Posts

Showing posts from March, 2013

Ustaz Adnan 100313

Ustaz Adnan 100313 Ustaz Adnan 100313 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Orang lelaki diharamkan memakai emas Jaga jaga apabila memakai jam tangan yang mempunyai bahagiannya dibuat daripada emas Terdapat juga orang lelaki yang memakai cincin suasa. Ini juga diharamkan bagi orang lelaki Juga diharamkan perkakas minuman dan piring yang dibuat daripada emas dan perak. Diharamkan untuk lelaki dan perempuan Barang yang ditampal dengan emas Hukumnya juga haram Jika ditampal dengan perak dengan banyak juga diharamkan Emas ynag digunakan didalam alat elektronik dibolehkan. Kerana ada hajat untuk menggunakan alat tersebut. Didalam keadaan darurah... Dibolehkan menggunakan emas didalam keadaan darurat Contohnya memakai stem jantung yang dibuat daripada emas Bab bersugi... Disunatkan bersugi Fadhilat bersugi lebih ganjarannya didalam solat Rasulullah SAW bersugi menggunakan kayu siwak. Dizaman ini sekirany

My idea : Ustaz Shamsuddin 100313

Ustaz Shamsuddin 100313 Ustaz Shamsuddin 100313 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Mengenal Allah SWT Para Rasul dan orang- orang yang tinggi keimanannya mengenal Allah SWT dahulu sebelum mengenal ciptaanNYA Bagi kebanyakkan orang yang beriman mengenal ciptaan Allah SWT dahulu sebelum dia dapat mengenal Allah SWT Perbezaan diantara dua golongan adalah dengan dalil wujudnya Allah SWT. Yang satu mengambil dalil dengan Allah SWT. Tetapi golongan yang kedua mengambil dalili diatas penciptaan Allah SWT Mengambil dalil daripada Allah SWT Orang yang mengenal Allah SWT dengan sebenarnya Mereka tidak mengenal Allah SWT dengan ciptaan NYA dahulu Berbeza dengan golongan yang kedua. Mereka mengenal Allah SWT dengan dalilkan akan ciptaan NYA Maka golongan kedua ini terkurang sedikit... Ayat An Nahl 78: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan

Ustaz Shamsuddin 100213

From Evernote: Ustaz Shamsuddin 100213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda • Imam Athaillah Askandary menulis didalam kitabnya Al Hikam; "Barang siapa yang cemerlang permulaannya, maka cemerlang (pula) penghabisannya". • Melakukan satu ibadah perlulah dimulakan dengan niat melakukannya kerana Allah SWT. Dan mengikut cara yang betul berasakan nas Al Quraan dan Hadith. • Yakin dengan apa yang dilakukan. Serta berserahlah kepada Allah SWT. • Ikhlaslah diri melakukan ibadah itu semata-mata kerana Allah SWT. •  Rasulullah SAW serta orang- orang yang soleh telah menunjjukkan jalan kejayaan. Maka hendalah kita mencontohi mereka. Pasti Allah SWT akan membantu. • Masa itu penting dijaga. Tidak wajar membuang masa. gunakan masa itu secara maksimum. • Ketika melakukan amalan yang tertentu hendakah dilakukan secara 'serius'. Tidak wajar melakukan amal itu secara sambil lewa sahaja. • Bertaubat diatas dosa-dosa yang lampau. Semog

Ustaz Ali 120213

From Evernote: Ustaz Ali 120213 Kuliah Maghrib • Adab berdakwah didalam Islam • Berlemah lembut dalam berdakwah. Seperti perintah Allah SWT kepada Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS • Bersabar didalam apa jua tindak balas. Contohnya dakwah Rasulullah SAW. • Beramal didalam apa yang hendak didakwahkan. Lakukan apa yang diseru kepada orang lain. • Sesiapa yang berusaha menyelamatkan masyarakat daripada kesesatan akan mendapat ganjaran • Begitu juga sesaorang yang berhijrah untuk menyelamatkan agama dirinya dan juga keluarganya. Dia juga akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. • Wassalam

Ustaz Jefri 160213

From Evernote: Ustaz Jefri 160213 Kuliah Maghrib • Orang yang waraq adalah mereka yang menjauhkan diri daripada benda yang haram dan yang syubhad. • Sesaorang yang beriman jika dia mengerjakan amalan yang wajib bagi dirinya, Allah SWT akan kasih kepadanya. Apabila ditambah dengan amalan yang sunnat maka bertambah kasih Allah SWT kepadanya. Dengan rahmat Allah SWT akan terhindar dia daripada perkara yang berdosa. • Orang yang beriman sekiranya berhadapan dengan ujian, dia akan bertambah dekat dengan Allah SWT. Bagi dirinya cukup sudah Allah SWT tempat dia bersandar. Dengan penuh kesabaran... • Orang yang menjauhkan diri daripada perkara- perkara yang berdosa akan mendapat jiwa yang sentiasa tenang. Ini adalah kerana dia selalu meletakkan kehendak Allah SWT melebihi segala- galanya. • Berwaspadalah dengan tipu daya syaitan dan kuncu- kuncanya yang berupakan jin dan manusia yang jahat. Dia akan menipu perasaan dan pandangan untuk