Posts

Showing posts from February, 2019

Ustaz Dato' Nizam 260219

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman disarankan untuk melakukan solat sunat dhuha. ✓ Waktu dhuha bermula 15 min selepas waktu syuruk dan berakhir sebelum solat Zuhur ✓ Dilakukan sebanyak empat rakaat. Sama ada didirikan 4 rakaat dengan satu salam atau didirikan dengan 2 salam. ✓ Ganjaran pahala menunaikan solat sunat dhuha adalah banyak. ✓ Begitulah juga orang yang menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu tersebut kepada orang ramai... ✓ Amalan yang berguna yang ganjarannya akan mengalir kepada yang beramal hinggalah dialam barzah. Contohnya bersesekah, menyebar ilmu, dan amal jariah yang lain ✓ Orang yang memberi sedekah untuk fisabilillah akan diberikan Allah SWT ganjaran rezeki yang berganda. ✓ Wassalam

Ustaz Abdul Halim 240219

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT melaknat akan iblis. Kedudukan diakhirat adalah didalam neraka jahanam ✓ Sumpah Iblis untuk menyesatkan anak anak Adam. Semua manusia berasal daripada Nabi Adam. ✓ Menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT. Menjadikan manusia cintakan hal dunia hingga lalai akan kewajipan kepada Allah SWT. Iblis juga memesong manusia daripada bersyukur kepada Allah SWT ✓ Allah SWT mengangkat para nabi-nabi sepanjang zaman untuk menyelamatkan manusia daripada disesatkan oleh iblis. Memberi pertunjuk kearah jalan yang benar. ✓ Bersama sama dengan para nabi Allah SWT juga memberi qitab kepada mereka. Qitab ini untuk menunjukkan manusia keatas jalan yang lurus. ✓ Iblis juga memberi qitab nya kepada manusia...merupakan perkara seperti berikut.      • Tattoo yang dilukiskan dibadan manusia      •  Syair dan sajak yang menghayalkan      •  Tukang tilik dan tukang tenung      •  Makan dan minum tanpa mengingati akan Allah SWT      •  Menggalakkan manusia meminum yang memabukkan

Kuliah Subuh Masjid Al Huda 230219

✓ Kematian itu merupakan satu kafarah bagi seorang mukmin ✓ Gugurnya dosa ketika menghadapi kematian apabila seseorang itu bertaubat ✓ Begitu juga sesaorang itu melakukan amalan yang Soleh dosanya digugurkan. Walaupun hanya dengan membaca Ameen bersama sama dengan imam didalam solat berjemaah. ✓ Amalan yang dilakukan oleh sesaorang akan menjadi kafarah kepada dosa nya ✓ Kesakitan menghadapi maut juga akan menjadi kafarah kepada dosa dosanya ✓ Allah SWT memberi rahmat kepada hambaNYA ketika ia dikembalikan kepada NYA. Sekiranya ia masih banyak lagi dosa yang belum diampunkan maka kesakitan semasa menghadapi maut satu kafarah kepada dosa dosa itu. ✓ Jangan kita memburukkan sesaorang ketika matinya. Kerana sekiranya Allah SWT mengampunkan segala dosa dosa nya maka ia akan dimuliakan. Dizaman Nabi Musa AS ada seorang yang banyak melakukan maksiat ketika dia mati orang kampungnya menghumbankan mayatnya didalam tempat najis. Allah SWT perintah Nabi Musa memandikan dan kafankan serta ditanamk

Ustaz Shamsuddin 160219

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman hendaklah terus melakukan kebaikan walaupun ada kesalahan. Jangan dijadikan apa apa pun penghalang untuk melakukan kebaikan ✓ Orang yang Makrifah tidak mengambil kisah akan pujian dan kejian manusia. Mereka tetap didalam mengerjakan ibadah bersungguh sungguh kerana Allah SWT. ✓ Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Bagi orang yang beriman ia tidak akan menghalang mereka melakukan ibadah kepada NYA ✓ Melakukan kebaikan akan menarik kebaikan kepada diri kita. Dengan kebaikan akan menghalang kita melakukan dosa. Mungkin dengan berkat melakukan kebaikan tersebut  akan merubah tabiat kita yang berkemungkinnya kita melakukan dosa- dosa yang tertentu. ✓ Bertaubat adalah satu perbuatan yang disukai Allah SWT. Ia juga merupakan satu amalan kebaikan yang disarankan oleh Rasulullah SAW. ✓ Ada manusia yang terjebat dengan kancah maksiat. Mereka hidup didalam dosa. Telah berputus asa untuk merubah keadaan tersebut. Mereka telah berputus asa daripada rahma

Ustaz Ghazali Omar 130219

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah mengamalkan segala ilmu yang didapati. Jika tidak beramal maka tiada bernilai ilmu yang dipelajari. Belajar susah tapi tidak bernilai jika tidak digunakan. ✓ Dimasa dulu ramai yang belajar ilmu agama dipondok. Guru guru pondok amalannya kuat. Sehingga masyarakat menyanjung tinggi guru pondok. Sehingga ada yang mencapai peringkat wali dimata masyarakat. Berbeza dengan sistem hari ini. Ramai yang ada ijazah tapi tidak kuat beramal. ✓ Orang yang tinggi tingkatan amalannya menghormati ilmu yang dipelajari. Sehingga mereka dapat menguasai ilmu itu dengan baik. Serta dapat menambah nilai bidang ilmu yang tertentu. Mereka menjadi contoh yang baik. ✓ Sekira ilmu yang dipelajari hanya untuk mendapat sekeping kertas maka itu sahajalah yang didapati. Selepas lulus peperiksaan ilmu yang dikuasai bila tidak diamal akan lama kelamaan lupa serta hilang dari mindanya. ✓ Ada individu yang berstatus ustaz dan ustazah tetapi tidak menutup aurat dengan sempurn

Ustaz Ali 120219

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang bersifat takabur. ✓ Ayat Saffaat ayat 35 Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya ✓ Allah SWT memuji mereka yang bersifat tawaduk. Merendah diri... ✓ Rasulullah SAW dipuji Allah SWT Didalam surah Al Qalam ayat 4 : Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. ✓ Saidina Omar Ibnu Aziz merupakan khalifah yang tawaduk. Satu malam dia didatangi seorang rakyat biasa. Lampu minyak yang diguna telah kehabisan minyak. Tetamu itu hendak bangun mengisi minyak. Tetapi Saidina Omar tidak izinkan malah dia sendiri yang mengisikan minyak didalam pelita. ✓ Khalifah Islam Saidina Umar Al Khatab pergi ke sham Untuk membuka kota Baitul Mukaddis, beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani pembantunya. Saidina Umar dan pembantunya bergilir-gilir menaiki unta. Ketika Umar menai

Ustaz Rahmatullah 110219

Kuliah Maghrib ✓ Zuhud bagi Ibnu Abbas adalah berikut       • Tinggalkan dunia yg berlebih-lebihan       • Tidak mengikut hawa nafsu       • Jauhi daripada mencintai dunia ✓ Saidina Siti Khadijah RA merupakan orang kaya yang zuhud. Beliau menghabiskan segala harta bendanya untuk perjuangan Islam. ✓ Saidina Othman bin Affan seorang sahabat Rasulullah SAW yang kaya. Dia juga menghabiskan harta bendanya kejalan Allah SWT. Kekayaan dunia tidak dapat menipu nya. ✓ Jaga lidah kamu. Bercakap yang penting sahaja. Cakap yang baik sahaja. Kalau tiada lebih baik dia diam. Kerana lidah ramai orang yang terjerumus ke dalam api neraka. ✓ Tinggalkan dunia. Melainkan didalam perkara yang penting sahaja. ✓ Begitu juga apabila bersosial. Lakukan diperingkat yang perlu sahaja. Tidak perlu bersosial jika ia tidak mempunyai objektif yang baik. ✓ Ada juga orang yang bercakap perkara yang baik. Tetapi hatinya berlainan daripada percakapannya. Maka perlulah dijauhkan dari manusia yang bersifat sedemikian. ✓ A

Ustaz Shamsuddin 100219

Kuliah Subuh ✓ Setiap orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat kehambaan kepada Allah SWT. Kadangkala dengan sengaja atau tidak sengaja kita melakukan sesuatu yang menunjukkan bahawa kita belum mempunyai sifat kehambaan kepada NYA ✓ Ada kalanya apabila kita mendapat sesuatu yang dihajati bukan main lagi gembiranya. Tetapi sebaliknya apabila kita gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati akan merasa kecewa. Bagaikan perangai kanak kanak ✓ Yang sepatutnya sesaorang mukmin apabila mendapat sesuatu yang dihajati hendaklah dia bersyukur ✓ Apabila kita gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati perlulah sesaorang mukmin itu bersabar ✓ Sekiranya kita tidak dapat bersikap sedemikian maka ia menunjukkan bahawa kita belum dewasa didalam keimanan. Belum lagi sepenuhnya mengabdikan diri kepada Allah SWT ✓ Walaupun sesaorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tetapi masih bersikap sedemikian maka dia belum lagi sampai ke peringkat pengabdian yang dikehendaki ✓ Setiap apa yang kita dapati hendaklah ingat

Ustaz Al Sabahi 080219

Kuliah Subuh ✓ Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita merupakan ketaatan kepada NYA. Dapat ruang untuk melakukan amal yang Soleh. Kecintaan kepada NYA. ✓ kecenderungan melakukan ibadat merupakan ciri ciri orang yang beriman. Orang yang susah untuk melakukan solat subuh dan insya merupakan ada sifat munafiq didalam dirinya. ✓ Solat Subuh dan Asar merupakan dua waktu solat yang mendapat perhatian para malaikat. Yang akan melaporkan hal solat  hamba kepada Allah SWT. ✓ Allah SWT itu maha penyayang kepada hambanya. Melebihi kasih sayang orang lain. Melebihi kasih sayang ibu bapa kepada anak anaknya. Melebihi cinta rasul kepada umatnya. ✓ Para malaikat juga berdoa kepada Allah SWT agar diberi rahmat dan dijauhkan api neraka daripada manusia yang bertaubat serta yang menjaga ibadahnya. ✓ Surah Al Ghafir ayat 7; Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beri

Ustaz Yahaya 060219

Kuliah Maghrib ✓ Para sahabat kedudukan mereka mulia. Kemuliaan ini disebabkan mereka mendapat ajaran Islam secara berterusan daripada Rasulullah SAW ✓ Walaupun dizaman ini orang mukmin jauh dari generasi pertama para sahabat tetapi mampu mendekatkan diri dengan Allah SWT apabila kita menghidupkan ajaran Baginda Rasulullah SAW. Kita jadikan Rasulullah SAW Sebagai pintu mendekati dan memahami ajaran Islam. Serta mengenali Allah SWT. ✓ Ruh Islam hanya dapat dialami sekiranya orang yang beriman memahami serta menghayati sifat - sifat mulia baginda Rasulullah SAW. Apabila mengenal Baginda maka akan timbul kasih sayang kita kepada nya sebagaimana para sahabat mencintai baginda. ✓ Keperibadian Nabi Muhammad SAW adalah secara menyeluruh. Fizikal, Intelek,  Emosi dan Rohani. Rohani baginda yang cukup menarik serta disanjungi oleh para sahabat dan orang-orang yang mengenali baginda. Rohani yang mendapat wahyu serta didampingi oleh makhluk yang ghaib seperti malaikat. Malah ada riwayat yang bagi

Ibnu Hubain 050219

Kuliah Subuh ✓ Memberi salawat keatas Nabi Muhammad SAW merupakan satu amalan yang digalakkan. Setiap kali seseorang mukmin memberi selawat, Allah SWT akan memberi ganjaran seumpama  sepuluh kali selawat. ✓ Setiap rasul ada kelebihannya. Nabi Yusuf AS seorang yang cukup tampan. Sehingga diriwayatkan ada yang terpotong tangannya kerana terlalu teruja akan ketampanan baginda. ✓ Rezeki merupakan pemberian Allah SWT kepada hambaNYA. Walaupun berusaha dengan bersungguh-sungguh jika belum sampai masanya rezeki itu tidak juga apa yang di idamkan. ✓ Setiap makhluk yang dijadikan Allah SWT, telah ditentukan rezeki nya. Perlulah hamba itu berusaha. Serta yakin bahawa Allah SWT akan melapangkan hidupnya dengan rezeki. ✓ Ada juga rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kepada orang-orang yang bertaqwa. Dikurniakan rezeki kepadanya didalam situasi yang tidak dijangkakan. ✓ Bergantunglah kepada Allah SWT didalam apa sahaja amalan yang dijalankan. Yakin bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat per

Ustaz Rahmatullah 040219

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang zuhud merupakan orang yang menolak kesenangan dunia kerana mencari kebahagian diakhirat ✓ Menolak dunia tidak bererti yang mereka tidak mahu langsung akan kesenangan dunia. Tetapi mereka menggunakan dunia mereka untuk melakukan kebajikan kerana menghendaki keredhaan Allah SWT. ✓ Mereka takut akan balasan diakhirat sekiranya dia tidak cukup bekalan. Kubur itu cukup menakutkan. ✓ Seorang yang zuhud yang banyak ditulis kisah hidupnya adalah seorang tabien yang bernama Ibrahim Adham. Seorang raja yang terjadi beberapa peristiwa yang membuat nya mencari persoalan tentang kenapa ia dijadikan. Dia kemudian bermusafir mencari ilmu. Diakhir perjalanan ilmunya membuat ia sedar bahawa dunia ini bukan matlamat hidup. Maka dia bertekad menjadi seorang yang zuhud. ✓ Ibrahim Adham pernah dipukul oleh tentera kerana tidak mahu memberikan mereka buah anggur. Dia enggan memberi buah tersebut kerana menjaga amanah tuan kebun anggur. ✓ Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pe

Ustaz Yusof 030219

Kuliah Subuh ✓ Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , bahwa Rasûlullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا  "Barangsiapa mengajak (manusia) kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa mengajak (manusia) kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun." ✓ Bagi orang yang beriman yang hidup diakhir zaman ini pilihan yang terbaik adalah melakukan perkara yang baik. Serta mengajak orang lain melakukan kebaikan ✓ Isu kepedulian sosial adalah penting bagi keharmonian komuniti. Masyarakat mukmin perlulah peka akan apa yang berlaku di sekeliling ✓ Isu kemi

Ustaz Nizam UIA 020219

Kuliah Subuh ✓ Persoalan mengenai roh adalah daripada perkara yang ghaib. Tidak perlu dibincang dengan mendalam hanya cukup yakin bahawa roh itu ada. ✓ Surah Allah Israa ayat 85: Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan ✓ Para ulama' sunnah Waljamaah tidak membincangkan mengenai dengan roh ✓ Bila hari Qiamat akan berlaku juga tidak dibincang. Kerana ia juga adalah hal ghaib yang tidak diberitahu kepada Rasulullah SAW ataupun Malaikat Jibril ✓ Surah an Nazi'at ayat 42 hingga 44 yang bermaksud: "Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya." ✓ Begitu juga dengan kedatangan imam Mahadi. Para ulama Ahlus sunnah Waljamaah percaya bahawa