Posts

Showing posts from June, 2012

Ustaz Abdul Halim 240612

Ustaz Abdul Halim 240612 Ustaz Abdul Halim 240612 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Tentera Abrahah ingin meruntuhkan Ka'bah. Allah SWT memusnahkan mereka semua. Saidatina Aisyah bertanya Rasulullah SAW adakah orang pedagang yang tidak berniat untuk memusnahkan Kaabah juga turut musnah? Baginda menjawab...Ya! Diakhirat nanti mereka akan diadili mengikut niat masing masing Sesaorang yang berniat untuk berjihad, tetapi tidak kesampaian kerana sakit. Niatnya dengan bersunguh sunguh mempertahankan Islam Tetapi tidak dapat melakukannya kerana sakit Sakit yang benar benar tidak memungkinnya berperang Dia mendapat pahala sama dengan orang yang turut berperang Ibu Bapa mendapat ganjaran pahala... Apabila anak- anaknya menuntut ilmu Terutama ilmu agama Seperti mempelajari dan menghafal Al Quran Saorang sahabat memberi sedekah kepada orang ramai dimasjid Kemudian wang tersebut diberikan kepada orang ra

Ustaz Shamsuddin 100612

Ustaz Shamsuddin 100612 Ustaz Shamsuddin 100612 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Dapatkah manusia melihat dzat dan sifat- sifat Allah SWT? Manusia dapat melihat ciptaan Allah SWT, kenapa dzat NYA terdinding oleh manusia? Melihat Allah SWT itu dengan mata hati, bukan secara fisikal Apabila manusia melihat alam ini yakinlah dia bahawa tentu alam ini mempunyai penciptanya. Ia itu Allah SWT Bagi manusia yang kuat dan teguh imannya. Apabila dilihat segala kejadian dialam ini maka ia dapat melihat didalam hatinya akan Allah SWT Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Al Quraan Surah Fussilat ayat 53 Bagi ahli syuhud, tiada

Ustaz Shamsuddin 160612

Ustaz Shamsuddin 160612 Ustaz Shamsuddin 160612 Kuliah Subuh Ketentuan yang terjadi keatas diri adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah Begitu juga dengan kelebihan atau bakat anugerah Allah SWT Hendaklah kita menggunakan anugerah itu dengan baik mengikut landasan agama Tetapi apabila manusia itu membelakangi anugerah tersebut maka ia telah menolak satu anugerah Allah SWT Adakah kita beradab kepada Allah SWT? Adakah perbuatan tersebut satu kebodohan? Tolol? Contohnya seorang yang diberi bakat dan kebolehan untuk berniaga Dia berjaya didalam bidang tersebut Serta cara dia berniaga itu mengikut landasan agama Tiba tiba oleh kerana gelojoh untuk mengumpul harta ia bertukar daripada seorang peniaga kepada seorang peladang yang dia tidak mempunyai kemahiran Maka perbuatan tersebut merugikan dirinya dan juga masyarakat. Serta ia seolah menolak anugerah Allah SWT Tidakkah perbuatan tersebut satu kebiadapan kepada

Ustaz Syihabuddin 140612

Ustaz Syihabuddin 140612 Ustaz Syihabuddin 140612 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Adab makan bagi orang yang beriman. Jangan makan dan mengunyah terlalu cepat/ laju Perbauatan ini adalah satu amalan yang gelojoh... Akan hilang keberkatan makanan tersebut Jangan memakan yang akan mendatangkan mudharat pada diri sendiri Seperti tulang yang akan tersangkut ditekak Ketika makan jangan duduk menyangkung Perkara ini dilarang oleh Rasulullah SAW Begitu juga Rasulullah SAW melarang memakan sambil terlentang atau meniarap Hukumnya makhruh tahrim. Dekat dengan hukum haram Haram hukum seorang mukmin makan didalam majlis yang didalamnya ada makanan yang haram. Seperti jamuan minuman keras, babi... Jangan menyakitkan hati orang yang sedang makan dengan perbuatan kita Seperti batuk, mengeluarkan hingus, kentut dll. Hendaklah makan semuanya tanpa ditinggalkan dan membazir ?9

Ustaz Ali 120612

Ustaz Ali 120612 Ustaz Ali 120612 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Mengharap akan rahmat Allah SWT Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT Mengharap akan rahmat NYA Tidak takut kepada makhluk NYA Tidak memandang akan kebesaran manusia Jangan berbuang masa dengan mengerjakan perkara yang lagha Hendaklah berusaha untuk mendapat rahmat Allah SWT Terutama manusia yang sudah lanjut usianya

Ustaz Adnan 100612

Ustaz Adnan 100612 Ustaz Adnan 100612 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Puasa dibulan Ramadhan Maksud daripada syarak.. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa Syarat wajib puasa Orang Islam Sekira orang itu telah murtad, maka hendaklah dia memeluk Islam semula Baligh Dengan cara bermimpi, terkeluar air mani, cukup umurnya Berakal Puasa diatas puasa Dibolehkan orang tua, orang mengandung dan ibu yang menyusu tiada berpuasa Rukun ( fardhu) Niat Mahzab Shafie diwajibkan berniat setaip malam Mahzab Maliki membolehkan berniat untuk sebulan Menahan diri daripada... Makanan Minuman Sekiranya ia terlupa akan berbuasa dan terus makan dan minum Maka itu tidak membatalkan puasanya Menahan diri daripada Jima' Menjaga diri daripada perkara yang membatal puasa Sengaja muntah Memasukkan sesuatu didalam badan melalui rongga

My idea : Ustaz Masykur 080612

Ustaz Masykur 080612 Ustaz Masykur 080612 Kuliah Khas Program Pelita Hidup, Masjid Al Huda Bagaimana hendak melahirkan pelajar yang HOLISTIK Cemerlang dari berbagai aspek Masjid haruslah memainkan peranan didalam tujuan ini Semua anak-anak dilahirkan cemerlang Hari ini ramai yang berjaya bukan daripada keluarga yang kaya Ramai pelajar IPT dari kalangan wanita Anak yang cemerlang perlu kasih sayang daripada kedua orang ibu bapa Ibu bapa haruslah memberi perhatian didalam hal ini Quraan memain peranan yang penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang Mengamal membaca 2-3 ayat Al Quraan setiap hari Perkara yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mencemerlangkan anak Pemakanan yang baik seperti kurma, madu dan roti Kurangkan memakan nasi Banyakkan makanan laut, kurangkan makan ayam Jaga disiplin anak anak Selalukan anak anak melakukan latihan Menanamkan visi didalam hidup mereka

Program Pelita Hidup Masjid Al Huda Shah Alam

Image
Dr Hafizi menyampaikan tazkirah didalam program pelita hidup. Anjuran Masjid Al Huda Shah Alam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

My idea : Ustaz Sharif 060612

Ustaz Sharif 060612 Ustaz Sharif 060612 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Pendita Yahudi Mereka telah diberi qitab oleh Allah SWT Didalam qitab mereka telah jelas akan sifat sifat Nabi akhir zaman yang akan muncul Tetapi mereka telah menukar ayat ayat didalam qitab mereka Peperangan Mu'tah Walaupun baginda Rasulullah SAW tidak bersama tentera Islam didalam peperangan ini Baginda tetap mengetahui apa yang terjadi didalam peperangan tersebut ...membenar akan kerasulan Baginda Nabi Muhammad SAW Didalam Al Quran telah diwahyukan kepada Rasulullah SAW akan kecelakaan pendita yahudi Mereka telah menukar akan kandungan qitab mereka mengenai Rasulullah SAW Tetapi walaupun begitu, masih terdapat orang Yahudi yang beriman kepada ajaran Rasulullah SAW Orang Yahudi yang beriman telah menegur akan kesilapan pendita mereka. Tetapi para pendita tetap dengan pembohongan mereka Walau apa pun penipuan musuh Allah SWT te

Ustaz Dari Indonesia 050612

Ustaz Dari Indonesia 050612 Ustaz Dari Indonesia 050612 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Firman Allah, maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3. Orang yang beriman selalu bersiap siaga menghadapi ujian daripada Allah SWT Ujian yang akan dihadapi oleh orang orang yang beriman Ujian itu adalah satu yang berat Ia bukanlah sesuatu yang mustahil Ujian itu berat bagi orang kafir tetapi ringan bagi orang yang beriman Orang yang beriman apabila diperintah oleh Allah SWT dan Nabi muhammad SAW Mereka berkata kami dengar dan kami taat Dengan segera melaksanakan perintah tersebut Yang selain daripada itu adalah perkara yang kecil sahaja T

Ustaz Rahmatullah 040612

Ustaz Rahmatullah 040612 Ustaz Rahmatullah 040612 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Ganguan hawa nafsu yang sentiasa menghalang kita menjadi orang yang beriman Para ulama menyatakan nafsu itu satu ujian yang berat Nafsu mut' mainnah Yang membawa ketenangan kepada jiwa sesaorang yang beriman Nafsu Lawammah Gangu sesaorang daripada membuat perbuatan yang baik Kadang kala manusia yang beriman itu menang adakala kalan Nafsu Ammarah Sentiasa kalah melawan nafsu ini Mendorong manusia membuat maksiat Jiwa manusia akan bertindak mengikut apa yang dicorakkan oleh manusia itu sendiri Al Quraan surah As Shams [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Diz