Ustaz Rahmatullah 040219

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang zuhud merupakan orang yang menolak kesenangan dunia kerana mencari kebahagian diakhirat

✓ Menolak dunia tidak bererti yang mereka tidak mahu langsung akan kesenangan dunia. Tetapi mereka menggunakan dunia mereka untuk melakukan kebajikan kerana menghendaki keredhaan Allah SWT.

✓ Mereka takut akan balasan diakhirat sekiranya dia tidak cukup bekalan. Kubur itu cukup menakutkan.

✓ Seorang yang zuhud yang banyak ditulis kisah hidupnya adalah seorang tabien yang bernama Ibrahim Adham. Seorang raja yang terjadi beberapa peristiwa yang membuat nya mencari persoalan tentang kenapa ia dijadikan. Dia kemudian bermusafir mencari ilmu. Diakhir perjalanan ilmunya membuat ia sedar bahawa dunia ini bukan matlamat hidup. Maka dia bertekad menjadi seorang yang zuhud.

✓ Ibrahim Adham pernah dipukul oleh tentera kerana tidak mahu memberikan mereka buah anggur. Dia enggan memberi buah tersebut kerana menjaga amanah tuan kebun anggur.

✓ Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT perlulah kita jaga dengan kegemaran dunia yang berlebih-lebihan. Tidak terpesona dengan kecantikan dunia, tetapi selalu memikirkan siapa yang mencipta kecantikan tersebut. Apa yang dilihat akan membawa ingatan kepada Allah SWT.

✓ Orang yang zuhud mengambil berat akan apa yang terjadi didalam komuniti. Sekiranya ada perkara mungkar yang berlaku akan ditegur serta ditentang. Pernah ada seorang zuhud dipenjara kerana menegur pemerintah. Malah ada yang dijatuhkan hukuman mati. Mereka berani kerana didalam hati lebih takut akan akhirat jika dibandingkan dengan dunia.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809