterinya (dari tidur), lalu mereka berdua solat dua rakaat, maka kedua mereka akan dicatat dari golongan yang banyak mengingati Allah." (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqiy) • Membaca doa Mathurat yang dilakukan juga dianggap sebagai berzikir. Kerana ini merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. • Orang yang sedang berhadas kecil atau besar dibolehkan berzikir. Sama ada secara didalam hati atau secara lisan. Yang dilarang adalah membaca Al Quran ketika berhadas besar. Walau bagaimanapun membaca didalam hati tanpa melafazkannya dibolehkan. • Melafazkan ayat "Innalillah wainnalillah hiroj

Ustaz Hafizulah 240922

Kuliah Maghrib • Segala ilmu pengetahuan adalah kepunyaan Allah SWT. Orang yang beriman mencari ilmu untuk mendapat keredhaan Allah SWT. • Ilmu ibadah adalah untuk menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah SWT. Memahami ilmu dan beramal dengan nya. • Orang yang berilmu akan merasa gembira dengan apa yang dipelajari. Tidak pernah dia merasa jemu dan menyusahkan diri nya. • Mencari kefahaman didalam sesuatu ilmu itu penting. Ini lah objektif utama setiap mukmin mencari dan mempelajari segala ilmu fardhu Ain dan fardhu Kifayah. • Dewasa ini ramai yang menghabiskan masa di media sosial. Jadi sesiapa yang dapat menarik perhatian umum maka semakin popular dan mendapat berjuta 'like'. Sehingga sanggup membuka keaiban diri sendiri. Aib tersebut itu sudah lama dilakukan. • Allah SWT mengasihani hamba NYA. Walaupun dia melakukan dosa, Allah SWT menutup aibnya. Tetapi sayang sekali hamba itu yang membuka aibnya sendiri. Perbuatan ini merupakan satu yang Allah SWT tidak suka dan tidak memaa

Ustaz Jemputan 240922

Kuliah Subuh • Masalah masyarakat Islam hari ini adalah jahil akan halal dan haram. • Kejahilan ini disebabkan lemahnya iman dan tidak yakin kepada kebergantungan kepada Allah SWT. • Sebagai seorang yang beriman perlulah menjaga solat, selalu bersedekah, merapatkan silaturrahim dan berdakwah kepada orang Islam dan yang bukan Islam. • Lemahnya iman itu satu bencana yang besar didalam masyarakat Islam. Tidak beramal dengan ilmu yang perolehi. Melakukan maksiat dengan tidak merasa bersalah. Tidak menyesal dan kembali kepada Allah SWT memohon keampunan NYA. • Hati sesaorang itu tempat jatuhnya iman. Begitulah hati juga menjadi keras disebabkan melakukan dosa. Tidak merasa menyesal bila melakukan maksiat. Tidak memohon keampunan daripada Allah SWT. • Kerisauan bagaimana mengumpul rezeki melebihi daripada kerisauan akan iman. Takut miskin hingga tidak mahu untuk bersedekah. Sedangkan bersedekah itu adalah pintu rezekinya. Inilah janji Allah SWT. • Didalam masyarakat hari ini banyak melakukan

Ustaz Haslam 200922

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman hendaklah berniat ketika mengerjakan amalan yang soleh kerana berkehendakkan redha Allah SWT. • Amalan sedekah yang dilakukan kerana Allah SWT akan membantu seseorang hamba ketika dihari akhirat kelak. • Imam Al Jawzi membahaskan didalam kitabnya betapa pentingnya melakukan amalan yang soleh dengan ikhlas. Semata-mata hendak keredhaan Allah SWT. • Sesiapa yang melakukan amalan kerana riyak akan ditolak oleh Allah SWT diakhirat nanti. Betapa ruginya. Oleh kerana itu hendaklah dijauhkan diri dari sifat riyak. • Untuk melakukan amalan tanpa sifat riyak adalah satu yang susah. Malah Imam AL Ghazali mengesyorkan bila sesaorang itu melakukan amalan dan dia sedar ada sifat riyak hendaklah diteruskan amalan itu. Serta berdoa memohon Allah SWT memberi kekuatan kepada nya supaya menghapuskan sifat ini. • Nafsu dan syaitan berusaha bersungguh sungguh untuk meletakkan sifat riyak didalam qalbu seseorang beriman. Tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengetah

Ustaz Dato'Nahrawi 190923

Kuliah maghrib • Surah AlBaqarah sebahagian dari ayat 272....Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan • Didalam Surah AlBaqarah ayat 273 sebahagiannya ....Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. • Didalam ayat 39 Surah As Saba ... Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". • Didalam Hadith Qudsi, Wahai anak Adam belanjakan lah hartamu nescaya

Ustaz Azman 180922

Kuliah Subuh • Setiap orang pasti akan menemui maut. Itulah janji Allah SWT kepada semua manusia. Hanya kebanyakan orang lupa akan hal ini. • Jika Allah SWT merahmati seseorang itu diberi jalan untuk kembali secara yang baik. Diberi taufiq untuk mengerjakan amal yang Soleh sebelum dia meninggal dunia. • Ada orang yang tahu yang dia dah sampai ke hujung hayatnya. Sempat meninggalkan pesanan kepada waris-waris nya. • Bagi orang yang beriman dan teguh didalam ibadahnya akan datang kepadanya malaikat membawa berita baik. Yang dia akan mendapat habuan yang baik diakhirat nanti yang disediakan Allah SWT kepadanya. • Orang yang senang dengan Allah SWT akan juga disenangi NYA. Begitulah sebaliknya. Orang yang banyak dosanya akan ditunjukkan tempatnya setelah mati. • Tanda orang yang mati dengan keadaan baik, Allah SWT redha kepadanya. Husnu Khatimah. Diantaranya adalah: - mengucapkan kalimah lailahaillallah - semasa meninggal ada tanda keringat di dahi - mati di-malam atau hari Jumaat • Wassal

Ustaz Muhaimin 160922

Kuliah Subuh • Semua orang akan dibangkitkan dipadang Mahsyar selepas kita mati. Itu janji Allah SWT. • Dibangkitkan dari kubur masing-masing. Tetapi bumi yg dibangkitkan adalah bumi yang lain daripada bumi yang kita ketahui. • Dibangkitkan tanpa berpakaian. Matahari ketika itu didekatkan. • Yang mendapat naungan ketika itu adalah yang semasa hidupnya beriman kepada Allah SWT. • 7 golongan di bawah naungan Ilahi 1. Pemimpin yang adil. 2. Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa. 3. Orang yang hatinya terpaut pada masjid. 4.  Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. 5. Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: "Percayalah, saya takut kepada Allah." 6. Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya. 7. Orang yang ingat kepada Allah dala

Ustaz Rahmatullah 120922

Kuliah Maghrib • Setiap amalan yang dilakukan hendaklah dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. • Begitu juga dengan menuntut ilmu. Hendaklah diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. • Jauhkan dari melakukan amalan kerana hendak namanya disebut-sebut orang. • Seorang guru yg tahu penuntutnya belajar bukan kerana Allah SWT tetapi dia masih memberi pengajaran. Guru itu juga dianggap melakukan maksiat mengikut Imam Ghazali. • Walaupun niat sesaorang murid tidak dapat diketahui secara 'direct' tetapi akhlak murid itu mencerminkan niatnya. Tahu secara 'indirect'. • Menuntut ilmu perlulah mengikut tingkatan yang telah ditetapkan syarak. Ilmu fardhu Ain itu hendaklah diberi keutamaan daripada ilmu fardhu kifayah. • Kemungkinan melangkau ilmu kifayah melebihi ilmu Ain kerana hendak mencari keuntungan duniawi. • Ilmu yg dipelajari hendaklah diamalkan. Jika seseorang itu mempelajari ilmu yang tinggi tetapi amalan yang asas ditinggalkan. Contoh belajar ilmu-ilmu yan

Ustaz Shamsuddin 110922

Kuliah Subuh • Al Wasilun , sampai kepada Allah SWT. Takrifnya mengikut tasawuf adalah sampai sesaorang kepada pengetahuan Allah SWT. • Hati sesaorang itu sampai kepada Allah SWT. Mengetahui akan hakikat NYA. Hamba itu seronok mengingati NYA. Patuh dan mengikuti segala suruhan NYA . • Hati yang kenal akan Allah SWT akan mempengaruhi segala perbuatan nya. Apabila dia beribadat akan lebih kuat daripada orang yang tidak mengenali NYA. • Ada wali Allah SWT sampai kepada NYA dengan perbuatan. Apa sahaja yang berlaku didalam alam ini adalah kerana Allah SWT. Merasa akan keagungan NYA. • Ada juga wali Allah SWT hatinya melihat segala kebesaran dan keagungan NYA. Mata hatinya sentiasa merasai dan mengingati NYA. • Ada juga wali Allah SWT yang sampai kepada dengan NYA secara total. Jiwa dan raga diresapi oleh cahaya iman kepada NYA. Hidup dan matinya hanya kepada NYA. Melihat dan merasa kebesaran NYA seolah-olah dia melihat Allah SWT. • Ada juga hamba Allah SWT yang terpilih. Sedikit bilanganny

Ustaz Dr Nizam 100922

Kuliah Subuh • Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah tidak mengkafirkan sesaorang mukmin kerana dosanya. Dia tetap seorang yang muslim. • Berlainan dengan manhaj Khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa. Bagi kumpulan ini tidak ada dosa kecil, semua dosa adalah dosa besar. • Puak Mu'tazilah juga berbeza dengan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi syurga dan neraka. • Bagi Ahli Sunnah Waljamaah syurga dan neraka sudah wujud. Sebaliknya bagi puak Mu'tazilah syurga dan neraka tidak wujud lagi, tetapi pasti ada. • Para ulama tidak mengkafirkan Mu'tazilah kerana fahaman mereka ini. Kerana mereka juga berhujah dengan berlandaskan Al-Quran. • Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa sesiapa yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah akan masuk syurga. Maka jangan kita mengkafirkan seorang mukmin. • Wassalam  

Ustaz 030922

Kuliah Subuh • Bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat iman dan Islam. Satu anugerah yang tidak semua manusia menikmatinya • Bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan. • Apa sahaja nikmat hendaklah hati kita mengucapkan alhamdulillah akan kenikmatan yang diberikan. • Diajarkan kepada setiap mukmin mengucapkan kepujian kepada Allah SWT. Diatas nikmat yang diberi. • Amalan kita menunjukkan akan kesyukuran kepada Allah SWT. Mengikut kehendak NYA. Mengerjakan amalan dan ibadat yang disunnahkan Rasulullah SAW . • Allah SWT sentiasa mencukupkan rezki makhluk NYA. Selagi umat itu hidup, rezekinya akan sentiasa mengalir. Hinggalah dia mati. • Rasulullah SAW mengajar akan para sahabat akan amalan yang akan menarik rezki kepada mereka. • Orang yang beriman apabila mendapat nikmat daripada Allah SWT maka dia mengucapkan alhamdulillah dan memberitahu orang lain akan anugerah NYA. • Begitulah juga sesiapa yang melakukan dosa hendaklah dia memohon ampunan Allah SWT. Mengucapkan astaghfirullah. Ser

Ustaz Rahmatullah 020922

Kuliah Maghrib • Bagi orang yang beriman apabila menuntut ilmu perlulah memasang niat yang sepatutnya. • Setiap ibadat perlulah berniat kerana Allah SWT. • Menuntut ilmu adalah untuk mengetahui cara untuk beramal mengikut kehendak agama. • Dengan berniat segala amalan yang dilakukan memperolehi pahala. • Sekiranya sesaorang itu melakukan sesuatu perkara kerana dunia maka ia akan dapat apa yang diniatkan. • Setiap orang yang menuntut ilmu akan mendapat ganjaran jika dia berniat dengan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah SWT. • Orang yang melakukan ibadat jika dia berniat bukan kerana Allah SWT maka orang ini melakukan dosa. • "Janganlah belajar ilmu agama untuk berbangga diri di hadapan para ulama, untuk menanamkan keraguan pada orang yang bodoh, dan jangan mengelilingi majelis untuk maksud seperti itu. Karena barangsiapa yang melakukan demikian, maka neraka lebih pantas baginya, neraka lebih pantas baginya." (HR. Ibnu Majah no. 254. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa san