Ibnu Hubain 050219

Kuliah Subuh

✓ Memberi salawat keatas Nabi Muhammad SAW merupakan satu amalan yang digalakkan. Setiap kali seseorang mukmin memberi selawat, Allah SWT akan memberi ganjaran seumpama  sepuluh kali selawat.

✓ Setiap rasul ada kelebihannya. Nabi Yusuf AS seorang yang cukup tampan. Sehingga diriwayatkan ada yang terpotong tangannya kerana terlalu teruja akan ketampanan baginda.

✓ Rezeki merupakan pemberian Allah SWT kepada hambaNYA. Walaupun berusaha dengan bersungguh-sungguh jika belum sampai masanya rezeki itu tidak juga apa yang di idamkan.

✓ Setiap makhluk yang dijadikan Allah SWT, telah ditentukan rezeki nya. Perlulah hamba itu berusaha. Serta yakin bahawa Allah SWT akan melapangkan hidupnya dengan rezeki.

✓ Ada juga rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kepada orang-orang yang bertaqwa. Dikurniakan rezeki kepadanya didalam situasi yang tidak dijangkakan.

✓ Bergantunglah kepada Allah SWT didalam apa sahaja amalan yang dijalankan. Yakin bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pertolongan dan ganjaran daripada Allah SWT.

✓ Amalan yang dilakukan perlulah dengan ikhlas. Jika mendapat kebaikan maka bersyukurlah kepada Allah SWT. Begitu juga jika diberi ujian perlulah sabar. Redha akan apa yang diberikan NYA.

✓ Gunakanlah apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita kejalan yang diredhai NYA. Yakin setiap amalan yang dikhaskan hanya kepada Allah SWT akan mendapat ganjarannya didunia dan diakhirat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809